Saturday, December 26, 2009

Yang Benar Itu Pahit....

Salam bloggers...Selamat Maal Hijrah dan semoga tahun 1431H ini akan memantapkan hubungan silaturrahim sesama umat sebagaimana bersatu dan berpadunya umat Muhajirin dan Ansar. Perpaduan tersebut adalah perpaduan sampai mati kerana Allah swt. Saya mendoakan agar hasrat tersebut mampu dicerna dalam keadaan umat Melayu yang ramai ini semakin terbelah dan berpecah. Kita boleh berbeza pendapat dan pandangan. Kita boleh berbeza parti dan sokongan tetapi kita tidak boleh untuk terbahagi-bahagi walau dengan apa alasan. Kita masih ketinggalan dalam banyak bidang. Lebih malang lagi sekarang ada pihak dengan lantang persoalkan isu kepercayaan dan pegangan kita, bahasa kita dan biasiswa anak-anak kita....

Begitu juga halnya dengan sidang DUN Terengganu yang lalu...bermula 21 hingga 23hb yang lalu... pandangan rakan-rakan ADUN seperti YB Alias Alor Limbat, YB Dato Din, YB Ramli Noh dan rakan-rakan yang sempat berucap bertujuan tidak lain tidak bukan untuk membetulkan keadaan dan suasana. Mereka mengutarakan apa yang mereka dengar dan alami di dalam kawasan masing-masing. Contohnya YB Dato Din menyuarakan rasa kurang puashati tentang kelulusan lombong di Bukit Besi yang diusahakan oleh orang luar bukan bumi. Lebih parah lagi dikatakan tanpa sepatahpun dimaklum kepada beliau sebagai tuan rumah/ADUN... Di mana silap? Apakah ini disengajakan atau atau Terengganu sebut 'sengeleng wat gitu?'

YB Alias pula bercakap tentang luahan hati nurani TCS atau Terengganu Civil Servant... yang kenaikan pangkat dikatakan agak luar biasa... bagaimana seorang pegawai taraf N48 diberi tugas dan dibayar setaraf dengan JUSA C...Saya tanya rakan-rakan TCS berapa banyakkah beza antara kedua-dua pangkat tersebut dari segi emolumen....rata-rata mengatakan hampir RM10,000.00 sebulan....Ini isu kecil kepada mereka yang tidak terlibat tetapi amat signifikan dengan sesiapa yang menanggungnya. Begitu juga isu pemegang N54 di letak dalam 'sarang' N48... Nampaknya sistem kita telah caca marba... pinjam kata-kata Tun M... Inilah beberapa perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan 'Back Bencher'... Dan ini manjadi keadaan Dewan selama 3 hari tersebut agak panas... tetapi saya yakin niat dan matlamat kami tidak lain dan tidak bukan untuk memperbetulkan keadaan agar tidak menjadi lebih parah sama ada kepada kerajaan atau parti....

'...Berkata benarlah walaupun pahit', maksud hadis...Fikir-fikirkanlah

6 comments:

martkilau said...

Di zaman PAS Dato' Rasol baca hadis dan ayat Quran semasa berbahas dalam Sidang DUN.Wakil PAS tegur kerana bacaan kurang tepat.

Dalam blog hari ini Dato' komen tentang Perintah Am dan Akta Acara Kewangan dimana pegawai 54 dalam sarang 48. Pegawai 48 bayar jusa.

Masa dulu, di Yayasan Terengganu, pegawai 48 bayar jusa. Pegawai 54 letak di bekalan air sarang 44, pegawai 54 diletak di suk bayar gaji saje dok wat kerja satu.DO paling kanan pernah bayar jusa tarik balik suk bubuh jawatan tak dok gred.

Hok 54 letak dalam sarang 48 tu kerana penting nak bangun kawasan tu. Perlu orang yang penuh pengalaman.

Pengelola Bijaya istana negegara juga letak org 48 dan bayar jusa C.

