Salam bloggers....Tidak lama lagi kita akan mengetahui sesuatu yang amat penting dalam penerusan kesinambungan perjuangan parti. Titik penting tersebut ialah pengumuman Presiden sama ada mahu pertahan atau serahkan kepada Timbalan Presiden. Ramai rakan-rakan membuat andaian awal bahawa Pak Lah tidak akan undur kerana sambutan rumah terbuka beliau dihadiri begitu ramai pengunjung. Mungkin ini sekadar spekulasi sahaja...Wallahu A'lam.. Tetapi yang penting UMNO perlu diperkuatkan dan perubahan drastik perlu dilaksanakan secepat mungkin. Saya bimbang nasib parti-parti hebat seperti Golkar dan Kongres menjangkiti UMNO...Nauzubillah...
Kerana kelemahan UMNO dan kepimpinan maka golongan yang memperkenalkan diri mereka sebagai Hindraf berani untuk mengganggu majlis Hari Raya Perdana Menteri dan Menteri Kabinet. Saya merasakan perbuatan itu sesuatu yang tidak bertamaddun...Majlis yang sepatutnya kita bermaaf-maafan dicemari dengan kata-kata dan sepanduk yang tidak manis didengar. Mereka perlu menghormati majlis orang untuk orang menghormati kita. Dan lebih malang lagi tindakan tersebut disokong oleh pemimpin PAS. Memang PAS akan menyokong....Kita tidak perlu hairan... Kita akan hairan sekiranya PAS TIDAK MENYOKONG.... Kerana pada saya PAS umpama sejenis serangga yang terbang... orang Terengganu panggil 'Barri'... Kegemaran serangga Barri ini ialah menghurung tempat-tempat luka dan kudis-kudis buta. Jangan hairan dengan sikap mereka ini...Memang fesyen dia... dulu, kini dan selamanya.
Kita juga mendengar gambar penasihat PKR yang tingginya hampir sama dengan dewa Hindu di Batu Cave. Juga kita tidak perlu hairan kerana saya difahamkan idea penubuhan Hindraf juga adalah daripada PKR. Betul atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tahu Penasihat PKR memang licik. Kita tidak perlu lupa isu Arsenik, isu suntikan HIV dan macam-macam lagi yang kesannya rakyat membenci kerajaan. Lantaran itu kita perlu cerdik dan bijaksana menangani seribu lagi isu yang bakal dicipta. Moga Allah memberi kekuatan kepada UMNO, Orang Melayu dan pemimpin kita....InsyaAllah.
...Kata pujangga "jadilah kamu seperti pokok buah-buahan dipinggir jalan, dilontar dengan batu dibalas dengan buah"...Fikir-fikirkanlah...

9 comments:
inyaAllah,saya harap kita sama-sama berdoa agar Allah membuka hati PM untuk letak jawatan dan berundur dengan terhormat...cukuplah apa yg berlaku dan menjadi pengajaran kepada bangsa Melayu khasnya kepada orang -orang UMNO dalam terus memacu pembangunan martabat bangsa kita dunia dan akhirat-amin
Dato'
maaf terdahulu kerana apa yg nak ditanya keluar dari topik. apabila saya pulang beraya di tranu ada terdengar cerita tentang rombakan besar2besar terhadap ahli lembaga pengarah anak2 syarikat tranu. dikatakan bahawa ramai muka2 baru dilantik menggantikan pengerusi anak2 syarikat negeri. byk juga dengarnya ahli lembaga pengarah yg berasal dari Kemaman. saya rasa pada waktu kemelesetan ekonomi dunia ini seharusnya anak2 syarikat tranu dipimpin secara profesional dan pengaruh politik dalam pentadbiran harus dikurang.
Hari ini dah confirm Pak Lah berundur!!! persoalannya sekarang samada penggantinya lebih baik atau lagi teruk drp Pak Lah jika UMNO masih memegang kuasa.. itu yg sepatutnya dirisaukan oleh sekelian rakyat jelata... jgn seperti kata perpatah "keluar mulut harimau masuk mulut buaya"
Salam Dato'..
1.Pengumuman telah dibuat yang Pak Lah tak tanding presiden UMNO.. Satu berita yang mengembirakan saya
2.Saya tak nak ulas pasal PAS... buang masa jer.. orang dan pemimpin yang tak bertamadun cakap pun bukan dia nak ambil pusing.. tak begitu dato'..
3.Saya mengharapkan ketua bahagian kita pun mengikuti jejak yang tunjukkan oleh Pak Lah... Kalau presiden tunduk dengan kehendak rakyat kenapa ketua bahagian tak boleh nak ikut perkembangan semasa.
