Salam bloggers...kita di Terengganu dikejutkan dengan 2 berita yang belum terjadi di sini... kisah bunuh diri atau cubaan bunuh diri dalam masa seminggu. Alhamdulillah kedua-dua kes ini tidak mencapai matlamatnya. Tahniah dan terima kasih setinggi-tinggi kepada mereka yang terlibat menyelesaikan problem ini terutama pasukan polis, bomba dan lain-lain...Jasa kalian semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Mereka yang berjasa ini patut dan wajar diberi anugerah atas khidmat mereka.
Menyebut pasal BOMBA, saya menghadiri satu majlis ...Bomba bersama Masyarakat di Felda Bukit Bading pada 25hb yang lalu. Kehadiran memberangsangkan walaupun terpaksa berhujan. Dan perkara yang membanggakan saya ialah kemampuan Persatuan Belia Bukit Bading dengan kerjasama JKKK, UMNO dan Pengurusan Felda mengendalikan majlis yang cukup meriah itu. Banyak ilmu dapat ditimba dan demo memadamkam api cukup menarik perhatian hadirin....sekali lagi sekalung tahniah kepada Bomba dan semua yang terlibat. Masyarakat hari ini mengetahui bahawa Bomba bukan sahaja dikaitkan dengan api tetapi sebagai penyelamat juga.
Api...semasa kecil menjadi kawan dan bila besar menjadi lawan...yang paling bahaya ialah api dalam sekam...kewujudannya tidak kelihatan...ini yang dibimbangi oleh semua orang. Saya difahamkan keadaan sebegini telah mula terjadi di Kedah Darul Aman. Keadaan tidak 'aman' lagi apabila timbul isu menternak Khinzir...Kerajaan negeri nampaknya begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan juga projek ini. Persoalannya apakah kebaikan yang wujud disebalik projek ini. Mungkinkah penduduk bukan Islam telah melebihi Islam di Darul Aman? Atau mungkinkah ini projek politik untuk menarik bukan Islam menyokong parti mereka? Atau juga untuk menunjukkan tahap toleransi kepada agama lain oleh Parti Islam?....atau...atau... seribu atau yang bermain difikiran saya...Wallahu 'Alam. Hanya MB Kedah sahaja yang tahu jawapannya....Yang pasti ramai penyokong dan pendukung PAS yang tidak gembira projek ini.
Di Terengganu Darul Iman, haiwan ini amat sensitif dengan orang Melayu Islam. Sebut sahaja namanya timbul satu perasaan jijik dalam diri kita. Orang Terengganu sebut...'se'eel..sebab kita di sini diasuh tentang kejijikannya sejak kecil...Saya kurang pasti orang Melayu Islam Kedah sebab saya jarang ke kedah. Jadilah kita seperti ikan dilautan yang tidak masin walaupun berada dalam air masin... Fikir-fikirkanlah
Monday, November 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
tahniah, hujah penutup berbentuk ekplisit yang sangat mendalam...
sesungguhnya, binatang B**I ini dimana jua jijik di mata kita, tak kisah la di TRG, KELANTAN, PAHANG mahupun di SElangor dan KEdah.
persoalannya, mengapakah soal toleransi diambil kira sekrang? kalo dulu, PAS cukup komitmen dengan Membangun Bersama Islam, mengapa sakrang perlu terhengeh2 nak tukar Negara Berkebajikan? Hairan 1000 kali hairan..
kerapuhan pendiriaan yang dayus dibawakan oleh PAS semakin nampak, apabila banyak isu besar mula berlegar tatkala memerintah di Perak dan Kedah. Begitu juga peranan mereka dalam PR di Selangor, sehingga dihina oleh orang Kanan PKR negeri yang menyifatkan PAS adalah parti yang bongkak. Dato, inilah orang Melayu yang tidak mempunyai pendirian.. Tatkala Chua Soi lek mengutuk ketuanan Melayu, saya lihat begitu ramai pemimpin UMNO menentang.. melihatkan pemimpin UMNO mmg mempunyai kekebalan pendirian dalam mempertahankan hak kita.
pandai-pandai la kita fikirkan..
mintak dato' berikan komen isu KETUANAN MELAYU dari perspektif dato'.
untuk dato, saya tinggalkan kata hikmah :
"Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai..."
