Salam bloggers...terima kasih kerana masih setia dengan blog saya. Saya berkesempatan meninjau dan membantu calon BN di Perak dalam pilihanraya kecil yang lalu. Tahniah kepada calon yang menang dan yang kalah jangan kecewa. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan cara yang terbaik. Jangan hanya pandai berjanji semasa berkempen, selepas itu janji tinggal janji...sehingga 5 tahun akan datang...muncul kembali untuk tabur janji lagi. Janji tinggal janji...
Cuma saya tertarik dengan pendapat ulamak PAS dan mufti Perak yang bercanggah tentang penggunaan ayat Quran oleh orang kafir. Saya diajar oleh Tok Guru saya bahawa Al Quran tidak boleh dibaca, dipegang dan disentuh oleh mereka yang berhadas besar. Saya tidak tahu sama ada yang diajar kepada saya itu sesuatu yang songsang. Atau inilah yang dinamakan 'Matlamat menghalalkan cara'....
Tentang isu yang terjadi di Sidang Dewan pada 14hb April, sesuatu yang tidak dirancang terjadi. Tiada niat pihak kami pihak Backbencher untuk boikot sidang. Apa yang terjadi mungkin disebabkan pihak MB merasa bimbang tentang undi tidak percaya yang digembar gemburkan oleh pihak PAS. Secara jujur saya katakan, bahawa saya selaku Pengerusi backbencher tidak pernah pada sebarang masa berbincang, merancang atau bermesyuarat untuk undi tidak percaya kepada MB. Nampaknya MB terlalu paranoid...takut kepada bayang-bayang...
Berkait dengan isu tersebut juga saya dan rakan-rakan menerima banyak sms dan panggilan telefon...Ada yang memuji dan ada yang mengutuk...itu biasa...pro dan con. Saya terima dengan hati yang terbuka...yang memuji terima kasih banyak-banyak....yang mengutuk...Alhamdulillah.
Pada saya apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri....Allah maha mengetahui.
Kata pujangga...'Kalau benih yang hebat, jatuh ke laut menjadi Pulau, tertanam didarat menjadi Gunung...terawang diudara menjadi menjadi bintang kejora...Fikir-fikirkanlah.
Wednesday, April 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Dato, seperti minumam coca-cola, semakin digoncang semakin membuak buih-buih yang ingin berhamburan keluar. Jika penutup botol langsung dibuka, maka berhamburanlah buih-buih akan keluar. Namun demikian jika dibiarkan sahaja, buih-buih itu akan menghilang dan apabila penutup dibuka, maka buih-buih itu tidak berhamburan keluar.
Begitu juga dengan politik di Terengganu, rupanya penutup botol masih belum dibuka lagi. Jika ada pihak yang kembali mengoncang botol, maka buih-buih akan membuak kembali. Carilah siapa penutup itu dan bukanlah ia dan buanglah jauh-jauh akan ia.
beginilah encik rasol tidak pernah menerima wahyu :
pihak umno atau pembangkang dah tahu niat sebenar geng 10. keselamatan tidak terjamin kunun. maka terserlah kebodohan geng10. kalau nak buat undi tak percaya kena berpakat dgn PAS. Hari tu kata nak letak jawatan kalau mat said jadi MB. semalam kata tak mau datang dewan sebab keselamatan tidak terjamin walhal Polis dan askar dah jamin keselamatan... aduuuhhh mat rasol sekilas air dalam tempurung dah tau mat rasol atau mat deris. sungguh kluk klek
Saya fikir "SELAMAT AMAN DAN MAKMUR" manifesto bn yg lepas sudah tak relevan lagi........
apa yang selamat nya YB yang kita pilih pon mengaku tak selamat.
itu baru di ugut dengan SMS kalau dengan bom mau terkencing dan terberak tengah jalan.
