Wednesday, August 27, 2008

Salam bloggers....Kita telah tahu keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Dan saya yakin keputusan itu telah diduga oleh ramai pemerhati politik. Dengan majoriti 15671... pada saya satu angka yang besar. Tahniah kepada DS Anwar. Saya bersetuju dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri... DS Najib bahawa demokrasi masih subur di Malaysia. Keputusan pilihanraya ini membuktikan bahawa pembangkang masih mempunyai ruang dan peluang untuk menang dalam mana-mana pilihanraya di Negara ini. Dengan secara tidak langsung menafikan tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam proses demokrasi.

Bagi UMNO dan Barisan Nasional...kita perlu merenung ke dalam diri kita sendiri. Dimana kesilapan kita sehingga keputusan pilihanraya akhir-akhir ini tidak menyebelahi kita. Kita semua kena bermuhasabah diri. Sekarang bukan masanya menuduh orang lain dalam kemelut ini. Para pemimpin kena merenung ke dalam diri masing-masing. Begitu juga dengan pejuang parti di peringkat bawah. Sekarang masa untuk bertindak bukan masa untuk bercakap dan berpolemik. Jika tidak dibaiki daripada sekarang saya bimbang ia menjadi parah...umpama barah.

Isyarat demi isyarat dari rakyat telah banyak kita terima. Parti kita menjadi semakin tidak popular akhir-akhir ini. Kita ketepikan perebutan jawatan dalam parti kerana ia tidak menguntungkan kita dan parti ...kalau parti kita kalah dalam pilihan raya. Kita tidak mahu kita hanya menang sorak dan...kampung dan negara tergadai...Tiada maknanya kepada agama, bangsa dan negara kita.

...mungkin sejarah Pak kadok akan berulang...fikir-fikirkanlah...

4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

berapa hari lagi nak puasa. anwar dah menang kira menang juga walaupun dengan 'satu undi'.

dalam bulan puasa kita nak tengok berapa orang nak jadi katak kepada Anwar.

Kata TDM, kalau lompat, anwar kena ada wang banyak. Ada parti macam PAS mesti jual mahal sebab 26 kerusi PAS jadi ANmer kena bayar lagi. Kalau tidak PAS jadi 'bebas' di Parlimen tidak join Pakatan dan Anwar tidak boleh tubuh kerajaan.

tapi yang abe MIE dengar, Anwar hendak masuk UMNO dan cara inilah dia boleh jadi PM!!!

Ada banyak cerita saman dan kes Anwar di luar mahkamah. Anwar masuk Parlimen dengan 'badan yang busuk'.

Hamdillah said...

salam dato`,selamat berpuasa...
umno ni kena jadi pembangkang,barulah ada perubahan,dan sekarang saya rasa ramai rakyat Malaysia setuju dengan kenyataan ini..org umno pun sedar perkara ini ttp kerana perjuangan "wanita,harta dan takhta" mereka sendiri menyebabkan sikap "aku peduli apa"...honestly,i`m very very absolutely dispointed with umno

bat8 said...

abe mie kata dia dengar khabar anwar nak join UMNO dan cara ini dia boleh jadi PM

---------------------------------

Amber rasa abe mie saja buat cerita je ni, bukan apa tak masok akal langsung. Masuk lah anwar UMNO kalau nak karier politik dia hancur. Kalau dia masuk UMNO, dia kena lari dari bertanding dari matang pauh ke satu kawasan yang dia boleh jamin 100% menang atas tiket UMNO.

Kalau anwar bertanding atas tiket UMNO, rasanya sebahagian besar rakyat akan pastikan sia dikalahkan......Jadi takkan lah anwar begitu bodoh sekali.

Pasai anwar masok parlimen ni dengan badan berbau busuk, abe mie rasa semua menteri-menteri, pemimpin-pemimpin UMNO tu berbau wangi ke? Semua tak rasuah ke, semua tak tikam belakang lawan dalam pemilihan parti ke, semua tak kaut projek-projek untuk diri sendiri ke?

Nak tahu banyak ke tak banyak saman pemimpin-pemimpin UMNO ni, kalau umur kita panjang, apabila berlaku pertukaran kuasa, sama-samalah kita tengok nanti.

abe mie kena ingat, dalam dunia ni tak ada satu pun benda yang kekal selama-lamanya. Yang diatas kena ingat, satu hari kena turun juga. Yang dibawah tak selama-lamanya dibawah.

bat8

Anonymous said...

salam ruangan siber...

bila pemimpin umno,kemaruk nk cari pangkatlebih tinggi,adu domba,hasad dengki,korupsi,kronisme akan bergerak seiring...
bangsa mane lagi yg akn hancur,jika tadak bangsa yang dipanggil "MELAYU".

saya sendiri bersyukur dato tidak terpilih lagi exco kerajaan terengganu,supaya dato mencari kekhilafan diri..
semoga kejatuhan ini dapat memberi dato sebagai anjakan paradigma untuk melakukan perubahan,tiada lagi kronisme dan sanak saudara..

semoga sukses dimasa depan...
SALAM RAMADHAN...
#:MOHFAS7