Tuesday, September 9, 2008

Patriotik atau Racist

Salam bloggers...selamat berpuasa kepada rakan-rakan muslim. Polemik Ketua Bahagian Bukit Bendera dengan Gerakan semakin hangat. Keadaan ini memaksa Presiden dan Timbalan Presiden tampil untuk merungkai kekusutan yang terjadi. Ada yang mengatakan bahawa isu ini terlalu kecil untuk mengheret Presiden dan Timbalan Presiden mencampurinya. Ada rakan-rakan memberi pendapat bahawa Gerakan sekadar mencari alasan dan sebab untuk menunjukkan belangnya. Ada yang bersetuju dengan Ketua Bahagian itu kerana ia adalah satu fakta sejarah yang tidak mampu dinafikan. Semua orang bebas memberi pendapat dan pandangan. Ada pandangan yang mengatakan Ketua Bahagian itu patriotik dan ada rakan-rakan berpendapat ianya Racist...

Pada saya semua pandangan perlu diterima, diteliti dan dihormati. Cuma saya menyimpulkan...inilah kesan dan bahananya apabila kita tidak kuat...Apabila Melayu berpecah. Kata pendita Melayu; ' Pokok yang tumbang bukan sahaja kambing, ayam dan manusia mudah untuk memanjatnya malah kura-kura pun mampu untuk sama-sama menelusuri batangnya... ' Fikir-fikirkanlah...

Apa yang lebih malang bagi Malaysia ialah peristiwa ini terjadi selepas beberapa hari kita menyambut kemerdekaan yang ke 51. Apakah ini cabaran pertama negara selepas 50 tahun merdeka? Harap-harap ini yang pertama dan terakhir... InsyaAllah. Didoakan kehebatan kedua-dua pemimpin tertinggi kita mampu untuk menarik rambut dari dalam tepung. Kita tidak mahu rambut putus dan tepung bersepah. Kita perlu berhikmah dalam tindakan. Berhikmah dalam erti kata bijak laksana...sesuai dengan keadaan dan masa kerana pesan orang tua-tua...'Tunduk kita jangan sampai dipijak dan lembut kita jangan sampai disudu'...

Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati dan perasaan orang sehingga kita terkorban. Mungkin inilah sifat semulajadi Melayu. Kita sanggup berkorban dan sanggup terkorban. Berkorban dan bertolak ansur adalah sifat yang mulia tetapi kalau melampaui batas...ia bakal mengundang padah...sebab itu; 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'...tetapi ada rakan saya yang nakal mencipta peribahasa baru....'Buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali sahaja'...Fikir-fikirkanlah...

7 comments:

Mat Yie said...

Salam Dato,
Lama menyepi..
Pertama sekali selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan yg penuh dgn seribu keberkatan dan kerahmatan dan kita juga berharap di atas keberkatan bulan yang mulia ini boleh merungkaikan segala yg tersimpul,menjernih segala yg keruh dan membersih segala yang kotor.
Dato',
Benar kata dato akan hal ini iaitu ade segelintir yg menganggap ini adalah patriotik dan tidak kurang yg mengatakan ini adalah racist.
jika kita teliti akan kenyataan yg dibuat oleh ketua UMNO bukit bendera ini mmg benar ianya menjurus kepada maksud beliau yg menceritakan situasi sebelum kemerdekaan atau dgn kata lain situasi pemimpin melayu waktu itu untuk menuntut kemerdekaan. Namun kenyataan beliau disalah ertikan oleh media dan menimbulkan "kekeliruan" kepada semua pihak. Namun demikian dato' saya kira aplah salahnya jika beliau tampil memohon maaf jika kenyatan itu telah disalah ertikan oleh mana-mana pihak termasuk kaum cina sendiri tanpa perlu beliau terlalu lantang menyuarakan kebenaran dipihak beliau dan mengungkit soal kepimpinan pemangku presiden gerakan. Beralah bukan beerti kita kalah,kata org tua2.Dan kenyataan sedemikian juga menimbulkan lagi keresahan rakyat yang sedia ada resah dengan alunan 16 Sept. saya kira itu adalah jalan terbaik untuk kita meneruskan budaya yg sedia ada dalam BN dan memastikan kepercayaan rakyat kembali pulih pada PRU13 nanti. Jika kita berterusan begini,saya pasti dan amat pasti seperti mana tulisan Tum M dalam blog beliau, UMNO mungkin menang tapi BN pasti tersungkur..

