Friday, July 4, 2008

Anwar Oh Anwar

Salam bloggers....Isu terkini dan hangat ialah isu liwat mantan Timbalan Perdana Menteri. Isu laporan polis oleh seorang pembantu Anwar terhadap bosnya. Saya baru sahaja kembali dari ibu negara. Semasa di sana saya berkesempatan berbual bersama seorang pemandu teksi. Sekadar ingin tahu pandangan dan pendapat beliau tentang isu terkini dan hangat ini. Jawapan yang diberikan oleh pemandu teksi ini ialah..Beliau tidak percaya dengan tuduhan dan report itu. Dan beliau mengatakan bahawa berita tersebut telah dimaklumkan oleh orang Anwar sebelum laporan polis itu dibuat. Saya perhatikan beliau sangat taksub pada Anwar.

Cuma apabila saya bertanya kenapa UMNO dikaitkan dengan problem ini....Beliau tidak dapat menjawab. Saya tambah lagi, secara logiknya ialah mereka yang menjadi pembantu peribadi mestilah orang yang diyakini seratus persen. Apakah ini yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.

Persoalan saya yang kedua ialah kenapa US amat berminat untuk campurtangan dalam isu ini? Sehingga saya difahamkan bahawa US telah memberi kata dua kepada kerajaan agar berhati- hati dalam menangani isu ini. Apakah isu ini sama hebatnya dengan isu Iraq, atau isu Palestine atau isu kenaikan harga minyak global? Yang akan menggugat US atau US mempunyai udang di sebalik batu dalam isu ini? Wallahu'alam.

Persoalan saya yang ketiga ialah kenapa kedutaan Turki menjadi tempat kunjungan Anwar? Tidak kedutaan lain seperti Indonesia atau Arab Saudi dll? Kemudian riuh denagn suaka politik... Apakah tujuan suaka politik ini? Sedangkan duta Turki menjelaskan bahawa kunjungan Anwar sekadar ziarah biasa sahaja.

Persoalan saya yang keempat ialah kenapa ugutan bunuh tidak dilaporkan kepada polis? Adakah beliau tidak yakin dengan kehebatan polis Malaysia? Adalah sesuatu yang pelik apabila menerima ugutan bunuh, beberapa hari selepas itu beliau muncul di khalayak ramai.

Biarlah Polis dan pihak berkuasa yang memutuskan hal ini. Negara kita mempunyai undang-undang. Tetapi saya yakin jika laporan polis dan pakar kesihatan tidak menyebelahi Anwar, pasti beliau akan mencari dan mereka alasan lain untuk menyakini penyokong dan pengikutnya; mungkin mengatakan ada konspirasi atau pakatan memalsukan bukti dll...harap-harap tidak begitu. InsyaAllah

Pada saya sama ada betul atau tidak apa yang berlaku itu hanya Allah sahaja yang tahu. Cuma sebagai hamba Allah saya suka mencadangkan agar kedua-dua yang terlibat ini, tampil dan bersumpah dengan nama Allah di hadapan khalayak. Ini pun kalau tidak menjadi kesalahan dari segi syariah. Dengan itu akan selesailah kemelut yang mengaibkan ini. Yang mengaibkan bangsa dan agama kita yang maha suci. Saya masih ingat lagi... janji Anwar untuk bersumpah dengan AlQuran di sebuah masjid satu ketika dulu ...saya dan rakan rakan tertunggu-tunggu...Malang sehingga kini tidak dilaksanakan. Atau mungkin sumpah itu dilaksanakan tanpa pengetahuan umum. ...Wallahu 'Alam

Kata pujangga; 'Kita mudah tertipu dengan mereka yang nampak berwatak baik daripada orang yang berperawakan ganas dan kasar'... Fikir-fikirkanlah

15 comments:

Zaki said...

Apa-apalah Dato'... terlalu naive lah kita kalau anggap semuanya ini masalah peribadi Anwar sorang saja.. tanpa ada konspirasi utk menjatuhkannya. Macam pemikiran org yg tak pernah baca paper, tgk TV dan mengikuti perkembangan politik negara sejak 10 tahun lalu... Pemandu teksi tu mungkin jauh lebih bijak & lebih update.
Apa-apapun moga Allah selamatkan rakyat drp bencana akibat drp perbuatan manusia2 ini..Ameen
Pagi ni stock market jatuh 30 points and the worst is yet to come.

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com
http://berita-politik-dunia.infogue.com/anwar_oh_anwar

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

Yuzz said...

