Saturday, February 7, 2009

Daulat Tuanku

Salam bloggers....malam tadi saya melihat suasana 'bolloq' pinjam kata-kata Terengganu di hadapan istana Bukit Chandan Perak. Suasana yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana orang Melayu di Malaysia. Saya difahamkan 10 repot dibuat berdasarkan peristiwa semalam. Suasana tersebut sekali pandang macam berlaku di Palestine dan kebetulan ada dikibarkan bendera negara tersebut. Saya tak faham kenapa negara tersebut dikaitkan dengan suasana ini.

Tahniah YAB Dato Zambri Kadir kerana telah dilantik menjadi MB Perak. Menjunjung kasih ke bawah DYMM Al Sultan Perak yang pada saya telah membuat satu keputusan yang bijaksana. Kebawah DYMM Tuanku yang begitu telus dalam menyelesaikan kemelut politik Perak...Mengizinkan wartawan mengambil gambar YB datang mengadap kebawah Duli Tuanku Sultan Perak. YB yang keluar parti.

Saya menerima satu sms yang mengatakan bahawa sekarang telah wujud 'Ali Baba' dalam politik Malaysia. Kalau dulu 'Ali Baba' dalam perniagaan sekarang 'Ali Baba' dalam politik pula. Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak tanggapan tersebut. Apakah ia benar 'Ali Baba' atau 'Ali Muthu'...wallahu allam...

Kepada YAB MB Perak yang baru, betulkan niat, kuatkan tekad dan teruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Perahu telah diair, pengayuh telah di tangan maka kayuhlah ke destinasi yang diredhai Ilahi...Amin.

...Semua amalan mesti dengan niat...maksud hadis...Fikir-fikirkanlah.

7 comments:

LAPAN GALLERY said...

Mende gok mung Rosol.. Sultan negeri orang mung gi sembah daulat, Sultan sendiri hari tu mung jugok yang lawangnyer.. Mung ni molek gi jadi wakil rakyat Perok di bawah kepimpinang lanung-lanung UMNO dinung patutnya.

Ape yang susoh sangat mung nok paham ade bendere pelestine dalang perhimpunang tu?? Mung ni IQ rendoh lah.. Aku pung dok tahu guane mung buleh jadi wakil rakyat! Malang sungguh rakyat negeri Terengganu di kawasang mung tu khususnyer. Aku nok ghoyak ke mung tu lah simbolik israel vs PELESTINE = bn/umno/fru/polis vs RAKYAT PERAK !! Kalu aku kate bodo kang mung maroh pulok, tapi nok kata cerdik x buleh sebab mung dok berapa cerdik!

Unknown said...

Kpd Cik Nazaruddin:
Klu mu rasa mu pandai sgt, mu la jd wakil rakyat....
Klu mu rasa mu hebat sgt, mu g la mengadap Sultan Perak...
Klu mu rasa mu cerdik sangat, mu gi la apply jadi cikgu......
Klu semua hok BN buat salah, apa kata biar mu jadi Perdana Menteri....
Lain kali klu nk cakap,guna otak...
Klu Dato Rosol x cerdik, xkan dia blh jd wakil Rakyat...
Hok bodoh sebenarnya ialah.....Mu pikir sendiri!!!!

Anonymous said...

Dato'..Komen Nazaruddin menampakkan kejahilan dan akhlaknya yang rendah. Dia tidak tahu apa faktanya dan jelas kecetekan ilmunya. Nasib dia apa boleh buat. Ibunya mengandung insan seperti dia satu kerugian besar kepada pembentukan umah yang sihat akal balighnya. Jangan diperdulikan. Kata orang kalau ikut orang seperti Nazaruddin dengan kita-kita jadi macam dia.

ganergamok said...

salam,

kepada nazaruddin, yg mu maroh ke Wakil Rakyat Ajil tu bakper, kalu mung x tahu mender, jgn nok ckp banyok sgt. Dato Rosol x pernah Derhaka pd Sultan Mizan nok royak beri weh. kalu x tahu cerite sebenor jgn dok kater ke org, wak dose kering jer.

Apa mung ingat org UMNO,bn,fru,polis tu Israel ker. Bodoh sungguh nazaruddin ni. Kalu x Kerana UMNO/bn Yang memerdekakan Tanah Melayu drp Penjajah, SIAPA LAGI. BELAJOR SEJAROH SETAKAT SEKOLAH TADIKA KE NAZARUDDIN WEH.

Kepada Cikgu, jgn layan sgt Nazaruddin tu, Org Pembangkang yg x TAHU DI UNTUNG DAN DOK TAHU MALU. WAK MALU ORG MELAYU JER SBB SEPAKAT DGN DAP YG TERANG2 MENENTANG SULTAN MELAYU. ADE KER ORG MELAYU GI MENENTANG SULTAN MELAYU, LPS TU DISOKONG OLEH DAP YG CELAKER TUR.NATANG SUNGGUH PAS/DAP/PKR(PAKATAN DERHAKA RAJA) molek sungguh TUUUUUUUUU.

Alhamdulillah.......

sekarang rakyat malaysia telah sedar(Nazaruddin yg x sedor lg tuu) MasyaAllah. PR(Pakatan Derhaka Raja)telah menunjukkan belangnyer dengan menidakkan keputusan Sultan Melayu(Perak). Cuba tuan2 pikir, kalu memerintah Malaysia, Agaknyer YDP AGONG pun (PR) nak Saman. Elok sangatlah tu.
Nak jd Jebat, TP x tahu mender.KARPAL SINGH DAN KONCO2NYA DLM PR PATUT DITEMBAK/DIHALAU DR MALAYSIA.....................

kepada teman2 yang sehaluan atau x sehaluan, fikir-fikirlah sedalam-dalamnyer yerrrrrrrr.

Allah Huakbar,
Hidup Kesultanan MELAYU......
DAULAT TUANKUUUUUUUUUU.......
HIDUP MELAYUUUUUUUUU...........

Zaki said...

Salam,
Sungguh menakutkan melihat cara bakal PM bertindak memnuhi cita2 nya.. merampas kuasa bagai lanun... menculik Adun ... memberi tekanan dan ugutan .. menawarkan rasuah... sungguh menakutkan...adakah ini lembaran baru sejarah m'sia... belum lagi jadi PM sudah begini tindakannya... tunggulah kehancuran negara bila sudah jadi PM nanti. Sama2 kita berdoa agar perkara ini tidak berlaku... Amin

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

hari ini saman sultan Perak, nanti agaknya Anwar Ibrahim akan saman Yang diPertua Agung kalau dia tidak boleh jadi PM atau mengemukakan usul pilihanraya tidak betul terutama bila Pakatan akan kalah banyak kerusi nanti??

Telage Gurl said...

Salam Dato',
Terlalu banyak dugaan mase nk wat kebaikan..Setiap ada dugaan & cabaran dlm membuat kebaikan. Org2 yg berhasad dengki mesti tidak senang utk melihat org lain membuat kebaikan.Teruskan perjuangan.