Salam bloggers...saya baru sahaja membaca blog Tun M. Saya faham dan amat mengerti apa yang di maksudkan oleh Tun M tentang orang Ulu..Di Terengganu dipanggil orang Hulu...Hulu Terengganu. Saya sebahagian daripada mereka. Orang hulu disinonimkan dengan orang darat, orang pedalaman, orang kurang tamadun dan orang yang tertinggal dan terpinggir. Natijahnya orang Hulu merasa 'inferiority complex', rendah diri, rasa 'komang'...kata-kata Terengganu dan mudah tersinggung. Ini realiti yang saya rasa dan pernah saya hadapi.
Apabila bersama dengan orang luar atau orang bandar...kita merasakan segala tingkah dan tutur kata kita diperhatikan. Ini menjadikan kita serba salah. Dan menjadikan kita terasa tersekat...atau 'sakok' ...pinjam kata-kata Terengganu. Ditambah pula 'slang' bahasa kami orang Hulu dirasakan pelik dan agak lucu...menjadikan kami agak sukar untuk bertutur dan berkomunikasi. Dalam banyak hal kami lebih suka duduk diam. Kami jarang untuk meluahkan pendapat dan pandangan...kerana masalah bahasa atau slang. Alhamdulillah sekarang kita merasakan halangan ini mula dapat ditamatkan. Sekarang orang Hulu mula setanding dengan orang pekan. Kita sedang memprojeksi Hulu menjadi HULUBALANG...InsyaAllah
Alhamdulillah...segala kesulitan dan rasa rendah diri orang Hulu telah mula terhakis dari semasa ke semasa. Kesan daripada teknologi dan kerja kuat pemimpin-pemimpin masyarakat... Kemudahan infra di Hulu Terengganu leni memang antara yang terbaik. Saya dan adik ke sekolah pada 1971 dengan berjalan kaki merentasi baroh padi seluas lebih kurang satu kilo dengan membimbit kasut putih di tangan. Menggunakan batas padi sebagai jalan. Masih
jelas di benak fikiran saya ketika padi masak, kami akan kebasahan dek embun di pagi hari. Dan ketika itu kami tidak pernah terbayang yang suatu ketika nanti sebatang jalan premix akan sampai di hadapan rumah saya...untuk kemudahan...Alhamdulillah...hari ini ia menjadi kenyataan.
Sekadar kenangan untuk pengajaran kepada saya dan adik-adik, serta rakan-rakan...agar kita tidak lupa dari mana kita datang. Dan tidak lupa daratan...Alhamdulillah syukur saya kepada Allah swt. Coretan ini adalah sekadar berkongsi pandangan....Terima kasih saya kepada pemimpin dan penghargaan saya kepada UMNO dan Barisan. Saya penuh yakin kerana merekalah kami dapat menikmati segala kemudahan yang tidak pernah terfikirkan...
Kalau ada yang mengatakan bahawa tahun 1971 lebih baik dari 2001...pada saya adalah sesuatu yang amat malang...
...kerumitan, kesusahan dan keperitan menjadikan kita lebih matang...Fikir-fikirkanlah
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
salam
1. Orang ulu ke hulu ke tak menjadi soal kerana maknanya sama.
2. Orang hulu ramai yang mencipta nama...
3. Cuba tanya siapakah Datuk bandar kuala terengganu kita.. Bukankah beliau orang hulu...
4. Yang penting kita kena pandai mencari peluang.
5. Dengan adanya peluang maka datanglah kesemapatan...tengok-tengoklah
http://pkrpasdap.blogspot.com
datuk
orang hulu jadi hulubalang...
saya teringat kisah saya mula2 ke KL tahun 1994. Masa tu tinggal kat Taman Melawati menumpang rumah anak tiri mak cik saya.
saya suka bercakap-tak sampai sejam pertama kali sampai KL, saya berborak dengan geng-geng rukun tetangga dalam satu bilik. mereka semua siap mengejek saya pula.
kata mereka- kamu nie tak tahu cakap KL ke? pekat sangat cakap kelantan...masa tu jadi budak lagi, jadi terguris dan tak mahu bergaul lagi.
selama sebulan saya di sana, saya dapati lebih 50% blog itu dihuni oleh orang Kelantan dan Terengganu. Tak kan dia tak tahu pula bahasa daerah kelantan.
saya dekati beberapa orang yang pernah ejek saya dulu. baru saya tahu yang dia juga orang kelantan tapi dah lupa cakap kelantan.
kesimpulan-
orang hulu jadi hulu-balang...sampai lupa diri buat apa datuk.
alhamdulillah, 15 tahun tinggal di KL dan Selngaor, tidak pernah saya menghina budak2 atau pekerja asing yang bekerja di bawah saya....menjadikan saya hulubalang..
nak dapat gelaran hulubalang kena usaha datuk..dan belajar dari pengalaman...
