Salam bloggers...kemelut politik Terengganu masih belum berakhir...Dua malam lepas saya difahamkan satu majlis penerangan dibuat di Bahagian Dungun. Dihadiri oleh YAB MB, Ketua Bahagian Dungun, Ahli Parlimen Dungun dan Exco daripada Dungun. Saya difahamkan bahawa majlis tersebut dibuat untuk persiapan mesyuarat Agung cawangan yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Yang menyedihkan ialah apabila gelanggang tersebut digunakan untuk menghentam sesama sendiri. Memburukkan sesama UMNO walaupun belum jelas buktinya. Kita juga pernah merancang untuk mengadakan penerangan isu semasa tentang sms ugutan...tetapi kami dinasihati oleh pucuk pimpinan supaya jangan mengeruhkan suasana. Kita patuh kerana kita sayangkan parti. Saya tahu banyak fitnah dilemparkan kepada saya dan rakan-rakan...saya terima dengan kata-kata Alhamdulillah...Kemudian diugut dengan fail BPR...saya mengalu-alukan ...jangan sekadar gertak keling...
Kemuncak ialah sms ugutan...saya hairan kenapa orang yang bertanggungjawab masih bebas dan orang lain dikaitkan...Apakah ini satu konspirasi. Ada mencemarkan imej kami dengan mengatakan bahawa kami dayus dan berpakat atau merancang sms tersebut. Kenapa tinggal dan berlegar dihotel tidak takut tetapi hadir ke sidang dewan tidak berani? Jawabannya kerana suspek utama kes ini masih berlegar di dewan.
Kita tersasul daripada fokus sebenar... Isu sebenar ialah undi tidak percaya yang amat digeruni oleh pimpinan negeri. Takut kepada bayang-bayang. Kenapa takut sangat....sehingga saya difahamkan dihantar wakil menemui pembangkang untuk minta nyawa
kalau-kalau ada undi tidak percaya. Sampai begitu sekali tahap ketakutan yang sebenarnya tidak pernah wujud. Tidak hairan dan pelik kalau dua minggu lepas saya dimaklum oleh orang Manir yang YAB ke rumah ADUN Manir...Untuk apa dan betul atau tidak kena gi tanya orang Manir...Mungkin untuk bentuk kerajaan campuran...
Sebab itu saya tidak terkilan walaupun di arah sayap-sayap berikrar taat setia kepada pimpinan negeri walaupun terpaksa... Satu tindakan bijak untuk syok sendiri kerana nasib beliau di tangan wakil rakyat di dewan walaupun berkarung taat setia diikrarkan...Cuma tunggu dan lihat..
...Lembut bukan minta disudu...tunduk bukan minta dipijak...Fikir-fikirkanlah.
Wednesday, May 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Seri la...Puak Mat Said pun bodoh, Puak Derih Jusoh pun bodoh........ semuanya pembohong....auta belake....hok tu ada enam jahanang...hok ni pun ada sembilan jahanang...seri je dato'.
sebenarnya sy dimelaka pening dan x tahu siapa yg betul atau siapa yg salah.kenapa boleh jadi camni..bawa2 bertenang.sofar ambil yg jernih buang yg keruh(kasi terbalik lah).jadi marilah bersama2 mantapkan lagi parti keramat ini.kalau jadi tangtu ajer jawapnya pemuda(pengundi atas pagas) bosan dgn sikap YB-Yb UMNo bergini......
Sila YB Dato rujuk akhbar sekitar 22 - 23 April 2009. Siapa sebenarnya yang disyaki menghantar sms? kenapa orang yang dicari polis masih belum ditemui? adakah beliau bersembunyi?
Siapakah suspek utama kes ini?
Pepatah ada mengatakan :
Berani kerana benar. TAKOT kerana SALAH.
Sekiranya benar dan berani, maka orang yang dicari polis itu perlulah keluar dan membuat laporan di balai polis...
salam yb, apa khabar? semoga datuk dapat melayari blog saya zaidimuda.blogspot.com
salam blogger!
percayalah "kemelut" ini merupakan faktor kekalahan utama di PRU akan datang... Aku sayang UMNO...
Kepada semua ADUN, Berbaliklah kepada asas perjuangan iaitu "KERANA ALLAH"
Jika ini dapat dihayati... isu ini selesai... percayalah...
Assalamualaikum YB Cikgu..... dan kepada semua bloggers dan pembaca.
Kepada YB cikgu, sokongan saye kepada DUN Ajil tetap tidak berubah walaupun banyak rintangan terpaksa dihadapi. Walaupun tidak berada di hadapan, namun saya juga mempunyai suara kerana saya AHLI UMNO dan penyokong BN yang setia begitu juga keluarga saya.
