Salam bloggers...terima kasih untuk kesekian kalinya kerana masih setia bersama saya. Saya banyak menerima panggilan tentang keruntuhan atap stadium. Saya juga melihat blog-blog yang ada...ada banyak komen dan pendapat tentang hal tersebut. Cuma saya merasa agak terkilan kerana nama saya dikaitkan dengan keruntuhan itu. Saya tidak tahu mengapa. Walau bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sama ada yang positif dan negatif terhadap saya. Dengan itu saya dapat menilai siapa diri saya. Saya tahu saya Rosol yang tidak maksum... Banyak salah dan silap.
Cuma saya tidak tahu kenapa saya dikaitkan. Adakah kerana saya baik dan rapat dengan kontraktor ini? Wallahualam...Tapi ingin saya jelaskan di sini saya baik dengan semua orang termasuk rakan-rakan pembangkang. Pada saya semua adalah rakan-rakan saya... Tetapi bagi saya yang benar akan muncul juga nanti. Cuma masa dan ketika sahaja InsyaAllah.
Cuma saya merasa kesian kepada kontraktor Terengganu dengan peristiwa yang terjadi ini. Sedikit sebanyak saya fikir akan terkena tempiasnya. Ada saya dengar bahawa kerana tragedi ini kontraktor Terengganu akan dipersoalkan reputasi mereka...cap ayamlah katakan.... Semua orang tahu bahawa atap yang runtuh itu dibina oleh kontraktor luar bukannya orang kita. Saya mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat nanti...InsyaAllah kita kan tahu puncanya nanti. Pada saya kejadian ini banyak pengajarannya. Saya mendoakan agar ia adalah tragedi buruk terakhir di bumi Darul Iman ini. Amin...
Kata pepatah; Seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit....Fikir-fikirkanlah...
Thursday, June 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
maklumat sana sini boleh dapat.kalau ini jawapan encik rasol lebih sesuai diperkatakan di kedai2 kopi sebab di kedai kopi kawasan ajil orang tak buka internet.
Salam Dato'
1. Tak payah nak fikir pasal stadium runtuh lah dato'.. Memang dah runtuh..
2. Banyak lagi agenda yang lebih penting perlu difikirkan..
3. Agenda parti, kepimpinan dan kekalutan yang berlaku sekarang.
4. Pihak lawan nampaknya menunggu masa dan ketika sahaja. mereka tak perlu berkerja kuat sekarang ni..
5. Apa pun yang dilakukan moga-moga mendapat keredhaan Allah hendaknya.
6. Nak layan kerenah pembangkang ni, sampai bila pun tak habis. Selepas satu babak, babak lain pulak akan direka untuk menyedapkan rasa.. Tekgok-tengoklah Dato'..
amat sedih melihat gelagat org terengganu kini. setiap isu dipolitik dan setiap masalah terus menerus dipolitikkan. Saya turut kecewa melihat krn terlalu kita berpolitik, kini terengganu dah kembali jauh kebelakang ... majlis ilmu mulai sepi dan yang timbul hari ke hari adalah majlis politik.. sudah sampai masa untuk kita merenung dan jangan terlalu mencari siapa yang betul dan siapa yang salah . Jalan hadapan masih jauh so jangan kita selalu melihat kebelakang kerana kita akan ketinggalan ... tapi apa pun yang pasti kena pakai talipinggang belakang ... tq YB .
http://pkrpasdap.blogspot.com
stadium runtuh sebab pekerjanya orang indo....kontraktor lambar bayar gaji ..diaorang kerja main2 lah...
setuju datuk..
saya 10 tahun dalam bidang nie...barang malaysia dihasilkan oleh orang bangla, nepal, myanmar dan indo..mana diaorang pikir pasal kualiti
[Tapi ingin saya jelaskan di sini saya baik dengan semua orang termasuk rakan-rakan pembangkang.]
You mean, your rakan pembangkang is PR or your own 'BN' he he he ...
satu lagi projek kerajaan barisan nasional... kontraktor utama pok deris, sub kontraktor ayah mat.. rakyak bukan menghalang kemajuan tp cara perlaksanaan yang telus tanpa halangan politik perlu di teraskan. dengar citer ade lg projek kat ganu kite ni below standard cth pasar baru kat kedai payang tu.