(Helen Keller)
Salam Dato,
Persoalan2 ini cuma mampu kita fikir dato',tapi tak mampu kita selesaikan kerana yang memilih kerajaan islam kononnya ini bukan orang Terengganu,bukan orang Perlis bukan orang lain,tapi orang negeri pembangkang sendiri.
saya pernah perli orang2 pembangkang di kampung kita berkenaan projek khinzir ini,tapi jawapan biasa.. untuk kepentingan semua pihak kata mereka..
hahahahaha... nak tergelak pun ada,nak kata bodoh pun ada..
mereka masih lagi tidak dapat melihat kan menifesto pilihanraya yang tidak dapat dilaksanakan tapi diganti dengan projek ternakan BABI ini. hahahahaha.. PAS oh PAS. Mungkin ini juga adalah menifesto pembangkang semasa berceramah di kawasan majoriti bukan islam semsa PRU lepas cuma tidak dicetak atas kertas saja.
warisan kayu balak bernilai jutaan ringgit hampir ditumbangkan,sekarang warisan melayu islam jadi taruhan. PAS oh PAS..
Kata orang tua2..kalau terlalu takut akan satu pihak hingga sanggup ikut telunjuk mereka istilahnya "IBARAT KERBAU DICUCUK HIDUNG"..
tapi kali ini kita ubah sikit..
"IBARAT KHINZIR DI TARIK TELINGA"..
salam,mungkin salah satu manifesto pakatan rakyat ialah memartabatkan babi di malaysia...menjadikan Malaysia pengeluar babi dunia ke arah harapan baru Malaysia...mungkin juga salah satu kejayaan politik melayu ialah perternakan babi moden untuk generasi melayu akan datang....
:)
Assalamualaikum..
Al-Fatihah supaya roh Datuk Razali berada di dalam golongan orang beriman
Salam..
Kerana menjaga hati kafiq kita perlu ikut rentak mereka walaupun ia menyakiti hati sesama Islam...Ini keadaan umat Islam di negara Malaysia,segala janji untuk kepenting umat Islam ditolak sepi kerana kuasa dan kekayaan,itu terjadi di Kedah dan mungkin akan jadi di negeri lain.
jangan ini kita selesa dengan sekarang tunggu dan lihat apakah seterusnya
datuk,cuba selidk dulu,samada projek babi ini diluluskan masa zaman bila? zaman bn ke atau zaman pas?
Saya sebagai golongan belia atas pagar dan tidak memihak mana-mana pihak.
Usahlah kita berpolitik pasal babi di Kedah & Selangor. Cuba perhatikan hierarki kelulusan projek tersebut. Ternyata diluluskan zaman pemerintahan kerajaan lalu. Di Selangor & di Kedah cuma belum sempat dilaksanakan saja oleh pemerintahan lalu. Dan dibangkitkan semula pada mesyuarat exco kerajaan baru.
Yb Dato' dan para pemimpin melayu sekalian, usahlah kita komen dan ulas benda yang kita tak tahu. Nampak sangat kita 'akal pendek' dan bersikap malas membaca.
Secara jujurnya kita orang melayu memang malas membaca dan hanya dengar cakap mulut ke mulut. Oleh yang demikian, sebagai pemimpin jangan YB terikut-ikut cara pemikiran kekampungan dan pemimpin kampung Bukit Diman. Dan sekiranya begini tak hairan next election YB Datuk tergelincir daripada senarai ADUN Terengganu.
Sekian.
YB Dato Rasol
Saya orang Kedah dan menetap di Kedah, di kawasan yang diwarwarkan untuk ternak BABI.
Rupanya selama ini saya tertipu kerana projek BABI NEGARA ini sebenarnya telahpun dibincangkan secara khusus di peringkat negeri Kedah pada tahun lepas iaitu pada zaman Det Kalid.
Memandangkan beliau tidak sempat melaksanakan visinya, maka isu ini timbul sekali lagi.Bagaimanapun memandangkan projek BABI NEGARA tidak lagi mendapat tempat dan kos yang tidak relevan serta kekalahan kerajaan terdahulu, maka projek ini ditangguhkan.
Post a Comment