Friday, August 22, 2008

Harta, Wanita dan Takhta

Salam bloggers...Kita dikejutkan lagi dengan berita penahanan Exco Perak. Dalam kesibukan kempen pilihanraya di Permatang Pauh....Isu Jurugambar dipukul dan isu adik Nurin dan macam-macam lagi...Tiba-tiba muncul penahanan orang politik oleh BPR. Mengikut laporan 6 ditahan termasuk 2 Exco Perak.

Berikutan peristiwa tersebut, saya dihubungi oleh rakan-rakan parti pembangkang yang membuat tanggapan bahawa penahanan tersebut bermotif politik. Penahanan tersebut untuk mencemarkan imej PKR dan dengan itu akan mengurangkan reputasi PKR dalam pilihanraya kecil pada 26hb nanti.

Saya secara spontan cuma mampu menjawab...begitulah pandangan mereka yang tidak selari dengan kerajaan... Apa yang dibuat oleh pemerintah selalunya dipandang sinis, pesimis dan negatif. Tetapi saya menghormati pandangan dan pendapat mereka. Mereka adalah kawan-kawan saya.

Tetapi saya yakin bahawa BPR bekerja secara profesional... kerana ada di kalangan mereka yang dituduh sebelum ini adalah ahli politik parti kerajaan yang memerintah. Jadi kalau dikatakan bahawa BPR bekerja untuk menjatuhkan populariti sesebuah parti adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas.

Kita semua tahu dan maklum bahawa 3 perkara yang mampu menjatuhkan seseorang ialah Harta, Wanita dan Takhta tanpa mengira parti, bangsa atau agama....Fikir-fikirkan...

2 comments:

zeme said...

Salam Dato Rosol,

Memang benar Wanita, Harta dan Takhta menjadi kuasa paling ampuh yang menguasai hati sekiranya nafsu mengatasi akal pertimbangan.
Kita boleh jadi suka atau duka kerana wanita, kita boleh jadi kaya atau miskin kerana harta dan kita boleh jadi puji dan keji kerana takhta.

Wasalam.

Hamdillah said...

salam...wanita,harta dan tahkta,ada jugak org cakap 3 ta(jawi),saya sebagai org masih berhingus berpendapat semua org mesti mempunyai 3 perkara tersebut,yg membezakan hanya caranya sahaja,jika melanggar batas syarak...maka itu menjadi kesalahan,jika kita fikir dan di ajar mmg rasulullah adalah contoh manusia terbaik dalam mengurus 3 ta tersebut...rasanya hanya dengan cinta kepada Allah s.w.t sahaja boleh mendorong kita menjadi seperti rasul Allah...
dalam konteks hari ini takhta mungkin boleh di kaitkan dengan politik,majoriti org melayu cukup minat berkenaan politik,kononnya untuk membela agama,bangsa dan tanahair(alif,ba,ta)ttp malangnya saya tgk keadaan menjadi sebaliknya..tulisan saya tidak menfokus kepada mana-mana parti...yg tidak berkuasa menyalahkan kepada yg berkuasa dan sebaliknya,bagi saya mungkin sekarang orang melayu islam kena tukar pendekatan,kesedaran mengenai perubahan dalam "kerajaan kecik",maksub saya keluarga sendiri atau diri sendiri.kita selalu menyerahkan tanggungjawab kita kepada pihak lain,kalau dlm pendidikan 100% kita menyerahkan kepada sekolah..sebab itu kita tgk budak2 muda melayu sekarang satu macam je kurang ajarnya,bagi saya inilah menjadi punca gejala sosial ini..faktor keluarga.ttp bila kita berbincang mengenai hal tersebut pasti kita menyalahkan kepada kerajaan,sekolah atau guru..saya percaya jika generasi muda kita terlalu ramai rosak,tunggulah kejatuhan masyarakat atau bangsa kita...pendek kata pengurusan "harta,wanita dan takhta" bermula dari sini..diri sendiri