Apa yang kita lihat hari ini,Pemimpin negeri harus berfikir dan bukannya ego dan sombong kerana sifat ini akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Kuasa kepada YB kawasan tidak diberi sepenuhnya dan hanya melayan kerenah Ketua Bahagian yang berlagak dan sombong sedangkan YB kawasan dipilih oleh Rakyat dan bukannya Ketua Bahagian. Banyak hal yang berlaku menyebabkan YB-YB kawasan terkilan dengan pucuk pimpinan negeri. Kalau rakyat yang membaca bloggers ini, sedarlah bahawa pada masa sekarang susah YB hendak buat kerja kerana campurtangan daripada Ketua Bahagian yang hanya berkepentingan DIRI SAHAJA daripada memikirkan nasib rakyat. cube rakyat dibawah tanya dengan wakil rakyat, peruntukan, bantuan dan sebagainya, semuanya campurtangan KETUA BAHAGIAN. Apa ke halnya ketua bahagian ni..... LU PIKIRLAH SENDIRI...........
Dan semua YB-YB saya harap agar saudara semua berjuang untuk kepentingan RAKYAT dan bukan untuk Kepentingan DIRI. Pada hemah dan pendapat saya, perubahan perlu dilakukan. Kalau PM boleh bertukar, takkan MB tak boleh kot....Ini adalah untuk kesejahteraan semua....Kalau dah tidak mendapat sokongan dan tidak mendapat kepercayaan, saya harap UNDURLAH diri.......Kalau nak mendapat SOKONGAN dan KEPERCAYAAN, berusahalah memuliharakan kembali kegemilangan BN semasa Zaman MANTAN MB dahulu walaupun terdapat kekurangannya....
Kepada DUN AJIL, sokongan saya kepada YB AJIL tetap setia kerana banyak jasa beliau kepada SAYA, Keluarga dan untuk rakyat di DUN AJIL sendiri.....
Wassalam...........
Kerajaan campuran..Jika benar bagai dikata..bermakna tiada lagi perjuangan selama ini yang menjadi teras kebangkitan UMNO/BN 2004.
Dan jika ini juga benar,jelas kuasa adalah agenda utama kepimpinan yang ada sekarang dan bukannya rakyat.Kerajaan campuran tidak salah..tapi biar kena dengan cara dan masanya.
Jika patah melayu " alang2 menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan" diserapkan kedalam situasi politik yang sebegini,pastinya buruk yang menanti.. yang pasti rakyat akan muak dan harus kita sedar.. rakyat adalah majikan kepada YB2 sekelian.
Semoga Dato' beroleh kesejahteraan dan diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran untuk terus berkhidmat kepada rakyat terutama di DUN Ajil.
itulah sikap org melayu islam khususnya dalam UMNO. menyedihkan. mana-mana yang ada peluang sepatutnya rembat habuan sebelum jawatan hilang..hehehe
Dato boleh jawab tak laporan ini?
Sumber: Berita Harian Online Bertarikh 8 Mei 2009 Hari Jumaat bersamaan 13 Jamadilawal 1430
SUP bekas MB diminta tampil bantu kes SMS ugutan
KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menggesa Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, untuk tampil membantu siasatan kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu bulan lalu.
Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC II), Hamzah Mohd Jamil, pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.
YB,
doh2 la berkroni,
bosan doh....
geng ahmad said dgn geng deris jusoh bukanya berebut membela rakyat tapi berebut harta rakyat
Orang kanan Idris dikehendaki polis
Dilulus terbit pada Sun May 10, 2009 12:30 am oleh TokPenghulu
Berita
Oleh Malaysiakini
Polis memberi 72 jam mulai petang ini kepada bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh untuk tampil membantu siasatan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata jika Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya.
Bercakap kepada media di Kuala Terengganu hari ini, beliau berkata polis telah cuba mengesan bekas calon BN Marang itu di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal, lapor Bernama.
Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-62 46 222.
Ahmad Ramzi kini bertugas sebagai pegawai khas Idris, sekarang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pada 13 April lepas, beberapa ADUN Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul
Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS , antaranya berbunyi "YB tak sayang nyawa?".
Mesej ringkas itu kemudian dijadikan alasan mereka bertiga dan tujuh lagi ADUN Umno enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu keesokannya.
Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.
Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.
Menurut agensi berita itu lagi, Hamzah berkata polis setakat ini mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.
"Kita mengalukan kerjasama daripada keluarga Dr Ramzi untuk menasihatkan beliau supaya tampil bagi mempercepatkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya.