Sama sama lah rakyat Terengganu doa doa agar wakil rakyat mereka sentiasa belajar agar berkata yang baik.

Jangan Dato' ambil maklumat dari mrk yg bukan ahli, rujuk lah kepada MB dab Matan MB yang arif.

OPTOMETRI IDAMAN said...

salam.

saya rase dato ptut jwp la comment2 yg di utarakan dlm blog dato ni, jgn berani buat keluar isu je pastu bile ade org komen senyap bayak.. klau zaman pemerintahan yg dulu2 tu, geng2 dato ni lama doh kena set. Apa yang di lontarkan tu daripada rakyat ke ikut pala otak masing2 je.

Insan said...

Setiausaha Kerajaan Gagal Beri Fakta Yang Betul Kepada Rosol dan Alias

Wajarkah Setiausaha Kerajaan tidak mengetahui kereta kerajaan negeri yang hilang ? Tapi amat parah lagi beliau gagal memberi fakta perjawatan sebenar mengenai pertukaran dan penempatan pegawai TCS yang beliau sendiri menandatangani arahan pertukaran berkenaan.

Apakah ini berlaku kerana beliau tidak memberi tumpuan dalam mengetuai Pentadbiran Negeri di bawah Ahmad Said. Amat mengejutkani apabila Dato'Haji Mokhtar Nong bersama sama kumpulan yang tidak sukakan Ahmad Said di Motel Desa Bukit Pak Apil dipertengahan tahun ini. Sepatutnya sebagai ketua pentadbir beliau berkecuali dari pertembungan politik di negeri ini.

Dalam sidang DUN Terengganu yang lalu YB Alias Alur Limbat telah bangkitkan isu pegawai 48 di bayar jusa dan pegawai 54 diletakan pada 'sarang' 48 secara sensasi menggunakan kekebalan DUN. Setelah dicabar oleh Ahmad Said supaya bercakap diluar dewan bagi memberi keadilan kepada pegawai yang dituduh Rakan seperjuangan yang merupakan saki baki budak hitan , Dato' Rosol telah menyambut cabaran Ahmad Said dengan buat pendedahan dalam laman blognya mengenai maklumat yang telah disensasikan dalam sidang DUN itu bagi mengambarkan pentadbiran Ahmad Said berada dalam caca merba.

Selaku orang yang sebelum ini bersama sama di Bukit Pak Apil, mereka patut berbincang dengan Setiausa Kerajaan terlebih dahulu samada betul atau tidak dari segi peraturan atas apa yang Pentadbiran Negeri lakukan. Setiausaha Kerajaan juga perlu merujuk kepada Pengurusan Sumber Manusia samada perkara yang sama beliau sendiri lakukan secara peribadi atau bersama matan Menteri Besar.

Terjadi di sebuah Yayasan, pengarahnya dinasihat untuk bersara awal di masa matan MB. Seorang Pegawai TCS Gred 48 telah dilantik mengganti Pengarah Yayasan berkenaan. Setiausaha Kerajaan Sendiri melalui jawatankuasa Perjawatan Yayasan itu telah memberi kelulusan kepada Pengarah gred 48 itu dibayar Jusa. Dikatakan keputusan ini tidak pernah disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan berkenaan serta tidak diangkat kepada Pentadbiran Negeri bagi persetujuan Pihakberkuasa Kewangan Negeri.

Pembayaran Jusa kepada pegawai TCS juga dilakukan diperingkat Persekutuan. Seorang TCS Gred 48 telah dipinjamkan ke peringkat persekutuan menjadi ketua jabatan (Pengelola) dan di bayar gaji Jusa. Perkara ini tidak pernah disensasikan kerana diperingkat Persekutuan, Ketua Pentadbirnya ada masa untuk semak perintah am dan peraturan yang berkaitan malah tidak pernah menyembelahi kumpulan penentang bos nya.

