Monday, July 28, 2008

Mercedes Oh Mercedes

Salam blogers....Terengganu buat heboh lagi. Kali ini heboh dengan kereta mewah Mercedes yang telah digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan. Masalah ini sehingga melibatkan keputusan kabinet. Saya tidak mahu komen banyak pasal perkara ini kerana bimbang nanti saya bias atau cemburu.

Sememangnya semua orang tahu bahawa Mercedes walau macamana keadaan pun semestinya lebih baik dan lebih canggih daripada Kereta Perdana. Orang kampung saya kata padanlah dengan harga. Harga Merc melebihi RM200K berbanding dengan Perdana hanya RM100k sahaja. Kalau nak banding dari segi apa sekalipun...Merc pasti lebih baik. Saya yakin kalau diberi pilihan...tidak ada orang yang akan menggunakan Perdana.

Tetapi dasar kerajaan amat jelas dalam perkara ini. TPM mengatakan bahawa beliau dan PM pun guna Perdana sebagai kereta rasmi. Saya tidak tahu apa akan terjadi kepada kereta Merc itu. Aakan dijual atau dilelong atau....Wallahu alam..

Dalam kemelut ini apa yang kurang bijak ialah YAB MB mengaitkan dengan beberapa fakta yang kurang tepat dan memalukan kerajaan dan sahabat. Seperti mengaitkan nama mantan MB yang kononnya selenggara V6 tertinggi, kemudian kaitkan dengan pegawai dan ahli politik lain yang dikatakan tidak berani suarakan tentang kelemahan V6....Kaitkan menteri guna heli dan menteri yang mempunyai merc dalam garaj di rumah....Pada saya semua ini tidak kena pada tempatnya. Mengaitkan isu dan orang lain agar terjebak sama dalam problem yang dihadapi.

Yang lebih ironi lagi peristiwa ini terjadi dalam keadaan negara ingin berjimat dengan perbelanjaan yang berhemah. Kata-kata MB bahawa beliau ingin menjaga duit rakyat agar tidak dibazirkan adalah satu janji yang baik. Cuma kurang sesuai ialah kata kata itu dilafazkan di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur selepas mesyuarat Exco. Fikir fikirkanlah...

10 comments:

Mat Yie said...

Dato':

Saya setuju dengan kata-kata dato. Namun yang menjadi kehairanan saya, apakah kerajaan negeri sekarang tidak sealiran dengan kerajaa pusat? Sehinggakan timbul isu-isu begini seperti mana yg dato sebutkan. Dalam kerancakan MELAYU mencari penyatupaduan UMNO dan PAS,timbul konflik antara kepimpinan UMNO itu sendiri. Saya juga pelik,apakah perkara-perkara sebegini tidak dibincangkan dahulu atau dirujuk kepada pucuk pimpinan parti sebelum dibuat keputusan. Natijahnya,timbul pula isu penyelewengan monsun cup,TTI dan sebagainya.Dato' Ahmad Said baru saja menang di hati rakyat,namun apabila terjadi isu ini,sedikit sebanyak mengundang rasa kesal pada hati pengundi yg sentiasa di atas pagar,harus difikirkan kesannya pada PRU13 nanti. Saya dapat merasakan,jika tidak ada satu impak yang besar dari kerajaan sekarang untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terengganu,pastinya PR akan menguasai bumi bertuah ini. Oh ya dato'dikesempatan ini saya ingin mendapat pandangan dato' tentang penyatuan UMNO dan Pas,apa yang dapat dato lihat akan perkara ini?

Ahmadi Abdul Latif said...

dato, saya anak tranu yg berada dan bekerja di luar tranu.kini bila dinyatakan saya bersal dari tranu pasti akan ada yg mentertawakan akan perihal kereta mercedes. katanya org tranu mmg berahi dgn mercedes. gaya pemikiran mb tranu membuat ulasan turut menjadi jenaka.
saya juga sedih dgn kenyataan mb tranu tentang proton. saya bkerja dgn proton. sgt sedih. kalau nk di ikutkan kata2 mat said jgn lah kita cuba melindungi barangan buatan tempatan lagi. biarkan saja batik indonesia di jual meluas d tranu. biarkan saja songket made in india di jual di kedai payang. biarkan saja perjanjian FTA kita dgn amerika diteruskan. dan kalau boleh kita ambil mat salleh berkelulusan dr havard,oxford,yale atau MIT menjadi mb tranu. kata2 mb tranu membayang betapa tidak matangnya beliau.-ahli umno marang-

Zaki said...

W'salam,
Wahh Dato' nampaknya semakin berani lawan tokey... Syabas, inilah yang kita tunggu2 selama ini, proses check and balance dalam kerajaan T'ganu kite ni, yang salah perlu ditegur walaupun kepada MB sendiri... bukan jadi 'pak angguk' saja.
Cuma tak setuju bila Dato' kata tak kena pada tempatnya bila YAB MB selongkar dan mengaitkan isu2 lain dengan isu merc ini... bagi saya lagi banyak kesalahan dibongkar lagi baik biar rakyat tahu macamana prestasi pemimpin2 yg mereka pilih... dulu dan sekarang. Harap2 isu ini akan terus berlarutan supaya banyak lagi penyalahgunaan kuasa akan terbongkar.
Yg lebih membimbangkan sekarang bukan isu merc ini yg perbelanjaannya cuma 3 juta lebih sahaja... tapi wang royalti petroleum yang bakal diterima sebyk 2billion setahun itu... amat merisaukan wang sebanyak itu diuruskan oleh org2 yang tiada integriti dan kredibiliti walaupun pelbagai janji diberi utk mengurusnya dengan berhemah utk kepentingan rakyat.

