Sunday, April 26, 2009

DS Hisham-Tahniah

Salam bloggers...Tahniah DS Hisham yang diberi tanggungjawab besar menjadi Pengerusi Perhubungan Terengganu. Semoga DS diberi kekuatan untuk memimpin dan memperkasakan UMNO Terengganu. Perlantikan ini menimbul beberapa tanda tanya kepada rakyat Terengganu. Antara persoalannya ialah kenapa tidak dikekalkan MB sebagai Pengerusi UMNO kerana kata mereka hanya Terengganu sahaja yang MBnya tidak dilantik...di antara negeri-negeri yang dikuasai UMNO. Yang lain tidak dilantik tidak menjadi sesuatu yang pelik kerana mereka menjadi pembangkang. Soalan kedua MB Terengganu juga tidak menduduki JK tambahan dalam MT. Soal mereka lagi apakah ini tanda-tanda awal....Wallahu 'alam...

Saya merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan yang memahami kehendak rakyat Terengganu secara umumnya. Dengan perlantikan DS Hisham ini saya yakin dengan pengalaman beliau semasa membantu UMNO ketika kalah, rangkaian rakan-rakan pemuda Terengganu sezaman dengan beliau yang masih aktif dan sikap terbuka beliau akan memudahkan usaha memperkasakan Terengganu. InsyaAllah. Pembangkang sememangnya merasa terpukul dengan perlantikan ini kerana selama ini mereka merasakan terlalu mudah untuk menawan semula Terengganu...nampaknya angan-angan mereka akan terbatut. Orang Terengganu kata...'Talla'...iaitu tersekat. Nampaknya Allah masih menyayangi parti keramat ini... Alhamdulillah.

Saya juga yakin perlantikan DS Hisham ini akan meperkasakan semua YB yang selama ini dipinggirkan oleh pihak-pihak tertentu. Sesetengah rakan saya di kalangan YB yang merasakan tidak seronok bekerja beberapa bulan lalu, sekarang telah kembali ceria selepas pengumuman lantikan DS Hisham. Rata-rata mengalu-alukan lantikan tersebut. Rakan-rakan U Best yang tidak disambung kontrak juga dikatakan paling ceria. Syukur..Syukur kepada Allah berterima kasih kepada manusia...

...Kata pendeta; ' Hidup umpama roda..sekali di atas sekali di bawah...Ketika diatas jangan 'nyek' yang di bawah...Fikir-fikirkanlah

9 comments:

Zaki said...

Sesuatu yg memalukan, dah takde pemimpin UMNO t'ganu yg layak menjadi Peng. Perhubungan sehingga terpaksa import drp Johor... Dah lah menteri kabinet sorang jer... bergaduhlah lagi lama2 negeri pon tergadai.
Jauh beza jika PAS memerintah, PM pon boleh jadi org Tganu.

Rantong said...

Utamakan parti daripada kepentingan individu. Siapa yang parti pilih, tak perlu dipersoalkan asalkan ia dtg dari parti yang satu.

View Profile: Rantong™

Ida_Natrah said...

setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya,,,semoga kita semua mendapat rahmat dan keredaan-Nya
http://idanatrah.fotopages.com

kulaan said...

Kekacauan yang berlaku di ngganu adalah kerana berebut-rebut kuasa dan saya dapati Dato lah juga yang empunya angkara seperti mana semasa dahulu apabila Sultan memilih orang lain sebagai MB.Sepatutnya jika tidak puashati letak jawatan sebagai Adun saja bagi peluang org lain yang layak

kulaan said...

Tindakan pulau ke DUN adalah satu kerja orang yang gila kuasa seperti juga nizar yang sanggup bawah pokok macam cerita Laksamana DO RE MI....

Lihat bagaimana pandangan Tan Sri P Ramlee yang melihat masa depan bahawa setiap filemnya akan berlaku secara realiti sekarang ini.

kita asyk bergaduh sesama sendiri sehingga kemajuan ditinggalkan

kulaan said...

Orang Kafiq seperti daripada DAP dan setengah drpd PKR sekarang ini bergembira kerana umat Islam di Malaysia sudah berpecah belah dan ini yang berlaku di negara Islam lain.

Satu pertanyaan kepada blooger lain pernahkah newpaper menunjukkan Lim Guan Eg sembah tok peng kong atau pi gereja???? kenapa???...

Dia kata dia akan masuk Islam kalau bapa dia mampus tetapi sampai bila(atau omomg-omong kosong)....


Surah Al-Barqarah ada menyebut tentang sikap kaum kafiq ini

Mat Yie said...

Setiap yang berlaku,pasti ade hikmahnya..
harap Dato bersabar dan samalah kita berdoa agar keadaan kembali tenang dan dapat diterima semua rakyat..
http://malayumno.blogspot.com

NK entertainment said...

X HABIS HABIS NAK BERTEKAK SESAMA SENDIRI!!!!SUDAH LAH!!!!BORING LAH DGN ANDA(MAJLIS TERTINGGI UMNO BAHAGIAN....

putrarahman said...

Inilah akibatnya bila para pemimpin tempatan asyik bergaduh sesama sendiri, maka terpaksalah pemimpin luar datang membantu.

Aku percaya, ramai pemimpin Terengganu yang berkebolehan tetapi tidak diberi peluang. Bukan tidak diberi peluang, tetapi tidak pernah ada niat untuk memberi peluang.