Wednesday, October 22, 2008

Adakah UMNO untuk Orang Kaya Sahaja

Salam bloggers...terima kasih setinggi-tingginya kepada rakan-rakan yang setia bersama blog ini. Dan terima kasih kepada rakan rakan yang menulis komen untuk saya. Saya akan cuba up date blog ini sekerap mungkin. Up date bukan sahaja isinya tetapi sistemnya juga.

Saya baru sahaja meneliti blog chedet. Yang penting segala pandangan yang diberi hendaklah diterima dengan ikhlas tanpa prejudis....kerana kekuatan UMNO perlu dipertahankan sampai bila-bila... Matlamat kita dalam berparti politik ialah untuk menang dalam pilihanraya. Tidak guna bagi kita... jika kita menang Ketua UMNO Bahagian tetapi kita memnjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri. Sebab itu dalam pemilihan UMNO ini para perwakilan hendaklah BIJAK memilih...Undilah dan Sokonglah mereka yang berkerja kuat dalam Pilihanraya yang lalu.

Saya cukup bimbang bahawa sekarang mereka yang berduit dan kaya berusaha sedaya upaya untuk pegang jawatan tertinggi Bahagian. Mereka mengguna BROKERS untuk berjumpa dengan perwakilan... Biasanya Brokers atau orang tengah ini yang selalunya kenyang. Macammana tidak kenyang... Duit yang diberi calon untuk disampaikan kepada perwakilan RM300.00 seorang...tup tup yang sampai ke tangan perwakilan ...berbagai-bagai...ada yang dapat RM50.00 seorang , RM100.00 seorang ...ertinya brokers sapu RM250.00 dan RM150 seorang... dan begitulah seterus dan seterusnya...Bayangkan berapa banyak yang brokers sapu di tengah jalan kalau perwakilan 600 orang? Di sini berlaku 2 penipuan...Pertama... Calon ditipu dan kedua para perwakilan tertipu. Sanggupkah kita semua ditipu dan tertipu? Yang malangnya rakyat mendapat pemimpin PENIPU dan PERASUAH... Nauzubillah

Semua orang mahu duit dan wang.. hatta orang gila pun dapat bezakan antara duit dan kertas biasa...Tetapi jika kita sebagai pejuang parti tidak tahu membezakan antara duit lacuran politik dan duit yang diberkati... maka itu tandanya parti kita telah berada dihujung nyawa. Dan kitalah penyumbang kepada kematian UMNO...Nauzubillah....

Saya berharap dan mendoakan agar semua perwakilan diberi petunjuk dan hidayah ALLAH...Marilah kita sama-sama pastikan bahawa mereka yang menghulur duit yang banyak dalam pemilihan kali ini tidak semestinya menang... Amiiin...

....Duit bukan segala-galanya...Fikir-fikirkanlah...

10 comments:

Zaki said...

Salam,
Saya dah kata banyak kali, masalah rasuah dlm UMNO telah membarah...tidak ada cara lain utk mengubatinya selain menjadikan UMNO pembangkang... lucutkan segala kuasa yg ada sekurang2nya 3 penggal .. siapa yg tahan tunggu 12 tahun kalau tak betul2 ikhlas dlm perjuangan membela nasib rakyat..

Sama saja Dato' ... pemberi rasuah ker, brokers atau orang yang menerima rasuah.... they have one thing in common... semuanya ahli neraka jahannam.. NauzubiLLahi Min zalik

Mat Yie said...

Salam Dato';
Saya pada asalnya ketika baru mengenali dunia politik seakan-akan tidak percaya bahawa wujudnya politik wang di dalam parti. Bagi saya Umno adalah parti yang bebas dari segala macam lacuran politik seperti mana dato' katakan.Namun seteleh mendalami ilmu,pengetahuan walaupun masih diperingkat yg cukup mentah saya kira,saya sudah mula memahami kekotoran yg ada dalam UMNO. saya seakan tidak percaya akan hal ini kerana selama ini kita yakin dan percaya,KEPALA-KEPALA ini adalah bersih. dan saya masih berharap kita masih bersih..
Hakikat yg harus kita terima adalah,ini sememangnya terjadi. Jika semua org bercakap akan hal ini,pastinya ini mmg btl2 terjadi..
benarlah seruan dato kepada perwakilan agar tidak menilai RM yg tidak seberapa itu untuk memulihkan UMNO dan memartabatkan kembali parti keramat ini. saya juga percaya pemilihan kali in sekali lagi akn menggemparkan kita semua dgn keputusan yg mungkin diluar jangkaan..sama-sama kita saksikan. harap dato juga peroleh kemenangan.

afiqsyahmir said...

