Salam blogers...salam Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang ...Terima kasih kepada sahabat dan rakan taulan yang masih setia dengan blog saya. Saya amat terhutang budi dengan kawan-kawan semua. Sebab itu semua komen saya siarkan untuk renungan dan penilaian semua pembaca...Terima kasih sekali lagi.
Hari ini 26 September, Presiden parti memanggil mesyuarat MT kali kedua dalam masa 7 hari. Dikatakan ada sesuatu yang tergempar yang mahu diumumkan. Semua rakyat terutama ahli UMNO menunggu-nunggu apakah perkhabaran tersebut. Lewat tengah hari, dimaklumkan bahawa keputusan MT tersebut ialah....Tarikh Persidangan Perwakilan Bahagian tidak berganjak tetapi perwakilan dan Perhimpunan Agung ditangguh ke Mac 2009. Dan Presiden akan mengumumkan samada bertanding atau tidak sebelum mesyuarat peringkat bahagian diadakan. Satu lagi keadaan suspen akan ditunggu-tunggu oleh ahli UMNO dan rakyat Malaysia.
Pada saya penangguhan Perhimpunan Agung ke bulan Mac 2009 ada baik dan tidak baiknya. Baiknya ialah memberi masa yang lebih selesa kepada mereka yang ingin bertanding dalam pemilihan kali ini. Masa yang panjang ini akan membawa calon-calon lebih mendasari akar umbi daripada mengharapkan orang suruhan atau 'runners' berjumpa perwakilan. Masa yang panjang juga memberi ruang kepada para perwakilan untuk membuat pemilihan yang tepat siapa yang patut dipilih.
Yang tidak baiknya ialah masa yang panjang ini menimbulkan masalah kepada calon yang tidak mempunyai stamina yang mencukupi. Problem kepada mereka yang kekurangan gas yang mana mereka akan cepat mengah dan terus tumbang sebelum sampai ke garisan penamat. Yang paling dibimbangi ialah akan bertambahnya Politik Rasuah. Saya lebih suka menggunakan Politik Rasuah berbanding Politik Wang. Yang berduit akan mampu untuk meraih jawatan, yang kurang mampu selamanya akan jadi pengikut. Yang lebih malang lagi apabila ada pemimpin yang menasihati agar menghindari Politik Rasuah tetapi ia jua mempraktikkannya. Harap-harap tiada pemimpin sedemikian.
Jika dihulur maka ada 'perjuangan'...tidak dihulur maka balik awallah jawabnya....orang Terengganu kata....'Subuh kaloh doh....
...Maksud hadis...pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya dalam neraka...Nauzubillah....Fikir-fikirkanlah

5 comments:
Salam Ramadhan dan Idul Fitri...
Betapa kelam kabutnya pemimpin yg berkepentingan... sepatutnya jawatan adalah amanah untuk berbakti kepada rakyat... jika tidak diperlukan cepat-cepatlah berundur, apa nak ditunggu lagi.... bermacam2 alasan diberi untuk kekal berkuasa. Jauhnya beza pemimpin Islam Hadhari dgn pemimpin Islam sebenar di zaman dahulu. Umar Abdul Aziz menolak perlantikan sebagai Khalifah kerana tidak sanggup memegang amanah ini, tapi terpaksa menerima apabila didesak oleh rakyat.
Zaki...akan balik beraya dikg di K.Trg minggu ini.
Salam Dato',
1. Sebenarnya saya sering juga membaca blog Dato' ini, cuma tak pernah tinggalkan comment saja.
2. Untuk maklumat Dato' saya pernah bertugas di Seberang Takir selama 6 tahun(1984/90). Saya masih ingat bila Datuk Rashid Ngah dan Datuk Mamat Ghazali masuk kem pada waktu itu, tentunya tajuk politik mendahului topik-topik lain.
3. Setiap kali banjir besar berlaku, saya akan digerakkan ke Daerah Setiu. Saya masih ingat lagi bila bertugas bersama MB Datuk Ahmad Said yang ketika itu ADO Setiu. DO pada waktu itu ialah Datuk Ku Azah.
4. Peristiwa yang tak dapat saya lupakan ialah menaiki pajero dengan Ku Azah(DO) pergi tarik mayat mangsa banjir yang tersangkut disebatang pokok di Kpg. Guntong Luar, Setiu.
5. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin daripada saya.
Salam Cgu.
Saye juga turut melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan MT agar menangguhkan perhimpunan agung UMNO ke Mac 2009 tahun hadapan. adakah keputusan MT melibatkan keputusan ahli2 akar umbi. Saya berpendapat agar perhimpinan agung UMNO dapat diteruskan. Jika PM akan mengekalkan jawatan atau tidak, itu terpulan kepada beliau. soalnya ia perlulah melihat keputusan ahli2 sama ada mahukan perubahan atau tidak. saya sebagai ahli UMNO juga mempunyai hak dan pandangan. jangan hanya melihat satu sudut, kita kena melihat pelbagai aspek. Pak Lah jika sedar atau tidak, ahli2 mahukan peralihan kuasa dengan lancar dan cepat serta tepat.2010 terlalu lama. Ahli2 perlu lebih bersikap terbuka dalam menentukan siapa yang akan menerajui kepimpinan UMNO. sama juga rakyat,mahu siapakah yang menjadi wakilnya. Jika wakil tersebut mampu mendokong aspirasi ahlinya, masakan tidak ianya terpilih dan sebaliknya.
saya setuju dengan pandangan Dato'. Penangguhan itu ada Pro dan kontranya.