Dato sesungguhnya saya suka menasihati dato supaya lebih menumpukan pembangunan kawasan dato daripada mengulas isu Anwar. Sesungguhnya tiada faedah kerana kite tiadk mengetahui perkara sebenar yang tahu hanyalah Allah s.w.t dan juga empunya diri. Harap2 Dato memahami maksud saya ini dan dato juga saya rasa asalnya juga antara penyokong kuat Anwar. Saya tak suka menyatakan tetapi perlu diakui bahawa seluruh rakyat negara ini amat memerlukan seorang pemimpin berkaliber setidak tidaknya setaraf dengan Tun Mahathir, Anwar sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh negara ini kecuali masalah keperibadian sahaya yang menghalang beliau. Pemimpin tertinggi UMNO sekarang kelihatan lesu umpama Gus Dur versi Malaysia, saya sebenarnya sayang terhadap UMNO kerana saya merasakan parti ini sahaja yang dapat membela orang Melayu, oleh itu diharapkan Dato lebih berani menyatakan hasrat ini tanpa bimbang kehilangan jawatan kerana sekarang pun Dato telah dipinggirkan umpama ada ke tak de sama je. Ok leh dato minta maaf sekali lagi kiranya pandangan ini tidak sealiran dengan Dato.....From KL with Love to UMNO

Abd Bashid Harun said...

Sama ada Anwar benar-benar terlibat dalam kes liwat atau tidak, tindak tanduknya sebelum dan selepas itu tidak melayakkan dia menjadi seorang pemimpin, baik kepada partinya, jauh sekali sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Cara-cara beliau menggunakan kepentingan peribadinya sehingga boleh menimbulkan ketidaktenteraman rakyat Malaysia dan ancaman kepada negara memperkukuhkan lagi keyakinan saya bahawa manusia bernama Anwar akan berbuat apa sahaja demi mencapai agenda peribadinya.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

Najib tetapi jadi PM... kalau tak orang lain macam Rais Yatim yang tidak kurang hebat diganding dengan Syed Hamid Albar yang merupakan mr clean UMNO. Anwar melalak kat luar aje lah...

Kini Anwar putar belik sejak dia kawan dengan keling. Macam-macam cerita direka. Sejak PR memerintah, India yang mendapat keuntungan- kuil ditambah, bangsanya pemalas dan berlagak, tidak mahu berusaha, kaki samseng (macam ahli MPAJ yang letak jawatan tadi)...

lagipun Anwar kini banyak melakukan fitnah dan rakyat naik angin dibuatnya. Manakala pemerintahan PR hanya kerajaan atas angin. Nak buat demonstrasi sahaj tahu.

pkrpasdap.blogspot.com

Alvin Kassim said...

dato'..nak report polis? kepercayaan kepada polis tidak wujud di negara ini. Malaysia adalah satu-satunya negara dimana seseorang itu berasa tidak selamat, takut dan jijik bila berada dikalangan polis. saya tahu sebab itulah perasaan saya bila nampak polis. adakah saya penjenayah? tidak. saya rakyat biasa.

sudah terlalu lama polis dinegara ini berperangai sombong, tidak jujur, ambik rasuah, baru dapat kuasa sikit dah macam dunia ni dia punya..saya rasa sekarang rakyat sudah mula sedar yang negara ini adalah kepunyaan rakyat..rakyat yang berkuasa..kepentingan rakyat datang dahulu..

Mat Yie said...

Salam Dato',

Saya juga tertarik dengan ieu Anwar ini,kerana dengan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita ini. Sunagguh mengejutkan,nampaknya PRU 12 cukup memberi kesan kepada pentadbiran negara dari sudut pro dan kontranya. Isu Anwar ini mungkin di kalangan ahli pembangkang mereka menganggap ini konspirasi politik kerajaan,saya sendiri pelik dgn tuduhan kepada kerajaan ini.Kerajaan yg di tuduh tidak efisen selama ini tiba-tiba menjadi begitu pandai mengatur isu untuk menjatuhkan Anwar. Di mana logiknya akan hal ini? Memetik ulasan bekas ketua pemuda PKR Ezam sendiri,beliau percaya jika Anwar tidak bersalah knp perlu melarikan diri keluar negara,meminta pertolongan US dan sebagainya.Dan Ezam sendiri mengatakan dia tidak terkejut akan perkara ini. Adakah pengikut2 bodoh ini masih tidak faham akan siapa Anwar,tidak tahu siapa di belakang Anwar,atau mereka sememangnya ingin melihat US mengcampuri urusan pentadbiran di Malaysia baru mereka ingin kembali kepada Parti UMNO yang cukup MALANG ini?.
Mungkin cadangan Dato' untuk mereka yg terlibat ini bersumpah menjunjung kitab suci Al-Quran boleh di utarakan,tapi jika selama ini agama boleh dipermainkan,tidak mustahil kali ini juga Al-Quran dipergunakan.
Dikesempatan ini juga saya menyeru kepada semua insan bergelar Melayu, sedarlah akan siapa Anwar dan siapa di belakang Anwar yg sememangnya dari dulu kita ketahui.
Saya juga tertarik dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini,beliau menyatakan beliau sendiri kagum dengan lakonan dan sandiwara Anwar yg sekejap sihat,sekejap tak sehat dan sebagainya. Kenyataan2 sebegini menunjukkan,betapa Anwar ini mmg pakar dalam mencari kekuatan dari penyokong yg naif dan begitu setia.
Tambah pulak sekarang Anwar cuba mengaitkan pemimpin kerajaan dalam kes-kes yg mmg menjadi tumpuan rakyat keseluruhannya. Anwar mmg pakar dalam hal ini. Namun percayalah,Tuhan maha Adil dan maha Saksama,pasti yang bersalah akan menerima hukumannya.Jika benar ini konspirasi politik kerajaan,ayuh kita fikir sekali lagi,siapa pucuk pimpinan parti,Siapa Abdullah Hj Ahmad Badawi,siapa keturunan beliau dan saya percaya Pak Lah cukup arif dari segi ilmu agamanya untuk tidak melakukan penipuan apakah lagi fitnah yakni dosa yg kedua terbesar disisi Allah.
Saya masih ingat kata Dato, syaitan yg datang kepada Adam A.S sewaktu di dalam syurga dan memujuk baginda untuk memakan buah kurdi adalah berserban dan berjubah.