Malaysia telah maju dengan cukup pantas. Cuma kita sahaja yg mungkin tidak nampak peluang2 yg terbentang luas. Thanks to kerajaan yg memerintah sekarang. Pesanan saya, bumiputra kena tukar cara dan tukar kaedah. Berniaga, cari peluang majukan diri, dan bangunkan bangsa.
View Profile: Rantong
tun sindir pasl ppsmi ar cikgu...sbb nak membatalkan ppsmi ni sbb orang luar bandar..tun sindir pakai orang ulu...dah nasib!
Salam Cikgu (Maaf, rasa mcm janggal nk guna title Dato'),
Sedih sgt sebab kebanyakan generasi kini tak dok "sense of gratitude." Yang diorang tau, mesti dapat apa yg diorg nak.. sedih sgt.
Apa pun, saya bangga sebab pernah jadi salah sorg student cikgu dulu.. Bangga dengan keadaan cikgu sekarang.. Dari dulu, tak penat2 dalam perjuangan.. Saya ingat sokmo nasihat cikgu supaya ingat sokmo sejarah..
Salam,
Tulisan Tun M bukan mengenai org ulu atau concern dia ttg org kg... seperti biasa tulisannya sarcastic.. we have to read between the lines... yg nak diutarakan ialah ttg pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI), dia cuba nak justify apa yg dia telah lakukan pada bahasa dan bangsa melayu setelah ramai cendiakawan melayu sekarang mendesak supaya PPSMI dihapuskan. Silap besar jika kita menganggap Tun M berjuang memajukan org ulu atau org kg. Sepanjang pemerintahannya dia sibuk membina monument dan projek2 membazir. Pada tahun 2000 saya membawa seorg kawan saya dari Trg melawat Putrajaya yg pada masa itu sedang pesat dibangunkan... dengan bangunan2 yg gah dan jalan2 lima enam lorong... saya tanya rakan saya itu, dari mana kerajaan dpt duit berbelanja begitu byk utk membina putrajaya... saya kata sebahagian besarnya dtg drp perut bumi negeri t'ganu, kerajaan membelanjakan lebih 100bilion membina putrajaya drp duit minyak (petronas)... pada masa itu kerajaan pusat baru saja menarik balik wang royalti 5% kepada Trg... imagine apakah rasionalnya kerajaan BN membina monument sedangkan rakyat T'ganu yg rata2nya org melayu hidup dalam kemiskinan... berapa ramai org t'ganu yg dapat manfaat drp Putrajaya??? mungkin beberapa org pegawai kerajaan yg bertugas disana.
Berbalik kpd PPSMI... Dato' sebagai bekas guru mungkin mempunyai pendirian sendiri... elok Dato' nyatakan disini pendirian Dato'... berapa ramai pelajar di hulu terengganu yg menjawab soalan dalam b.inggeris tahun lepas dan bagaimana prestasi mereka... sebagai pemimpin saya yakin Dato' mempunyai data-data tersebut.
Salam bloggers...
Datuk,
Bukan semua orang ulu lembap dan terkebelakang. Apa yang di perkampungan orang Ulu juga ada sekolah yang mana anak-anak kakitangan kerajaan (guru-guru)juga mendapat pendidikan awal disini. Bahkan di perkampungan orang asli pun dah ada sekolah zaman ler ni. Sekolah tetap wujud, biarpun elektrik dan air bersih masih tidak dapat dapat disediakan oleh kerajaan walaupun telah lebih 50 tahun merdeka.
Sebenarnya, faktor persekitaran masyarakat orang ulu tidak banyak membantu anak-anak orang ulu untuk maju. Tambahan pula dengan faktor kemiskinan dan kepayahan hidup. Antara percaya atau tidak, sebagao contoh buatlah kajian tentang budaya membaca dikalangan orang ulu. Yang pasti bukan semua isi rumah membaca sekurang-kurangnya 1 naskah akhbar harian berbasa Melayu seperti Utusan Melayu/Berita Harian/Harian Metro. Malah untuk keluarkan duit bagi membeli akhbar di zaman ler ni cukup berkira dengan RM 1.50 senaskah. Antara bahan bacaan dan perbelanjaan harian. Rokok Dunhill 20 batang berharga RM 8.20 boleh beli dengan bangganya!!