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com


CUBA FIKIR?

kenapa UMNO penang tak serang aje surat khabar cina yang lapor tak betul?

kenapa gaduh sama sendiri?

kenapa koyak gambar Koh tsu Khoon?

adakah dalam UMNO kini ada parasit untuk melagakan kompenan BN? Sebenarnya dia berjiwa macam Anwar?

Kenapa perkauman dibangkitkan ketika BN patah sayap?

Perkauman tidak wujud di kalangan rakyat bawahan. lihat bulan puasa, cina dan india pun beli makanan sama di pasar ramadhan.

UMNO terengganu kini senyap aje sejak perubahan kepimpinan, kenapa datuk? Kalau boleh datuk cerita benda yang benar pasal kepimpinan BN di terengganu kini, sejuk macam ikan sardin saya perhatikan.

Mat Yie said...

Dato',
Sebut pasal patriotik ni..cube dato komen sikit pasal ade jugak melayu bodoh yang masuk DAP ni..
bak kate MB melayu tak sedar diri..

Salman Madani said...

Salam,
Datuk Ahmad Ismail bukan tokoh besar dalam UMN0 dan apa yang diucapkan oleh beliau boleh dikatakan selaras dengan fakta sejarah.

Sepatutnya ucapan beliau tidak menimbulkan apa-apa pertelagahan seperti apa yang berlaku sekarang.

Parti Cina seperti Gerakan dan MCA mungkin ada agenda tertentu dengan menimbulkan dan membesar-bessrkan hal tersebut.

Bagaimanapun, sikap Gerakan dan MCA yang jelas dan secara senghaja hendak menekan UMNO adalah tidak wajar, dan bukan sikap "kawan" dalam BN.

taipingmali said...

Dato.

Saya bersimpati dgn Datuk Ahmad. Bagaimanapun kita kena akur dgn keputusan. Yang penting maruah Ahmad sedikitpun tidak tercalar.

budakganu said...

Salam Cgu.
Semoga cgu sihat bersama keluarga tercinta dan selamat menyambut ramadhan denga penuh ceria.
Patriotik dan racist adalah 2 perkara yang berbeza dan harus kita dalami dangan penuh penghayatan.
kenyataan ketua UMNO bukit bendera adalah berteraskan fakta sejarah, akan tetapi soalnya,pada masa dan kaedaannya tidak sesuai untuk diutarakan. bagi saya tindakan beliau adalah baik tapi tidak sesuai. ia untuk memberi kesedaran, tetapi disalah tafsirkan.
Kesudahannya PM arah TPM mohon MAAF.
tapi bila TERESA KOK yang NGOK, mempersoalkan AZAN di Selangor(merujuk kepada masjid di sana) apa tindakan orang melayu PAS dan UMNO. senyap seribu bahasa. jadi fikirkanlah yang PM patut serah kuasa pada masa sekarang dan bukannya 2010.
Segala tindakan PM sangat lembab dan lambat untuk diusahakan. jika begitulah keadannya, kalau 2010 baru serah kuasa, PRU13 jawapannya, selamat tinggal UMNO dan BN.
jadi fikirkanlah.

smallville said...

Salam Dato'

Saya setuju dengan kata-kata Dato'. Adakah kerana kepimpinan yang begitu lembut dan terlalu manjaga hati orang lain menyebabkan kita yang rebah. Seolah-olah juga Anwar kini yang memerintah negara, setiap kata beliau akan diperincikan, disensasikan oleh media dan pemimpin-peminpin BN dengan cepatnya akan melatah. Pada saya Anwar bukan ancaman tapi mungkin kepimpinan kita yang terlalu takutkan bayang-bayang sendiri menyebabkan Anwar begitu gagah bersuara. Keadaan ekonomi kita sekarang begitu terdesak dan Anwar dikatakan salah satu puncanya. Dan pemimpin kita seolah-olah menakut-nakutkan rakyat yang kita akan dirundum kemelesetan jika ia tidak dibendung.... Adakah Anwar begitu BERKUASA hinggakan dua orang kuat negara kita pun begitu takutkan beliau.....