Salam bloggers... Tahniah kepada DS Najib dan mereka yang telah memenangi barisan tertinggi UMNO. Parti yang telah banyak berjasa kepada umat Melayu. Saya sering mendoakan agar barisan kepimpinan baru ini mampu mengubah imej dan mengangkat martabat bangsa ke mercu kegemilangan. Ketokohan DS Najib memang tidak dapat dinafikan lagi. Beri apa sahaja kementerian pasti DS mampu mengendalikannya dengan baik dan cemerlang. Yang tidak dengan Presiden baru UMNO ini ialah tidak lain tidak bukan...pihak pembangkang. Mereka bimbang kemampuan pimpinan baru ini akan menyempitkan ruang mereka untuk menjadi pemerintah negara tercinta ini. Angan-angan akan tinggal angan-angan. Dua pembohongan tarikh menjadi bukti..Mereka tidak mampu...orang Terengganu kata' Dok rok secetong'...
Begitu juga halnya dengan TS Muhyiddin orang yang bakal ditabalkan no 2 Malaysia. Gandingan beliau dengan DS Najib dibantu oleh barisan Naib dan MT yang saya yakin barisan terbaik ini akan mampu mengangkat martabat dan kedudukan bangsa Melayu. Saya kadang-kadang hairan bin pelik apabila melihat telatah pemimpin pembangkang..terutama pembangkang Melayu yang tiada berprinsip dan bermaruah...Saya selalu bertanya kepada diri sendiri dan rakan-rakan saya dalam PAS dan PKR...Apakah keuntungan yang mereka dan Melayu perolehi daripada kemenangan DAP di Pulau Pinang. Saya menanti jawapan dari rakan-rakan bloggers pembangkang...tetapi harapan cuma tinggal harapan. Umpama menanti buah yang tidak gugur.
Yang ada cuma mereka agak marah kepada saya kerana campur urusan negeri Pulau Mutiara itu. Pada saya menjadi tanggungjawab saya sebagai orang Melayu merasa sedih dengan apa yang terjadi di sana. Menang sorak, kampung tergadai...Malang Pak Kaduk...Kepada pembangkang Melayu...yakinkah anda bahawa Pulau Pinang tidak akan menjadi Singapura no2?...Kalau tidak yakin apakah alasan anda. Walau bagaimanapun kita terpaksa menerima hakikat bahawa inilah yang dinamakan demokrasi berperlembagaan. Yang majoriti akan menang. Kuasa rakyat tiada siapa yang mampu membendungnya.
Saya bukan bermain dengan sentimen bangsa dan agama, tetapi agak malang apabila ada pemimpin Islam yang sanggup mengenepikan saudara segama sebaliknya sanggup memeluk mereka yang berlainan agama dan cara hidup...Sehingga saya difahamkan ada fatwa di negeri Perak sedikit masa dulu....' Adalah lebih baik bersahabat dengan orang kafir yang baik daripada bersahabat dengan orang Islam yang zalim'..Sejauhmana betul 'fatwa' tersebut. Wallahu Alam...kita kena rujuk kepada Majlis Fatwa...
...Sejahat-jahat muslim ia akan berakhir di Syurga...Fikir-fikirkanlah...
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
A'kum dato, maaf kalo sy ckp Dato seorg yg "RACIST". Sy slalu bkak blog Dato, tp sy x brkesempatan tu tggalkan komen, apa yg sy nk ckp kt sini, sy slalu bca artikel2 yg dato publish kt blog dato ni, tp smuanya brsifat perkauman.. Dato sbnarnya gemar untuk mmandang serong kpd kaum2 lain.Dato pndang kaum lain hanya nk mnjatuhkan kaum Melayu.. smpai bila kita nk tnamkan sifat bnci pd kaum lain? Sy rasa kalo Dato jd PM hbislah Malaysia, hncurlah Malaysia. Sy x nampak pun org Melayu Penang teranianya atau pun ditindas, yg sy nampak kerajaan negeri P.Pinang menaikkan elaun guru kafa sbaik sja DAP mgambil alih krajaan negeri, sy x nampak pun Lim Guang Eng bsikap zalim pd org Melayu. Yg sy lihat Lim Guang Eng sggup turun pdg bjmpa dgn pnduduk2 Melayu, mghadiri majlis2 yg brkaitan dgn org Melayu dan Islam. Jgn lah kita trlampau buruk sgka pd kaum lain. Kaum lain pun bnyk jgk mengharumkan nama Malaysia diluar ngara cntohnya Lee Chong Wei & Nicol david. Marilah kita sama2 tanamkan semangat kcintaan trhadap tanah air.
