Saturday, January 30, 2010

Baikkah Pemimpin Zalim?

Salam bloggers... terima kasih kepada sahabat-sahabat yang masih setia dengan blog saya. Terima kasih kepada putrarahman dan afiqsyahmir...Juga kepada Ahmad. Walaupun dikatakan bahawa UMNO dan PAS tidak mampu mengatasi masalah sosial yang semakin parah... Saya berpendapat bahawa isu ini sudah lama disebutkan. Cuma kali ini dikaitkan dengan PAS... Kalu dulu orang dan penyokong pembangkang menyalahkan kerajaan...Cuma kali ini nadanya agak lain...

Bagaimana kalu saya mengatakan bahawa isu ini adalah isu keluarga. Bukan isu dan tanggungjawab kerajaan sahaja. Kalau keluarga mengambil berat hal anak-anak mereka pasti masalah bohsia, rempit dan sewaktu dengannya tidak mungkin akan berlaku... Perlu diingat bahawa gejala ini tidak mengenal batas politik. Satu lagi dikatakan bahawa majoriti yang terlibat adalah bangsa melayu....saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bukan melayu...rupa-rupanya bangsa mereka juga mengahadapi masalah yang hampir sama...cuma mereka tidak melaporkan kepada pihak berkuasa terutamanya kes rogol...sejauhmana betrul...wallahu 'alam...

Saya agak kurang setuju dengan saudara yang mengatakan saudara tidak berpolitik...atas pagarlah katakan...Perlu diingat bahawa jika politik tidak stabil, pasti negara tidak aman dan apabila negara tidak aman maka semua aktiviti akan terjejas...Saya teringat kata-kata pendeta...Seratus Tahun di bawah kerajaan zalim adalah lebih baik daripada sehari dibawah kerajaan huru hara...'

Ketika saya menatap ungkapan ini, saya agak was-was...kurang yakin...tetapi apabila membaca dan melihat perkembangan yang berlaku di Iraq, jelas kebenaran kata-kata pendeta itu...kerana ketika Saddam dikatakan zalim memerintah Iraq...Pada waktu itu pembangunan berjalan lancar, kanak-kanak dapat bersekolah, rakyat mampu menjalankan aktiviti sebagaimana biasa. Para pekerja ke pejabat dengan selesa..Kemudahan asas disediakan.. air, elektrik dan jalan dibina...Tetapi malangnya nasib rakyat Iraq pada masa kini...kematian di mana-mana...nyawa terlalu murah. Sekolah ditutup, sumber air tercemar dan macam-macam lagi...

Secara perbandingan zalimkah pemimpin-pemimpin kita?...Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

ramly said...

salam yb, meneliti tulisan yb kita patut bersyukur dengan kerajaan kita sekarang,, tetapi kadang2 bila berkuasa kita lupa amanah yang di bawa, terikut2 dengan penasihat yang ada kepentingan diri.

Unknown said...

Emm..perkara ni jadik di tempat sendiri la Dato'.. Isk2... masih berfikir di seberang sana.. Kuman diseberang nampak..tetapi gajah di depan mata...emm nampak tak Dato'? Yer betul, biar zalim dari bolok wok(kelam-kabur/kucar-kacir).. Tak payah pergi jauh la Dato',di Hulu keadaannya camner yer? Saya cabar Dato' kiranya Dato' benar-benar sayangkan parti serta hanya memikirkan bangsa Melayu Dato' letak jawatan. Dato' tidak lagi mampu berfikir sebagai politican yang hebat seperti dulu.
Mungkin keranan tekanan dek kerana tersepit antara dua kerajaan. Bila sudah meludah nak ker diambil balik?heheh.. Inilah orang kita, bila diajak berfikir dan petah berkata-kata tetapi tindakan tidak mencerminkan daya fikir Dato'.
Cukuplah Dato' memburukkan parti sendiri serta cara kerajaan negeri kini yang lebih tulus dari kerajaan lama. Dato' yang bergelumang lama dalam kancah politik sudah pastinya tahu apa yang ingin saya ketengahkan.Orang yang dibela dapat juga buruk-buruk kerusi di tempat yang empuk. Dato' hanya mampu memukul kayu golf setiap malam melepaskan kekecewaan yang ada..
Buanglah ego dan berpijaklah dengan penderian sendiri tanpa pengaruh cap ayam yang kini terpalit dimuka sendiri.. Janganlah pula jadi 10% yang hanya tunjuk muka dikampung menjelang pilihanraya sahaja.
Tidak lupa, janganlah jadi seperti yang bodoh sombong,ditegur melenting,bila masa nak bercakap entahlah petahnya teruk dari bayi yang baru belajar bercakap.. Masih ada masa untuk Dato' come back.. Saya berdoa agar Dato' jauh dan jarak-jarakkan diri daripada pembodek yang menjahanamkan karier Dato'..

"Politik Terengganu parah dek insan-insan yang bodoh sombong, hanya tahu berkata-kata tentang kemujuan serta kekuatan Melayu, mula berfikiran dangkal.. PRU akan datang sedialah untuk ditalkinkan..."

Unknown said...

YB datu hj rosol b wahid saya salah seorang yg sentiasa mengunjungi blog dato. cara dato mengolah satu2 masaalah menyejukan hati saya.
dato mengenai masaalah sosial anak2
melayu sekarang cukup mengerunkan.saya di sini ingin memaparkan cuntoh masyarakat yg saya rasa dapat mengurangkan ketakutan kita. di utara tanahair di pekan bekas pm paklah kepalabatas ada ada dua tiga perumahan(bertam indah/bertam putra) buleh di jadikan role mudel yg sesuai. saya kirapatut di ziarahi ambil pengelaman dari mereka bagai mana mengurus persekitaran yg sangat2kondosip,islamik,aman damai, keranagerak kerja mereka berpaksi masjid dan surau dgn tidak menunjulkan percakaran politik,mengutamakan institusi surau walaupon sudah tentu berbiza pegangan politik,memang persekitaran menyerunukan utk hidup,apa tidak nya baginda rasol sendiri bila menjejak kaki kemadinah munawwarah apayg di utama kan ialah mendirikan masjid.