Tuesday, January 6, 2009

Orang Ayahcik...

Salam bloggers...hari ini telah 5 hari parti yang bertanding berkempen. Keadaan masih terkawal. Alhamdulillah...Kedatangan pasukan keselamatan yang agak besar jumlahnya banyak membantu keadaan dan ketenangan ini. Sehingga kini tidak terdengar sebarang perkara yang tidak baik sebagaimana berlaku dalam pilihanraya umum yang lalu. Peristiwa bergaduh, bertumbuk dan ancam mengancam setakat ini tidak kedengaran lagi. Terima kasih pasukan keselamatan. Moga jasa dan khidmat kalian diberkati Tuhan yang Maha Esa. InsyaAllah.

Pun begitu terdapat suara sumbang tentang kedatangan pasukan keselamatan ini. Ada yang menuduh calon BN menggunakan kedudukan sebagai Timbalan Menteri. Memang begitulah perangai pembangkang dan mereka yang menyokong pembangkang. Orang Ayahcik katakan...Mereka selalu melihat dari sudut negatif. Apa salahnya jika kedatangan mereka akan mempastikan keamanan masyarakat di sini kerana pengalaman Pilihanraya Umum yang lalu banyak mengajar kita siapa PAS dan pembangkang sebenarnya.

Pada saya, kedatangan pasukan keselamatan ini mengembirakan pekedai dan peruncit. Banyangkan 5000 anggota berbelanja RM5 sahaja sehari...sudah berapa banyak duit mengalir di bumi Darul Iman ini dalam masa 2 minggu. Berapa ramai tuanpunya rumah sewa dan home stay senyum sampai ke telinga sekarang? Inilah dikatakan rezeki bergolek yang tidak pernah terfikir oleh sesiapapun kecuala Yang Maha Esa.

Begitu juga halnya dengan satu peristiwa pelik tetapi benar. Cerita ini dimaklumkan kepada saya dan rakan-rakan oleh seorang Timbalan Menteri. Selepas hari penamaan calon 6hb yang lalu, beliau bertemu dengan jenteranya di sekitar Chendering. Beliau minum-minum bersama kawan-kawan di dalam salah satu daripada 3 tiga deretan warung di situ. Dengan rasa murah hati, beliau ingin membayar atau orang Terengganu kata 'belanja' untuk mereka yang minum di di situ. Maka ketiga-tiga tuan punya warung itu pun menmgemukakan bil bayaran masing-masing. Warung yang pertama jumlahnya ialah RM43.50. Warung nombor dua Timbalan yang Menteri itu bayar RM103.20 dan warung nombor 3.....Timbalan Menteri ini 'terkejut bewok'...apabila diberitahu jumlah yang kena belanja RM124o.80....Pada hal mereka yang minum disitu kurang berbanding warung nombor 2.
Kenapa jadi begitu...jawapan seorang rakan yang biasa di sekitar itu...warung ketiga itu adalah milik orang kuat Ayahcik...Sejauhmana betul...wallahu alam

'Orang mukmin tidak akan dipatuk ular dalam satu lubang 2 kali'....maksud hadis.Fikir-fikirkan...

2 comments:

putrarahman said...

Inilah kesannya jika para peniaga yang tidak beretika dan tidak jujur. Kebiasaannya para peniaga yang tidak jujur dan tidak beretika begini akan sentiasa mengalami kerugian dan perniagaannya tak kekal lama. Mungkin ada yang ditipunya itu adalah orang yang dikasihi oleh Allah S.w.t.

Putra said...

Teruk sangat ke "Orang Ayahcik" tu? Teruk sangat ke "Ayahcik" tu...?