Wednesday, November 12, 2008

GENERASI EMPAT TAPANG

Salam bloggers... selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada adik-adik dan anak-anak kita. Kita mendoakan agar mereka diberi ketenangan dan kesejahteraan semasa menduduki peperiksaan yang penting ini. Dan tidak lama lagi keputusan UPSR akan diumumkan... Situasi ini membuatkan pelajar, ibu bapa dan guru berada dalam keadaan yang berdebar... Bagi mereka yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaan, debaran mereka berkaitan dengan kemampuan anak-anak mereka... 'mampukah anak aku jawab soalan?'... Bagi yang bakal mengetahui keputusan UPSR... 'Apakah anak aku atau murid aku mencapai target yang diimpikan?'

Walau apapun debaran, yang pasti matlamat dan objektif adalah sama iaitu mengidamkan sebuah kejayaan cemerlang... InsyaAllah. Perlu diingat bahawa kecemerlangan tidak datang bergolek. Usaha yang luar biasa akan membuahkan hasil yang luarbiasa. Ini adalah hukum dan lumrah alam. Tetapi kalau kerja dan usaha luarbiasa tetapi hasilnya biasa-biasa sahaja... pasti ada sesuatu yang tidak kena. Belanja ratusan ribu tetapi pulangannya 18 point sahaja... Mungkin strategi tidak betul atau niat tidak ikhlas. Dan lebih parah lagi jika usaha kita tidak diberkati Allah. Nauzubillah...

Begitulah juga halnya dengan senario Darul Iman pada hari ini. Saya tidak tahu dimana silapnya.. Ramai rakan saya yang menelefon saya memberi komen terhadap perasmian W€orld Endurance Championship 2008. Yang ketara ialah 'speech' semasa majlis perasmian... Saya tidak mahu komen kerana mungkin saya bias... Tambahan pulak, kebetulan saya tidak menonton siaran langsung tersebut... Jadi saya tidak mampu memberi apa-apa ulasan. Dan siapalah saya untuk memberi ulasan dan komentar.

Saya adalah seorang insan yang mahu melihat satu kecemerlangan bangsa dalam semua aspek di bumi bertuah ini. Bagaimana cara dan kaedah tidak penting asalkan mendapat keredhaan Allah. Kecemerlangan bangsa tidak dapat lari dan mempunyai kaitan rapat dengan ILMU. Tahniah MRSM Kota Putera yang memulakan langkah berani dengan memasukkan program Ulul Albab untuk sessi akan datang. Ini adalah satu usaha murni untuk mempastikan satu hari nanti akan lahir satu generasi Islam Cemerlang... sepatah kata orang Terengganu...CUKUP EMPAT TAPANG... yang dapat menandingi kehebatan pemenang 'Noble Laurette'... yang sehingga kita dimonopoli oleh orang orang Yahudi... Dan kita mendoakan ianya terjadi di Bumi Darul Iman ini.... Amin...

...Kejayaan sesuatu pelayaran bergantung kepada kebijaksaan Nakhodanya... Fikir-fikirkanlah...

10 comments:

kulaan said...

Salam..

Generasi sekarang jangan disamakan dengan generasi yang lalu...Sikap setengah golongan dewasa(senior atau veteran) dalam Umno yang tidak gemarkan golongan muda melawan arus amat mendukacita .Tanggapan bahawa mereka lebih 'makan garam dahulu' patut ditinggalkan dan ini membantutkan pemikiran.Di zaman IT atau dunia tanpa sempadan ini memerlukan fikiran yang terbuka dan setiap keluhan perlu perhatian.

Setiap peminpin sekarang ini diperhatikan oleh semua orang terutama jika janji-janji manismu tidak terlaksana.Paling menyakit hati apabila ada peminpin berkata terlepas pandang.Selama 365 hari apakah yang mereka lakukan,itu belum dicampur dengan jumlah 5 atau 4 tahun mereka meminpin.Semua peminpin tanpa mengira parti politik apa pun bijak berbicara dan bagi yang jahil akan longlai dihanyut mimpi indah

kulaan said...

Salam...

Kemajuan Agama Islam bergantung kepada umatnya jika umatnya lemah maka Agama Islam pun juga akan lemah.Yahudi,nasrani dan majusi termasuk kaum kafiq ini tidak redha terhadap Islam dan ini telah tercatat dalam Al-Quran dan hadis.

