Saturday, February 21, 2009

Bala atau Nikmat...

Salam bloggers...Nampaknya suasana politik terutamanya pembangkang semakin 'bolloq'...rumit dan bercelaru. Di Perak, YB Speaker telah memutuskan untuk menggangtung MB dan Exco yang baru dilantik. Di Kelantan, YB Ahli Parlimen Pasir Mas diminta untuk letak jawatan...kerana dituduh tidak mengenang budi. Di Selangor, orang yang dikatakan terlibat dengan YB Eli...pinjam panggilan Ketua Pembangkang dikatakan masih belum ditemui, kononnya masih diluar negara...dan YB Eli juga akan keluar negara...menenangkan fikiran. Di Penang juga tidak kurang hangatnya apabila YB Karpal menerima satu nota bersama 2 biji peluru.

Persoalan saya, apa nak jadi dengan politik negara hari ini. Saman menyaman saban hari. Apakah ini dinamakan politik moden? Atau politik negara maju? Wallahu Alam...Mengikut Al-Quran dan ajaran agama kita bahawa sesuatu yang terjadi mesti mempunyai sebab musababnya. Kata orang tua-tua...masakan pokok bergoyang tanpa angin...walhal banyak sebab yang menjadikan pokok bergoyang. Tetapi masalahnya ialah kita dan fikiran kita tidak dapat mencapai apakah sebab musabab tersebut. Kita cuma mampu mengagaknya sahaja.

Dalam kemelut dan problem yang berlaku ini, saya pasti puncanya tidak lain tidak bukan disebabkan PR tidak sepakat. Masing-masing parti mempunyai hasrat dan hala tuju masing-masing. Tidur sebantal mimpi lain-lain. Kerana matlamat parti yang asal jauh berbeza...cuma satu hasrat dan matlamat ketika pilihanraya ke 12 yang lalu iaitu....mahu menumbangkan BN dan UMNO. Itu sahaja niat mereka...lantas Allah perkenankan niat mereka maka berjayalah mereka untuk seketika...tetapi tidak lama kemudian lakonan mereka akhirnya terbongkar...Mereka mula bercelaru dan tak mustahil akan berpecah tidak lama lagi...tunggulah

...Kita boleh berlakon untuk seketika tetapi bukan untuk selama-lamanya...Fikir-fikirkanlah

12 comments:

Zaki said...

Wassallam,
Suasana bercelaru angkara bakal PM, belum lagi jadi PM macam2 cara digunakan utk menjatuhkan lawan .. lagaknya lebih berkuasa drp PM sendiri (lame duck PM). Terbaru SPRM, Polis, mahkamah diperkudakan utk mencapai matlamatnya... kesian AAB usaha bertahun2 utk memulihkan badan2 tersebut hancur begitu saja sebagai hadiah farewell utknya. M'sia is going to 'dark age' era DrM..bersedialah utk menghadapinya... sama mcm Netanyahu dipilih menjadi PM Israel... cuma yg bezanya rakyat Palestin sudah lama bersedia..

bnkterengganu said...

Dato' Hulu Terengganu kita pung bolloq wok jugok.Dato , cikgu awi dan cikgu matnor dipinggirkan, bangkai gajah to' mana boleh tutup.Bila bolloq tu pun tanda tak sehaluan..Dun Ajil tu pun Dato' Ku dah suruh cik gu Nasir jalang jalang tengok keadaan.Dato' jgn lok saja ....hihihi...muda muda jadi jadi org politik, dok sampai age 50 kena pencen...tak apa to' Nasib Rozi punng gitu jugak...hehehe....Dato' ni dok insaf2 lagi

bnkterengganu said...

Dato' kalau berasa nak baca post mortem Pilihanraya kecil Kuala terengganu:
http://bnkterengganu.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk

berani buat berani tanggung.....
diaorang memang suka buat orang merusuh...tapi diaorang tak tengok macamana MAFIA buat kerja...cakap tak banyak tapi terus bagi warning peluru- nak hidup atau nak blah...

kadang2 diaorang kena faham- JANGAN DOK MELALAK JEA....sekali kena penampar, baru tahu...

