Salam bloggers...empat bahagian yang bersidang pada 25hb Oktober yang lalu telah dapat keputusan masing-masing. Bahagian-bahagian tersebut ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Terengganu. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada yang menang...dan bagi mereka yang belum menang...usaha lagi untuk pemilihan yang akan datang jika dipanjangkan usia dan minat masih ada.
Yang pasti dalam sesuatu pertandingan mesti ada yang terasa dan yang berasa. Maaf dipinta kerana dalam usaha untuk menawar diri dalam parti keramat ini perselisihan ibarat carik-carik bulu ayam...akhirnya bertangkup semula. Ada bloggers yang mengatakan bahawa saya pernah terlibat dengan politik wang semasa mula mendaki puncak politik...Mungkin yang mengatakan itu sahabat yang tidak pernah mengenali saya. Sebenarnya saya tidak pernah terlibat dalam pertandingan merebut jawatan dalam UMNO. Saya cuma berpengalaman bertanding melawan calon PAS sahaja.
Pengalaman pertandingan dalam UMNO pada 25hb yang lalu adalah pengalaman pertama saya. Jadi tidak hairanlah saya tidak menang... lagipun pencabar saya seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan...Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka dan penuh keredhaan... kerana saya berprinsip .."Jika kemenangan saya dimurkai ALLAH maka lebih baik saya tewas"...sebab itu saya tidak gundah gulana dengan keputusan ini.
Saya juga penuh yakin bahawa ada kebaikan dan hikmat yang agung yang tersembunyi di sebalik keputusan pemilihan yang lalu. Yang pasti saya dapat mengenali siapa saya yang sebenarnya... siapa sahabat sejati dan siapa sahabat yang suka kita mati.... Juga dapat membezakan antara beruk dengan kera... antara tuak dengan cuka dan antara batu dengan permata.
...seorang sahabat saya dari Kuala Terengganu menghantar sms berbunyi...'Rupa-rupanya dalam alaf baru ini wang (kepala agung) mampu menenggelamkan segala budi dan bakti...' Fikir-fikirkanlah...
Yang pasti dalam sesuatu pertandingan mesti ada yang terasa dan yang berasa. Maaf dipinta kerana dalam usaha untuk menawar diri dalam parti keramat ini perselisihan ibarat carik-carik bulu ayam...akhirnya bertangkup semula. Ada bloggers yang mengatakan bahawa saya pernah terlibat dengan politik wang semasa mula mendaki puncak politik...Mungkin yang mengatakan itu sahabat yang tidak pernah mengenali saya. Sebenarnya saya tidak pernah terlibat dalam pertandingan merebut jawatan dalam UMNO. Saya cuma berpengalaman bertanding melawan calon PAS sahaja.
Pengalaman pertandingan dalam UMNO pada 25hb yang lalu adalah pengalaman pertama saya. Jadi tidak hairanlah saya tidak menang... lagipun pencabar saya seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan...Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka dan penuh keredhaan... kerana saya berprinsip .."Jika kemenangan saya dimurkai ALLAH maka lebih baik saya tewas"...sebab itu saya tidak gundah gulana dengan keputusan ini.
Saya juga penuh yakin bahawa ada kebaikan dan hikmat yang agung yang tersembunyi di sebalik keputusan pemilihan yang lalu. Yang pasti saya dapat mengenali siapa saya yang sebenarnya... siapa sahabat sejati dan siapa sahabat yang suka kita mati.... Juga dapat membezakan antara beruk dengan kera... antara tuak dengan cuka dan antara batu dengan permata.
...seorang sahabat saya dari Kuala Terengganu menghantar sms berbunyi...'Rupa-rupanya dalam alaf baru ini wang (kepala agung) mampu menenggelamkan segala budi dan bakti...' Fikir-fikirkanlah...
15 comments:
Salam diucapkan kepada cikgu sekeluarga.
Walau apa pun kekalahan yg diterima, saya berharap cgu dapat menabur bakti selagi yang terdaya. saya cukup sedih dengan apa yang berlaku. Memang benar,orang yang menabur bakti dan jasa semakin dilupakan dan yang mempunyai wang yang banyak disanjung. saya sedih dengan kepimpinan negeri yang baru ini, tidak dapat berbuat apa2 untuk membendung gejala ini. Tidak sedarkah kepimpinan negeri akan hal ini.
Saya yakin jika tidak dirawat dan DIHAPUSKAN PENYAKIT INI, UMNO AKAN BERKUBUR SATU HARI NANTI.Saya hairan kenapa orang yang tidak membantu jentera parti semasa pilihanraya yang lalu Diangkat menjadi Ketua Bahagian. Kepada pembaca BLOG yang lain Fikirlah, kerana apa akan jadi JIKA UMNO Berkubur satu hari nanti.
