Wednesday, August 6, 2008

Melayu Dan Perpaduan

Salam blogers... Sekarang heboh tentang perpecahan Melayu. Seorang rakan wartawan menelefon saya, bertanyakan pandangan tentang perpaduan Melayu. Dengan kata lain perpaduan antara UMNO dan PAS. Saya secara spontan bersetuju dengan usaha tersebut. Alasannya ialah ISLAM mahukan umatnya bersatu dan berpadu. Sejarah telah banyak mengajar kita bahawa kejatuhan empayar besar Islam, empayar yang hebat dan kuat kerana masalah dan berpunca daripada perpecahan dan perbalahan sesama sendiri. Kepentingan peribadi melebihi segala-galanya.

Beliau bertanya lagi apa pandangan saya tentang pendapat Presiden PAS yang tidak mahu dan tidak bersetuju dengan rancangan ini. Saya langsung memberi respon bahwa itu hak PAS. Kita dan UMNO tidak boleh memaksa beliau dan PAS dalam hal ini. Beliau mempunyai alasan dan reason tersendiri. Kita hormati keputusan Parti beliau. Cuma apa yang perlu difikirkan panjang lebar ialah kekuatan bangsa kita dalam keadaan masyarakat lain sedang hangat mempersoalkan tentang Hak Istimewa Orang Melayu. Mereka mempersoalkan tentang biasiswa JPA, Subsidi dan banyak lagi.

Barangkali telah tiba masanya untuk kita mengajar pelajar kita tentang sejarah dan kontrak sosial dalam sukatan pelajaran kita. Kita telah tidak mengajar anak anak kita tentang peristiwa 13 Mei. Yang pada saya amat significant dengan kontrak sosial. Saya yakin jika semua rakyat memahami isu ini, nescaya kita akan hidup lebih aman dan harmoni terutama kepada generasi muda kita....

'Sejarah perlu dianalisa bukan sahaja dijadikan tontonan di Muzium'...Fikir fikirkanlah...

7 comments:

MaMiN said...

Dato',macam mana belajar english kat australia? balik Terengganu boleh speaking berabuk la yer? kemudian baru boleh jadi MB Terengganu sebab pandai speaking english. Takdela pegi oversea trip duk diam je...exco lain yang rancang program,dato' duk diam je...kesian pun ada. Tapi takpala,belajar elok2 yer..idola Dato' belajar management ke leadership di France? Harap2 bila dia balik sini bertambah baik la leadership dan management dia. Takdala asyik nak khianat dan dengki serta nak cantas orang lagi. Satu lagi, harap2 bayar sendiri la pergi kursus luar negara ni, bukan guna duit MARA. harap-harap.

encik MIE said...

http://dewawang.blogspot.com

UMNO hendak lamar PAS, jadi PAS adalah perempuan, jadi dia jual mahal sikit. Bukannya apa. dulu perempuan nie pernah jadi bekas tunang tapi dah terpisah. sejarah lampau masih menghantuinya. jadi kini dia hendak kembali tapi kena jual mahal.

lagipun perempuan nie dah ada orang punya tapi orang tu dah kahwin (PKR) dengan sama jantina. PAS nak juga UMNO pujuk rayu, bermadah helah, gosok-gosok..tapi ambil masa lah... biasalah tu.

Unknown said...

masa depan politik anda dah gelap..
duduk diam2 sudahla...

c.baharu team...

Mat Yie said...

Dato':
Saya setuju dengan en mie... komen die buat saye tersenyum... apepun dato',sabarlah dalam menempuhi dugaan dan ujian,tabahlah mengharungi kejian dan cacian,biasenya yg menkeji dan mencaci ni takdak apa pun..habuk je.. fikiran dunia ke-2.
Semoga ilmu yg dato' bawa pulang itu akan memberi sedikit sebanyak memberi kesan baik atau positif untuk merancakkan pambangunan modal insan di DUN kita serta membantu menaikkan taraf ekonomi puak-puak yg menyalak walaupun taraf ekonomi mereka sedia terbela dan kukuh atas dasar ketelusan kerajaan dalam membahagi kekayaan.
Semoga Dato beroleh keberkatan dan rahmat selalu.
Dan diharap isu perpaduan ini satu hari nanti menjadi realiti. Jika tidak dari pihak UMNO,mungkin ada pihak lain yg akan memperjuangkannya.

