Monday, April 7, 2008

Mohon Cadangan & Komen Yang Membina Dari Bloggers

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t di atas limpah dan rahmatnya sama-sama kita dapat bertukar-tukar pandangan, cadangan serta kritikan yang membina daripada ahli-ahli bloggers.Walaupun, ada segelintir daripada pengkritik yang menggunakan kata yang melukakan hati saya sebagai manusia yang kerdil di sisi Allah s.w.t.Tetapi, saya menerima kritikan itu sebagai penanda aras saya agar lebih bersemangat , bertanggungjawab dan memegang amanah yang diberikan oleh rakyat amnya dan khususnya di kawasan yang diwakili iaitu Dun Ajil,Hulu Terengganu.

Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk memulihkan kekuatan dalam perjuagan kita selama ini yang diwarisi sejak kemerdekaan sehingga sekarang di bawah pentadbiran YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.Saya akan teruskan perjuangan ini selagi agama, bangsa dan negara saya belum mencapai tahap kemajuan seperti yang kita cita-citakan bersama

Kepada sahabat bloggers diluar sana, manfaatlah blog ini dengan baik serta mengelakkan dari menggunakan pendekatan kritikan yang kurang menyenangkan saya untuk membaca dan meneliti apa cadangan,kiritikan serta pandangan dari sahabat-sahabat.

Hanya, saya berserah kepada Allah s.w.t.Apa niat ikhlas saya adalah untuk melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan baik, aman dan sejahtera serta dapat menjalani kehidupan dengan baik.Akhir kata, saya perlukan kerjasama yang baik dari semua lapisan masyarakat agar menyalurkan maklumat dalam apa jua keadaan sekali.Saya juga mengucap ribuan terima kasih kepada mereka-meraka yang sudi melayari blog saya ini.Harapan saya, gunakan ianya dengan baik.

Sekian, terima kasih.

10 comments:

Hamdillah said...

alhamdulilah....selamat datang ke dunia maya,inilah dunia kebebasan minda,semoga dato manafaatkan alam maya ini dengan sebaik-baiknya dalam usaha mengembalikan kegemilangan parti Keramat kita ini.SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!

Tee Jay said...

Akhirnya turun juga Datok-Datok ke dunia maya melalui blog. Walaupun sebelum PRU lepas selama 4 tahun berterusan kepimpinan tertinggi negara menafikan kuasa dan pengaruh blogger, sebaliknya menunjukkan seolah-olah para blogger tidak bertanggugjawab.. hampir setiap masa blogger dinafikan hak sebagai rakyat.. tulisan mereka dianggap sebagai sampah dan kini selepas tsunami politik yg melanda walau pun Terengganu tidak terlibat tetapi tempiasnya turut terkena apabila istana enggan menerima watikah yang mengandungi nama MB Terengganu.

Apa sekali pun Datok, sampaikan lah kepada pucuk pimpinan UMNO bahawa rakyat tidak lagi mahukan kepimpinan Pak Lah sebagai PM. Dia dilihat telah gagal dan desaklah supaya beliau berundur secara terhormat. Lagi cepat lagi baik...Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi telah tidak mampu menerima kutukan,cercaan dan hinaan berterusan dari pembangkang kerana apa yg dikatakan mereka berkenaan PM sememangnya betul.

Janganlah hendaknya pemimpin UMNO yang ada sekarang terus mendiamkan keluhan rakyat bawahan kerana dendam selama 4 tahun lepas telah dizahirkan pada PRU12 dan tidak mungkin bara yang ada akan marak semula pada PRU13. Sekiranya perkara itu terjadi jangan ditangisi lagi apa yang akan terjadi kerana pada masa itu "nasi telah menjadi bubur"

Anonymous said...

Datuk,

Kami mohon agar Datuk turut turun padang mendengar dan membaca luahan hati penyokong UMNO di blog-blog dan homepage yang Pro UMNO.

Pandangan dan luahan hati mereka adalah lahir dari niat tulus untuk memperbetulkan kepicangan kepimpinan UMNO.

1) www.mykmu.net
Ini blog paling terkehadapan membela UMNO dan perintis mengkritik kepincangan UMNO.

2) www.cybertroopers.net
Blog ini kurang aggresif berbanding mykmu.net tetapi turut mengkritik cara kepimpinan UMNO.

3) www.isuhot.com
laman Web yang dan cybertroopers.net akan tetapi masih sedikit banyak dalam forum mereka menghentam kepimpinan Paklah yang tidak sensitif dengan perjuangan UMNO.

Mohon datuk bersama-sama mereka meluahkan pandangan bersama mereka membetulkan kembali UMNO.

