Monday, November 10, 2008

Kejutan demi kejutan

Salam bloggers...terima kasih kepada semua pelawat dan rakan-rakan yang memberi respon kepada blog saya ini... Satu kejutan mungkin akan berlaku dan semua telah sedia maklum.. Ini kisah di Bahagian Marang. Tunggu dan lihat.

Satu lagi kejutan telah dan akan berlaku berterusan di dalam UMNO Bahagian-bahagian yang baru menghabiskan mesyuarat agung... Tahniah YB Dato' Nasir Ibrahim Fikri dan barisan kepimpinannya yang menang di Kuala Nerus... Dan Tahniah kepada Pak Chang yang menang tanpa bertanding... sepatah kata orang putih... You're great..

Di Hulu Terengganu... tahniah kepada rakan-rakan yang dilantik menduduki JK Bahagian dan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu saya sepanjang menjadi Timbalan Ketua Bahagian... Budi dan jasa kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya... Untuk orang Ajil InsyaAllah saya berjanji untuk berkhidmat dengan kadar terbaik. Sehingga khidmat saya tidak diperlukan lagi. kalau itulah keadaannya saya kan berundur cara terhormat. Tak mengapa saya tewas... tetapi amat malang kalau UMNO tewas.

Sekarang saya dapat beri tumpuan lebih sedikit untuk DUN Ajil. Begitu juga saya rasa dengan ADUN Kuala Berang. Bagaimana dengan MP?... Saya juga penuh yakin MP akan lebih memfokuskan kepada kerja-kerja Parlimen kerana kerja parti dipikul oleh orang lain. Kebetulan kami bertiga adalah bekas guru... kata orang putih.. 'Once you 're a teacher, always a teacher'. Cuma saya agak terkejut apabila MP Hulu Terengganu dipanggil oleh Badan Disiplin UMNO Malaysia... Ini juga satu kejutan kepada saya.

Nampaknya bumi Darul Iman ini tak akan sunyi daripada kejutan demi kejutan... bermula dengan krisis jawatan MB, disambung dengan isu perlantikan EXCO, isu Mercedess dan Perdana, isu Pemecatan Pengerusi GLC's.. sehingga sekarang masih ada lagi yang kosong, Tuduhan projek membazir dan banyak lagi... Dan saya yakin akan banyak lagi kejutan akan berlaku... Tunggu dan lihat...

Saya sebagai seorang Islam tidak pernah kecewa dengan apa yang berlaku. Dan saya juga yakin bahawa yang benar pasti ditunjuk kebenarannya oleh Allah swt... Cuma faktor masa sahaja... Dan kata-kata saya sepanjang bertemu rakan-rakan semasa pemilihan bahagian yang lalu... 'Saya rela kalah seandainya kemenangan ini mendapat kemurkaan Allah'... dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi.

Alhamdulillah... antaranya ialah saya lebih selesa sekarang kerana tiada lagi kunjungan ke rumah saya sehingga pukul 3 pagi... saya dapat mengenali siapa sahabat sejati dan sahabat yang tahu membalas budi... tepat kata pendita ... teman ketawa ramai sekali...Fikir-fikirkanlah...

6 comments:

Mohd Sobri said...

Salam
1.Kebanyakan manusia akan mencuba sedaya mungkin untuk mencapai cita-cita.
2.Dato' nampak macam berputus asa jer..Kalah kita dalam menang.
3.Masa kita berada di atas, mungkin ada sesuatu yang kita terlupa...Siapa yang mengelilingi kita tak pernah kita kaji..
4.Allah lebih tahu dan lebih menyayangi dato'... Sememangnya ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi disebalik kekecewaan yang dirasakan untuk kita.
5.Mungkin Allah menuntut kita untuk lebih mengenali rakan dan lawan kita yang sebenar dan sentiasa bersama kita semasa susah dan senang....Tengok-tengoklah Dato'.

N.Azlin said...

Alahamdulilah Dato...Dato telah membuat satu keputusan yang bijak..dan redha dgn segala keputusan walaupun agak perit tapi ia harus ditelan..Tak semestinya Dato tidak ada jawatan dlm UMNO maka segalanya berakhir begitu saja...perjuangan harus diteruskan sampai bila-bila.

Perjuangan tidak semestinya dijuangkan hanya melalui jawatan dlm parti..ia ada pelbagai cara cuma ada kelebihanlah jika ada jawatan...

Skrg Dato blh tumpukan sepenuh perhatian pada Adun Ajil dan tak perlu pening2 fikir pasal politik yg pelbagai ragam tu...tumpu pada rakyat yg telah memilih Dato sebagai wakil Adun Ajil krn ia lebih berat tanggungjawab kerana ia menwakili BN..

Teruskan Dato usahamu...

Hamdillah said...

Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.-saidina Ali
teruskan perjuangan dato`!!!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

dunia ini penuh cubaan dan dugaan. kejutan demi kejutan. cubaan demi cubaan. sehinggalah kita menghembus nafas baru perkara ini tak ada. tapi kita tak perlu terkejut dengan apa kita lakukan di atas dunia ini.

betul tak datuk!!!

i-ganu said...

salam,

Dato', sy harap perjuangan Dato' diteruskan dengan sebaiknya..

biarlah orang lain hidup dalam kepentingan diri masing-masing..

sama-sama doakan agar bumi yang kita pijak sekarang menjadi hak melayu selamanya...

taipingmali said...

Manusia berubah, alam berubah, sejarah berubah, politik berubah. semuanya kerana ia baharu.

Kita dinasihat untuk tidak berputus asa. Pak Lah pernah dijatuhkan tetapi akhirnya bangkit kembali dan menjadi PM.