Salam blogers...terima kasih sekalung budi kepada rakan taulan yang masih setia dengan blog saya. Satu lagi berita tergempar akan muncul di Terengganu. Pasal kenyataan MB yang akan meminta Exco melepaskan jawatan kerana ingkar dengan arahan jangan bertanding dalam Bahagian. Tetapi malangnya arahan tersebut nampaknya tidak diendahkan oleh Exco-exco yang terlibat. Ini menggambarkan bahawa air liur Pengerusi Perhubungan Terengganu tidak masin lagi. Nampaknya MB terpaksa mengotakan segala janji yang dilafazkannya dulu. Kita tunggu dan lihat nanti kalau panjang umur.
Saya tidak pasti siapa yang akan menggantikan Exco yang akan dipecat. Saya difahamkan 3 orang yang terlibat. Dan saya yakin jawatan tersebut akan dilelong kepada YB yang lain. Dan kita akan dapat melihat satu senario baru dalam politik Terengganu iaitu YB-YB yang akan menyambut lelongan tersebut...akan wujud jawatan baru..EXCO LELONG..harap-harap tidak sampai jadi begitu. Jika tiada YB yang akan menyambut lelongan ini apakah tidak mustahil jawatan tersebut akan ditawar kepada pembangkang? Tunggu dan lihat..kerana suasana akan menjadi lebih panas, hangat dan sensasi...
Idea memecat EXCO bukan idea MB kerana saya yakin MB seorang yang rasional. Ini mungkin idea penasihat MB..terutama penasihat-penasihat yang bimbang kecundang dalam Pemilihan Bahagian. Jadi untuk menang mudah mereka menggunakan cara ini dan mengkudakan MB...Inilah yang dikatakan 'Harapkan sokong...Sokong membawa rebah...'Fikir-fikirkanlah...

4 comments:
Ish ish dahsyat tu Dato'...kalau benar bagai dikata Tranung nampaknya tak habis-habis mencipta kontroversi... isu2 yg langsung tidak mendatangkan faedah kepada rakyat..
Tranung di tempat kedua negeri paling tinggi kadar kemiskinan di Msia.. sapa yg menjaga kebajikan rakyat kalau pemimpin sentiasa sibuk dgn isu politik yg tidak berkesudahan.
Datuk,
1. Ini membuktikan bahawa pemimpin UMNO pada hari ini bukan DIPILIH tetapi DITUNJUK.
2. Semakin hari UMNO semakin kebelakang.
3. Kalau begitu mana boleh tercapai maksud 'Tranformasi UMNO'?
p/s: Nak tanya Datuk sikit..Nordiana Datuk Shafie tu tak ada Blog ka? Saya dok surge juga tapi tak jumpa pun. Kalau nak jadi Naib Ketua Puteri kena ada blog.
Dato...
Menang dan kalah adat pertandingan...kalau dah kalah akur je lah janganlah tuduh sini tuduh sana. Dato pun sama jugak takkan tak pernah bagi sumbangan..Ingat rakyat Teganu bukannya bodoh. YB-YB yang ada pun bukannya pilihan bahagian itu semua konco-konco Deris Jusoh, so bersyukur je lah kalau ikut kan rakyat pun bukannya suka sangat tapi kerana sayangkan UMNO kita terima juga YB-YB (Mr Yes Deris Jusoh). Tindakan Dato sebenarnya yang lebih memecah belahkan UMNO Teganu kerana sentiasa mencari kesilapan MB.
Saya nasihatkan Datuk dan juga diri saya sendiri supaya buang perasaan dengki dan sakit hati kepada sesiapa sahaja. Exco ke apa jawatan ke dunia semata-mata so paling pentingkan Datuk berilah perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Teganu.
YB Dato'
Apa nak jadi dengan negeri kesayangan kita ni. Sepatutnya inilah masa yang sesuai memikirkan bagaimanana untuk memajukan negeri dengan misi mengurangkan kadar kemiskinan yang masih tinggi.
Pemecatan EXCO (jika berlaku ) akan menjejaskan program pembangunan fiskal dan modal insan yang giat dijalankan. Kalau macam ni..PRU ke 13 nanti, UMNO akan kecundang kerana rakyat sudah BOSAN.
Post a Comment