Salam bloggers... Kepada bakal-bakal haji yang akan ke Baitullah pada tahun ini... didoakan agar semuanya mendapat haji yang mabrur... Doakan kesejahteraan untuk negeri dan negara tercinta ini di hadapan Rumah Allah... Saya dan keluarga juga mendoakan agar semua tetamu Allah tahun ini mendapat kesejahteraan dan selamat pergi dan kembali... InsyaAllah. Dan doakan juga agar politik negeri dan negara tidak terus bergolak. Kerana inilah tanah tumpah darah kita... Menyayangi watan sebahagian daripada iman.
Muktamad dan 'confirm'...itulah 2 perkataan yang boleh saya simpulkan dalam kemelut YB Yahya Khatib. Malam tadi 2hb saya difahamkan satu mesyuarat tergempar diadakan untuk membincang isu ini. Dan cakap-cakap yang saya dengar bahawa MB akan mengambil tindakan tegas sebagaimana yang dijanjikan... tunggu dan lihat... Dan saya mendapat tahu bahawa YB Yahya bersedia dengan apa sahaja tindakan yang bakal dianugerahkan kepada beliau.
Episod seterusnya ialah siapa yang bakal menggantikan tempat beliau... juga tunggu dan lihat. Dalam hal ini saya tidak menyalah YAB MB... tetapi mungkin beliau terlalu mendengar nasihat orang-orang kanan beliau yang terlalu takut dalam pertandingan merebut jawatan. Kerana takut kepada bayang-bayang maka mereka menggunaka nama Pengerusi Badan Perhubungan untuk memberi amaran agar jawatan tersebut tidak dipertanding. Alasan yang diberi ialah untuk mengelak perpecahan dalam UMNO.
Persoalannya ialah kenapa jawatan Ketua sahaja dilarang untuk dipertandingkan? Apakah jawatan tersebut sahaja yang mampu memecahkan perpaduan UMNO. Atau mungkin jawatan-jawatan lain seperti Timbalan dan Naib... tidak dilarang dipertandingkan kerana jawatan tersebut tidak penting? Atau kerana proksi beliau untuk jawatan tersebut telah confirm boleh menang?.. Ini antara soalan-soalan yang berlegar dalam benak fikiran rakyat dan ahli UMNO.
Walau apapun alasan yang diberi.. rakyat Marang amat tidak berpuashati dengan senario yang berlaku. Lagipun EXCO mereka telah menang dengan bergaya dalam pertandingan yang lalu. Dan saya berpendapat bahawa tindakan ini bukan menguatkan UMNO tetapi semakin melemahkan parti keramat ini. Dan keadaan bertambah kronik jika pengganti YB Yahya dilantik dari bahagian lain. Bukan bahagian Marang. Apa kata orang Marang nanti... Tunggu dan lihat.
....Orang yang bijak, berfikir sebelum berkata manakala orang yang kurang bijak mereka berfikir selepas berkata...Fikir-fikirkalnah

11 comments:
salam,sebagai ahli umno biasa rasanya amat kecewa dengan tingkah laku pemimpin2 hari ini..macam2 kerenah..seolah-olah menunggu rebah..apapun teringin juga nak kejutan baru dlm negeri TRG...
Kapten Baru Terengganu!!!
....Orang yang bijak, berfikir sebelum berkata manakala orang yang kurang bijak mereka berfikir selepas berkata...Fikir-fikirkalnah
kenapa masa krisis mb dulu tak fikir?banyak kata kata yang menyinggung istana datuk.
Assalamualaikum...
Salam bloggers...
Sebagaimana yang sedia maklum bahawa Terengganu mengalami krisis kepimpinan dalam UMNO. UMNO Terengganu wujud dalam 2 team. Team YB Idris Jusoh & Team YAB Ahmad Said.
Secara jujurnya saya lebih sukakan ahli UMNO Terengganu dan kepimpinan UMNO Pusat hapuskan kedua-dua tokoh ini dalam senarai calon pilihanraya akan datang. Adalah lebih baik korbankan tokoh-tokoh ini daripada Terengganu ke pangkuan PAS dalam pilihanraya akan datang. Rakyat Terengganu bosan dengan sikap tokoh-tokoh sebegini. Isu remeh dan tidak salah disisu perlembagaan UMNO diperbesarkan.
Bagi mengatasi ketandusan calon intelek di Terengganu, saya sarankan pemimpin UMNO Pusat agar memberi ruang dan peluang kepada YB Razali Ismail kini Timbalan Menteri Pelajaran sebagai Menteri Besar Terengganu akan datang selepas pilihanraya. Bawalah YB Razali ke DUN untuk membolehkannya dilantik sebagai MB Terengganu. Saya yakin dan percaya dengan idea pemikiran yang bernas dan pengalamannya sebagai bekas penjawat awam mampu mentadbir Terengganu dengan lebih baik.
Insya Allah.
Salam..
1.Bukan bahagian marang saja malang, malah seluruh negeri terengganu ini malang.
