Monday, January 19, 2009

IKTIBAR P036

Salam bloggers...terima kasih kepada kawan-kawan yang masih setia...keputusan pilihanraya P036 telah diketahui umum. Ada yang suka dan ada yang berduka. Orang PAS suka sampai ke telinga. Gembira bukan main...Mereka berarak mengelilingi bandaraya Kuala Terengganu. Dan yang paling tidak enak dipandang, saya difahamkan mereka menjatuhkan bendera Dacing dan UMNO di 'Wakaf Beruas. Pada saya satu tindakan yang tidak wajar...Sepatutnya mereka bersyukur dengan kemenangan yang diperolehi. Kemenangan bererti amanah.

Bagi penyokong dan pekerja pengundi BN...perasaan kecewa tidak dapat dinafikan lagi...Walau apa pun terimalah keputusan rakyat dan pengundi itu dengan hati yang terbuka dan redha. Yang penting marilah belajar daripada kesilapan dan kelemahan yang mungkin wujud daripada pilihanraya ini... demi menghadapi cabaran mendatang yang saya yakin lebih besar dan lebih perit.

Sesuatu yang biasa, apabila menerima kekalahan semua pihak yng terlibat akan membuat pemeriksaan kendiri...atau 'post-mortem'...dibedah disana sini untuk mencari punca dan sebab sesuatu kekalahan itu. Persoalannya sejauhmanakah tindakan susulan diambil untuk mengubatinya. Apakah bedah siasat itu hanya tinggal bedah siasat sahaja?

Antara dapatan dan komen yang diborakkan di kedai-kedai kopi punca kekalahan BN ialah jentera yang kurang mantap, bahagian Kuala Terengganu yang kurang berkesan dan Jenderal Perang yang kurang daya tahan. Seorang rakan SMS kepada saya menulis bahawadalam pilihanraya P036 ini, sebenarnya BN dan UMNO telah tewas 25% sebelum hari mengundi kerana membenarkan Stadium Negeri menjadi tempat pengumuman calon PAS. Ditambah pulak tempat dan lokasi itu juga tempat penamaan calon dan tempat pengumuman keputusan. Dikatakan adalah lang yang paling tidak bijak dengan membenarkan PAS di situ. Sejauhmana benar alasan tersebut... Wallahu 'Alam...

Nampaknya rakyat dan pengundi hari ini tidak lagi termakan dengan projek infra yang dibawa..walaupun kadar kemiskinan kita telah bertambah baik daripada semasa zaman PAS dahulu namun data tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada BN. Kita sekarang bukan lagi negeri kedua termiskin di Malaysia...Alhamdulillah...

Kepada pendokong dan pejuang UMNO dan BN...ayuh marilah kita baiki imej dan maruah kita yang tercalar di Kuala Terengganu... Keikhlasan tuan-tuan dalam perjuangan ini merupakan aset terpenting kejayaan parti pada masa depan...walaupun saya tahu amat sukar untuk mencari pejuang yang luhur dan ikhlas....Ketahuilah bahawa dalam semua kawasan pilihanraya di Bandaraya, hanya Bandaraya Johor Bharu sahaja...wakil rakyatnya daripada BN...

....kerja yang sukar selepas mendapat kemenangan ialah mempertahankan kemenangan...Fikir-fikirkanlah

10 comments:

Hamdillah said...

salam,seperti komen saya sebelum ini meramalkan PAS akan menang,percayalah ini semua berlaku bukan kerana PAS kuat tetapi kita!!daripada paling atas sampai ke grassroot,semuanya bermasalah... punca utama ialah pucuk pimpinan sendiri...baik dari pusat atau negeri sama je, bodoh...

Mohd Sobri said...

Salam untuk semua..
1. Banyak perkara yang perlu direnungkan oleh BN terhadap kehilangan kerusi P036.
2. Janganlah kita berebut sesama kita sehingga sanggup berhabisan RM dalam pemilihan bahagian tetapi apabila tiba pilihanraya tak tahu nak mengurus.
3. Maksudnya nak jawatan tapi tak tahu nak uruskan mana yang penting dan mana yang perlu ditawakuf dulu.
4. Sebagai pemimpin cubalah berfikir secara positif terhadap sesuatu komen yang diberikan. Jangan terlalu emosi.
5. Tak menyokong jer kena tukar JKKK, lantik orang yang sebulu dengannya. Permusuhan dalam UMNO menyebabkan BN tewas. PAS tak kuat tapi UMNO berpecah. tengok-tegoklah..

Mat Yie said...

Dato'
Dalam blog saya,ada saya utarakan sedikit isu dan faktor yang saya perolehi di kedai kopi,mungkin dato' boleh ulas dan beri sedikit panduan kepada saya.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

biasalah kalau kalah ada jea cadangan dan suara sumbang...