Assalamialaikum.......
Tahniah Kepada DS Najib bin Tun Tazak kerana menjadi PM ke-6 Malaysia. Saya yakin dengan bakat kepimpinan DS Najib dan Barisan atau Saf kepimpinan di bawah beliau akan dapat memacu Malaysia Ke arah negara yang cemerlang dan Terbilang hendaknya.
Tidak hairanlah bahawa pembangkang yang terdiri daripada orang Melayu tidak mahu bercampur atau berkawan dengan orang melayu UMNO kerana mereka rasakan yang UMNO tu kafir dan x boleh berkawan atau bersahabat, sedangkan "Teman Tapi Mesra" dengan rakan pembangkang lain terutamanya DAP.
Oleh yang demikian, itulah sikap pembangkang Melayu, saya lihat rasanya tak pernah pembangkang dari bangsa Melayu Memeluk Orang UMNO, tak taulah betul atau tidak, kalau betul, lu fikirlah sendiri.....
Kepada DS Najib, Terajuilah negara dengan JUJUR,AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB, kerana ia adalah amanah daripada rakyat dan ALLAH melihat apa YANG ANDA LAKUKAN. HIDUP UMNO/BN DAN DS NAJIB......
TAK LUPA HIDUP DUN AJIL/DATO' ROSOL........
Wassalam.......
Dato',
Biar saya jawab pro2club.
Benar Lim Guan Eng turun padang untuk melibatkan diri dengan semua orang melayu,menaikkan elaun guru KAFA dan byk lagi aktiviti melayu yg dihadiri.Ingin saya nyatakan disini,ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB KETUA MENTERI MERANGKAP ADUN MAHU PUN MP ( elaun ada kot ).Kami bukannya racist seperti yang kamu sangka,kami didalam BN juga mempunyai ratusan teman yang bukan melayu.
Yang menjadi persoalan kini adalah,bagaimana sesebuah kerajaan negeri itu mampu membela nasib org melayu dengan meningkatkan ekonomi atau dengan kata lain,merapatkan jurang ekonomi antara kaum di sesebuah negeri atau negara kerana negara ini adalah negara yang asalnya diduduki orang melayu dan kita seharusnya mempertahankan hak kita yang termakatub didalam perlembagaan.Jgn kamu lupa bahawa tuntutan DAP adalah "Malaysia Malaysian".dan jika ini terlaksana,saya pasti anak2 bangsa kita hanya 20-30% sahaja yang berjaya masuk ke university (sbg contoh).Kita tidak pernah buruk sangka kepada kaum lain,malah kita berbangga mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa,dan kerana itulah kita merdeka,dan kerana itu juga kita dihormati oleh negara jiran.kerana kita mempunyai toleransi rakyat terbaik di rantau ini.
Harusnya kamu melihat perkara ini dalam konteks keseluruhannya dan dasar perjuangan sesebuah parti.
Jangan jadi seperti anjing yang sanggup menjaga dan melindungi sesiapa sahaja yang memberi tulang kepadanya.
A'kum Dato, ini lah apa yg sy maksudkan UMNO dan politik perkauman,dan ini jugalah akibatnya apabila kalah di Bukit Gantang & Bukit Selambau sy tertarik dgn slogan PAS, "PAS Untuk Semua",. PAS x kan menang tnpa undi dan skongan org bkan Melayu, dan bgitu juga UMNO. Renung2kan & selamat beramal.