2.Pemimpin yang memimpin negeri lemah dan kurang berfikir sebelum bertindak.Berfikir selepas berkata-kata.
3.MB telah dipergunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi melebihi dari perpaduan di dalam parti.
4.Beliau dipengaruhi oleh mereka yang rakus dan bukan berjuang untuk UMNO.
5.Alangkah malangnya negeri ini kerana mempunyai ramai pemimpin yang tak mengenang budi kepada pengundi.
6.Adakah mereka mahu dihukum semula dalam pilihanraya umum ke 13 nanti....tengok-tengoklah dato'
Nampaknya politik terengganu sentiasa bergelombang.bukan lagi gelombang biru tetapi gelombang hantu.inilah padahnya kalau berseteru dan membuat tindakan yang terburu-buru.Dimanakah hak ahli UMNO akar umbi dalam menyampaikan wadah mereka. Diketepikan gara-gara sifat iri hati dan sakit hati.Harap dato' tidak kecewa dan jadilah wira di hati anak mukim.
Salam Cikgu,
UMNO Terengganu sekarang Menuju Kehancuran disebabkan mahu menjaga kepentingan Individu yang mana bukan mahu membantu kesejahteraan UMNO tetapi menjaga PERIUK NASINYA SAHAJA.
Tindakan MB memecat EXCO Marang adalah SATU TINDAKAN YG TIDAK BIJAK DAN TIDAK RASIONAL DAN AKAN MEMECAHBELAHKAN UMNO SENDIRI. ITU PUN MB X BOLEH NAK FIKIR KE.
Kata Raja Lawak, Nabil, LU PIKIRLAH SENDIRI.
saya berharap kemelut ini tidak berpanjangan dan perkara ini benar2 menyusahkan rakyat jelata.
Tak taulah ape nak berlaku sekarang.Apapun sokongan saya terhadap YB ADUN AJIL tidak berbelah bagi kerana ANDA berada di PIHAK yang Benar. Ingatlah, ALLAH Maha BERKUASA DAN MENENTUKAN SEGALANYA.
SALAM PERJUANGAN.............
salam Datuk...
Pernahkah pula saudara mengkaji kenapa saudara dan mad nong tewas di Hulu Terengganu?
Di marang, semua Wakil Rakyat berjaya kapit bekas ketua bahagian...tapi du Hulu kenapa biarkan Rozi lepas untuk mengapit Ku Tera?
Ini menunjukkan kematangan politik saudara lemah dan tidak mampu memujuk Rozi hingusan itu menjadi regu yang baik dan setia. W/pun Rozi pernah menjadi anak emas Ku Tera, beliau pasti akan ditendang dalam PRU13 nanti..itupun saudara tidak mampu menyakinkan Rozi?
Kekalahan saudara bukan sahaja disebabakan wang...Mad nong pun diakui oleh team ku Tera memberikan rasuah wang untuk meraih undi tetapi kadar yang sedikit, kenapa saudara tidak selitkan dalam ulasan itu. Tetapi seolah-olah kekalahan di sini hanya Ku tera sahaja yang membedil dengan wang?
Faktor selain wang adalah kegagalan saudara yang menjadi leader bagi rakit saudara itu di Hulu Terengganu.
Nyatalah wang bukan alasan konkrit kerana dalam umno mana ada pertandingan tanpa wang? Ahli umno tidak serik kerana mereka diajar begitu oleh pemimpin mereka dan tidak akan rasa berdosa sampai bila2 pun....selagi tidak kembali kepada Islam..percayalah ..itulah rupa Umno!
Petikan daripada blog Che Det:
"Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.
Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan."
YB Dato'
MB Terengganu akan menunaikan janjinya. Salah satu ciri-ciri seorang pemimpin ialah menunaikan janji dan pemimpin yang cemerlang itu hendaklah berfikir dahulu sebelum berjanji.
Siapa lagi pemimpin Terengganu yang pernah berjanji tetapi tidak menunaikan janji-janji mereka. Seharusnya mereka bermuhasabah diri masing-masing.
Politik Prasangka adalah satu suasana dimana para pemimpin akan berprasangka terhadap pemimpin yang lain. Prasangka buruk yang tidak dibuktikan itu akan menyebabkan perpecahan dan perbalahan dalam parti. Adakah Ini yang sedang di alami oleh UMNO Terengganu sekarang ini??
orang yang bijak berkata sebelum berfikir dan orang tidak bijak berfikir selepas berkata-sama je macam anda masa kemelut dato deris lawan istana 2 cikgu..n teringat kata bakal bekas pm tu masa tu juga-sultan tiada kuasa tuk memilih mb...istifar banyak2 cikgu...manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan tapi kalau kesilapan yang terang2, memang manusia itu tidak pernah sedar diri..pepatah melayu kata-cermin dahulu diri sendiri; terlajak perahu boleh d undur, terlajak kata badan binasa
Saya tengok trend sekarang ni, main cakap je :-)
Nak2 main cakap be;akang ;-)
Selamat Datang Ke Laman Blog Baru Saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Post a Comment