Wednesday, August 20, 2008

Olimpik oh Olimpik

Salam bloggers...terima kasih rakan-rakan... terutama yang setia menghantar dan memberi pandangan terhadap tulisan saya. Terima kasih tidak terhingga. Olimpik telah sampai ke penghujung. Bagaima dengan pencapaian atlit kita? Satu soalan yang rasa semua telah tahu jawapannya. Ada yang mengatakan bahawa kerajaan telah banyak menyumbang...tetapi hasilnya tetap sama. Ada yang lebih parah...mengatakan lebih baik duit tersebut dibelanjakan untuk program lain. Sama-samalah kita fikirkan.

Semasa saya remaja, dan saya yakin rakan yang sebaya dengan saya bersetuju dengan pandangan saya ini. Kita mempunyai bintang bola sepak yang hebat dan terkenal. Apabila disebut sahaja pasukan bolasepak terbayang dalam fikiran kita barisan pemain daripada penjaga gol...Arumugam, Santokh Singh, Yahya Jusoh, Dan sememangnya Mokhtar Dahari (moga Allah mencucuri rahmatNya)

Malangnya sekarang... apabila disebut sahaja pasukan Malaysia, kita tidak tahu siapa pemain pasukan nasional kita. Sebabnya ialah setiap masa pemain kita berubah-ubah. Dulu kita ada pasukan Harimau. Kemudian dibubarkan....Hari ini anak harimau pun tidak wujud. Apakah kita tidak mempunyai perancangan yang rapi dengan belanja yang mencukupi. Susah saya untuk menjawab soalan ini.

Walau bagaimanapun, tahniah kepada Lee Chong Wei yang telah membawa balik Perak dalam sukan badminton ...sukan Olimpik Beijing. Bukan sesuatu yang mudah...Tetapi tidak mustahil. Tahniah juga kepada jurulatih dan semua yang terlibat untuk membawa kemenangan ini. Cuma kebimbangan saya ialah kita semakin terhakis sukan yang pernah kita kuasai satu ketika dahulu...Malang sekali....Tetapi kita masih belum terlambat...

.....'Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dan 'Nothing impossible...'Fikir-fikirkanlah

1 comment:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Badminton pun kalah. yg bersaing dengan cHina ialah USA. kuasa gergasi besar dunia.

Apa yang nak kena buat lagi tak tahu lah sebab dah banyak usaha dilakukan oleh kerajaan BN ke arah memajukan sukan. Kalau nak harapkan Pakatan, sukan bukannya pentng bagi mereka.