Salam semua,
Kalau tak DAP, Penang diperintah oleh Gerakan... adakah selama ini di bawah Gerakan nasib org melayu dibela? Adakah adun2 UMNO dlm kerajaan bekerja kuat menaikan taraf hidup org melayu yg rata2 miskin dan tanah makin hari makin byk tergadai... bolehkah kita salahkan DAP yg baru setahun jagung mengambil alih kerajaan. Yang saya nampak...UMNO bila diberi amanah dikhianati, bila rakyat menolak mereka mula terdesak dengan memainkan politik perkauman... dari dulu hingga sekarang skipnya tak berubah.
Dato'
UMNO saya nampak menang sorak dlm Perhimpunan Agung saja... cakap berdegar2 dengan janji2 untuk berubah....but the rakyat never buy it... keputusan PRK dua B. Gantang & B.Selambau membuktikannya, undi UMNO cuma datang drp org2 Melayu 'old timers'... anak2 muda & bukan melayu sudah beralih kepada pembangkang...masa depan sungguh kelam buat UMNO... nyanyilah lagu anak kecil main api tu byk2 supaya dpt membakar semangat perkauman... cheers
salam...kepada pro2club,jangan ingat bila orang melayu cakap pasal melayu je ko ingat orang tu racist,ko jugak racist bila ko tak suka orang melayu cakap pasal orang melayu...ko ingat malaysia ni tanah jajahan china ke?cuba ko tengok singapore,apa yg cina buat kepada melayu..nak jadi menteri?pengawai tinggi?siapa racist?ada sapa2 di malaysia cina kena sekat nak jadi kaya?kaum pendatang ni la yang banyak merasuah orang2 melayu..bermula dari raja sampai ke Pengerusi JKKK...tiada salah orang melayu cakap berkenaan orang melayu kerana mereka berada di tanah melayu,tetapi adalah "RACIST" apabila orang bukan melayu bercakap tentang hak-hak Melayu,lebih kurang ajar lagi bila bercakap pasal agama orang melayu(islam)nak cakap islam masuk islam dulu la kawan...cuba ko pergi indonesia..tgk kaum cina indonesia..pergi thailand,brunei atau mana-mana la,sememangnya cina malaysia la yg paling beruntung...
tak payah nak renung2 pergilah check negara lain..betul ke bohong apa yg aku tulis..
salam...kepada pro2club,jangan ingat bila orang melayu cakap pasal melayu je ko ingat orang tu racist,ko jugak racist bila ko tak suka orang melayu cakap pasal orang melayu...ko ingat malaysia ni tanah jajahan china ke?cuba ko tengok singapore,apa yg cina buat kepada melayu..nak jadi menteri?pengawai tinggi?siapa racist?ada sapa2 di malaysia cina kena sekat nak jadi kaya?kaum pendatang ni la yang banyak merasuah orang2 melayu..bermula dari raja sampai ke Pengerusi JKKK...tiada salah orang melayu cakap berkenaan orang melayu kerana mereka berada di tanah melayu,tetapi adalah "RACIST" apabila orang bukan melayu bercakap tentang hak-hak Melayu,lebih kurang ajar lagi bila bercakap pasal agama orang melayu(islam)nak cakap islam masuk islam dulu la kawan...cuba ko pergi indonesia..tgk kaum cina indonesia..pergi thailand,brunei atau mana-mana la,sememangnya cina malaysia la yg paling beruntung...
tak payah nak renung2 pergilah check negara lain..betul ke bohong apa yg aku tulis..
Dato' Layak daH JADI MB, MAT SAID TERUK...KAmi TCS dah perik...bab kata pemuda Umno Serik doh wehhhhh
bawa je usul undi tidak percaya terhadap MB Mat said tu..yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...apa nak takut....berani kerana benar demi anak masa depan anak bangsa...lawan depan depan je...
