Saturday, November 1, 2008

MB vs PM

Salam bloggers...Hangat, panas dan sensasi...itulah kata kawan-kawan saya terhadap isu YB Yahya Khatib. Sebenarnya saya kenal siapa YB Yahya... Orang yang boleh pegang tongkat khutbah... Dalam isu ini ramai rakan-rakan yang mengucapkan tahniah dan terima kasih dengan kenyataan saya... Ertinya ramai yang kurang setuju dengan tindakan yang bakal diambil oleh YAB MB. Kerana tindakan ini akan membawa padah kepada UMNO.

Dalam memberi pendapat dan pandangan saya merasakan saya dipihak yang benar. Walaupun MB ada mengatakan bahawa beliau berkuasa untuk memecat seseorang EXCO dengan alasan beliau yang melantiknya... Betul, benar dan tepat sekali alasan tersebut... Cuma beliau perlu diberi ingat bahawa tanpa wakil rakyat BN beliau tidak mampu berada ditampuk sekarang. Walaupun kami sedar bahawa jasa kami YB-YB tidak besar di sisi MB tetapi kami bukan melukut ditepi gantang.

Keadaan semakin kronik apabila PM juga nampaknya tidak bersetuju dengan tindakan MB Terengganu ini... Saya tidak tahu apa jawapan MB terhadap pandangan PM. Apakah sama jawapannya kepada YB Ajil...Hanya tunggu, lihat dan dengarlah nanti.

Kepada sahabat saya YB Yahya...sabar banyak-banyak.. Rezeki di mana-mana.. kepada rakan-rakan YB yang lain... jangan ambil kesempatan di atas kejatuhan sahabat-sahabat kita... InsyaAllah Allah akan beri petunjuk dan hidayah untuk jalan yang lurus... yang penting dalam perjuangan ialah... IKHLAS dan SETIAKAWAN...Fikir-fikirkanlah...

http://cetusanidea.blogspot.com/

7 comments:

pirah lah said...

sudahlah Rosol.....salakan anda itu seperti menyalak bukit besi jer..
terimalah hakikat!
Ini bukan masa anda berkuasa lagi, buat apapun dalam Umno yang anda dokongi inilah wadahnya...yang berkuasa itu adalah keris...

anda baru tahu betapa peritnya dalam situasi membangkang ..bukan? Perit lagi para pejuang Islam membangkang ke atas parti kamu Rosol Wahid!

Hamdillah said...

salam,gendang di palu,menarilah wahai ahli2 politik....menarilah mengikut temponya jgn ikut perasaan,nanti sumbang di tengok orang...

Mat Yie said...

salam dato':
Saya tambah sikit.. panas,hangat, sensasi dan kronik..
Memang UMNO trg dh kronik.. tapi UMNO Ajil tetap kuat.. kita tidak pernah berpecah.. dok gitu?
Nampaknya,pucuk pimpinan UMNO Trg sudah mula tunjuk belang.
Kebiasaannya MB-MB Trg sblm ini selepas berjaya dalam pilihanraya,akan sibuk mencari jalan untuk memajukan negeri dan menambah meningkatkan sosioekonomi rakyat.Kali nampak berbeza,MB skrg terus mencipta populariti dgn cara beliau.
Kita hanya tinggal 3 tahun dari sekarang untuk memulihkan umno negeri.. jika tidak... SELAMAT JALAN UMNO..
Teruskan berjuang dato'.. kami sentiasa berdiri di belakang dato'da YB2 yg bersih untuk membuang "duri dalam daging" UMNO.

Mohd Sobri said...

Salam Dato'..
1.Tak usah di fikirlah berkenaan dengan orang yang mabok kuasa.
2.Orang gila kuasa juga akan lakukan apa saja asalkan menang dalam pemilihan.
3.UMNO VS UMNO. Ungkapan yang mudah difahami.
4.Berlawan sesama sendiri sehingga berlaku ugut mengugut. Cakap tak serupa bikin.
5.Allah akan mengantikan orang-orang yang berkuasa itu dengan orang lain jika sekiranya mereka tidak bersyukur.
6.Jasa mu pada DUN Ajil dan negeri Terengganu tak ternilai.Biarlah mereka yang buta itu dengan dengan kegilaannya.
7.Menang dalam pemilihan UMNO tapi tewas dalam Pilihanraya.. Mungkin itu yang dituntut...Banyak saya dengar kata-kata ini.. Maksudnya saya kurang jelas.. Tengok-tengoklah Dato'

Suluk Zorro said...

aAssalamualaikum YB...saya sblum tu..ingin mengucapkan tahniah kpd YB krn pusat khidmat BN YB di Ajil amat2 menyentuh hati saya...lama dah berlaku..ttpi..saya masih teringat lg...

Saya tak tahupun perkara tu, bila saya tanya masyarakat stempat, mrk berikan saya 3 tempat..semua kena bayar..saya kena bayar RM25...tp, servisnya menghampakan...saya rujuk kpd org yg di KL..tak sampai2..jd akhir sekali saya tanya kpd satu kedai...mrk syorkan saya ke pejabat atas bukit di sebelah Pejabat pos..saya pergilah..sampai disana trkejut saya pejabat khidmat UMNO..slps slesai semua..saya nak bayar lah..

sekali lg saya terkejut, anak buah dato kata..kami tak pernah buat gitu encik...takpelah...kita nak tolong saja...

saya sbnarnya bukan asal dr Ajil..dan tak pernah mrk kenal...tp khidmat masyarakat ..SAYA DALAM HAL NI>>>saya bERIKAN 110% pujian kpd datuk !!! syabas datuk...khidmat kpd rakyat datuk benar2 memberikan faedah sbanar..

ok...kembali kpd tajuk asal cerita...sbnarnya datuk..MB ...berikanlah beliau ruang...rakyat tahu apa yg berlaku..RM Bilion2...kalu dikira..semenjak tahun 80han lg...apa yg berlaku kpd terengganu ?..

