Saturday, October 18, 2008

Pengunduran Pak Lah dan Mesyuarat Agung Bahagian

Salam bloggers...Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia dan masih mampu untuk menilai dan mendengar apa sahaja yang datang kepada kita. Syukur. Syukur juga saya ucapkan atas ketulusan Pak Lah yang mengumumkan untuk tidak mempertahankan Jawatan Presiden dalam pemilihan yang akan datang. Satu pengumuman yang ditunggu-tunggu bukan sahaja ahli UMNO tetapi sekalian rakyat jelata. Kita mendoakan agar DS Najib akan menjadi pemimpin kita yang lebih baik dan berdaya maju InsyaAllah. Dan kita tahu bahawa DS Najib tak mampu untuk membuat kerja secara solo...tanpa bantuan dan sokongan kita semua.

Sekarang proses pemilihan kepimpinan Bahagian sudah bermula. Ramai yang mahu jadi ketua dan yang ingin mempertahankan jawatan tersebut nampaknya tidak duduk diam. Ada yang macam ibu ayam kehilangan anak. Ke sana kemari tidak menentu. Bagi mereka yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik...'cool' sahaja. Tetapi bagi mereka yang kurang berkesan ...kelihatan mula resah. Walau apa pun yang penting ialah kita mahu pilih pemimpin masa depan. Bukan memilih siapa yang hulur lebih. Jika kita salah pilih percayalah umur UMNO tidak akan panjang. Parti keramat ini akan hilang daulatnya. Kuasa di tangan para perwakilan. Andalah penentu masa depan UMNO.

Saya yakin bahawa perwakilan UMNO telah matang dalam membuat pemilihan. Dan saya juga yakin bahawa wang dan duit ringgit bukan penentu kejayaan. Tahun ini InsyaAllah kita akan dapat melihat mereka yang menggunakan duit untuk pangkat dan kedudukan akan kecewa. Penentuan sama ada mereka kecewa atau berjaya terletak sepenuhnya di tangan perwakilan UMNO. Kalau selama ini kita digambarkan bahawa mereka yang menggunakan duit yang banyak akan pasti menang..maka pada kali ini marilah kita berpakat untuk menafikan perbuatan pelacur -pelacur politik ini kerana kita berjuang untuk mendapatkan keberkatan Allah.

Sebab itu saya sering mengatakan bahawa jika kemenangan saya untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu dimurkai Allah...maka saya redha untuk tidak menang. Ini prinsip perjuangan saya. Saya hairan kerana orang orang UMNO sanggup berhabis untuk menang jawatan dan pertandingan dalam parti. Sebaliknya mereka tidak sanggup bekerja kuat dan berbelanja untuk menang pilihanraya... sesuatu yang pelik tetapi benar. Lebih malang lagi mereka menggunakan sebarang cara untuk menang...Matlamat menghalalkan cara...

Ada yang menggunakan zat MB, Menteri dan sebagainya untuk pastikan kemenangan...Saya tertanya-tanya kenapa begitu bersungguh-sungguh untuk menang? Dan saya bandingkan dengan jawatan Pengerusi PIBG yang sangat tidak diminati? Jawabannya mungkin rakan-rakan bloggers mampu untuk menekanya dengan tepat...Fikir-fikirkanlah..

.....'Sesuatu jawatan itu jangan diberi kepada mereka yang sungguh-sungguh mahukannya'...maksud Hadis

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk apa perkembangan UMNO di sana? dengar khabar PAS ada krisis betul ke?

habaqlah sikit benda-benda yang berlaku di kawasan datuk...

Hamdillah said...

inyaAllah,Dato` akan terus ke hadapan dalam perjuangan..amin

Zaki said...