Dato
Hampir 50 tahun BE End perintah Penang cuba tengok betul betul apa terjadi pada bangsa melayu ,merempat di bumi sendiri
Lu Pikir sendirilah Melayu UMNO
encik rasol yang tidak pernah menerima wahyu :
1. Melayu makmur dan tidak merempat di PP semasa KM adalah dari Gerakan?
2. Tolong jangan hina rakyat dengan beranggapan jika pilih pakatan rakyat mengggambarkan pengundi cetek iman dan pengetahuan
3. Melayu beragama Islam memerintah terngganu. melayu hidup kaya raya hasil khazanah minyak. malangnya hasil mahsul di rompak oleh Bos encik rasol iaitu encik deris.
4. jg ingat rakyat yang bukan bergelar YB bodoh wahai encik rasol.
5. Bila saya baca artikel encik rasol...saya jadi menyampah
dok tobat lagi mung rosol..jalan hidup mung ni hina dunia akhirat..sekelian penduduk malaysia meluat setiap kali muka mung tubik..ngeti buat riuh je.
harap dato bersabar dgn segala ujian dan teruskan agenda untuk membela rakyat dari terus hanyut
"...Sejahat-jahat muslim ia akan berakhir di Syurga...Fikir-fikirkanlah."
Ini kaedah dalam kitab tasawuf sebut sbg melebihkan sifat "harap" atas sifat "takut/gerun".
Ia punca manusia mudah buat kerja jahat dgn alasan Allah akan ampun.
Ingat kerja jahat adalah "surat beralamat tepat kepada kekufuran"-kata hukama'.
Memandang ringan kerja jahat adalah tanda sifat nifaq iaitu berpura-pura dgn iman.
KESEMUA 10 Adun BN yang memboikot sidang Dewan semalam hari ini kemabali tercokol di kerusi masing-masing. Apakah keselamatan mereka sudah terjamin ataupun diberi kata dua oleh Presien Umno, Najib Razak. Semalam Najib mengatakan dia akan menanyai MB Terengganu berhubung krisis kecil yang berlaku di Terengganu itu.
Tentu Mat Said tersenyum lebar meliha gelagat anak buahnya itu. Bagi Mat Said krisis kecil itu tidak pun memberi apa-apa bekas kepadanya. Lainlah kalau 10 Adun itu keras kerak untuk tidak terus hadir sidang Dewan.
Apabila kesemua mereka hadir termasuk Rosol Wahid yang dianggap sebagai ketua bermakna tindakan atau mesej yang dihantar oleh 10 orang itu tidak akan menakutkan Mat Said. Mat Said kini seperti sudah mendapat perlindungan dan ada insuran nyawa politik dari Kuala Lumpur.
Benar juga kata seorang penjenguk blog Merah Tinta, tindakan 10 Adun BN itu tidak berapa cerdik. Kalau sungguh mereka mahu mengemukakan undi tidak percaya kepada Mat Said kenapa tidak berunding dulu dengan lapan Adun Pas. Biar Adun Pas yang bawa dan mereka jadi tukang sokong.
Kalau pelan itu dipakai barulah tidak terdedahkan kebodohan ke 10 Adun berkenaan. Walaupun mereka menggatakan keputusan mereka tidak hadir ke sidang Dun itu kerana keselamatan mereka tidak terjamin ekoran ada SMS yang mengancam nyawa mereka, tetapi orang tahu apakah hujung jatuh tindakan itu.
Masakan tahap keselamnatan di Dun tiba-tiba kembali kebal menyebabkan mereka masuk semula ke Dun? Apakah tahap keselamatan Dun sebelum ini begitu longgar? Lain kali kalau nak buat sesutau tindakan dan ugutan biarlah cerdik dan profesional sikit. Sekali buat silap maka lain kali sukar untuk orang mempercayainya.
Kini Mat Said boleh ketawa besar dengan telatah 10 Adun BN yang menentangnya itu
Post a Comment