4.Ketua bahagian adalah untuk ahli parlimen,ini tradisi UMNO Hulu Terengganu bukan dia tak tahu tapi saja buat-buat tak tahu.Berikanlah kepimpinan tertinggi bahagian kepada ahlinya... YB adalah pilihan rakyat untuk memimpin, jadi berilah hak itu kepadanya... tak faham-faham lagi ker...?
5.Hindraf adalah pertubuhan haram yang didalangi oleh mereka yang suka mengambil kesempatan seperti PAS lah (suka ambil kesempatan)Hj. Hadi kata demokrasi alaf baru...
6. meraka mengambil kesempatan untuk menimbulkan ketegangan kaum dan mengharapkan negara berada di dalam keadaan huru hara tetapi pengikutnya tidak menyedari yang mereka ini telah ditipu oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab ini. Apabila terjadi hura hara nanti bos-bos mereka ni akan hilang yang menjadi mangsanya adalah pengikut yang tak tahu apa yang diperjuangkan.. Jadi saya mengharapkan agar bos ni perlu diambil tindakan terlebih dahulu, jangan sampai parah..
7.Anwar...Dah tak boleh pakai dah.. Sanggup memburukkan negara sendiri kerana kepentingan peribadi.Inilah petualang negara.. Dulu saya marah apabila Tun Memecat beliau dari UMNO tetapi sekarang saya berterima kasih kepada Tun kerana bijak membaca gerak geri anwar..
8.Saya yakin dengan kepimpinan yang baru ni, UMNO akan lebih diterima rakyat sebagai persediaan untuk PU ke 13. Marilah kita sama-sama berkerja untuk memastikan kejayaan gemilang UMNO dan BN.. Tengok-tengoklah..
Alhamdulillah, PM akan undur diri untuk kebaikan UMNO dan BN sendiri serta rakyat. keputusan PM untuk letak jawatan mac ini menggambarkan beliau seorang pemimpin yang tidak tamakkan kuasa dan mempunyai hemah yang tinggi. kepada Penggantinya, diharap dapat memaju negara dengan lebih berkesan dan ke arah kebaikan negara,khususnya untuk kesejahteraan rakyat. Kembalikan kegemilangan BN di masa PRU 13 nanti, InsyaAllah.Hidup UMNO dan BN.
http://pkrpasdap.blogspot.com
HINDRAF sebenarnya kambing hitam kepada anwr ibrahim aje datuk.
anwar juga mempergunakan majlis guaman kononnya untuk menjadi pengadilan kepada sistem kehakiman negara kita.
mana pergi tok syeikh kita? baah jambatan ke? atau jadi PM di Timur Lester? dengar khabar sekarang dok banyak berdoa di surau. kan bagus begitu....buat dosa lepas tu minta maaf pada tuhan
Pelik saya tengok dato' duduk atas pentas kat Primula semalam...atas kapasiti apa yer? Nak kata Ketua Bahagian bukan, nak kata Setiausaha pun bukan...ke nak kipas DS Najib pulak...dulu bukan main kipas DS Pak Lah...siap sanggup perang dengan DYMM Tuanku Agong tu...ke nak berkepit dengan bos yang setia DS Idris.????
http://pkrpasdap.blogspot.com
azmin ali kata Dr. Asri yang menegur pasal gambar 3D anwar ibrahim kat B.Caves sebagai 'lidah UMNO' dalam blognya.
mungkin sebab itulah dia kecewa menjadi mufti di Perak.
Ramai juga orang PAS tak sokong. Nik Aziz dan Haji Hadhi diam aje. mungkin dia kata ITU PROSES DEMOKRASI kot...
Kan kat Terengganu dulu ada patung Haji Hadhi naik motor macam Mat rempit...tak salah pun
سكارڠ اين باڽق يڠ ڤنداي برلاكون سهيڠڬ يڠ جاهيل اكن ترڤڬون دان منجادي ايكون كڤد يڠ برعلمو
اڤابيلا كيت تله دڤربودوهكن اوليه مريك اين سهيڠڬ كبنرن دتوتوڤ دان ممڤرتاهنكن ڤمينڤين يڠ سوك منجنجيكن بريتا ڤاسلو سهيڠڬ ڤڠيكوت دتيڤو دان دڤرداي مڽببكن ترڤوتوس ڤرسااودارأن
مريك سڠڬوڤ مڠڬوناكن القرءان دان حديث نبي اونتوق ممبوروكن سسام اسلام دمي كڤنتيڠن ديري تتاڤي كچوت اڤ بيلا برهادڤن دڠن كافيرون اي
Post a Comment