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Secara jujurnya UMNO adalah hanya sesuai untuk golongan elit Melayu. Sejarah membuktikan hingga kini setelah 51 tahun merdeka UMNO akan hanya diterajui cucu cicit dan kaum kerabat Perdana Menteri sahaja sampai bila-bila. Dan pusingan terakhir mungkin sampai pada peringkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Antara percaya atau tidak, Datuk Sri Najib Tun Razak mewarisi jawatan ayahdanya Perdana Menteri ke 2 kita. Datuk Hishamuddin juga melalui bapanya. Biarpun bekas-bekas PM itu telah meninggalkan kita, namun bisa dan kehebatannya diwarisi dalam UMNO. Selepas ini muncullah generasi pelapis yang juga anak anak bekas PM. YB Datuk Mukhriz - Jerlun, YB Khairy Jamaluddin - Rembau. Kedua-dua tokoh ini merupakan pemimpin pemuda dan dalam proses pembikinan untuk jawatan Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Hishamudin.

Saya sebagai pemerhati bebas dapat merasai dan membayangkan mana-mana pemimpin selain daripada keluarga bekas-bekas PM akan dicantas, direbahkan dengan pelbagai cara yang diizinkan. Machievelli - Matlamat menghalalkan cara.

Berbalik kepada persoalan rasuah, sebenarnya sistem pendidikan kita menghalalkan rasuah. Sebagai contoh, pernahkah kita membandingkan rasuah wang @ barangan bersamaan dengan meminum arak, langani pelacur, berjudi, memakan dan memegang khinzir? Semua pelajar sekolah diajar bahawa minum arak, langan pelajur, berjudi, makan & pegang babi adalah HARAM ! Tetapi apabila rasuah wang.... mereka memberi jawapan yang berbeza. Yang kita pegang hanyalah kertas berupa not tunai. Bahkan dipusat perjudian tertulis JUDI ADALAH HARAM DISISI ISLAM.

Mengapa pemerintah gagal menangani rasuah? Sebabnya tiada penerangan dan kesedaran setiap umat islam bahawa RASUAH ADALAH DISISI ISLAM.

Oleh yang demikian, saya sarankan BPR supaya buatlah kajiselidik di sekolah-sekolah & pusat pengajian tentang sejauhmanakah kesedaran generasi muda tentang rasuah?

Hamdillah said...

salam...baru-baru ni awani global ada menemuramah Tan Sri Tg Razaleigh,saya begitu tertarik pandangan beliau ttg pemilihan dalam parti agar dibuat seperti pilihanraya umum supaya semua ahli boleh mengundi,saya sgt teruja jika UMNO boleh melaksanakannya..bayangkanlah bagaimana pula peranan pelacur2 politik beroperasi?...umno perlukan perubahan dalam sistem pemilihannya jika mahu terus menjadi teras dalam kerajaan..wallahualam

Mohd Sobri said...

Salam Dato'
1.Saya setuju 100% dengan pandangan Dato' tersebut.
2.Mereka yang tidak berduit menjadi tawar hati untuk bertanding dalam apa-apa jua jawatan walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai wawasan yang tinggi.
3.Kenapa perkara ini berlaku? Mereka yang bertanding sekarang ini kebanyakannya dari golongan yang berada tetapi tiada langsung tokoh sebagai seorang pemimpin sejati, Mementingkan diri dan mencari kedudukan adalah.
4.Dalam minggu ini sahaja seorang perwakilan saya difahamkan menerima habuan tidak kurang dari RM 1000.00.
5.Marilah kita ajar mereka ini dengan tidak mengundi mereka lagi. Kita tanam mereka agar tidak timbul lagi dan merosakkan parti yang kita sayangi ini.
6.Saya benar-benar sedih, jika wang yang banyak ini didermakan untuk UMNO dan digunakan untuk parti, saya yakin tiada lagi masalah semasa menghadapi saat-saat mencemaskan semasa pilihanraya.
7.Semasa pilihanraya tak nampak batang hidung pun.. kalau ada pun masa penamaan calon jer.. tapi sekarang ni bukan main lagi meronda..
8.Kalau inilah yang dilakukan semasa pilihanraya baru-baru ini... bukan setakat Telemong jer menang besar, DUN Manir pun boleh ditawan. Tetapi itu lah watak pemimpin yang ingin mempertahankan jawatan demi diri sendiri. Tak payahlah nak bersendiwara lagi, pergilah sebelum dimalukan..
9.Sikap pemimpin yang rakus dan penuh demdam. Melakukan apa saja untuk menang dalam pemilihan parti tetapi berdiam diri semasa pilihanraya... Ini kah pemimpin yang hendak disanjung..? Cerminlah diri tu..
10.Kepada perwakilan semua berilah undi tuan-tuan kepada mereka yang jujur memikul amanah kerana anda akan disoal nanti.Sanggupkah anda melihat UMNO berkubur bersama dengan mereka yang terlalu mementingkan diri ini.,?
11.Hak berada ditangan anda sekarang... Ayuh kita tumbangkan mereka yang sedang cuba merosakkan UMNO dari dalam ini.... Tengok-tengoklah Dato'..

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk..Tun dulupun amal juga sebab itulah dia kalah dengan KULI beberapa undi saja. lepas tu UMNO kena bubar.