Saya sebagai ahli UMNO kecewa teramat sangat dengan apa yang berlaku hari ini. Walau apa pun saya tetap menyokong pendirian cgu dari belakang walaupun tidak dapat membantu dari depan. Sama-samalah kita berusaha untuk Muhasabah diri demi kebaikan Bangsa Melayu kita ini.
Wassalam..........
Salam, Yb Datuk...saya mendapat maklumat yang pemilihan di Hulu Terengganu merupakan pemilihan yang paling kotor dalam sejarah UMNO di sana. Perwakilan diberikan wang antara RM1000, RM500 dan RM200 seorang berdasarkan tahap sokongan mereka....jika ini benar2 berlaku saya merasa amat kecewa dan merasakan jika tidak ada laporan dibuat kepada UMNO pusat dan mereka yang menang ini mentadbir UMNO Hulu Terengganu, bahagian ini akan hancur pada pemilihan akan datang.Secara umumnya pada pemilihan peringkat bahagian yang lalu saya melihat situasinya amat hebat sekali seolah2 berlaku pilihanraya umum pulak. Di setiu slogan 4-1 menjadi bualan dan siulan perwakilan. Puak yang 4 amat yakin dapat mengalahkan yang 1. Mereka membuat stiker dan menampal hinggakan kenderaan rasmi kerajaan untuk YB pun ditampal stiker tersebut. Amat malang dan tidak matang sekali perlakuan mereka2 yang sudah bergelar YB ini. Tindakan ini mengelirukan rakyat dan membuatkan rakyat melihat pertandingan yang sewajarnya berlangsung dalam situasi keluarga bertukar menjadi perlawanan untuk membunuh dan memalukan individu tertentu dalam politik.Amat rakus sekali mainan politik sebegitu sehingga mereka tanpa segan silu memasang stiker tersebut dan mencetak pada kad nama dan malaungkan slogan tersebut seolah2 kemenangan akan berpihak kepada mereka. Wang ringgit usah dikatakan lagilah.
Selidik punya selidik kenapa bergaduh, rupanya ahli politik dikawal oleh para kontraktor yang tidak puas hati kerana projek. Cap ayam ( meminjam kata2 Dato Deris ) jika kontraktor yang mengawal YB krn sepatutnya YB yang ble mengawal mereka supaya seimbang dari segi projek yang diperolehi dan sumbangan balik apa yang mereka dapat mll politik kepada ahli2 umno akar umbi didalam menjalankan pelbagai aktiviti...wassalam
Salam Dato'
Apapun sekalung tahniah dari saya kerana dato' bebas dari gejala politik wang dan saya percaya.. Saya kenal dato'dan saya yakin dengan keikhlasan dato' dalam memperjuangkan UMNO.
Apapun yg terjadi,apapun yang terbuku,harap dato' bersabar.. setiap yg terjadi pasti ada hikmah dan itu adalah kehendak-Nya.
Yang lepas biarla berlalu,kukuhkanlah kembali semangat setia kawan.
Saya masih ingat ketika malam keputusan PRU12 Mac lalu,di depan bangunan UMNO K.Berang dato' memeluk YB Rozi dengan penuh keakraban.Dan saya dapat merasakan pada waktu itu alangkah sayangnya dato' kepada rakan-rakan seperjuangan.
Benar kata sahabat dato',kerana not kertas itu,orang boleh lupa akan segala jasa dan budi.Apakan daya dato' itu juga ketentuan Illahi.
Bercerita soal budi,pastinya saya sendiri tidak mampu melupakan saat-saat perjuangan dato dikala UMNO TRG memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar mampu menundukkan kuasa Kerajaan PAS pada waktu itu.Budi dato' tetap saya jungjung tinggi.
Seperkara lagi dato',jika ini adalah penggal terakhir dato'sebagai ADUN Ajil,dato' sendiri harus ingat bahawa dato 'pernah berbudi kepada negeri ini dan kami di Dun Ajil pasti akan menghargai dan mengingatinya sepanjang perjuangan kami di dalam parti.Tapi kami tetap mendoakan dato' agar terus kekal di DUN KERAMAT ini.
salam,segala keputusan adalah menjadi seperti yg di jangka,apapun saya mengucapkan tahniah kepada dato` kerana prinsip yg diperjuangkan bukan jawatan...semoga Allah merahmati kita semua,amin
Datuk,
Saya rasa Tuhan lebih sayangi orang-orang yang ada 'asas agama'.
Datuk ada asas agama kerana pernah menuntut di Kolej Islam Kelang?
Mungkin Tuhan tak mahu hamba-hambanya yang beragama ini maju dipentas politik UMNO..yang banyak haram dari halal.
