Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf zahir batin...Saya menyusun sepuluh jari sempena hari baik bulan baik ini kepada semua rakan taulan, saya tahu bahawa saya sama ada secara sengaja atau tidak telah melakukan kesalahan dan kesilapan. Sebagaimana yang yang saya nyatakan sentiasa bahawa saya adalah Rosol yang tidak maksum...sekali lagi maaf dipinta.
Hari ini kita beraya untuk hari kelima. Banyak rumah terbuka diadakan untuk meraikan sahabat dan bakal sahabat dan yang lebih penting meraikan perwakilan. Masing-masing menunggu tarikh keramat 9 Oktober.. Pengumuman daripada Presiden sama ada terus pertahan jawatan atau melepaskannya kepada Timbalan Presiden. Sama-sama lah kita tunggu tarikh dan masa 9 Oktober.
Saya yakin menjelang pemilihan bahagian yang akan berlangsung tidak lama lagi, maka semakin banyak rumah terbuka akan diadakan... dan selepas ini mereka yang akan bertanding MT juga akan turut 'track' yang sama.... Saya bimbang mungkin ramai yang akan obesiti dan terkena penyakit terlebih makan. Cuma saya nasihatkan buatlah yang terbaik untuk UMNO dan orang Melayu serta rakyat Malaysia.
Sama-samalah kita mendoakan agar Presiden mengumumkan sesuatu yang terbaik untuk UMNO, BN dan Rakyat Malaysia pada 9 Oktober nanti..InsyaAllah...
....Kata Tun Mahathir...'In order to grow big we must think big'....Fikir-fikirlah...
Hari ini kita beraya untuk hari kelima. Banyak rumah terbuka diadakan untuk meraikan sahabat dan bakal sahabat dan yang lebih penting meraikan perwakilan. Masing-masing menunggu tarikh keramat 9 Oktober.. Pengumuman daripada Presiden sama ada terus pertahan jawatan atau melepaskannya kepada Timbalan Presiden. Sama-sama lah kita tunggu tarikh dan masa 9 Oktober.
Saya yakin menjelang pemilihan bahagian yang akan berlangsung tidak lama lagi, maka semakin banyak rumah terbuka akan diadakan... dan selepas ini mereka yang akan bertanding MT juga akan turut 'track' yang sama.... Saya bimbang mungkin ramai yang akan obesiti dan terkena penyakit terlebih makan. Cuma saya nasihatkan buatlah yang terbaik untuk UMNO dan orang Melayu serta rakyat Malaysia.
Sama-samalah kita mendoakan agar Presiden mengumumkan sesuatu yang terbaik untuk UMNO, BN dan Rakyat Malaysia pada 9 Oktober nanti..InsyaAllah...
....Kata Tun Mahathir...'In order to grow big we must think big'....Fikir-fikirlah...
6 comments:
Akum Dato' Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin salam juga untuk kak Pah tu..Moga-moga sihat semua.
1.Rumah terbuka menjadi amalan kita cuma musim ni agak lain sikitlah.
2.Saya rasa pak lah akan undur untuk memberikan laluan kepada Dato' Najib..Itu yang terbaik mengikut pandangan saya.. BN akan lebih kukuh lagi.
3.Bahagian kita jer yang tak mahu berubah kot.. masih nak pakai yang lama lagi ker...? Dah-dahlah tu bagilah laluan kepada yang lebih berkemampuan..dah lama dah..
4.Orang lama sepatutnya memberikan sokongan kepada orang baru.. sampai bila nak tunggu ni... orang kaya makin kaya orang susah nampaknya tak terbela..Kalau pemimpin pentingkan diri sendiri..
5.Dalam persidangan bahagian nanti, pihak bertanggungjawab sepatutnya menjelaskan kepada perwakilan berkaitan dengan yayasan hulu terengganu yang dibangga-bangga dulu kemana menghilang sekarang ni dengar khabar ada saranan baru pulak berkaitan dengan 'HAJI'.
6.Tabung haji kan dah ada nak buat apa lagi dengan 'dana haji' pulak ni..
7.Sebenarnya Bahagian Hulu memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas di dalam menguruskan bahagian supaya dipandang tinggi oleh rakyat.. UMNO kan parti tunjang BN..
8.Para perwakilan kena bijak memilih calon untuk menerajui bahagian ini agar tidak lagi dipandang serong oleh pihak pembangkang...
9.Banyak benar modal pembangkang sekarang sampai kita kat bawah ni dah tak mampu nak jawab lagi..
10.Deme kat atas tu kena pandai-pandai lah urus parti agar tak jadi pengemis nanti.. Bagai Pak Kadok, 'Menang Sorak Kampung Tergadai'.
Masa tu baru nak sedar ke wahai perwakilan semua...tengok-tengok lah Dato'....
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dato'. Mohon maaf zahir dan batin daripada saya sekeluarga.
Abd Bashid Harun
Zarina Abbas
Nurul Husna
Nurul Atiqah
Nurul Izzah
Salam,selamat hari raya,saya mohon ampun zahir dan batin kepada dato`...Selamat Maju Jaya
salam aidilfitri untuk Dato'...
