Salam blogger...terima kasih kepada semua rakan rakan bloggers... Nampaknya masih ramai rakan rakan yang setia dengan blog saya...Terima kasih daun keladi. Alhamdulillah... hari penamaan calon Permatang Pauh berjalan lancar. Tiada insiden buruk berlaku. Tahniah kepada semua pihak yang telah menggambarkan kita sebagai rakyat yang matang dalam sebuah negara demokrasi. Maaf kepada rakan-rakan terutama UMNO Pulau Pinang kerana saya tidak dapat bersama pada hari yang penting itu.
Dan kita dikejutkan juga dengan sumpah oleh Saiful Bukhari di masjid Wilayah Persekutuan. Saya daripada kecil diajar oleh keluarga, orang tua dan ustaz serta guru-guru saya agar jangan bermain dengan sumpah. Kerana bahananya cukup besar dan berat. Saya tidak dmaklumkan apa bahananya tetapi semua memberitahu saya bahawa bahananya akan dapat dilihat didunia ini. Saya amat berharap mereka yang ingin mengambil tindakan bersumpah ini haruslah berfikir banyak kali...mungkin beribu ribu kali.
Apakah komen rakan-rakan saya tentang tindakan Saiful ini? Ada yang kata amat patut dan ada yang kata amat tidak patut. Saya terima kedua dua pandangan tersebut kerana masing-masing ada alasan yang tersendiri. Ada rakan saya yang mengatakan tidak sah sumpah tersebut kerana Saiful memegang alQuran dengan tangan kiri.... Saya tiada jawapan kerana saya tidak mendalami 'rukun sumpah'....Cuma spontan saya menjawab....Kalau begitu kita tunggu pulak Sdr DS Anwar bersumpah menafikannya...InsyaAllah...Fikir-fikirkanlah...
Sunday, August 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
Tak payah bersumpah. biar Anwar kena sumpah kat pengundi di Permatang Pauh cukuplah. Apa alasan dia kalau dia kalah macam Hadji Hadhi pernah kalah kat tangan Abdul Rahman ketika dahulu.
Penyokong dia ramai, pandai meraba, kuat seks macam pemimpin dia. penyokong PAS pintar berceramah dan pakar mengadu domba. Bila yang busuk kena pada Anwar, bukan main dia orang tutup bau bangkai gajah dengan kopiah dan jubah.
ULAMA ATAU ULAR+MAK?
Lim Guan Eng PAS pernah gelarkan Umar bin Abdul Aziz. Dia ingat Umar tu penjual air krim ke? atau pemandu Lori zaman Nabi? Ini kerja PAS lah dan harakah tergila-gila mengangongkannya.
kalau begitu, tidak mustahil lah PELIWAT DAN AL-JUBURI MEREKA AKAN LANTIK SEBAGAI KHALIFAH.
Wahai saudara ku..Just wonder kenapa anwar,keluarga dia dan semua penyokong da yg beragama islam bermati-matian mempertahankan PERAKUAN BERSUMPAH BALA,RAJA PETRA,DR MYANMAR tetapi menafikan sekeras-kerasnya PENGAKUAN BERSUMPAH yang dibuat oleh SAIFUL dengan nama ALLAH??
Adakah mereka lebih percaya PENGAKUAN BERSUMPAH Mahkamah daripada PENGAKUAN BERSUMPAH dengan nama ALLAH??
datuk ni luar daripada kontek semasa la.. Datuk saya minta datuk tolong beritahu pejabat daearah di semua daerah negeri supaya tolong la kemaskini kan papan tanda jalan di semua tempat.. terlalu keliru dan sedikit ..susah nak kemana-mana tempat yg menarik bila ke trganu.. dan buatlah papan tanda jalan itu biar logik dek akal jaraknya..ini sampai org ingat dah salah jalan baru jumpa papan tanda jalan lagi..
harap maklum
Sebagai orang Islam, manakah yang lebih kita percayai antara sumpah yang dilakukan didalam masjid, di hadapan Al Quran dan bersaksikan alim ulama atau cakap kosong dihadapan para wartawan yang entah bila kita pun tidak tahu kesudahannya?..sebagai seorang yang waras dan berpegang pada ajaran agama, rasanya buat masa ini, selagi tidak ada sumpah dengan cara yang sama untuk mempertahankan diri oleh si tertuduh, maka wajarlah kita mempercayai apa yang telah disumpahkan oleh mangsa...lainlah jikalau kedua duanya melakukan sumpah yang sama, maka kita bolehlah meragui sumpah berkenaan....sama sama lah kita menilainya..amin..
