Thursday, January 21, 2010

Graf Kehidupan

Salam bloggers... Banyak isu yang sedang hangat dan masih hangat...Terbaru isu Cas keting atau orang Terengganu kata Peteh Keting... Ini dikatakan serius dalam PAS Kelantan katanya. Sejauhmana betul hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi daripada pemerhatian didapati ianya semacam perancangan kalau pun tidak kebetulan... Bermula dengan isu menantu, isu menunaikan haji, isu kerajaan kena bayar denda, isu kebocoran maklumat Exco dan terkini isu Cas Keting...

Nampaknya isu-isu ini kalau tidak ditangani dengan berhemah dikatakan mampu menggugat kestabilan kerajaan negeri. Cerita-cerita diriwayatkan bahawa pertembungan dua Exco senior juga semakin panas. Masing-masing dikatakan mempertahankan prinsip dan pegangan dengan asas masing-masing. Dan masing masing mengaku berada di pihak yang benar...Wallahu 'Alam...

Walau apa pun tafsiran, saya berpendapat bahawa ini adalah lumrah kehidupan manusia sejagat. Ramai yang beringat-ingat ketika susah, berbelanja ala kadar ketika cukup makan dan bermewah ketika kaya...Begitu juga halnya dalam politik...berkorban apa sahaja untuk awal perjuangan, merealisasikan agenda perjuangan ketika matlamat telah tercapai dan menjadikan matlamat perjuangan untuk kepentingan peribadi ketika parti dikatakan kaya dan mantap...kemudian ia akan berakhir dengan kejatuhan...Inilah dinamakan graf kehidupan...Permulaan yang mendatar dan sedikit naik....Kemuncak yang cemerlang dan gemilang dan Kejatuhan yang merudum...

Saya yakin penyakit yang dihidapi oleh PAS ini pasti dilalui dan telah dilalui oleh parti-parti lain sama ada parti tersebut masih aktif atau telah berkubur. Persolannya ialah jangka masa yang diambil oleh sesebuah parti untuk melalui graf kehidupan ini. Ada yang mungkin mengambil masa 10 tahun sebelum merudum, dan ada yang melangkui satu abad... Dan saya pasti tidak ada sebuah pertubuhanpun yang tidak akan melalui graf ini...

Kata pendita...'Kesusahan adalah ujian dan cubaan... tetapi jarang manusia sedar bahawa kekayaan dan kesenangan juga satu ujian'...Fikir-fikirkanlah

2 comments:

afiqsyahmir said...

Salam bloger..

Inilah hakikat kehidupan.. Yang senang dan kaya bukannya sukarnya untuk menjadi miskin dan papa kedana. Yang miskin dan papa jika diberi peluang juga akan kaya raya.

Bagi saya tidak kisah siapa yang jadi pemimpin. Kehidupan saya tetap macam biasa, kais pagi makan pagi... kais petang makan petang. Persetankan bab dan soal politik ke neraka.

Dato,
Lihatlah permasalahan dalam masyarakat kita hari ini, masalah sosial semakin parah. Kes remaja berpeleseran, bohsia, mat rempit, buang bayi, rogol dan sebagainya tak berkesudahan. Majoriti 80 % anak melayu islam.

Dimana tanggungjawab kalian sebagai pemimpin?

Daripada pemerhatian saya pemimpin UMNO, PAS gagal dalam usaha membaikpulih masalah ini.

putrarahman said...

Salam Dato'

Walaupun jarang memberi komen, saya baca juga blog Dato'. Saya respect pada Dato' kerana hanya dato' sorang je pemimpin Hulu Terengganu, yang saya perasan ada blog. Kalau ada yang lain, mungkin saya belum jumpa lagi.

Apa yang saya nak katakan, saya dapati blog Dato' ni terlalu besar fokusnya. Tidak salah, tetapi elok juga kalau Dato' gunakan blog Dato' ini sebagai satu medan untuk percambahan fikiran dikalangan rakyat Hulu Terengganu. Masalahnya ada ke rakyat Hulu Terengganu yang baca?