Tahniah atas sambutan yang hebat pada hari terbuka sempena Hara Raya rumah Dato' tempoh hari... ramai sungguh orang... diharapkan yang datang itu peyokong setia perjuangan murni Dato'...
pertandingan bahagian bakal bermula, tekanan daripada calon2 dapat dirasakan sekarang, ada yang round kampung untuk cari perwakilan. Janji ditabur jdan azam dicerita..
cuma, saya rasa amat dukacita dan sedih terhadap tindakan beberapa calon yang sanggup menggunakan taktik kotor untuk meraih undi... zaman sekarang ni rasuah politik bagaikan suatu kemestian, cara terbaru ialah UGUTAN untuk lucutkan jawatan.. kesian penyokong parti kita..
apapun masih ada calon yang kuat berpegang pada prinsip dalam perjuang.. saya doakan agar anda mendapat kejayaan..
HIDUP UMNO, BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH...
Salam Dato':
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Dan Batin andai ada komen2 sebelum ini mungkin menyinggung hati dan perasaan.
1)PERWAKILAN
Bercerita pasal perwakilan dato,saya tertarik dgn komen ketua dewan pemuda PAS, Salahuddin Ayob dalam akhbar SINAR hari ini ( 7/10/2008). Yang mana beliau menegur kepimpinan UMNO yg bertelagah sesama sendiri merebut jawatan2 tertinggi dalam UMNO pada pemilihan akan datang. Dan beliau juga meminta agar Pemimpin-pemimpin ini lebih memikirkan soal kebajikan rakyat daripada bertumpu kepada soal pemilihan perti dan membiarkan rakyat menderita kononya kerana pemimpin UMNO bertelagah sesama sendiri.
Saya kira kenyataan ini adalah kenyataan yg berbentuk meraih perhatian dan cuba menangguk di air "jernih". atau dengan erti kata lain,kenyataan ini adalah kenyataan " TIDAK SEDAR DIRI ".
Mungkin Salahuddin perlu cermin "PARTI" sebelum mencampuri urusan org lain (perangai amerika).
Sebagai rakyat,saya sendiri tidak faham,apa yg dimaksudkan beliau "jgn biarkan rakyat menderita" kerana saya tidak merasai penderitaan dek kerana pemilihan pucuk pimpinan parti.
Atau mungkin Salahuddin skrg mendalami keperitan yg kononnya dialami oleh pejuang-pejuang HINDRAF.
2)HINDRAF
Bercerita pasal HINDRAF,negara sekali lagi dikejutkan dgn kekecohan yg berlaku pada HAri Raya Pertama,Rumah terbuka PM di PWTC. Sya kira berita ini ckp hebat dan pejuang-pejuang ini seolah-olah pejuang2 kamekaze jepun di waktu perang dunia ke-2.
mereka tidak lagi menghormati budaya malaysia kerana 5 pemimpin mereka di tahan ISA. Dan nada sinis TUAN GURU " INI BELUM KURANG AJAR". Ini mungkin akan jadi kurang ajar apabila kekecohan seumpama ini terjadi di perkarangan MASJID RUSILA.
3)PATUNG GERGASI DSAI
Tahun 2020 agaknya mereka nk jadikan ANWAR ni tuhan!!
kalau ini masih lagi didiamkan oleh pemimpin2 PAS yg mengaku mereka ini ULAMA di bumi Selangor,saya harap..ORG PAS sedar akan sikap dan kepentingan yg jelas lagi nyata ULAMAK2 mereka ini.Di atas kejayaan anwar ibrahim berjaya memporak-perandakan MALAYSIA,ada lagi rakyat yg tidak sedar akan apa yg akan berlaku selepas ini. Saya cukup hairan dgn penyokong2 Anwar ibrahim.. Alangkah indah dan baiknya jika semangat dan kekentalan hari mereka ini dijuangkan untuk membela nasib kaum di bumi sendiri sepertimana bersatu padanya rakyat ISRAEL untuk menentang ISLAM.
Assalamualaikum Dato Rosol, apa khabar keadaan politik di Hulu Terengganu. Saya dengar terdapat perebutan dalam jawatan-jawatan penting UMNO pada pemilihan kali ini.
Pada pandangan saya, perebutan ini sebenarnya kurang perlu. Disebabkan para pemimpin bahagian sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing di peringkat bahagian, menyebabkan mereka terlupa ataupun tidak berani untuk memainkan peranan yang lebih besar di peringkat Nasional. Akibatnya, para pemimpin daripada Terengganu menjadi kurang popular di peringkat Nasional. Ini semua berpunca disebabkan cita-cita politik yang kurang tinggi dikalangan pafra pemimpin erengganu. Jika beginilah keadaannya, entah tahun bilakah kita akan lihat seorang anak Terengganu menjadi seorang Perdana Menteri. Saya ingat dalam masa 30 tahun akan datang ini tidak akan ada yang layak jika sekiranya budaya politik pemimpin yang ada sekarang bini tidak diubah dan dibentuk semula. Sepatutnya semua pihak bersatu hati dan memilih seorang pemimpin yang ada prospek diketengah ke peringkat Nasional dan bukannya pemimpin yang hanya sesuai menjadi Jaguh Kampung.
Saya hanya pemerhati politik sahaja.
Post a Comment