Saudara Khairi, saya bersetuju dengan pandangan saudara. namun demikian, hakikatnya, saya berpendapat mereka yang sepatutnya mendengar bukannya mahu peduli.
Memang kita jauh ke belakang. Para pemimpin kita sebenarnya tidak dapat menjana idea bagi mengeskploitasi kekuatan yang kita ada dalam usaha membangunkan Terengganu, tetapi terikut-ikut dengan rentak negeri lain.
Bangunkan kekuatan domestik, perkayakan bidang pertanian dan perkasakan bidang perikanan.
Banyak tanah-tanah terbiar yang dah menjadi belukar muda dan ada yang dah menjadi hutan rimba.
Dalam Islam, punca masalah seperti masalah bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh hanya boleh ditemui dan diatasi sekali gus berdasarkan pandangan mata hati.
Di mana, untuk tujuan komen ini, maksud pandangan mata hati di atas, ialah kajian dari sudut kontrak pembinaan konvensional atau Barat dan kontrak pembinaan Islam.
Yang dimaksudkan kontrak pembinaan Barat di atas ialah 2 mekanisme pelaksanan/perolehan projek pembinaan Barat berikut.
a) Price-in- advance contract yang terkenal dengan bentuk2 kontrak Lump Sum dan Bills of Quantities (kategori tradisional), Turnkey dan Design and Build (kategori moden).
b)Cost Reimbursement contract yang terkenal dengan bentuk2 kontrak Direct Labour dan Cost Plus Percentage (kategori tradisional), Management Contract, Design and Construction Managemenat (kategori moden).
Sementara yang dimaksudkan kontrak pembinaan Islam ialah 2 jenis mekanisme kontrak jual beli Islam bagi keperluan transaksi barangan yang dilakukan dalam keadaan tidak wujud ketika akad seperti projek jalan, longkang dan bangunan berikut.
1) al-Istisnaa' (Tempahan)
2) al-Ijarah (Upahan)
Di mana keduanya (kontrak Tempahan dan Upahan)telah dipinjam oleh Barat yang masing2 dijadikan dua mekanisme pelaksanaan/perolehan projek pembinaan Barat diatas.
Iaitu kontrak Tempahan dijadikan Price-in-advance contract manakala kontrak Upahan dijadikan Cost Reimbursemet contract.
Dengan alasan pelaksanaan projek stadium tersebut menggunakan Price-in-advance contract atau kontrak Tempahan sebagai mekanisme pelaksanaannya dan dengan memahami ijtihad 4 mazhab Islam berikut, saya percaya, kalangan yang arif dalam bidang muamalat Islam akan mengatakan bahawa punca bumbung stadium tersebut runtuh tidak sampai 1 tahun digunakan itu ialah, berpunca daripada masalah kecenderungan golongan profesional tempatan - PMC,QS, arkitek dan jurutera berpegang kepada ijtihad imam mazhab Hanafi yang mengharuskan penggunaan kontrak Tempahan Islam tersebut sebagai kontrak pembinaan yang ditolak oleh imam mazhab Hanbali, Maliki dan mazhab kita Shafie atau mengharmkannya atas alasan
berikut:
i) al-Istinaa' atau Tempahan sebagai kontrak pembinaan bukan kontrak tetapi tanggungjawab tukang atau kontraktor melunaskan amanahnya.
ii)Kebaikan atau kelebihan penggunaan kontrak Tempahan tersebut sebagai kontrak pembinaan dianggap sesuatu yang tidak tetap dan tidak pasti terhasil,khasnya dari segi bagaimana tukang atau kontraktor dapat memastikan kehendak2 pemilik projek yang dipersetuji ketika akad yang meliputi aspek sasaran kos, kualiti dan tempoh penyiapan dapat memuaskan hati pemilik projek.
Sebaliknya, kesemua 4 mazhab Islam tersebut mengharuskan kontrak al-ijarah atau Upahan sebagai kontrak pembinaan.
betul kata 'Ampun Tuanku' tu...
kat kedai kopi, saya tengok budak2 muda memang layari internet jugak... guna handset..
slm Dato'
Dato'hentikanlah usaha dato' untuk meruntuhkan UMNO Terengganu demi kepentingan diri dan team dato'.."berjuang demi kebenaran"..
Post a Comment