Anonymous said...

assalamualaikum datuk saya puji dgn. Sikap datuk yang lebih terkehadapan drpd. Pemimpin umno yang lain utk. Sekurang-kurangnya mahu Mendengar suara maya (akar umbi)utk. Pendekkan cerita saya adalah salah seorang ahli umno yg. Kecewa dgn. Kepimpinan paklah yg. Tidak tegas utk. Menangani isu dibuat oleh pembangkang, lebih cenderung kpd. Budaya menentang kepimpinan terdahulu (tun) dan membiarkan pemimpin pengampu menyerang tun dgn. Kenyataan bodoh spt. Isu2 lapuk, dan tidak cenderung untuk berbaik2..walaupun media memaparkan berita baik apapun pasal kerajaan dan pm, rakyat sudah pandai menilai dan ada alternatif lain utk. Mendapatkan maklumat yang lebih tepat, jadi segala berita diangap bohong walaupun ia benar kerana apa? Datuk fikir lah sendiri...saya tidak berniat utk. Derhaka kpd. Presiden, tapi beliau yg. Mengajar saya utk. Menjadi derhaka.. Apabila beliau menderhaka kpd. Pemimpin ulung umno ( Tun ) individu yg. Telah menaikkan beliau. Saya dgn. Ini sanggup dipecat keahlian umno saya daripada mempunyai ketua yg. Lupa asal usul dan takut atau lembap untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti2 pembangkang yg. Dianggap melampau kerana menjual maruah bangsa diluar negara (dsai) tlg. Sampaikan salam saya pada paklah dan khabarkan kpdnya rakyat sudah jemu dgn. Apa saja perbuatannya dan serahkan segera tampuk kpd. Datuk najib dgn. Kadar segera, kami lebih sayang umno tapi tidak kpda. Pak lah! Wasalam - dzul- sonofumno@gmail.com

Anonymous said...

perjuangan bukan mempertahankan pemimpin tapi perjuangan adalah demi agama, bangsa dan negara.

jika pemimpin tidak releven lagi maka dianya perlu diganti dengan yang lain.

pemimpin boleh bertukar ganti tapi UMNo tetap kekal abadi.

Anonymous said...

umno perlu membuat perubahan pucuk pimpinan sekiranya ingin masih terus berkuasa.
rakyat sudah jemu dan bosan dengan pak lah dan team hp6nya.

Anonymous said...

Ada orang yang berfikir apabila Pak Lah meletakkan jawatan semua masalah selesai kerana Pak Lah dikatakan punca kemerosotan undi BN.Itu adalah cara berfikir yang simplisitik, iaitu mengaitkan secara mutlak bahawa sesuatu kejayaan atau kegagalan itu berpunca daripada seseorang.Kalau begitu bagaimana yang lain-lain? Yang lain tak bersalah langsungkah?UMNO bukan milik mutlak Perdana Menteri.UMNO adalah milik orang Melayu,dan bumiputera Sabah.Maka semua orang Melayu patut bertanggungjawab kepada UMNO. Justeru semua orang Melayu di segenap peringkat sama ada yang menjadi ahli UMNO dan yang cintakan Melayu patut memperkukuhkan semula UMNO dan menarik semula keyakinan orang ramai kepada parti.Melakukan usaha berterusan ke arah merangsang orang Melayu supaya bersatu dan bangun semula dengan gagah adalah tugas yang afdhal sekarang, bukannya mencari salah sesiapa. Mencari salah tidak akan menyelesaikan masalah-masalah yang sedang kita hadapi. Mencari salah hanya akan menjadikan luka semakin parah. Luka yang kecil ini harus dirawat segera. UMNO dan Melayu perlukan doktor sekarang, bukan jurusembelih. Ingat itu.

LIEY@GANU said...

assalamualaikum..saya inigin mengucapkan terima kasih kepada dato kerana membina blog ini.disini saya tidak ingin memberi apa-apa komen tapi ingin memohon kepada pihak dato agar meninjau keadaan jalan dari kg pengkalan ajal ke simpang kg paya besar.jalan tersebut sangat teruk sehingga boleh membahayakan pengguna yang melalui jalan tersebut.sudah banyak kali jalan tersebut dibaiki tapi keadannya masih sama malah bertambah teruk.dengan keadaan jalan yang berlubang dan kawasan jalan yang dikelilingi semak dan hutan.keadaan ini amat membahayakan pengguna yang melaui jalan tersebut terutama pada waktu malam.saya harap dato dapat mengatasi masalah ini kerana jalan tersebut merupakan jalan utama bagi penduduk di beberapa buah kampung ke kuala berang dan jalan pintas.jika dibaiki pun keadaannya akan tetap sama dan cara yang pailing baik adalah membuat jalan baru dan membsarkannya..

Unknown said...

tahniah Dato' dapat membina blog yang menjadi penghubung dengan rakyat. sila link blog dengan blog ini terengganulening.blogspot.com
tq

kucalana said...

assalamualaikum datuk,saya ni penduduk jati kg peng.ajal dan skrg ni saya bekerja di petronas kerteh semenjak tahun 1995 lagi.sebenarnya saya sgt bersyukur menjadi rakyat terengganu yang kaya dan makmur.tapi apa yang saya kesalkan adalah selepas lebih 10 tahun saya tinggalkan kampung saya keadaan masih lg sama sblm saya tinggalkan kampung dulu.tiada apa pembangunan dan perubahan yang ketara pun yang dibuat oleh jkkk datuk.cuma yang paling ketara adalah rumah pengerusi jkkk datuk dan kaum kerabat dan kroninya saja yang semakin besar.rumah penduduk smkn buruk dan tiada apa pun bantuan yang di hulurkan.oleh itu tolong la jengok2 apa yang jkkk datuk buat.sesetengah rakyat bukannya tak suka BN tapi tak suka kepada JKKK datuk. sekian terima kasih