Bila dengar YB Bn ni berkokok dalam dewan atau pon luar dewan menyerang pembakang rasa macam depa ni panglima yang hebat...rupa panglima taik kucing
Assalamualaikum,
Kata orang kalau nak berperang pemimpin mesti berada di barisan hadapan. Tapi tidak berlaku kepada 10 ADUN Terengganu yang lansung tidak menunjukkan semangat juang sebagai pemimpin rakyat. Anda di pilih oleh rakyat. Salah satu medan perjuangan anda adalah di Sidang DUN. Tapi gara gara SMS ugutan bunuh, sudah ada kenyuataan "Baik saya kunci bilik dan duduk dian diam di dalam dari keselamatan saya terancam". Mengalah sepelum berjuang. Kecewa dengan tindakan 10 ADUN ini. Polis beri jaminan keselamatan pun tak nak hadir juga. Tapi PM arah pergi, semua ikut pergi. Apa dah jadi ni. Untuk bersihkan semula imej ADUN Terengganu, next election semua mesti bersedia untuk undur. Bagi pada yang bersih. Bagi pada calon baru.Tak ada rekod hina sultan, tak ada rekod pro mat said, tak ada rekod pro deris jusoh dll. Yang ada hanyalah rekod untuk kesejahteraan rakyat Terenagganu. Hidup BN.
Saya ada menonton berita di TV3 sebentar tadi tentang apa yang terjadi di persidangan dun..MB terengganu telah ditemuramah oleh pihak wartawan tentang kehadiran 10 adun BN semula ke persidangan..MB mengucapkan terima kasi..tetapi cara die mengucapkan terima kasih tu seperti tidak ikhlas..dan gayanya seperti seorang yang berlagak..itu tidak mencerminkan sifat seorang pemimpin yang mesra rakyat..tetapi dilihat seperti berlagak yang die ni amat berkuasa..gaya die menjawab soalan pun nampak tidk profesional...itu sangat mengecewakan saya sebagai anak teregganu yg berada jauh di negeri orang..malu dengan sikap pemimpin negeri saya sekrang..semangat yang pernah ada dalam diri saya terhadap perkembangan di terengganu semasa era bekas MB Idris Jusoh dulu semakin hari semakin pudar..rakan2 di sini pun ramai mempersendakan saya akan sikap MB terengganu sekarang..harap keadaan politik di Terengganu kembali seperti dulu..politik wang skrg pun semakin merebak terutamanya di kalangan golongan muda di kampung-kampung...sekian..
A'kum Dato, sy mnyokong 200% tndakan dato tdk mghadiri sidang Dun akibat drp ugutan ancaman kpd Dato & rakan2, sy brbngga dgn Dato krana berani mmpertahankan hak Dato & skurg2nya tiada yg mnjadi pak turut dlm UMNO TRG. Sy berasa malu dgn sikap MB TRG yg brsikap smseng & kaki bodek, puak2 pas mmg suka MB cmni, sbbnya slagi MB Ahmad said memgang jwtan MB, plihanraya akan dtg UMNO pasti kcundang ke tgn PAS. Apa smbgan beliau kpd ngeri? Belikan exco kereta Mercedes smata2 nk mmbodek? Perpecahan dlm UMNO kian parah akibat drp sikap MB Ahmad Said. Buat apa lg nk simpan MB sbegini. Bila dah tau rakyat dah x sukakan dia, bru nk mmbodek rkyat kmbli, nk tuntut blik duit royalti lah apalah. Duit royalti yg dah dpt tu disalurkan kemana? MB Ahmad Said tiada jiwa kpimpinan utk mntdbir ngeri. Walaupun kdang2 sy tidak brspendapat dgn Dato, tapi untuk negeri kelahiran saya, sy mgharapkan Dato truskan brjuang untuk memajukan ngeri & rakyat Trg, singkirkan pmimpin yg kolot dan bkal menghancurkan negeri.
Saya pun perasan akan situasi yang diceritakan oleh bloger SMART. Namun demikian, itu tidak boleh dijadikan ukuran. kalau hebat bercakap tetapi habuk pun tak ada, nak buat apa.
