Tuesday, September 2, 2008

Merdeka dan Puasa

Selamat menyambut Kemerdekaan ke 51 dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita diberkati dan diberi segala bentuk pertolongan olehNya InsyaAllah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghantar sms mengucapkan selamat menyambut Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...sama-samalah kita membuka malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadr.Dan masih belum terlambat untuk ucapkan syabas dan tahniah kepada DS Idris yang dilantik sebagai Pengerusi MARA dan Pro Canselor UniKL...

Sambutan Kemerdekaan kali ini nampaknya tidak berapa meriah...Tiada kibaran bendera di kereta, tiada pengagihan bendera dan tiada program sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Apakah ini terjadi di Darul Iman sahaja ataupun berlaku diseluruh negara. Saya kurang pasti. Dan rungutan daripada rakan-rakan juga ialah sambutan yang dibuat di Kemaman...Masing masing mengadu bahawa ia tidak praktikal. Alasannya, lokasinya yang tidak strategik kerana jauh ke selatan membuatkan rakyat dan mereka yang mengambil bahagian sukar untuk ke sana...Kekurangan logistik, masalah penggunaan masa...masa untuk sampai....masa untuk rehearsal...masalah mobiliti dan banyak lagi...Dikatakan ramai yang rebah semasa perbarisan dikatakan kerana kekurangan tidur dll...saya cuma menjadi pendengar sahaja tanpa sebarang komen...Cuma saya berharap jadikan ini satu pengalaman yang berguna untuk masa depan.

Kebimbangan saya dengan sambutan yang kurang meriah ini...adakah menunjukkan bahawa kita mula menurun selepas 50 tahun merdeka? Atau kita masih bersedih dengan kekalahan Permatang Pauh? Atau pemimpin-pemimpin kita bimbang dengan tarikh 16 September...? Atau kita kekurangan daya kreativiti di kalangan pemimpin? Atau kita mahu mengelakkan pembaziran?....Atau inikah gambaran parti kita kurang kuat sekarang? Pada hal kita baru sahaja mendengar pembentangan budget 2009. Dimana silap?

Saya amat bersetuju dengan pandangan TS Muhyiddin...bahawa BN perlu dijenamakan semula...Parti parti komponen perlu menjalankan kajian terperinci dan ikhlas tentang kemerosotan sokongan. Kita bimbang...jika trend ini berterusan...pilihanraya ke 13 merupakan tarikh malang parti BN....Saya bertanya golongan muda Melayu di Universiti...kenapa mereka memandang sinis pada UMNO dan BN...jawabnya mudah...saya sayang UMNO dan BN tapi saya tidak selesa dengan pemimpin-pemimpin yang menampakkan keegoaan...eksyen dan menampakkan kepentingan diri dan berbalah sesama sendiri...sejauhmana benar tanggapan tersebut..sama sama kita fikirkan.

Hal ini saya luahkan kepada rakan rakan pemimpin...mereka hanya menyalahkan golongan muda ini yang dikatakan tidak berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan segala kemudahan untuk mereka...kemudahan Universiti, Infra dan banyak lagi...Jawaban yang diberi oleh golongan muda ialah...itu tugas dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Dan semua kerajaan akan melakukan apa yang BN buat... dan kata mereka mungkin lebih baik lagi barangkali...Cuma pada saya kita jangan emosional dalam hal ini. Kerana yang penting kita mencari jalan agar parti keramat ini akan terus berkuasa dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara InsyaAllah.

Sempena dengan bulan mulia ini, marilah kita bermuhasabah untuk parti kita bukan untuk individu atau diri kita...Salam Merdeka dan Salam Ramadhan....

....dikatakan Dinosour pupus kerana spesis ini tidak mampu berubah mengikut zaman...betul atau tidak...fikir-fikirkanlah....

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

merdeka dah kurang meriah sebab pembangkang berjaya membangkitkan kebencian kepada negara sendiri. Bila hendak sambut kemerdekaan, mereka kata itu adalah projek dan propagandan BN...