Mereka akan cuba menarik kita mengikut mereka sedikit demi sedikit dan membiarkan mereka yang leka kepada kuasa dan kekayaan ini menghancurkan Agama Islam dengan tangan mereka juga.

Peluang yang mereka perolehi daripada kealpaan kita yang dungu dan bodoh sehinggakan kita tidak dapat membezakan antara kebaikan dan kejahilan.Berapa ramai muda-mudi Islam yang telah rosak sejak berzaman-zaman akibat perbalahan politik sempit kita.

Seorang Peminpin Pas,Umno,Pkr belum pasti lagi bahawa genarasinya iaitu anak,cucu atau cicit akan mengikut 100% jejaknya.Pergi periksa di jel,pusat serenti atau pusat pemulihan ahklak siapa mereka dan cari salasilah keturunan mereka.

Jangan hanya pandai baling sembunyi tangan ....

Akhirnya kita menang sorak kampung tergadai

kulaan said...

Salam...

Budaya cantas mencantas atau 'pancung' dalam budaya kita tidak akan hilang selagi phd yang dalam dalam kehidupan kita.Kenapa kita takut jika ada orang lain yang berupayaan melakukan perubahan ini diberi peluang.

Walaupun DS Idris Jusoh berjaya membawa gelombang BN tetapi beliau juga insan biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.Maka kita perlu sedar bukan semua yang kita lakukan itu disukai ramai ,kadangkala ia menyakiti hati .Jangan kita asyik menaruh syak wasangka sesama Islam yang sepatutnya kita bersama-sama memperbetulkan.

Generasi Umat Islam sekarang melihat apa yang dilakukan oleh generasi dahulu.Kealpaan dan mudah menyerah kalah sehingga golongan kafiq Laknat bertambah kuat akibat persengketaan sesama Islam.Ini termasuk mereka yang bergelar tok guru sehingga menyebabkan umat Islam berpecah belah,mereka bukan mengajak kepada perpaduan sesama umat Islam tetapi bersekongkong dengan Kafiq Laknat ini .Saudara Zulkifi Nordin mungkin dia tersalah pilih parti(PKR) tetapi sebelum ini beliau telah bersuara tentang mempertahankan Islam tetapi kesilapan Umno tidak ambil dan ini berlaku pada PRU12 jika dibandingkan PRU11 dimana ramai tokoh agama diketengahkan.

Pengantungan kepada satu pihak juga menyebabkan kealpaan ini.Saya sendiri pernah dengar daripada perbualan kakitangan awam bahawa mereka tidak kisah siapa yang memerintah kerana masih punya pekerjaan dan ini dapat dilihat masih ada yang dapat kenaikan gaji serta bonus.Jika dibandingkan yang kerja sendiri atau swasta mereka akan terjejas jika berubah pemerintahan tetapi selalu kita abaikan rungutan dan keluhan mereka.

Apakah Dato lakukan sekarang ini untuk membela mereka dan apakah janji-janji manis telah terlaksana...tepuk dada tanya Iman.

kulaan said...

Soalan yang sering ditanya di kalangan orang Melayu ialah apakah tujuan menyertai parti-parti politik di negara kita? Apakah erti menyokong UMNO, Pas atau PKR?

2. Jika ditanya kepada penyokong Pas, pastinya matlamat mereka ialah untuk Islam sungguhpun kadang-kadang perilaku tidak mencerminkan perjuangan. Suatu ketika lalu, ada juga yang melihat ia sebagai jalan ke syurga.

3. Jika ditanya orang Melayu yang menyokong PKR, mereka secara mudahnya menjawab mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

4. Bagi UMNO pula, ramai generasi muda hari ini sudah tidak lagi boleh bercakap apa sebab mereka menyertai UMNO. Idealisme perjuangan agama dan bangsa sudah jarang diutarakan.

5. Selepas tewas beberapa negeri dalam pilihan raya umum yang lalu, terdapat pandangan dan suara-suara yang menyatakan UMNO perlu berani melakukan perubahan. Malangnya tidak ramai yang membicarakan apakah bentuk perubahan yang perlu dilakukan.