Kelantan..takda hasil sokongan dr Persekutuan..ttp 3 kali besar bandar nya dr Terengganu..

Terengganu ?..kalu kat kelantan..budak prmpuan kerja dgn gaji RM 400...boleh simpan duit..makan RM 1.50 sehari bolh..tambang RM 1.00 sehari boleh..kalu kerja 25 hari.. cuma RM 62.5 sebulan... bererti ada RM 337.50 untuk diguna setiap bulan..baju uniform bagi...keje kilang dgn gaji RM 400 pun bolh hidup beli Motor...boleh buat overtime dpt lbh lagi pulak tu

kat ganu ?..makan takde RM 3.50 sehari tak boleh datuk...tambang lagi ?.. katakanlah RM 1.80 sehari..capur2.. RM135.00...gaji ?..RM 450..baki ?.nk beli baju...sewa rumah dll...susah datuk .....

kedua..kemana duit pembangunan RM berbilion2 tu ?...

rakyat sbnarnya inginkan sesuatu perubahan...Bila Tuanku masuk campur..alhamdulilahlah..bererti ada yg mendengar datuk...

cuma pemimpin saja yg belum dapat sentuhan ajaib untuk rakyat..

bagilah peluang kpd MB kita...insya allah...tuanku mmg di sebelah rakyat dan MBlah wakilnya menentukan masa depan rakyat yg dimaksudkan..

dan dengan cara datuk yg memberikan khidmat kpd rakyat AJIL..sebijik begitu..saya rasa..RAKYAT TERENGGANU mendapat faedahnya ..kpd semua rakyat...

saya pun terfikir..kalulah org seperti datuk ada di 5 DAERAH Terengganu (Trganu ada 7 daerah/jajahan)...cukup...benar2 cukup...semua rakyat menadapat faedah !!!!..

cuma saya mohonlah datuk..bglah peluang pd Datuk MB kita ni...yg lepas..lepaslah...kita mulakan dr sini...

Dgn cara Datuk kat Ajil..dgn sokongan Tuanku kpd MB...saya yakin..Terengganu akan terus maju...

Insya Allah..

Mad Dagang kelana

guane gamok said...

Salam diucapkan kepada cikfu sekeluarga.
Saya berpendapat, jika seorang ketua membuat keputusan yang tidak rasional, sudah tentu sesuatu pentadbiran akan menjadi kelam kabut dankucar kacir kerana keputusan yang dibuat tidak membawa keuntungan. Cikgu sebagai pemimpin juga dalam membuat keputusan yang mana saya lihat keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak semasa menjadi EXCO dan Wakil Rakyat. Keputusan yang dibuat banyak memberi kepuasan terhadap semua orang.Saya sedih dengan MB yang baru ini seolah-olah keputusan yang dibuat seperti budak sekolah rendah di mana pemikiran yang tidak matang dan juga dicampur dengan anasir2 luar yang turut sama memainkan peranan dalam membuat keputusan yang tidak mendatangkan FAEDAH LANGSUNG kepada rakyat. Apakah salah seorang EXCO bertanding dalam sesuatu jawatan. Tidakkah dalam negara kita MENGAMALKAN PRINSIP DEMOKRASI. TAKKAN TU PUN TAK TAHU. Kononnya alasan mahukan EXCO memberi tumpuan kepada kerja EXCO sahaja, kalau begitu, MB pun kenelah lepaskan jawatan sebagai KETUA BAHAGIAN KEMAMAN DAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI.Beri tumpuan kepada kerja Tadbir Negeri sahaja. Cakap tak serupa bikin. Saya sependapat dengan cikgu dimana ada anasir luar yang mahu menggugat kestabilan rakan2 YB itu sendiri, kerana orang ganu kate GILE NGOYANG kerana tamakkan kuasa.
Saya kagum dengan cikgu kerana IKHLAS dalam perjuangan dan semangat setiakawan dalam UMNO dan BN.
Walau bagaimanapun saya berharap cikgu dan rakan2 YB BN yang lain duduk semeja berbincang dan menyelesaikan masalah dengan cara baik dan bukannya berkelahi sesama sendiri. Saya khuatir jika ia tidak diubati dan dirawat, PAS akan TAWAN TERENGGANU kembali pilihanraya akan Datang kerana ahli UMNO bosan dengan keadaan semasa.
Harapan saya biarlah berkelahi dalam memberi pendapat dan bukannya berkelahi dalam merebut KUASA.
salam perjuangan........

budak-kom said...

aslm.kalau xikut perasaan n ikut ape ilmu politik kata, cikgu dah ada kat mana skarang ni? tu..cikgu faham2 sendiri..orang ulu ramai yang frust dengan cikgu...takpelah..jasa cikgu memang banyak...terima kasih banyak cikgu..ps dari orang yang baru nak belajar poltik-ikut rasa mati, ikut ilmu d sanjungi...