Salam Dato'& Others
Dua tiga hari ni saya cukup seronok mendengar ucapan Reformasi or Reform dilaungkan oleh pemimpin2 UMNO terutamanya PM yg akan berundur tak lama lagi. Seolah2 "Reformasi" yg satu masa dulu cukup ditakuti oleh UMNO bukan lagi hak ekslusif Pakatan Rakyat saja. MCA pun telah melakukan perubahan (reform) dlm barisan kepimpinannya. Cuma nak ingatkan masa Pak Lah mula2 jadi PM dulu pon macam2 perubahan dijanjikan utk rakyat... judiciary, pembaikan polis, BPR, akta tu akta ni, suruhanjaya itu ini... sehinggakan rakyat memberi mandat yg besar dlm PR2004. Now habuk pun tarak..kesian rakyat.. Pak Lah dah nak resign 5 bulan lagi.
Now harapan diletakkan kpd Pak Najib ... sungguh malang UMNO tidak mempunyai pemimpin yg berintegriti utk dilantik menjadi Presiden.. Pak Najib yg tidak putus-putus dikaitkan dengan skandal dari dulu hingga sekarang dan kebyknya melibatkan penyalah gunaan kuasa melibatkan wang berbillion2... Saya kadang2 hairan dgn ahli-ahli UMNO apakah penilaian yg digunakan utk memilih pemimpin. Oleh itu saya lebih cenderung agar PR akan mengambil alih kuasa secepat mungkin... untuk menyelamatkan negara dari bencana pemimpin yg tidak layak... sudah tiba masanya UMNO menjadi seperti Parti Golkar di Indonesia, Parti Konsevatif di UK, Parti Congress di India, CHP di turki dll yg terlalu lama memerintah sehinggakan rasuah dan kepentingan diri telah menjadi barah yg tidak dpt diubati lagi. Beri masa utk UMNO utk melakukan Reformasi yg sebenarnya dengan menjadikan UMNO sebagai pembangkang... supaya UMNO dpt melakukan operation utk membuang sel barah2 di dalamnya.. Bilakah impian ini akan tercapai?

Zaki said...

Dato',
Saya ingin membuat cadangan utk penambahbaikan blog dato' ni supaya lebih diminati.
Kalau boleh dato' disable 'comment moderation' agar setiap komen yg dihantar akan cepat dibaca oleh sesiapa saja. Saya faham dato' sentiasa sibuk sebagai wakil rakyat ke hulu ke hilir dan menghadiri sesi DUN, tiada masa nak update selalu. Mungkin dato' takut pemberi komen bergaduh sesama sendiri dan menjejaskan blog ini, tapi saya rasa tak perlu risau... byk blog2 politik saya dpti telah disable moderation .. mmg ada sikit2 'pergaduhan' tapi sebagai penambah perasa agar blog terus lively...
Kalau ini tidak dpt dilakukan saya nak cadangkan agar Dato' subscribe mobile 3G or 3.5G (maaf jika dah ada) agar dato' boleh online sokmo... kalau perbahasan di DUN boring bolehlah dato' bukak laptop or PDA and blogging..
Sebab sekarang ni berita2 disalurkan begitu cepat... org dah tak suka baca berita or mengikuti perkembangan semasa yg lewat sehari... lewat sejam pun dah dikira lama... we need information at almost real time... Kalau dato' update blog ni seminggu sekali dah dikira "lama jamang kirong" kata org ganu.
My 2sen suggestion

Mohd Sobri said...

Salam....

Dato'..
1.Secara keseluruhannya rakyat dan ahli UMNO menyambut baik apa yang telah dilakukan oleh PAk Lah dan kita semua sepatutnya bersyukur.
2.Mungkin sedar dengan tidak sebenarnya perkara ini telah lama berlaku. Duit untuk menang dalam pemilihan parti sudah lali dengan perwakilan Hulu Terengganu dan tempat-tempat lain lebih lagi. Saya juga perwakilan jadi jangan nak menidakkan lagi.
3.Ketua Bahagian pun nampak kelam kabut jer sekarang ni, kenapa..? Biasa tak pernah masuk kawawasan Ajil... tapi semalam ada kat Landas.. Buat apa ya..?
4.Sudah-sudahlah tu, tak payah nak tabur perbagai janjilah perwakilan dah faham sangat. Dah lama ada kat jawatan tu... baru sekarang nak jegok Ajil... Ada apa-apa ker..?
5.Kalau seorang yang bertanding beri RM 100.00 kepada perwakilan.. di Ajil sehaja mereka kena belanja lebih kurang RM 14200.00, banyaklah bagi saya tapi bagi mereka kecil jer.
6. Masa pilihanraya tak nampak pulak mereka turun bagi sumbangan kat markas.... tekgok-tekgoklah Dato'

afiqsyahmir said...

Assalamualaikum....

Biasalah, barangsiapa yang pegang jawatan dalam UMNO akan kecapi nikmat pitih walaupun berjawatan Pengerusi JKKK. Apatah lagi dengan jawatan Ketua Bahagian, MT, Naib Presiden, Timbalan Presiden & Presiden.

Paling koman kalu dapat Ketua Bahagian sah dah calon MP Hulu Terengganu, nak bernasib baik dilantik Timb Menteri @ Menteri. Projek2 usah cerita. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Untuk makluman YB Datuk Cikgu Rosol, hanya orang gila yang tak inginkan duit, kekayaan dan pangkat. Inilah dunia hari ini..

Insan yang miskin akan dihina sampai mati (mampus)....

Percayalah... Dunia hr ini mengubah segalanya.