UMNO kena reformasikan perjuangan dan agenda parti..BN perlu jadikan pakatan sebagai persaingan...zaman mengundi parti dah tak ada lagi...

tambahan situasi dunia menuntut supaya politik perlu selari dengan isnpirasi rakyat..zaman menjadi boss bila pegang jawatan YB-ADUN dan Parlimen sudah tidak ada...itu jawatan untuk kerja bukan menyombong...

datuk, kalah menang adat bertanding. yg penting jangan UMNO dan BN jadi pembangkang di Malaysia sudahlah....

afiqsyahmir said...

Salam bloggers...

PRK P036 telah berlalu. Syabas dan tahniah kepada pemenang YB MAWE.

Pelbagai pihak membuka mata dan mengutarakan pandangan yang positif ke arah meremajakan semula UMNO. UMNO kalaulah diandaikan sebagai manusia usianya telah menghampiri warga emas. Sejak 11 Mei 1946 hingga 2009. Jangkahayat penduduk Malaysia tidak lah menjangkau 100 tahun. Ah... itu manusia, tapi bagaimana dengan nasib UMNO. Adakah ia bersamaan dengan batang tubuh manusia?

Jelas dan nyata pengundi muda tidak menggemari UMNO melainkan beliau bercita-cita besar untuk menerajui kepimpinan ataupun inginkan projek-projek kerajaan. Untuk menerajui kepimpinan amat payah zaman ler ni. Kalau bab-bab projek atau paling kurang pun lesen kontraktor kelas F & D tu cerah la sket masa depan.

Bedah siasat hanyalah membuang masa andaianya UMNO dipindah milik oleh keluarga dan keturunan pemimpin UMNO. Lihatlah dalam UMNO Bahagian Kuala Terengganu jelas dan nyata dimonopoli oleh 2 Wan bersaudara, Datuk Wan Farid dan Datuk Wan Hisham bin Wan Salleh. Ini jelas membuktikan ahli lain akan di 'cah keting' oleh kumpulan-kumpulan 2 bersaudara ini.

Jika dulu, selepas kemangkatan Tun Abd Razak, Datuk Najib (umur 22 tahun) menjadi YB menggantikan kerusi ayahdanya. Rakyat pada masa itu boleh menerimanya dengan hati yang terbuka dan untuk membalas budi Tun Razak.

Dewasa ini, generasi baru melihat hierarki kepimpinan UMNO telah memusnahkan usaha pengwujudan negarawan terbilang. UMNO seolah-olah meniru sistem kepimpinan beraja di negara ini yang mana Sultan/Yang Dipertuan Besar akan diwarisi turun temurun sampai bila-bila.

Lihatlah pemimpin UMNO hari ini, Najib/Tun Razak, Hishamuddin/Hussein Onn, Mahathir/Muhkriz, Pak Lah/Khairy Jamaluddin.

Sesiapa yang bukan dari kalangan keluarga bekas Presiden UMNO kemajuan politiknya tidak sampai ke kemuncak, pasti akan dihanyut dan diterajang.

Sekian, renung-renunglah wahai ahli politik.

Ikhlas dari generasi muda tanpa parti dan atas pagar. Apa yang pasti UMNO untuk semua dan bukannya untuk segolongan bangsawan. Bangsawan tanpa pengikut dan kuli tidak mampu memerintah.

MARI BERSATU said...

NAK SUROH AWAK FIKIR SIKIT :

1)"sebelum hari mengundi kerana membenarkan Stadium Negeri menjadi tempat pengumuman calon PAS"

SIKAP ANGKUH CONQUEROR SEMUA TEMPAT MENYEBABKAN RAYKAT BERTAMBAH BENCI DENGAN BN, SILA GUNAKAN AYAT LAIN.

2)"ayuh marilah kita baiki imej dan maruah kita yang tercalar di Kuala Terengganu"

IMEJ BN TERENGGANU TERCALAR DI PERINGKAT NASIONAL SEJAK PERISTIWA PELANTIKAN MB DAHULU, masih ingat kain rentang yang ada perkataan "NATANG" dulu..

RAKYAT MENILAI DALAM DIAM


3) " semua kawasan pilihanraya di Bandaraya, hanya Bandaraya Johor Bharu sahaja...wakil rakyatnya daripada BN"

TAK BOLEH NAK BANGGA SANGAT KERANA DULU PERNAH MILIK BEBAS.

PIKIR-PIKIR LAH DATO....

