Monday, February 16, 2009

Takdir atau Kebetulan...

Salam bloggers...terima kasih semua yang setia dengan blog saya. Terima kasih afiqsyahmir...cuma saya ingin tahu daripada saudara sekolah mana di Hulu Terengganu yang masih tiada air bersih dan elektrik..Mana tahu kalau-kalau saya dan rakan-rakan pemimpin kecil Hulu Terengganu terlepas pandang. Kalau ada harap dapat maklum kepada kami. InsyaAllah apa yang baik pada rakyat maka baiklah untuk kami.

Sekali lagi PR dikejutkan dengan berita sensasi. Habis satu isu, timbul isu baru. Apalah malang nasib PKR...Isu rasuah Exco Perak hingga membawa kepada keluar parti dan runtuh sebuah kerajaan PR di Perak masih hangat diperkatakan. Sehingga saya lihat DS Nizar macam 'ayam yang gila mengeram'...masih mengaku menjadi YAB. Kita sebagai orang Islam perlu percaya dan yakin kepada Qada' dan Qadar Allah... Telah ditakdirkan YB menjadi MB tak sampai setahun...nak buat macam mana. Terimalah dengan hati terbuka. Kerana selama ini pun saya merasakan DS Nizar cuma menjalankan amanat dengan arahan dan telunjuk DAP. Maaf jika saya silap tafsir. YB DS Nizar jangan lupa bahawa YB dipilih rakyat tetapi perlantikan sebagai MB dibuat atas perkenan DYMM Tuanku.

Bala yang menimpa PR terutamanya PKR leni mesti ada puncanya. Saya tak pasti punca dan penyebabnya..Apakah kerana kesan sumpahan Saiful atau kerana memang ditakdir Ilahi...wallahu 'alam...Yang pasti isu gambar Elizabeth Wong memang tidak dapat diketepikan lagi. Elizabeth Wong mengaku yang gambar tersebut sahih gambarnya. Memang menjadi adat pembangkang selalu mengaitkan BN sebagai dalang...konon untuk memburukkan imej beliau...YB Azmin berkata PKR tiada kompromi dalam hal moral...'just wait and see...' Atau mungkin Elizabeth akan lompat parti pulak...sekali lagi...'wait and see...'

...Hanya doak sahaja yang mampu mengubah takdir...maksud hadis. Fikir-fikirkanlah.

5 comments:

ganergamok said...

Salam.....

Saya masih setia lg dgn blog cikgu. Harapan saya, berjuanglah untuk kemakmuran DUN Ajil dan warganya serta rakyat Terengganu dengan jayanya.

Bermacam cerita politik saban hari,minggu yang kita dengar yang menusuk ke halwa telinga masyarakat Malaysia. Bagi saya, apa yang diharapkan agar rakyat khususnya melihat kembali peranan pembangkang di negara kita yang mana bukanlah pembangkan yang benar-benar mahukan perubahan. Mereka ini hanyalah mengejar cita-cita untuk menguasai kerajaan dengan cara yang tidak bermoral. DSAI yang telah mempelopori (Teknik Lompat) ini telah termakan diri dengan tindakannya.

Mengikut sejarah DSAI ini, beliaulah org yang mempelopori teknik lompat ini semasa berada dalam kerajaan BN iaitu jatuhnya kerajaan PBS Sabah kepada BN. Jadi satu anugerah patut diberi kepada beliau iaitu Anugerah Kecemerlangan LOMPAT-MELOMPAT......

Wahai rakyat Malaysia yang budiman, Kerajaan yang ada pada masa ini adalah kerajaan yang terbaik walaupun terdapat pelbagai masalah yang melanda. Pelbagai perkara harus diperbetulkan oleh kerajaan Kini sekiranya mahukan mandat rakyat pada p/raya umum kelak. Perubahan patut dilakukan seiring dengan kehendak dan aspirasi masakini.

Kepada rakyat malaysia, terimalah apa jua Qada' dan Qadar drp ALLAH S.W.T terhadap apa jua yang berlaku. Setiap yang berlaku itu adalah ujian daripadaNYA agar mengingati ALLAH YANG MAHA ESA. Janganlah kita lupa dan lalai kerana yang lebih BERKUASA kepada MAKHLUKNYA adalah ALLAH Yang MAHA ESA.

Fikir-fikirlah wahai rakyat Malaysia............
HIDUP UMNO..........

Yus said...