Zaki said...

Salam,
Umno memperjuangkan Hak istimewa, Kontrak sosial, Ketuanan melayu,DEB, peristiwa 13mei. Pandangan saya, mungkin itu semua relevant semasa negara baru mencapai kemerdekaan dan dimana kedudukan org melayu sangat lemah selepas berkurun berada di bawah dasar penjajahan. To give credit to what is due mmg diakui UMNO melalui pejuang2 bangsa yg ikhlas ketika itu telah berjasa dlm menaikan taraf ekonomi dan sosial org melayu selepas merdeka. Tapi adakah selama2nya kita memerlukan dasar2 'affirmative' ini??? Kita mesti menerima hakikat yg dunia sudah berubah... apa yg dibuat 30 or 40 tahun dulu tak semestinya masih diperlukan sekarang ini. Cuba listkan mana2 negara didunia ini yg mempunyai dasar yg sama dgn DEB.
Generasi muda kita perlu diajar macamana utk jadi competitif, bekerja kuat, tidak rasuah, sanggup menghadapi cabaran, reward berdasarkan meritokrasi... bukan diajar utk menangisi sejarah silam... macam anak kecil main api..nenek moyang kaya raya tergadai semua harta benda.. Ketuanan melayu cuma boleh wujud bila org melayu sendiri sanggup bekerja kuat dan berusaha... kalau semua nak jadi mat rempit, berkepit sana-sini jantan betina tak kira siang malam, memenuhi pusat2 serenti, pusat2 hiburan, pemimpinnya yg berahi mercedes, duit rakyat dibelanja macam belanja harta pusaka datuk nenek mereka, sapa mahu angkat melayu sebagai tuan. Instead of jadi tuan, melayu jadi 'laughing stock' di negara sendiri. Percayalah jika anak2 kita tidak diajar semua ini, how to survive in this challenging world of globilization, compete bersama2 bangsa2 lain yg lebih maju.. we cannot go far. Kita mungkin boleh penuhkan universiti2 kita dgn anak2 melayu dengan sistem kuota, merendahkan syarat kemasukan, bagi biasiswa.. tetapi qualiti siswasah yg kita lahirkan cuma boleh bekerja sebagai penanam2 anggur saja.
"Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang"
WaALLaahu A'lam

Alvin Kassim said...

Dato',

pada pendapat saya tidak ada perpecahan melayu sebab antara saya dan kawan-kawan melayu (dan cina dan india) kami hari-hari ok je, takda perpecahan. yang pecah adalah antara umno dan melayu (rakyat). umno kaya, melayu (dan rakyat) susah.

kami rakyat takda masalah, cuma umno saja yang asyik cakap macam esok kiamat. kami paham, divide and conquer. tapi speech macam ni, yang cakap pasal perpaduan, pecah belah, kekuatan ummah, etc ni, muak lah dato'. kami ni 30an dan 40an, bukan 6 tahun umur. sebab tu saya selalu cakap dengan kawan-kawan, malaysia ni takda masalah. rakyat semua boleh hidup bersatu padu sesama sendiri, cuma buang semua politician. dia orang ni yang menghancurkan negara.

Hamdillah said...

salam...org melayu kena tahu apa nak buat...bukan apa nak cakap...yang parahnya sekarang ialah PM...yang tu kena turun dulu baru fikir pasal perpaduan,pemimpin sekarang takut jadi miskin dan hilang pengaruhnya bukan takut bangsanya jadi lemah sebab tu kita sekarang jadi huru-hara.Dulu kita bersatu melawan British(Malayan Union)dan kita berjaya,Mengapa sekarang tidak boleh menjatuhkan PM yg nyata ditolak rakyat.saya yakin kalau org umno masih hanyut dengan politik wang dan perebutan jawatan,bersedialah menjadi pembangkang 2012 nanti!! -aktivis melayu