S
Saya juga menjadi perwakilan pemuda melihat suasana ini seperti yang Dato' katakan.Yang berkemampuan akan mampu menarik perwakilan mengundi, dan yang kurang mampu, rebah di tengah jalan, seperti motor kehabisan minyak atau, pemain bola yang tiada stamina,akan cepat mengalah.
untuk pengetahuan Dato' dan semua bloggers, kita patut memilih ketua yang kita rasakan mampu memimpin kita dari segi rohani dan jasmani iatu mampu mengeluarkan pendapat, memimpin dengan adil dan saksama tanpa memilih bulu atau kasih. janganlah kita memilih pemimpin yang bersikap materialistik dan menabur janji semata-mata kita diberi gula2 atau hadiah. Yang akan menerima akibat buruknya adalah kita sendiri.Bagi saya, pemimpin yang BERKUALITI adalah pemimpin yang perlu dicari dan bukan pemimpin yang MENYEDAPKAN HATI.
Kepada semua perwakilan, dan ahli UMNO, LU FIKIRLAH SENDIRI.
Salam Dato'..
Selamat berpuasa dan selamat hari raya maaf zahir dan batin... tak buat rumah terbuka ker Dato'..?
Nampaknya pemimpin-pemimpin kita ni dalam delema kot.. macam-macam hal..Lantak pi lah kata orang kedah..Yang berjawatan akan mempertahankan jawatan samada orang suka ke tak ke tak menjadi soal bukan begitu Dato'..
Tengok kat bahagian kita jer dah lah.. Cakap tak serupa bikin..
Kata jangan main politik wang tapi yang dok nasihat orang tulah dok amalkannya.. Bukan main lagi nasihat kat orang yang nak bertanding supaya tak main duit dalam akhbar pulak tu.. tapi dia tu 2 x 5 jer...
Saya sependapat dengan Dato' dalam soal ni.. makin lama ditangguhkan makin banyak duit kan habis nanti.. Yang cukup umur pun satu masalah jugak ni... macamana nak bertanding dah cukup umur kalau buat dec. layak lagi tapi bulan mac dah lewat Dato'.. tulah mengamuk masing-masing tu..
Entahlah kadang-kadang pemimpin UMNO ni dah pandai memeningkan kepala orang bawah seperti saya ni... Tengok-tengoklah Dato'...
Salam Cgu.
Pemilihan UMNO bermula daripada cawangan, bahagian,pemuda dan puteri serta wanita sudah menampakkan pergerakannya. soal rasuah dan pemberian ikhlas sememangnya berlaku di mana-mana. soalnya kita perlu menilai dengan rasional untuk memilih tampuk yang ingin menerajui kita. tidak salah memberi dan menerima, asalkan mempunyai niat yang ikhlas, tetapi untuk memberi sesuatu pemberian pada masa ini, ia tidak patut berlaku dan akan mendatangkan masalah kepada pemberi dan penerima.
saya sebagai ahli UMNO dan menjadi perwakilan pemuda untuk pemilihan KP Hulu Terengganu sedar akan mainan segelintir pihak yang menabur hadiah dengan tujuan dapat meraih sokongan. saya bukanlah orang seperti itu. prinsip saya adalah, menilai sesuatu perkara dengan rasional dan menimbangkan perkara tersebut yang mana baik dan mana buruknya. itulah sebenarnya yang diperlukan oleh semua perwakilan. Wang bukanlah segala-galanya. akan tetapi semangat dan perjuangan ke arah manakah yang patut dituju.pemimpin yang berkaliber dapat memimpin sesuatu organisasi dengan sempurna dan baik. janganlah memandang kepada sikap materialistik semata-mata. saya takut sekiranya berlaku, akan hancur dan musnah sesebuah organisasi yang berlandaskan Wang dan bukannya semangat yang diperlukan.
Para perwakilan sekalian, berfikirlah secara waras dan rasional,dalam menentukan hala tuju pemuda di masa hadapan. saya khuatir sekiranya KP yang baru gagal menerajui dengan berkesan, pemuda akan hilang hala tuju. golongan pemuda adalah menjadi tunjang kekuatan kepada golongan lain kerana golongan muda mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif. Tetapi perlu diasuh agar berfikiran lebih rasional dan tidak terikut2 akan nafsu yang menguasai diri.
Sekali lagi saya memberi cadangan agar Ahli UMNO sendiri berfikiran rasional dalam usaha Memperkemaskan jentera UMNO yang menjadi Tunjang kekuatan BN di masa akan datang.
bak kata Nabil, Raja Lawak, LU FIKIRLAH SENDIRI.
Post a Comment