Saya pernah menetap di Ajil, untuk beli akhbar harian berbasa Inggeris (The Star) pun payah. Tu belum termasuk pada cuti-cuti umum lagi. Tu belum diambil kira di kg menerung/kg kua/kg peroh/kg pela lg yang pasti tiada langsung jualan akhbar berbahasa inggeris.
jalalsmile@yahoo.com
salam,
Hulu Terengganu memang hebat dato'.
Kita ada sejarah hebat yang wajar kita war-warkan kepada orang 'hulu'. Antara 700-1000 tahun dulu, orang hulu kita telah menerjah dunia... buktinya kewujudan kerajaan 'fo-lo-an' sebagaimana yang dicatatkan dalam sejarah china 'ling-wai-tai-tai'. kewujudannya sezaman dengan kerajaan Sriwijaya. walau pun kerajaan ini fungsinya umpama sebuah kerajaan tempatan..namun pelabuhannya merupakan pelabuhan yang terkenal sebagai pelabuhan tukar barang dan pusat pertemuan budayawan dan cendikiawan zaman itu...dak hebatke kita orang hulu...sebab tok nenek kita keturunan orang yang hebat yang telah menerjah dunia lebih awal dari kewujudan kerajaan lain. Tak kurang hebatnya...tok nenek kita di hulu inilah yang punya semangat nasionalisme yang hebat dan punya semangat membebaskan tanah air kita dari tangan British...tanya cg. Timah Hamzah, (baca catatannya melalui bukunya bertajuk: pemberontakan tani 1928)...mereka ini bukan pemberontak tetapi pejuang yang memberi kita ruang membina kehidupan.....banyak lagi dato' dan dato' tentunya lebih arif dari saya......begitu juga sejarah kesultanan terengganu, tidakkah ianya bermula di hulu terengganu.........cuma kadang-kadang puak-puak tertentu dalam negeri kita tidak faham tentang sejarah ini..............kita bangga sebagai orang hulu...Hulu itu hulubalang. cabarlah diri kita hulu itu sebagai PENDAHULU....
Tun cakap berlapik pun tapi dah ramai yang faham...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Orang Hulu pun dah boleh buat laman blog sendiri jugak..
Walaupun tak boleh dapat hit lebih 10 Juta, tapi kalau dapat 3 juta lebih dah kira oklah..
Yang penting kualiti bukan kuantiti..
Askar upahan dan kaki bodek jangan buat kacau :-)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jangan Takut Kepada Pembangkang Dan Bangkangan. Ingat, Layang2 Terbang Tinggi Kerana Melawan Angin, Bukan Mengikut Angin.
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika mata melihat, lihatlah juga dengan mata hati, jika memilih dengan tangan pilihlah dengan sentuhan naluri, dan jika terhidu bau, perhati, amati dan telitilah, bau yang harum dan wangi adalah bauan mulut orang berpuasa, wanginya seharum kasturi. Jika berjuang, berjuanglah untuk agama bangsa dan negara. Jika beraja jadilah rakyat yang setia. Jika berpegang tangan, peganglah pada janji, dan ingatlah tali yang kukuh adalah tali Allah. Jika berparti tentukan ianya UMNO. Hanya UMNO mengajar diri memiliki budi, pekerti dan ketertiban.
Menurut kamus bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti yang disemak dan kemaskini oleh Nik Safiah Karim: hulubalang itu maknanya orang yang memimpin pasukan askar atau ketua pasukan askar. itu saja komen saya; langtelipot@yahoo.com, d/a: Kedai Ikan Bakar Pesisir Air, Pantai Telok Ketapang, (pantai belakang Kem Askar), Seberang Takir, 21200 Kuala Terengganu ((0199843802).
Menurut Kamus Bahasa Melayu, terbitan Fajarbakti dan telah disemak oleh Dr Nik Safiah Karim, hulubang bermakna ketua askar atau orang yang mengetaui pasukan askar (tentera). itu saja komen saya.langtelipot@yahoo.com, d/a Kedai Ikan Bakar Pesisir Air, Pantai Telok Ketapang, (pantai belakang Kem Askar), Seberang Takir,Kuala Terengganu. (0199843802)
Post a Comment