Salam bloggers... terima kasih kepada rakan rakan yang setia dengan blog saya. Pada saya semua pandangan anda adalah positif dan ini meransang saya untuk terus menulis di sini. Terima kasih kepada Hamdillah, Zaki, Alvin dan Mat Yie... Anda memberi pandangan dari perspektif yang berbeza. Rambut sama hitam hati lain lain...kata pepatah Melayu. Alhamdulillah semua pandangan yang diberi akan saya publishkan... InsyaAllah.
Tidak lama lagi akan tiba Hari Penamaan Calon di Permatang Pauh. Saya yakin ramai penyokong dari parti parti yang bertanding dan pemerhati akan memenuhi kawasan tersebut. Dan saya amat yakin bahawa rakyat seluruh negara akan menunggu-nunggu keputusan pilihanraya yang pada saya amat penting untuk UMNO dan Barisan Nasional. Yang pasti calon PKR tidak lain tidak bukan DS Anwar, manakala calon BN... setahu saya masih belum diputuskan lagi. Tetapi yang pasti ialah calon daripada UMNO.
Inilah pilihanraya kecil yang pertama selepas pilihanaraya umum yang lalu. Pilihanraya yang akan malang bagi Barisan Nasional kerana tidak dapat meraih 2/3 majoriti di Parlimen. Dan diharap pilihanraya kecil ini tidak sebagaimana pilihanraya umum yang lalu...mudah-mudahan.
Pilihanraya adalah wadah untuk mencari calon yang terbaik sebagai wakil rakyat....wakil kepada rakyat...wakil yang mampu menyuarakan hasrat, pandangan dan kebaikan kepada rakyat yang diwakili. Dan yang paling penting pandangan dan hasrat rakyat dapat dipenuhi. Kita tidak mahu wakil yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengotakan apa yang diucapkan...cakap tidak serupa bikin. Lantaran itu persepsi rakyat kepada calon adalah sesuatu yang maha penting yang akan menjadi penentu kepada menang atau kalah dalam pilihanraya.
Dalam pilihanraya kecil ini, kita perlu tahu bahawa rata-rata pengundi adalah mereka yang 'bijak dan pandai' membuat pilihan... dengan kata lain mereka terdidik. Mereka mampu mendapat maklumat daripada pelbagai sumber. Mereka mampu access internet untuk membandingkan berita yang mereka dapat daripada media perdana dan mereka membuat analisis dan sintesis. Kadang-kadang berita yang kurang tepat tetapi disampaikan dalam bentuk yang menyakinkan mampu mempengaruhi kepada pembaca. Ini yang dibimbangkan. Memang menjadi adat manusia....perkara atau suasana yang paling suka ditonton ialah peristiwa kemalangan atau perlanggaran dalam sesuatu perlumbaan F1 dan kadang-kadang kita tidak mahu tahu sangat siapa juara.
Oleh itu kepada pengundi Permatang Pauh..Selamat Mengundi dan pilihlah calon yang terbaik untuk masa depan anda. Moga anda diberkati... InsyaAllah.
'..Pak Kaduk.... Menang sorak, kampung tergadai....' Fikir-fikirkanlah

5 comments:
السلام عليكم
Datuk,
Saya ingin membuat teguran terhadap tulisan dalam blog ini. Bukan kandungannya tetapi bahasa. Nampaknya ada kecenderungan menggunakan bahasa inggeris ( diselit-selit ). Ini tidak sesuai dengan semangat UMNO. Kalau mahu gunakan bahasa Melayu, gunalah sebaik-baiknya. Jangan diselit-selit kecuali memang perkataan itu tiada dalam bahasa Melayu.
Semoga Datuk cakna dengan masalah ini. Saya bangga kerana Datuk banyak menulis. Nanti tulisan akan menjadi lebih hebat dan mantap.
Sekian.
http://pkrpasdap.blogspot.com
Kalau PAS berkempen kat PP, agaknya isu apa dia nak bawa?
Kalau DAP berkempen kat PP, agaknya isu apa dia nak bawa?
Kalau semuanya bersatu, berkempen untuk menjahanamkan MELAYU dan menyokong PKR supaya UITM dibuka kepada semua kaum, memberi kuota lebih pada bukan Melayu dalam jawatan kerajaan dan membina lebih banyak rumah berhala HINDU, itu kiranya PERJUANGAN BERSAMA.
Tapi abe MIE hairan ada manusia menganggap Tugu Peringatan sebagai berhala sedangkan Kat Terengganu masa PAS memerintan, patung penyu digandi dengan PATUNG MAT REMPIT BERWAJAH HADHI dikira tak apa.
abe MIE ada cerita tentang KEKECEWAAN PAS dengan PR yang semakin hari semakin terkoyak.
salam....x payah abiskan duit untuk kalahkan anwar kt permatang pauh...corfirm anwar menang
http://pkrpasdap.blogspot.com
Nampaknya ahli PAS tidak puas dengan layanan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat terutamanya DAP dam PKR.
Baharu saja 5 bulan, nampaknya Pakatan ini bukan sahaja TIDAK YAKIN YANG ANWAR IBRAHIM AKAN MENJADI PERDANA MENTERI.
PAS walaupun minoriti dalam Pakatan, mereka juga mahukan PM daripada Ulama dan dalam kata lain mereka juga tidak sukakan Anwar, namun terpaksa berlakon untuk sementara waktu.
Abe MIE hairan kenapa mereka tidak suka kepada 'Umar Abdul Aziz PAS' iaitu Lim Guan Eng. Sebelum ini bukan main mereka beria-ria menyokong Khalifah
Kafir sebagai pemimpin teragung. PAS tidak dapat menilai mana yang kaya dengan permata.
Bagi Abe MIE, kalau orang Cina boleh memperbodohkan PAS, mereka tidak segan akan memperbodohkan Melayu keseluruhan. Mujurlah UMNO masih kuat dan apa yang berlaku telah menyebabkan golongan muda sudah hilang keyakinan dan tidak berminat dengan madah berhelah perjuangan PAS sehingga kini ibarat UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI.
abe MIE hendak tanya, PAS hebat, tersohor dan 'kuat' kerana APA? Adakah kerana pembangunan ekonomi rakyat Kelantan? Perjuangan Islam sekuat Iran melawan Amerika? Membela rakyat yang miskin? Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat? Berjaya Menarik pelabur terbesar?
atau PAS hanya kaki sorak bila UMNO berpecah? mendapat kemenangan kerana anti-UMNO dan undi protes? Berjaya mengadakan demonstrasi besar-besaran? Mengkafirkan Melayu sebagai ISlam? DAN BANYAK LAGI. Seminggu menulispun tak boleh habis.
Saya nak komen sikit tulisan abe mie tentang kecaman terhadap mufti yang mengeluarkan kenyataan tentang penyembahan tugu negara. Syiar Islam tetap mengharamkan penyembahan atau terdapat unsur penyembahan terhadap patung yg menyerupai apa-apa makhluk. Dan yang mengeluarkan fakta tersebut bukan calang-calang orang, mufti yang diiktiraf jadi abe mie perlu fikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa fakta. Syirik ada pelbagai cara, jadi sebagai mufti yang dilantik adalah menjadi amanah beliau untuk menegur, jadi jika tidak terima teguran sekalipun jangan bantah, diam saja. Jangan cuba halalkan benda yang sudah terang akan haramnya....
Fikirkanlah...
Post a Comment