A'kum Dato' dan sahabat...

Gitulah yg kita tengok ni..kohor ghok ghak PR ni terutamanya PKR. Mungkin itu balasan TUNAI tapi beransur2 dari sifat mereka yang 'TERLALU PERFECT'tu...takabur sangat dok kira tempat. Biarlah rakyat tengok dan nilai, macam ini kah org2 yang mengaku diri mereka sebagai pemimpin rakyat nok pimpin negara Malaysia? Dok ghok scetong bohh...pah dalam gaung sudohannya kita sereme ni. Fitrah kejadian dan ciptaanNYA setiap mende yng wujud tu berpasang2..ada lawa,ada kurang lawa,..ada cerdik,ada kurang cerdik,..ada baik dan ada jahat. Begitu juga saya tengok dalam orang kita sendiri...memang ada dokleh nok tolak...bukan semua pemimpin BN ni bagus, ada jugak yg kurang sikit...bukan dok bagus,kurang sikit je(kena tuning semula).Ini semua ibtila' buat kita, diuji dgn pelbagai ujian susah dan senang. Jadi rakyat kenalah bersyukur walaupun kerajaan BN sedang diuji, sabar dan sama2 berganding bahu membangun dan mempertahankan kemakmuran yang sedia wujud.

Sahabat sekalian...Bagi saya, BN ni ibarat kereta dimana pemimpin,ahli2 ibarat timing belt/chain,minyok itam,tayar,brek, dan lain2 alat lagi. Ikhlas...saya dok mampu di hati ni nok tukor kereta ni dgn kereta baru(jenama PR)walaupn napok dah start kuat makan minyok, driveshaft bunyi, aircond kurang sejuk, dan kuat kocok kdg2 tu...biarlah kita pakat pakai pakat guna kereta ni,..kita tukar alat yang haus, tukar minyak itam, dan lain2 ikut keperluan. Kete ni takdok utang bank...geran dgn nama hok kita sendiri sejak Merdeka..semetelah lagi chasis kompom kukuh dan lulus PUSPAKOM sokmo. Kalu tukor kereta baru, akan ada utang baru, interest lagi, brg cap ayam lagi...ni semua risiko kepada kita. Dok pah bayor kena terik jalan kaki lah sereme kita...susoh!!Naik pn dok selamat langsung, enjin besor tapi dok padan dgn chasis...enjin 6000cc, chasis tahan 2000cc je, buleh xcident bila2 masa bahang tebing tepoh pokok...kita akan mati, dok pun merana sepanjang hayat. Kena pulok drebar hok gile ngoyang sokmo doh lebih pada Hamilton. Justeru itu baiki dan jagalah lah kereta kita yang ada ni...kerana kereta yang dikata orang telah uzur inilh byk jasanya kpd rakyat tanpa mengira fahaman jg latarbelakang walaupun byk jgk masalahnye(cobaaaaan)...adatlah tu, fitrah kejadiaan ciptaanNYA, jgn kita nafikan sifat yang berpasang2 itu. Biasalah..dang lama gitu lah. Memadai kita maintain dgn baik, basuh cuci sokmo dan tukar alatganti apabila haus doh. InsyaAllah ia akan berjalan lancar dan selamat seperti sebelumnya.
Kepada semua, kuatkan semangat teguhkan tekad kita dalam merapatkan barisan dari serangan mereka yang berfahaman politik songsang. Ingat, biarlah mereka nak kata apa, kerana..."KITA TAK HIDUP KERANA PUJI, TAK MATI KERANA KEJI". Wallahualam...

YUSRISYAM IBRAHIM

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

adakah Eliza disabotaj?

Jika disabotaj, bagaimana dia boleh 'sting' atau klimaks selepas mengadakan hubungan seks?

Adakah ELiza tak sedar semasa melakukan hubungan seks?

Kalau ini berlaku, Eliza wajar diKLASIFIKASI SEBAGAI ORANG YANG DIANIAYAI.

kalau TIDAK, Eliza rela dan sedar yang dia diperlakukan sedemikian.

PERHATIAN
Ini bukan kes cabul atau rogol.

afiqsyahmir said...

www.afiqsyahmir.blogspot.com

ulasan mengenai isu remaja melayu islam & pemimpin cina malaysia.

Zulkheiri said...

kes dato ari tu mcm mane?
kata nk letak jawatan...cakap berdegar2..
heheh..
tolong ulas berani x?