salam,umumnya org islam takut bersumpah bila buat salah..in case anwar di cabar bersumpah untuk membuktikan dia x meliwat saiful..katakanlah anwar bersumpah juga mcm saiful,adakah org@rakyat masih percaya anwar tidak meliwat saiful?dan kita kena menyokong anwar?adakah ini juga satu permainan politik untuk individu tertentu?kalau betul anwar meliwat saiful...dua2 bersalah bukan anwar sahaja...byk pendekatan politik melayu akhir2 ini makan diri sendiri...rosak agama,parti,bangsa..ni lah yg saya fikir-fikirkan...kesian anak cucu kita mewarisi politik yg kotor lagi menjijikan..
Salam Dato', semoga dato dibawah rahmat Allah.. Berkaitan dgn sumpah saiful, bg saya jelas keberanian dan kebenaran bg pihak saiful,spt kate dato,sejak dr kecil kite di didik dan di ajar supaya jgn permainkan sumpah,kerana sumpah diri musnah.. Secara personal dato,bg sy saiful telah melaksanakan tuntutan2 dr pihak yg menyalak agar die bersumpah bg membuktikan keberanian,namun setelah menunaikan janji,pelbagai spekulasi diutarakan oleh pihak yg same.. Kesimpulannya,cukuplah kite mengendahkan mereka,x perlu lg kita hiraukan mereka,buatlah apa saja utk penuhi hasrat mereka,namun bg mereka saiful ttp penipu.. Ini jelas apabila pemimpin2 utama pembangkang sdh mula mengeluarkan fatwa2 yg bercanggah dan tidak selari sama sekali,sah atau tidak sumpah saiful bkn ceritanya, tapi sumpah saiful yg berlandaskan nama Allah yg pasti menjadi saksi kebenaran ini, kerana Allah bkn sesuatu yg mampu dipermainkan oleh hamba yg mengaku beragama islam. Yg pasti,mane mungkin pembangkang yg kononnya berjuang utk islam ini mampu mempertahan keberanian dan kebenaran saiful disaat mereka memerlukan simpati rakyat permatang pauh utk trs mengekalkan kerusi permatang pauh sbg kerusi pembangkang..
Dato'
Seperti kat SS Mufti Perlis, perkara yg diucapkan oleh Saiful tu sangat berat dari segi agama Islam. Jika dia berbohong maka tunggulah balasan Allah ke atasnya nanti dan jika di bercakap benar tidak akan berlaku apa2 keatasnya. Menurut Mufti lagi ini boleh di andaikan samada Saiful tidak benar2 memahami atau tidak diberitau ttg akibat sumpahnya itu atau beliau benar2 yakin yg dia bercakap benar.
Pandangan saya, sumpah saja tidak cukup utk menghukum atau melepaskan seseorg drp kesalahan jenayah.. kalau negara mengamalkan undang2 syariat sekali pun pertuduh dan yg dituduh masih perlu menjalani prosiding mahkamah utk menentukan siapa yg salah. Kalau sumpah sudah cukup utk menentukan segala2nya maka ramailah org2 Fasik yg dengan sewenang2nya sanggup bersumpah utk melepaskan diri atau membuat tuduhan. Dengan itu keadilan tidak dpt ditegakkan.
Allaahu A'lam
Dalam keadaan di Msia sekarang kes Saiful bukan lagi masalah peribadi dia sahaja. Too much at stake, kalau DS Anwar menang di Permatang Pauh dan kalau betul 30 ahli Parlimen BN akan cross over to PR maka kita akan melihat satu perubahan kepimpinan negara buat pertama kali dalam sejarah... those who walk on the corridor of power akan melakukan apa saja supaya perubahan ini tidak berlaku, by hook or by crook... Di negara Bolehland ni everything is possible... manusia dibunuh dan diletupkan dengan C4 pernah berlaku... so apalah sangat dengan sumpah ini. Bagi org2 yg tidak takut pada Allah its nothing for them.
Aduh Dato', macam mana ni? Baru Dato' sebut "Saya daripada kecil diajar oleh keluarga, orang tua dan ustaz serta guru-guru saya agar jangan bermain dengan sumpah. Kerana bahananya cukup besar dan berat." tapi lepas tu Dato' cakap "Kalau begitu kita tunggu pulak Sdr DS Anwar bersumpah menafikannya ...InsyaAllah ...Fikir-fikirkanlah..."
Dato' Fikir-fikirkanlah...
Post a Comment