Yang penting sekarang ini adalah menguruskan kemajuan yang sedia ada dan tambah mana yang patut. Kesejahteraan rakyat adalah yang paling utama. Bukannya mereka-reka pembangunan dan kemajuan sedangkan ketika yang sama rakyat merana.
Dato'
Yang tahu tetap tahu..yang tak tahu..biarkan siluncai terjun dengan labu2nya..biarkan..
tapi saya tahu..nak biarkan sangat pun tak boleh jugak,yang hanyut..melayu.
yang buta..melayu..
yang tertinggal.. melayu
yang bangkang pun melayu..
salam........
Cikgu,semoga berada dalam sihat sejahtera hendaknyer.
Saya melihat isu ugutan bunuh sebagai satu perkara yang serius dan perlu diambil perhatian. Kebanyakan komen para bloggers mengatakan cikgu sebagai panglima yang takut adalah salah tafsirannya. Orang nak ugut bunuh tu perkara serius dan bukannya berada di medan perang. Kalu di medan perang saya rasa cikgu dan rakan BN akan duduk di barisan Hadapan sekali kerana saya yakin cikgu adalah salah seorang pendekar yang TIDAK GENTAR BERTARUNG. Lihat sahaja di zaman pemerintahan PAS dahulu. YB adalah salah seorang pendekar yang tidak gentar menghadapi musuh, Ke Guaner bloggers sekalian.......
Dalam hal ini juga, MB cepat melatah dan saya lihat beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan iaitu akan pecat ADUN, MB boleh Pecat ADUN Ker???? setahu saya,ADUN-ADUN yang boleh pecat MB. Inilah kalau pemimpin yang cepat melatah dan tidak sabar dalam melakukan tindakan. Lihat sahaja Bekas PM,Pak Lah yang hebat dikritik oleh TUN Mahathir, Pak Lah tetap Steady, itu baru pemimpin smart, saya di sini bukannya menidakkan tindakan MB, tetapi biarlah dengan rasa tanggungjawab dan berhemah, duduk berbincang dengan ADUN,apakah masalah utama dan mengapa jadi begini. Sebagai Pemimpin NO 1 Negeri,bermusyawarah dan berbincang kan lebih elok untuk menjernihkan keadaan. Buang yang Keroh, ambil yang jernih, jangan ikut sangat kata2 Sebahagian Ketua Bahagian yang nampak menidakkan kuasa YB-YB kawasan masing2. Siapa makan CILIBOH, rasae PEDASNYE.
Bagi saya, duduk berbincang dengan ADUN-ADUN BN, cari punca dan selesaikannya, ADUN2 BN ni sebenarnya berbalah adik beradik, jadi selesaikanlah dengan cara yang baik dan berhemah.
Sekian, Wasalam.....
Hidup DUN AJIL/YB ROSOL......
salam dato..
kalau boleh buatla apapun dato..asalkan janganlah bagi terengganu kepada PAS lagi..cukuplah harta kerajaan dikunci..
saya sebagai orang terengganu turut malu dengan apa yang terjadi..dan semua orang tahu bila berlaku perkara sebegini, yang tersenyum adalah pihak lawan..kembalikanlah kepercayan rakyat terengganu..atau mungkin kita akan tewas lagi pada PRU akan datang..
mengenai MB sekarang, secara peribadi saya sependapat dengan pemberi komen sebelum ini..beliau kurang dari segi berhadapan dengan wartawan..cara jawab hendak tak hendak..nik aziz cakap kelantan pun orang boleh faham..
akhir kata..tak kiralah dato di belah mana sekalipun..rasanya masa dan waktu sudah tiba untuk orang terengganu mempunyai pemimpin yang lebih segar..rombak UMNO terengganu..jangan ada lagi orang mat said..dan jangan ada lagi orang idris jusoh..cukup cukuplah dato..kalau tak, saya percaya PAS akan ambil alih dengan mudahnya..dan kita akan biarkan nak anak kita dihalau lagi..salah siapa???salah pemimpin sekarang lah..jawablah di akhirat nanti...sekian..
Post a Comment