Thursday, February 26, 2009

Lembu Kereta atau Kereta Lembu...

Salam bloggers...terima kasih semua yang masih setia dengan blog saya. Terima kasih juga yang sudi menyumbang idea dan pandangan kepada saya. Dengan sumbangan idea tersebut saya mampu menghisab siapa saya...'Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab'...Alhamdulillah...

Nampaknya cerita malang PKR masih belum berakhir...Satu demi satu berurutan..lepas se...se... pinjam kata orang Terengganu. Maknanya lepas satu...satu... Kenapa jadi begini? Allahu 'Alam..Hanya Allah sahja yang mengetahui.

Berita terbaru ialah siasatan Pencegah Rasuah terhadap TS Khalid Ibrahim...Menteri Besar Selangor Darulehsan...Dikatakan pihak penyiasat mempunyai bukti yang kukuh. Sejauhmana kukuh dan kuatnya bukti tersebut cuma mereka yang tahu. Apakah ini bencana terakhir untuk PKR? Wallahu 'Alam...

Apabila pihak pembangkang dikaitkan dengan rasuah, maka macam sekala lah..kata orang Terengganu pihak pembangkang akan menuduh kerajaan mempunyai niat jahat terhadap mereka. Mereka akan menuduh dengan berbagai-bagai tuduhan. Mereka kadang-kadang lupa yang mereka juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada salah dan silap. Mereka bukan malaikat.

Isu terbaru YAB Selangor ini, saya difahamkan ialah pembelian lembu untuk korban dan pembayaran untuk 'maintenance' Lexus beliau. Saya tidak berapa arif tentang sedekah untuk membeli lembu korban untuk diagihkan kepada rakyat dengan menggunakan wang negeri adakah akan mendapat Pahala di sisi Allah? Atau apakah sama hukumnya menderma duit yang dirompak? Berpahala atau berdosa? Ini kena tanya mereka yang arif tentang agama. Saya tidak ada autoriti untuk menjawabnya. Maaf banyak-banyak.

...Yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas...Fikir-fikirkanlah...

4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kereta lembu-
kita boleh makan lembu..kereta kita jual...macam khalid buat.
sembelih lembu, pakai kereta lexus masa rakyat susah...

lembu kereta-
orang fikir macam lembu-bodoh-tapi nak pakai kereta.

cth nizar jamaluddin. masih pakai kereta camry walaupun bukan jadi MB PErak.

SETUJU DATUK?

afiqsyahmir said...

Salam bloggers...

Kita lihat dalam Terengganu je dulu, tiada pun mana-mana wakil rakyat yang menggunakan kereta buatan Malaysia sebagai kenderaan peribadi utamanya. Apa kelas.... Bekas ketua pemuda umno Terengganu (kini Timb Ketua Bahagian KT) pun pakai Lexus plat dua angka juga. Calon PRK 036 juga guna kereta mewah import! Yang lain tak perlu saya senaraikan. k

Dalam bab derma pula, mungkin kita lupa setiap ketua kerajaan negeri dengan bangganya bergambar dengan replika cek semasa menyampaikan derma untuk Tabung Kemanusiaan Acheh, Tabung Kemanusia Daffur, Tabung Kemanusia Gaza. Jadi, siapa yang menderma sebenarnya?

Walauapapun, saya tabik kat Digi kerana setiap tahun sumbangkan lembu korban kepada setiap negeri/masjid untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Setahu saya CEO Digi non muslim!

Manakala CEO Celcom adalah muslim dan sahamnya dimiliki penuh oleh karajaan melalui TM sanggup mengundang penyanyi Rihanna datang ke Malaysia.

Sama-sama kita fikirkan.
Saya pengundi atas pagar je....

bnkterengganu said...

Dato' kereta dan lembu telah tarik diri dari bertanding MT, dulu masa lobi percalonan dah banyak duit habis...sekarang dah mula takut(macam)..
Lembu di Hulu Trg
Kereta di Kuala Nerus.
-Kenapa 1 lembu dan 1 kereta?nanti saya ulas kemudian.

Satu lagi Dato' , mcmana dengan kes surah Yasin dan/serta RM1000 tu bila lagi dato' nak lapur pada SPRM?Dosa besar kalau dato' tahu tapi buat diam....itu rasuah.Rasuah ni Dato' setahu saya pemberi dan penerima sama-sama dosa besar.SPRM tu di Ting 10 Wisma Persekutaun, jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu, dato' tahukan?.......
Lagi satu kalau biarkan ini memberi kesan kepada anak cucu kita dato'...kan kita tahu, kenapa kita biarkan dosa dan maksiat itu berterusan...Kita tak mau pemimpin begitu....Selamtkan Umno..[Dato' Lah orangnya di Hulu Trg]

UMNO PARTI PENJARA said...

'kereta mainan'- laman blog :-)











+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sayangi orang yang ada di bumi, nescaya pasti menyayangi kamu orang yang ada di langit.

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++