BUKAN KITA TAK NAK UMNO, TAPI ORANG UMNO TAK PANDAI JAGA TINGKAH LAKU...CUBA PERBAIKI TINGKAH LAKU...INSYAALLAH RAKYAT AKAN SUKA..CUBA FKIR KENAPA ORANG SUKA PAS...CUBA BUAT BENDA YANG SAMA LAH

Tima Kaseyyyy

putrarahman said...

Dato' . Saya tak tau nak komen kerana saya tidak terlibat hadir secara dalam pilihanraya kecil ini, cuma saya nak tekankan agar media seperti TV dan Akhbar hendaklah melaporkan berita yang tidak berat sebelah kerana salah satu punca rakyat dah semakin benci dan meluat kepada kerajaan BN disebabkan penguasaan sepenuhnya mereka kepada Media arus perdana tempatan. Berilah ruang yang samarata kepada parti yang bertanding.

Kedua, setiap kali kempen, pasti pelbagai projek diluluskan oleh kerajaan. Ini tidak adil kerana sepatutnya yang sepatutnya bertanding adalah parti BN dan bukannya Kerajaan Malaysia ataupun BN anggap pembendaharaan negara ini semuanya hak mereka? Kalau begitu apa kata Lim Guang Eng yang turut membayar cukai? Oleh itu, bertandinglah secara jantan, tinggallah jawatan dalam kerajaan itu semasa berkempen dan bawaklah jawatan dalam parti sahaja. Jadi tak salahlah kalau ada pihak yang kata BN berkempen umpama Israel menentang Hamas. Maksudnya parti BN ni begitu banyak modal dan kekuatan manakala parti pembangkang cuma ada modal air liur dan kekuatan dalaman dan tawakkal sahaja, macam hamas lah tu pakai roket sahaja.

Saya nak nasihatkan kepada para pakar strategi BN bahawa mereka dah kering idea sebenarnya. Idea-idea lapuk mereka seperti saya nyatakan di atas menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat kepada BN. Kalau tak berubah juga, tunggulah saat kehancuran dalam PRU13 nanti.

UMNO PARTI PENJARA said...

Buat 'post-mortem' banyak lagi ;-)















Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

MELAYUSEPANG said...

Salam Dato,
Saya ingin menambah bahawa fitnah terhadap UMNO/BN ini sebenarnya bermula sejak lama dulu.Pada era Reformasi 1998 dulu, fitnah2 ini telah dicanggihkan seiring dengan ledakan teknologi maklumat pada masa itu.Dan ianya terus-terusan berevolusi sehingga kini,sehingga fitnah2 ini telah menjadi satu persepsi yang amat sukar di tanggalkan dari kotak pemikiran rakyat terbanyak.
Malangnya,UMNO/BN hanya memandang dan berharap bahawa fitnah2 ini tidak perlu dilayan.pemikiran pimpinan UMNO/BN bahawa isu ini cukup sekadar ditangkis oleh media terutama apabila muncul musim pilihanraya sebenarnya telah menjadi nanah dan barah kepada UMNO/BN yang sekarang ini menanggung akibat dari kelalaian masa lampau.Jangan nafikan bahawa sepanjang tempoh sepuluh sebelas tahun yang lepas ini mereka pihak pembangkang tiada berhenti dari menyerang UMNO/BN.Keistiqomahan mereka ini telah membuahkan hasil dan sekarang mereka sedang meraih hasilnya dengan memenangi pilihanraya demi pilihanraya tanpa perlu mereka bertungkus lumus memberi projek2 segera,meluluskan geran2 bantuan,bahkan rakyat sendiri yang mengeluarkan wang ringgit membiayai proses pilihanraya mereka.Persoalannya apakah tindakan kita sekarang ini.Adakah kita harus mendiamkan diri menanti kekalahan demi kekalahan sehingga tergadai maruah Agama bangsa dan negara.Apakah peranan kita sebagai blogger.Perlukah kita berhimpun dan bertemu secara serius untuk menyusun gerak kerja kita dengan lebih teratur dan menyeluruh.mengembling usaha kita dengan segala kepakaran yang ada pada kita.Fikirkanlah.......

budak-kom said...

hahaha...UMNO kebanyakannya masih dalam state of denial mcam kata kawan saya...orang yang tewaskan arwah kata baik dengan arwah..semua tau camne dia tewaskan arwah..camne boleh ada tempat dalam UMNO..haha...takpelah..dia memang ketua bahagian..n akibatnya nape pengundi KT n orang UMNO kt pun tak undi kat dia..nape...salahkan pengundi yang tak balik...haha...nape tak korek nape tak balik n nape boleh jadi camni...penolakan pru lepas adalah kepada kepimpinan n nampak gayanya legasinya cuba d sambung n akhirnya tersungkur...