Ncup said...

Suasana politik tanahair mutakhir ini bukanlah disebabkan oleh tidak ada muafakat daripada parti-parti dalam PR tetapi disebabkan masalah dalaman PKR dan ditambah pula oleh rasa tidak sabar oleh BN dalam menguasai kerajaan negeri yang diperintah oleh PR.Bagi menyelesaikan kemelut ini, kembalilah semula kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Mohd Sobri said...

Salam Dato'..

1. Hari-hari yang dilalui penuh dengan kesuraman.
2. Apa pun harapan kita agar negara kita ini dipelihara olehNya
3. Tapi kalau masing-masing ada hasrat untuk jatuh menjatuhkan yang lain... tidak mustahil negara ini berada dalam keadaan yang tidak stabil..Tengok-tengoklah..

Anonymous said...

DARI mohfas7.blogspot.com

INSYAALAH FRU13 BN AKAN KEMBALI KEPADA KEADAAN ASAL.KECELARUAN POLITIK SEKARANG,MEMBERI IMPAK TERHADAP BARISAN NASINONAL...

SEPERTI SAUDARA LAIN YANG KOMEN,HULU TERENGGANU PUN DILIHAT SEDIKIT BLLOQ,DAN KITA UMNO SEPERTI BERPECAK KEPADA DUA BLOK??

APA KOMEN DATO???

Hamdillah said...

salam..ikan dikatakan buruk letaknya di kepalanya..kalau kepala ikan dah buruk ,walaupun ekor atau badanya masih elok ,ikan itu tetap dikatakan buruk,maknanya ikan buruk bermula di kepalanya...begitulah politik hari ini..kalau kapten kapal baru nanti boleh mencari kebocoran kapal dan mengenalpasti tikus-tikus jahat dalam kapal,mungkin kapal boleh bertahan lagi dan meninggalkan jauh pakatan jahat anwar ibrahim.... :)
kapten kapal trg? :)

Ikut Suka Saya said...

Amboi Yb..pandai la hang kata kat orang bullog..bercelaru.Cermin la diri hang dulu..Hang dengan MB Mat Said pun tak berlaga angin.Tidur satu bantal juga tapi mimpi hang lain.

Habis sapa yang kata kat Tuanku 'Natang'? Hang la Wahid!Mangkok Hayun punya YB..

Zaki said...

Akibat dari memulakan jalan dgn cara yg kusut, BN perak membuatkan negeri semakin kusut, kekusutan, & terus kusut.
InsyaALlah dlm masa terdekat,
peristiwa sultan melaka yg rindukan TUAH akan berulang,
Sultan Melaka yg melihatkan suasana yg kusut lagi mengusutkan telah bertitah dgn cara mengeluh "alangkah baiknya jika ada TUAH".
Lalu paduka bendahara berkata dgn nada yg sangat perlahan: "ampun tuanku, patik mohon sembah derhaka"
Tuanku: "apa gerangan maksud memanda bendahara*"
Bendahara: "patik mohon sembah derhaka,kerana patik derhaka tidak melaksanakan perintah tuanku tempoh hari, utk menghapuskan TUAH,kerana patik merasakan tidak kena pada undang2 tubuh negeri utk menghapuskan TUAH"

UMNO PARTI PENJARA said...

Kesusahan akan dapat nikmat...
Halangan akan mendapat kekuatan..
Ilmu memberi keyakinan...
















+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seperti pemain golf professional, mereka menggunakan kayu pemukul dalam keadaan yang ditetapkan sahaja. Jika salah menggunakannya, maka bola pasti tersasar.

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

UMNO PARTI PENJARA said...

Korang ni kutuk2 sesama sendiri, takdapat apa pun..


Rosli (KP Bahagian) je yang OK. Majoriti 100+...
Wak lain Dok Rok Cetong..

hehehe... saje je bergurau :-)