Pasal UMNO perlu dijenamakan, memang patut pun sebab generasi muda semakin hari cuba lari dari UMNO. Mereka mahukan kerja dan nasib mereka dibela sebagaimana emak ayah mereka buat kat mereka. Anwar datang cuba membantu menyebabkan mereka percaya anwar boleh ganti peranan mak ayahnya...

BN dah jadi ayah tiri pada generasi muda. Ini perlu diberi perhatian.

Mana pergi Puteri UMNO? Dulu Gah sekarng dah hilang taring hendak tarik generai muda

Hamdillah said...

SALAM,SELAMAT BERPUASA....PARTI APA PUN BOLEH YANG PENTING AGAMA,BANGSA DAN NEGARA KITA TERUS SEMAKIN MAKMUR....SEBAGAI RAKYAT BIASA ITU YANG BOLEH DIKATAKAN.....UMNO OH UMNO...

Unknown said...

1- buat laman web sendiri.. macam dr. khir..

kakb said...

salam dato'

selamat berpuasa dan bertarawih dato'...moga peluang untuk berpuasa dan bertarawih di bumi Malaysia yang diperintah oleh orang Islam masih ada untuk kita selamanya..ataupun ISLAM di Malaysia tercinta ini sudah takut diamalkan secara terbuka 10 tahun akan datang? Renunglah posting yang saya petik daripada blog mantan PM kita ini..

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at September 4, 2008 5:50 PM |

"Pohon Maaf"

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.
4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh:

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.

renungkanlah akan nasib bangsa Melayu Islam di Malaysia 10 tahun akan datang..di mana kita nak cari tempat tinggal baru yang selamat untuk anak-anak Melayu Islam kita?

Zaki said...

Pertukaran kerajaan tidak dpt dielakkan lagi... kerajaan baru pimpinan DSAI akan mengambilalih sooner or later... saya ingin mencadangkan pemimpin2 UMNO terutamanya Ahli2 Parlimen di Trg yg akan join PR supaya membuat beberapa 'bargain' dengan DSAI untuk kepentingan negeri Trg.... terutamanya meminta menaikkan royalti petroleum kepada 20% setahun... di Indonesia wilayah Acheh mendapat 20% drp hasil minyaknya, kenapa tidak dpt dilakukan di Msia.
Tidak perlu setia bersama kapal yg akan karam sedangkan ekonomi semakin merudum.... matawang semakin turun, rasuah makin berleluasa, inflasi menjunam...

Mohd Sobri said...

Salam sejahtera dato'
1.Saya memang bersetuju dengan pandangan dato'. Disini saya rasa UMNO memang berada di dalam zon bahaya yang amat sangat.
2.Orang yang berada diatas tidak sedar apa yang berlaku di bawah.Mereka diberi gambaran yang baik oleh pembodek-pembodek.
3.Di Terengganu juga tidak ketinggalan, mereka akan laukan apa saja untuk duduk di atas.
4.Pemilihan peringkat bahagian telah menjadi satu agenda yang penting buat mereka.Inilah pemimpin yang ada di dalam UMNO sekarang,kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat dan negara.
5.Orang-orang muda dah pun celik mata,jangan nak salahkan mereka saja.Mereka dah muak dengan apa yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri.Sehinggakan ramai dikalangan mereka memilih parti pembangkang untuk landasan perjuangan.
6.Masih belum terlambat untuk UMNO pulih dari penyakit ini tetapi perlukan banyak pengorbanan dari orang-orang yang berada di atas sana. Jangan jadi syok sendiri.
7.Kenapa bila berada di atas susah sangat nak turun? Apa agaknya yang ada di situ? Jawatan ketua bahagian pun susah nak lepas apatah lagi dengan jawatan yang lain.
8.Kadang-kadang saya yang berada di bawah menjadi keliru dengan apa yang berlaku.Banyak persoalan yang tidak diperolehi jawapannya.
9.Saya mengaharapkan agar dato' berada dilandasan yang betul dan bertepatan dengan kehendak semasa dan jadi macam sesetengah dari mereka yang tak tahu nak berterima kasih.
10.UMNO perlu kepada perubahan sekarang bukan dua atau tiga tahun lagi jika nak memenangi PRU ke 13.
FIKIR-FIKIRKAN LAH.....