wallahualam.

Zaki said...

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak
Mohd Rashidi Hassan
Sun | Jul 06, 08 | 7:15:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.

"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau.

Hamdillah said...

permainanan politik melayu yg membunuh org melayu sendiri...saya bercakap kerana saya org melayu bukan org mana2 parti politik....saya sendiri sudah bosan dengan politik melayu tak kiralah UMNO ,pas dan PKR.
apakah kebaikannya politik mcam ini?sedangkan bangsa kita sedang menuju kehancuran..mungkin saya ini emosional ttp realiti kepada saya ialah org Melayu tgh mengalami kejutan budaya dari segala segi agama,politik,ekonomi dan sosial itu sendiri..politikus seharusnya cakna perkara2 mcm ini ttp yg dicakna sangat oleh politikus melayu ialah jawatan dan wang...UMNO,PAS,PKR semua sama..rasuah?nak basmi rasuah apa kalau korang sendiri naik pun melalui rasuah?cegah maksiat?golongan pemimpin ini juga gemar pada maksiat...agama?golongan ini juga pandai mainkan agama untuk kepentingan mereka bukan kerana Allah dan Rasul-Nya..ekonomi?hahhha lu pikirlah sendiri

Nyna's Hus said...

Dato',

1. Why too slow updating this blog?

2. By the way, Dato' pun nak blog jugak ke kes Anwar ni? Kes ni dah jadi lebih teruk dr cerita tamil Dato', hero nye pun banyak india, SD1, SD2, macam macam SD dah!!! lupa kan lah. Sehingga orang luar permainkan negara kita sbg TAHUN MELIWAT MALAYSIA 2008!!!

Ramai orang mintak Anwar bersumpah, termasuk Dato' sendiri, ini mungkin dah public knowledge so Dato' tanyalah pihak mufti Perak tu, betul tak apa dia cakap macam ni...

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berpendapat DSAI perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mufti Harussani berkata demikian ketika diminta pendapat beliau tentang cadangan mubahalah (bersumpah) yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin semalam. Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah.”

Wallahua'lam.

myreed said...

Politik!!!.. nothing much i can say, cume saya berharap agar yang betul itu jelas dan nyata kebenarannya..kadang2 dunia politik hari ini membuatkan kita makin bosan dengan persoalan..betul ke?? macam mana?? bila???
Persoalan hari ini membuat kita makin takut dengan sifat manusia yang makin cemburu, ingin berkuasa, tamak dan berbagai lagi sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi). Namun demikian andainya kita tidak mampu untuk mengubah dunia..cukuplah hanya kita berjaya mengubah diri kita dan saudara kita yang terdekat agar menjadi insan yang berguna...kerana kebahagian di dunia belum tentu boleh membawa kebahagian di akhirat...Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

pirah lah said...

komen yang tidak menunjukkan kematangan saudara sbg seorng YB. Kenapa? tepuk dada sendiri....

kakb said...

salam dato'
apa tindakan paklah "Gus Dur Malaysia" dalam menangani isu DSAI ini..

Pemikir said...

1 perkara yang aku tertanya-tanya sampai sekarang..Napa Anwar x berani bersumpah..Dari dulu kes 1998 dia x bersumpah pun setelah dicabar..Dia hanya bercakap bersedia untuk bersumpah..kenyataan tu umpama hendak mengelirukan pandangan masyarakat..Come On Anwar..Anwar hebat berceramah..Hebat dalam berdebat..Hebat dalam bercakap..Tp napa its so difficult untuk bersumpah???Berani kerana benar...So,aku harap penyokong2 fanatik Anwar pikir2lah n renung2kanlah napa la Anwar x berani bersumpah??Think for yourself...:)

Jijiejohn said...

KEsian kat datuk rosol.. x dapat jadi Exco.. tu lah.. jangan menzalimi rakyat terengganu!! allah taala tunjuk selalu... sekelip mata sahaja jawatan datuk hilang!!