6. Adakah ia merupakan perubahan struktur organisasinya,atau perubahan prinsip perjuangannya atau berubah rupa bentuk keahliannya atau hanya perubahan pucuk pimpinan? Justeru saranan perubahan ini menimbulkan polemik dan kegelisahan di kalangan orang Melayu. Ada yang tertanya-tanya, apakah perubahan yang dilaung-laungkan itu akan menjejaskan visi atau idealisme perjuangan UMNO untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia?

7. Bagi saya UMNO perlu berani berubah untuk kembali kepada asal-usul tujuan penubuhannya. UMNO hari ini walaupun masih bermatlamatkan untuk agama, bangsa dan negara tetapi dilihat tidak lagi mencerminkan idealisme perjuangan tersebut.

8. Sebenarnya perjuangan UMNO adalah jelas sejak ia ditubuhkan iaitu UMNO berjuang mengangkat martabat agama Islam dan UMNO berjuang utk mengangkat harakat bangsa melayu.

9. UMNO mengangkat martabat agama Islam ialah bila mana UMNO terlibat dalam pembetukkan perlembagaan negara, pemimpin UMNO dengan jelas meletakan Agama Islam sebagai agama persekutuan dgn membenarkan agama lain diamalkan secara aman termaktub dalam perkara 3 perlembagaan negara. Kita lihat waima negara Indonesia merupakan negara Islam teramai jumlah umat Islamnya pun tidak meletakkan Islam sebagai agama persekutuan negara tersebut.

afiqsyahmir said...

www.afiqsyahmir.blogspot.com

Ass'kum YB Datuk,

Memandangkan YB Datuk merupakan seorang bekas guru dan masih mempunyai network yang baik dengan guru-guru, apa pandangan Datuk berkenaan dengan sajak KEMATIAN?

Wajarkah ditayangkan?

Bagi saya ianya tidak salah ditayangkan dan janganlah melayu Islam takut dengan bayang-bayang sendiri. Seolah-olah tidak akan menghadapi mati. Apa yang penting dimana ulama kerajaan, bekas guru-guru untuk menjelaskan hal ini. Yang pasti kita tidak perlu menunggu Ong Tee Keat, Liow Tiong Lai, Lim Guan Eng, Kim Siang & Karpal Singh untuk ulas isu ini.

Cikgu, bangkitlah untuk menegakkan kebenaran.

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk. ada ceramah PAS kat kelantan kata program kuda ini buang wang rakyat. tapi diaorang tutup mulut sebab melibatkan agung...

apa kena dengan PAS datuk. semua tak boleh.

mod said...

Salam Dato',

Syabas saya ucapkan kpd MRSM Kota Putra kerana akan memperkenalkan program ulul-albab yg memang sangat saya dinanti-nantikan.

Alhamdulliah hari keputusan UPSR telah diumumkan & anak saya berjaya mendapat 5A`s & esok saya akan ke ibu Pejabat Mara utk mendapatkan borang bagi permohonan MRSM Kota Putra.

Sekiranya Dato` boleh membantu bagi memastikan anak saya dapat memasuki MRSM K Putra, ribuan terima kasih saya ucapkan.

Insyaalah dengan niat yg tulus ikhlas saya yakin program ulul albab akan berjaya.

Wassalam

Mohamad azwani
Subang Selangor

p/s
saya junior datuk 2 tahun di kik
kita pernah berjumpa di masjidulharam mekah

kesidang said...

Syabas Datuk.
Berani kerana benar. Amat jarang anak Melayu yang berani mengkritik sesuatu isu untuk kebaikan.saya harap datuk teruskan perjuangan ini dengan semangat yang tinggi dan penuh ikhlas. saya menyokong sepenuhnya perjuangan datuk.
Guru Hulu terengganu

kulaan said...

Salam...

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) yang disempurnakan oleh Ketuanya, Salahuddin Ayub di ibu pejabat PAS petang tadi.LAGI .........bagaimana dato kalau biar alamat dato tinggal dengan geng lama tu...umur kita bukan lagi muda...

Anonymous said...

Kalu empat tapang baru negara maju..Bereh Dato'. Ni blog ambo http://gatalsokmo2.blogspot.com/
salam hidup anak tganung kite..
Waksirbesut