MB merupakan Pihakberkuasa Kewangan Negeri yang diberi kuasa perundangan oleh Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan meminda perjawatan, bukan “sarang”. DSIJ semasa meneraju negeri telah memberi taraf Jusa kepada YDP MPKT, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri. Selepas menganti DSIJ, Ahmad Said mengekalkan semua anugerah DSIJ kepada pegawai TCS . Oleh itu tiada isu bagi SUSK dibayar Jusa kerana mengikuti kelulusan sebelumnya. Perkiraan perbezaan puluhan ribu ringgit satu angka yang sengaja disensasi daripada insan yang tiada pengalaman mentadbir . Oleh itu isu yang dibangkitkan oleh Alias dan Rosol samada dibuat tanpa ilmu mentadbir atau penerusan fitnah dan konspirasi ?

Disamping mengekalkan apa anugerah yang telah DSIJ beri kepada pegawai TCS, Ahmad said menambah lagi kemudahan kepada pegawai TCS. Apabila Dungun dinaik taraf kepada Perbandaran, Yang Dipertua Dungun dan DO Dungun telah diberi kemudahan Jusa bersama dengan DO Kemaman. Oleh itu sekiranya Setiausaa Kerajaan memberi penerangan yang betul dalam pre concil, tidaklah Alias membazirkan masa dalam DUN mensensasikan perkara tidak benar dan Rosol pula membazir masa dalam blognya. Banyak masa yang diperlukan mereka untuk menganti masa terbuang sebelum ini dalam usaha menjatuhkan Ahmad Said untuk tugasan hakiki mereka kepada kawasan DUN yang mereka diamanahkan oleh pengundi.

Insan said...

Dalam blognya Dato' Rosol nyatakan isu Pegawai N 54 diletakan pada 'sarang' N 48, perkara ini disensasikan. Perkara ini tak sepatutnya disensasikan kerana dilakukan oleh oleh Pentadbiran bagi membangun kawasan Rosol sendiri. Seorang pegawai kanan 54 telah yang berpengalaman dari segi pentadbiran, perancangan dan pembangunan telah diletakan mengetuai sebuah Jabatan penting disitu. Ini selaras dengan hasrat Ahmad Said untuk majukan Tasik Kenyir menjadikan kawasan pelancongan. Tasik yang indah ini telah 30 tahun ketinggalan pembangunannya . Sekiranya Kenyir berjaya dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, pengundi Rosol pasti mendapat limpahannya. Tidak ketinggalan juga hasrat Ahmad Said untuk menyediakan sebuah bandar baru Ajil yang Rosol jadi Tok Wakilnya. Semua ini dibuat berdasarkan kepada keperluan. Pegawai berkenaan tidak kerugian dari segi pendapatan malah untung kerana mendapat elaun pegawai pinjaman, elaun mesyuarat penuh dan jawatankuasa.
Tapi apa yang berlaku zaman sebelum ini semasa Rosol menjadi exco, Mohtar Nong juga sebagai Setiausaha Kerajaan yang mana mereka menggunakan kuasa secara luar biasa . Bayangkanlah seorang TCS 54 telahpun dianugerah Dato’ yang pernah menjadi Timbalan SUK dan Pesuruhjaya Agama ditempat pada tempat yang tiada "sarang", beliau ambil keputusan bersara awal dan sekarang dalam tindakan mohon gantirugi dari kerajaan di mahkamah, begitu juga dengan pegawai TCS 54 bekas DO dijerok tanpa 'sarang'hingga ‘sekarang’. Tiga Pengarah dari Bandaraya diletakan di Jabatan tanpa "sarang" ada yang hingga sekarang. Bekas DO yang pernah dibayar Jusa juga ditempatkan kejawatan yang tiada "sarang". Seorang lagi pegawai TCS N 54 diletakan menjaga Air di "sarang" lebih sempit . Pegawai paling kanan dari SEDC bersara kerana tidak hendak masuk "sarang" takut diperam.