Psal politik wang, saya rasa sudah tiba masanya satu 'suruhanjaya' dilakukan supaya UMNO tak jadikan ia amalan.

Orang muda kini sudah jauhkan diri dengan UMNO. rakyat mahukan UMNO berubah tapi perangai macam dulu juga. Sekarang UMNO hampir karam...tak kan nak tunggu UMNO karam baru sedar?

PAS dan PKR main hentam lihat gelagat orang UMNO..sampai bila?

(http://pkrpasdap.blogspot.com)

mastered said...

tergelak saya membaca tajuk blog ni..
adakah sekarang anda "baru terjaga dari mimpi"?
teringat saya bagaimana anda di ketika dahulu.. disaat anda baru berjinak dlm politik.. bukankah RM yg jadi taruhan? RM ditabur di semua bahagian..dengan minta simpati.."undilah saya"
alhamdulillah... sampai tika dan waktu..RM yang ditabur..berhasil.. anda diantara yang teratas..dan anda berjaya..dengan pelaburang RM..
tapi sekarang.. anda "dikalahkan".
banyak la cerita yang anda selerakkan..fikirla.. diri anda pun begitu..malah lebih lagi!
x payahla anda fikir tentang bangsa lain.. fikirla bangsa sendiri.. KETUANAN MELAYU pun anda nak sangkah...inikan lagi oang kampung..
pesanan saya.. harap betulkan apa yg anda mula..
tepuk dada, tanya selera.

mastered said...

tergelak saya membaca tajuk blog ni..
adakah sekarang anda "baru terjaga dari mimpi"?
teringat saya bagaimana anda di ketika dahulu.. disaat anda baru berjinak dlm politik.. bukankah RM yg jadi taruhan? RM ditabur di semua bahagian..dengan minta simpati.."undilah saya"
alhamdulillah... sampai tika dan waktu..RM yang ditabur..berhasil.. anda diantara yang teratas..dan anda berjaya..dengan pelaburang RM..
tapi sekarang.. anda "dikalahkan".
banyak la cerita yang anda selerakkan..fikirla.. diri anda pun begitu..malah lebih lagi!
x payahla anda fikir tentang bangsa lain.. fikirla bangsa sendiri.. KETUANAN MELAYU pun anda nak sangkah...inikan lagi oang kampung..
pesanan saya.. harap betulkan apa yg anda mula..
tepuk dada, tanya selera.

putrarahman said...

Dato', pada hemat saya, wang adalah sesuatu yang amat perlu untuk menjayakan sesuatu perkara. Adalah mustahil jika penggunaan wang dinafikan dalam sebarang bentuk kempen samada kempen pemilihan UMNO, kempen pemilinan ADUN atau MP ataupun kempen pemilihan Presiden Amerika atau sebarang bentuk yang dinamakan kempen. Penggunaan perkataan "politik Wang" hanya bising di Malaysia sahaja kerana cara dan kaedah wang itu digunakan tidak bermoral dan tidak beretika. Sesuatu kempen yang bermoral dan beretika yang mempunyai sumber kewangan yang banyak, akan memberikan kelebihan kepada calon-calon yang bertanding.

Oleh yang demikian, saya berpendapat, yang perlu diubah adalah cara dan kaedah berkempen. Seluas-luas ruang hendaklah diberi kepada para calon untuk berkempen menggunakan kekuatan kewangan mereka. Mereka hendaklah tidak disekat untuk berkempen bagi memperkenalkan misi dan visi mereka kepada para perwakilan. Punca mengapa penggunaan rasuah undi disebabkan calon-calon tidak dapat memggunakan wang mereka dengan cara yang betul untuk berkempen.

Kempen yang dilakukan oleh para calon adalah secara sembunyi-sembunyi disebabkan pelbagai peraturan hinggakan pernah satu ketika, ada larangan untuk menghadiri majlis tahlil. Ini peraturan yang pada pendapat saya maaf cakap, mengarut dan tak masuk akalyang digariskan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ( Layak ke?). Jika ada calon yang hendak bertanding, berikan ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk berkempen.

Apabila ruang kempen disempitkan, maka wang yang banyak yang dimiliki oleh calon-calon telah digunakan dengan cara yang tidak sepatutnya dengan membeli undi.
Apabila ini terjadi, maka para perwakilan akan memilih calon-calon yang memberikan mereka wang yang besar dan dijanjikan pulak pelbnagai projek. Natijahnya kita dapati ada pemimpin kita yang menjawat jawatan dalam kerajaan tak mampu bekerja dan tidak berwawasan.

Terima kasih jika Dato' membaca komen saya ini.

mysir said...

Kaloh dok banyok Dato',jangan susah,kita lawan balik. Berita yang sampai ke tlinga hambe,undi yang lari tu pun dari orang Ajil jugok. Kabornya, ada arahan jangan ambil orang Ajil jadi AJK urusetia pada hari pemilihan, yer ke?