Monday, February 1, 2010

Jawatan itu Amanah atau Kuasa?

Salam bloggers...terima kasih Kenyir, Cegar, Ahmad dan rakan-rakan...Terima kasih kerana mengingatkan saya. Islam adalah agama nasihat dan ingat-ingat sesama kita. Saya tahu saya banyak kelemahan dalam diri saya. Pun begitu saya ada maruah dan prinsip . Maruah dan prinsip tidak ada nilai dan harganya. Saya selalu mendoakan agar diri saya tidak tergolong dalam golongan bodoh lagi sombong..Nauzubillah. Sebab itu saya suka mendekati golongan yang kurang bernasib baik untuk mendengar rintihan mereka. Baru sekejap lagi saya mendengar luahan seorang sahabat yang berpesan kepada saya... Dia menasihati saya kalau ada ruang agar menyampaikan hasrat rakyat terbanyak...Bagitahu kerajaan agar jangan lagi menaikkan harga minyak. Kerana kenaikan minyak maka perkara dan barang-barang keperluan akan naik.. Ini semua orang tahu. Persoalannya sejauhmana kerajaan mampu membendung kenaikan harga minyak. Saya berjanji akan membawa hal tersebut kepada YB Ahli parlimen. InsyaAllah...

Saya merasa bersyukur dengan nikmat yang di beri kepada saya dan keluarga dan saya juga bersyukur kerana telah sedikit sebanyak menabur bakti kepada rakyat Hulu Terengganu dan Ajil khususnya. InsyaAllah sedikit masa lagi bandar Ajil akan terbangun. Sedikit sebanyak saya merasa berpuashati dengan khidmat ini. Walaupun masih banyak lagi agenda yang masih belum selesai... tetapi saya akan buat yang terbaik. Saya sedar bahawa kuasa yang dipinjamkan kepada saya adalah untuk sementara. Saya teringat tulisan Shanon Ahmad yang mengatakan Jawatan itu terbahagi dua...satu Amanah dan kedua jawatan itu Kuasa. Terpulang kepada individu untuk memilih yang mana satu. Kalau kita merasakan Jawatan ini sebagai Amanah maka InsyaAllah, Allah akan beri petunjuk tetapi jika kita gunakan Jawatan sebagai kuasa maka tunggulah ujian-ujian Allah kepada kita.

Sebab itu setiap masa saya mendoakan agar Allah beri petunjuk dan menjauhkan saya dari perkara yang dimurkaiNya...

5 comments:

Unknown said...

Salam hulu..
Jawatan itu adalah kuasa, kerna amanah telah kita pikul sejak azali lagi... Amanah menjadi khalifah dimuka bumi ini. Tidak dinafikan, adakalanya harta dan pangkat membutakan hati nurani kita.Tidak katakan kepada sesiapa, hanya berpesan kepada diri ini yang kerdil dan rakan-rakan sekeliling.
Alhamdulillah, memang hasrat ramai orang yang ingin melihat ahli parlimen Hulu menyuarakan sesuatu di parlimen sana, jangan lah pula sekadar memanaskan kerusi parlimen sehingga telah ada suara orang-orang kampung kate ahli parlimen sibuk duduk makang angin, dok rok cetong, beraluh sapa awok muda nak mitok jersey pong takdok pitih..
Sedih bercampur terkilan juga, memang tidak dinafikan, ada kalanya para YB mempunyai kekangan masa, peruntukan serta empower untuk memenuhi kehendak kawasan. Inilah pentingnya peranan SU... Kiranya SU rapat dengan orang kampung serta pejabat DUN serta Parlimen aktif, para YB dah tahu apa yang ingin diperbahaskan di parlimen serta Dewan DUN.
Tetapi baru ini saya mendapat perkhabaran kurang enak berkenaan Dato'. E-book satu pembaziran???
Adakah benar kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Dato' pada satu majlis baru-baru ni? Silalah Dato' memberi penjelasan....

"walaupun duduk di Hulu Terengganu,bangganya menjadi anak watan Hulu mamang tidak dapat digambarkan.. Sesekali terdetik juga bila kita melihat kemajuan seperti di halaman orang.. "

putrarahman said...

E.Book adalah satu pilot projek ataupun projek printis. Saya bersetuju dengan langkah kerajaan negeri tetapi......saya bimbang takut-takut projek ini adalah bagi tujuan "pencapaian individu" dan tidak dibuat kajian menyeluruh.

Abdullah Ngah said...

Saya pernah dengar kata kata Imam Ghazali, sesiapa yang berkata yang dia tidak bodoh dan tidak sombong maka dia sebenarnya bodoh dan sombong.

Ini bukan saya yang kata,tetapi Imam Ghazali yang kata begitu.

Barangkali ada benarnya, kerana dalam Al Quran orang kafir pernah berkata, aku juga beriman.

Bagaimana orang kafir boleh mendakwa yang dia juga beriman sedangkan dia jelas dan nyata kufur kepada Allah.

matgok said...

Salam.
Setuju sangat dengan KENYIR.
YB kita bukan beraluh lagi..tapi dah sampai tahap bakhil.. kekangan masa tu, kami faham..tapi takkan dok dang nok singgoh minum air di kedai kopi..dok kang habis beratus rial..ade napok lalu dengan mercedes..menengok..tapi haram nok singgoh.

afiqsyahmir said...

salamz...

Dato, saya malas nak tulis comen bab ni, cuma Dato' tolong buka kat blogspot saya la... panjang lebar ulasannya.