Insan said...

Lebih menakutkan lagi Pegawai-pegawai kanan, Skim VSS telah diperkenalkan yang sama sekali bertentangan dengan perundangan yang terpakai kepada pegawai awam. Beberapa pegawai TCS yang kanan kanan telah hampir menjadi mangsa dan dah pun tak lena tidur malam. Lebih mendukacita lagi ramai anak muda calon TCS yang telah berjaya dalam ujian bertulis dan temuduga serta menerima surat tawaran "sarang" (jawatan), malah telah ada yang lapor diri, telah ditarik balik dan dibatalkan surat tawaran "sarang" (jawatan) kepada mereka.
Kegagalan Setiausaha Kerajaan beri penjelasan kepada ADUN ini menyebabkan mereka bercakap secara tiada ilmu di sidang DUN bagi tujuan mensensaisikan perkara ini dengan mengutuk pegawai yang tidak mempunyai kapasiti untuk memberi jawapan kepada sidang dewan. mereka telah menyalahgunakan kekebalan mereka dalam DUN yang mulia. Khusus bagi menunjukan kepada tuan tuan mereka bahawa pentadbiran Ahmad Said yang sebenarnya amat popular dan di amat senangi oleh rakyat bawahan ini digambarkan sebaliknya.
Harap Setiausaha Kerajaan Negeri akan berubah dan memberi sokongan padu kepada Menteri Besar selaku bosnya sebagaimana kesetiaan kepada MB terdahulu bagi memastikan Terengganu terus maju dengan Bajet yang telah diluluskan.
Yang lebih penting lagi saki baki Budak Hitam ini patut terimalah hakikat. Ikutilah jejak majoriti Budak Hitam yang balik ke pangkal jalan sekiranya ikhlas ingin melihat parti yang mereka dokongi itu bertapak lagi di negeri Darul Iman. Jangan lagi mengikuti jejak penjual ubat kurap.
Apakah mereka ini berfikir jika UMNO jatuh dari negeri ini, mereka akan menjadi pemimpin yang akan dilantik menjadi pengawal kepada berbilion Wang Ehsan hasil Petroleum sebagaimana di zaman PAS memerintah dulu ?

RuzaiLin's79 said...

Assalamualaikum w.B.T terlebih dahulu sy nk minta maaf kepada tuan empunya blog ni..Sy amat kenal rapat dgn YB Rosol ni.Sy pun skampung dgn YB ni..Kebanyakan abg dan kakak sy kenal dgn YB ni..Apa yg sy nk utarakan di sini sama la dgn apa yg dktakan 0leh saudara/ri bdua sy s0k0ng..Dulu sy ada mintak keja dgn YB ni kt pej adun ajil tu.Tp krana dia dgr ckp org sy x dpt keja kt situ..Sy bkn minta keja bgs2 pun cuma minta tkang sapu je..Sy akui sy ni kepala pengat sket kt kg tu..Tp x la sepengat apa yg terjadi dlm kerajaan terengganu skrg ni..Cuma apa yg sy tau skrg DUN ajil bgaikan bangkai yg tggu masa nk tanam je..Senyap sunyi x 'ketek' kt org terengganu..Klu dulu org suruhan YB ni ke sana ke mari mcm dia la YB..Skrang ni Sem0h puteh x keluar pun dr rumah dia...Apa yg sy nk ckp kepada YB ckup la jd kepala pengatnye lame2 kepala pengat tu habis dmakang orang..Akhir kallam sy mem0hon maaf kepada YB Rosol wahid skali lg..Sy lama doh nk posting kt sini tp sy tak ada laptop dan skrg berkat usaha sy dptlah membeli laptop walaupun sec0nd hand jd dpt la sy bg c0mennt kt sini..Jd ingatlah sesuatu perbuatan kita itu ada balasannya sekian..