Hamdillah said...

ok doh tu...MB cap ayam,PM cap ayam..

dar said...

assalammualaikum d.rosol,saya harap post saya akan diberi perhatian oleh d.rosol,isu merc ini sebenarnya usahlah di perbesarkan,kita semua juga sedia maklum yang ds.idris dulu juga berhasrat menggunakan merc e240 model d.rosol untuk kegunaan exco,saya igin bertanya beberapa soalan yang serius kepada d.rosol mengenai keputusan pru baru-baru ini.Sememangnya nama d.rosol mula melonjak apabila d.rosol menentang pilihan diraja dalam pemilihan mb terengganu,d.rosol tidak bersekutu dengan d.ahmad said,d.tg putra,d.nasir,d.man bakar,d.farid,d.jidin,dan d.rosli,tetapi d.rosol memilih untuk bersama dengan ds.idris,soalan pertama saya,apa menyebabkan d.rosol menyokong ds.idris dan tidak akur dengan keputusan mppr dan tuanku,soalan kedua mengapa ramai ketua bahagian tidak bertanding,mungkin ds.idris pernah memberitahu kepada d.rosol?,soalan ketiga mengapa d.nasir dan d.jidin ditukar ke parlimen?kerana setahu kita mereka tidak bersetuju?,soalan ketiga apa enyebab kerengangan hubungan d.tg putra dan ds.idris sehingga tidak menyokong ds.idris dan soalan keempat,mengapa hubungan ds.idris dan d.nasir memang renggang apabila d.nasir tidak menyokong ds.idris dalam pemilihan mb dan menggesa ds.idris meletakkan jawatan sebagai pengerusi umno melalui kenyataan akhbar yang umno terengganu berpecah dua,saya harap persoalan ini akan d.rosol jawab jika tidak jawab di blog ini,jawab di email saya,(emeer_volcom@hotmail.com),saya harap d.rosol akan beri kerjasama,tq

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk. bawa mercedes kempen kat permatang pauh boleh tak? perdana tak boleh sebab rosak kena 'permatang kayu' yang dibaling oleh penyokong PKR.

datuk setuju tak?

TuanLoyar said...

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 30, 2008 3:37 PM


1. ACA, or Anti-Corruption Agency is now willing to investigate possible corruption based on newspaper reports.

2. It is now doing just that with regard to the huge bill for maintenance of Proton Perdana official cars used by the Terengganu Government.

3. This has prompted the Terengganu Menteri Besar to question why the very costly Monsoon Cup and the Islamic Theme Park have not been investigated.

4. Promptly the Trengganu ACA has decided to do just that.

5. I must congratulate the ACA for its seemingly independent response to complaints of corruption.

6. But I am a little bit disappointed when very quickly the Terengganu ACA stated that preliminary investigations have shown no element of bribery involved.

7. I do not think the ACA should be looking for evidence of bribery. As with the servicing charges for Proton Perdana, ACA should be looking for the cost of the projects, whether reasonable or not. It should also look into how the contracts were awarded and to whom.

8. I know a lot of Terengganu people have complained about the projects. Seems that almost all the contractors and sub-contractors were from outside Terengganu. Could it be that there are no capable contractors in Terengganu.

9. I was on the verge of asking the ACA to investigate Proton's sale of M.V. Agusta, which it bought for 72 million Euro but sold for just 1 Euro. We all know that the unknown buyer who paid 1 Euro then sold M.V. Agusta for a total of 160 million Euro.

10. Proton then claimed that by selling M.V. Agusta at 1 Euro it made 107 million Euro (M.V. Agusta's debts).

11. As one of the commentators on my blog says, he smells fish, a dead one.

12. But I hesitate to ask the ACA to investigate in case preliminary investigation shows no wrong doing.

Jalalsmile said...

betul......betul...betul...berani kerana benar, takut tu untuk orang yang salah saja.

Cigu Lan Isa said...

Salam,

Tahniah dan syabas Datuk. Pada saya tajuk ini adalah merupakan satu tajuk yang amat menarik, berani, ikhlas dan tepat sekali. Kebenaran walaupun amat pahit harus juga dinyatakan. Teruskan perjuangan Datuk dalam membawa satu Kem kepimpinan baru di Hulu Terengganu. Gantikan kepimpinan yang terdiri daripada pensabotaj calon BN DUN Manir dalam PRU12 lepas. Manir tak akan menang jika ada anasir yang sanggup merasuah ahli parti sendiri demi untuk mengalahkan calon parti sendiri dalam pru12 dengan harapan PRU13 beliau akan dicalonkan di DUN Manir.
http://cigulanisa.blogspot.com

Unknown said...

pesan anak muda satu sahaja,
apa yang org tua buat,
kita pandang, mungkin sekrang
kami tiada suara,
jangan kelak dihina kerana
apa yang orang tua lakukan hari ini..

[i'm not highlighting to anyone..]

tahniah dato' kerana menjadi salah seorang blogger.