Dato', kemenangan dan kekalahan semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Oleh itu tidaklah perlu dirisaukan akan kekalahan yang dihadapi. Seperti kebiasaan, apabila surut bah, maka banyaklah kebaikan dan keburukan yang akan terserlah. Begitu juga dalam pemilihan UMNO, apabila selesai sesuatu pemilihan, maka banyaklah cakap-cakap yang enak dan tidak enak akan kedengaran.
Kepada yang menang, tak perlu sombong dan melupakan yang kalah kerana kemenangan mereka atas kehendak Allah S.W.T dan kepada yang kalah, jangan merasa rendah diri, tetapi berikan sokongan dan teguran kepada yang menang. Inilah dikatakan demokrasi yang tulen.
Syabas Dato' kerana mencuba.
Dato,
Saya sudah masukkan blog dato dalam blogroll saya di http://nobisha.blogspot.com (25 posting terkini). TQ
Salam Dato'
1.Tidak dinafikan wang menjadi pilihan perwakilan baru-baru ini.
2.Perwakilan lupa bahawa yang ditolak adalah wakil yang mereka pilih.
3.Perwakilan lupa kepada parti dan meletakkan perselisihan peribadi sebagai keutamaan.
4.Kita terima kekalahan jika unsurnya betul..tetapi jika kebendaan yang menjadi dalang menyebabkan kita rasa kecewa.
5.Saya berpuas hati kerana pasukan telah berkerja bersunggu-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi lantaran kekurangan kewangan menyebabkan kita tewas.
6.Paling menyedihkan, perwakilan pentingkan wang dari realiti...
wwwmsobri.blogspot.com
Salam Dato'
This attracts me, 'Rupa-rupanya dalam alaf baru ini wang (kepala agung) mampu menenggelamkan segala budi dan bakti...'
Tell me you are not green in UMNO right? You are not new in blogging right? You can't be sentimental in politics!
This is the problem with UMNO, they never realised that UMNO now belongs to the rakyat... they thought they owned the rakyat...
UMNO has got a bigger picture to look at... ask the rakyat!
salam.. begitulah pertandingan, ada kalah ada menang. terimalah hakikat kekalahan dalam pertandingan. cuma 'sedikit terkilan' (sebenarnya tak patut terkilan apa-apa pun) cara menang dan cara kalah dalam 'mainan' pertandingan.
(ulasan rosol vs zubir boleh dilayari dlm laman blog www.jaranganakmelayu.blogspot.com)
tak semua calon yang pertama kali gugur..ada yang membuat kejutan..ada yang terkejut..itu semua qada&qadar dan terima sbg pengalaman.
A'kum Dato'
TAHNIAH....Saya ucapkan tahniah pada dato. Dato sure pelik tahniah apa pulak...Walau pun dato kalah tapi sekalung tahniah juga saya ucapkan...krn dato sanggup sehingga ketitisan akhir dan dato ibarat pahlawan yg berjaya keperingkat akhir cuma nasib tidak menyebelahi dato..kdg2 setengah org dah gentar dan terus tarik diri..ada juga krn hormat penyandang dan mcm2 pendapat org...
Tak apa dato. Ada hikmatnya....yang penting perjuangan dlm umno tak semestinya ada jawatan..kalau ada pun ibarat bonus dan sebagai tapak utk lebih ke atas lagi...terpulang pada diri masing2...
Terima kasih YB Dato'.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup, saya melihat dengan mata sendiri peihal seorang perwakilan bahagian menerima sogokan wang sebanyakRM1000. Sebelum ini saya hanya terdengar cakap-cakap di kedai kopi sahaja.Wang RM100 sebanyak 10 keping itu dimasukkan ke dalam sampul surat putih beserta surah yasin dan no perwakilan yang mesti dipangkah. Amat malang perkara tersebut terjadi. Dari cakap-cakap orang, cawangan yang mencalonkan ahli Parlimen sbagaiKetua Bahagian diberi tumpuan. Ada juga yang membelanjakan wang itu untuk diri sendiri dan ada juga yang membelanjakan untuk jamuan.Ada juga yang terima tapi takut nak berbelanja.Hakikatnya mereka mudah menerima umpan. SEDIH..tapi itulah realiti. Dan kini UMNO Hulu Terengganu bukan lagi milik semua tapi milik golongan yang berada. Habislah ketuanan guru yang selama ini banyak membantu YB-YB dlam melaksanakan agenda politik dan pembangunan daerah tercinta ini.
SABAR JE LA DATO'.UMNO UNTUK ORANG KAYA SAHAJA. CIKGU MANA ADA PITIH NAK WI BANYAK-BANYAK.
KALAH DALAM MARUAH, MENANG DALAM KEHINAAN
buat malu orang teranung je pemuda ulu...buat malu masa masuk mykmu...malu semuanya..pe yang hebat sangat kat kj tu sampai g skong lagi...skongan membawa rebah..kalau kj menang n umno merudum lagi pru nanti, pemuda umno hulu teranung ada share...malu malu malu...
Post a Comment