Datuk Rasol..Datuk Dr Ramzi adalah orang yang dicari polis kerana dikaitkan dengn mesej ugutan kepada Datuk.Kasihan kerana puak-puak UMNO menjadi seperti orang yang paling bodoh di muka bumi. Datuk Rasol..Ingatlah..Jangan terlalu mengikut telunjuk ketua/orang atasan sehingga memakan diri sendiri.ambil iktibar dari krisis pelantikan MB Terengganu. Datuk dicop sebagai penderhaka tetapi orang yang suruh melawan (Pak Lah & Deris Jusoh) tidak di ambil bicara...bila tak mampu mengubah keadaan mereka secara terang mengatakan Datuk yang melawan..ingat Datuk....kita kadang2 di atas..kadang2 di bawah...
Pemimpin-pemimpin sekarang ni bukannya berfikir untuk kebaikan rakyat dan mengemaskan pentadbiran masing-masing, tetapi asyik memikirkan bagaimana nak terus berkuasa. Bukan semua yang menjadi pemimpin itu adalah yang terbaik dikalangan pemimpin yang ada, baik yang ada sekarang dan juga yang terdahulu, mereka semua ada kelemahan masing-masing.
Jika pemimpin sesama pemimpin asyik berkonflik, otak mereka pun kurang idea bagaimana nak bantu rakyat , rakyat yang menjadi rugi dan mangsa.
Ramzi Dicari Kerana Mengugut Rosol?
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2009/05/12/ramzi-dicari-kerana-mengugut-rosol/
Saya tertarik dengan ayat Dato yang berbunyi, "Memburukkan sesama UMNO walaupun belum jelas buktinya."
Saya lihat, Dato pun dua kali lima saja. Kata dulang paku serpih.
Bangunlah para pemimpin UMNO Terengganu, Bangunlah dari mimpi kalian. Usahlah lagi terus berdrama yang tiada kesudahan.
Mana yang telah dilantik menjadi pemimpin, teruskanlah memimpin dengan sebaik mungkin dan jujur serta amanah.
Bermaaf-maafanlah sesama kamu semua. Gunakan masa yang ada bagi mencari idea-idea untuk menjaga kebajikan rakyat tercinta. Bukannya menggunakan segenap masa mengatur strategi untuk berkuasa.
Ingat!!!! TUAN-TUAN semua dipilih oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengusulkan kepada mahkamah ""UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA KAMU"".
Belum pernah berlaku rakyat membawa kes Undi Tidak percaya kepada Wakil Rakyat, tetapi dalam zaman sekarang ini, tiada perkara yang mustahil. Menteri besar pun boleh dihukum tidak sah oleh mahkamah.
Y.B Dato' Rosol,
Sudahlah bermuka-muka, menunjuk alim dan baik. Rakyat tahu sebenarnya orang di belakang SMS ugutan itu adalah Derih Jusoh. SMS itu sebenarnya klon sahaja, datang daripada seorang lelaki yang uruskan laman web Ganung Lening. Lelaki tu pernah kerja dengan Dr. Ramzi. Dr. Ramzi orang kuat Derih Jusoh. Semua orang dah tau tu Y.B. Dato'. Maknanya Dato' dan rakan-rakan Dato' yang dua orang tu kena tipu la yer? Ataupun memang dah berpakat sesama penyokong Derih? Dato',nasihat saya sudah la tu...Sudah la bermain politik2 kotor ni. Baik Kem Derih Jusoh atau Kem Mat Said, kedua-duanya sama. Sorang 10 budak hitam, sorang lagi gen 6 jahanam. Sama sajer semua. Insaflah. Kembali ke pangkal jalan. Atau Dato' bercita-cita nak jadi MB? Dengar kata dah ada sorang isteri wakil rakyat diajar protokol? Betul ke tu? Saya rasa Dato' pun tak sesuai jadi MB sebabnya senang sajer. Dato' takde kebolehan untuk jadi ketua kerajaan negeri. Sama sajer macam lain2 pemimpin UMNO Trg yang ada dalam "pasaran" sekarang. Dato? Din Adam? Pak Rosli? Mat Said? Derih? Halim? Mat Razif kasut kilat? ku tera? Mang Bakor? Wan Hisham? Wan Farid? Bagi saya semua dok rok dan dah terpalit dgn imej yang buruk, makan duit rakyat dan sebagainya. Hancur UMNO Trg kerana tersalah pilih pemimpin, memfitnah orang lain, menjatuhkan pemimpin yang amanah dan bersih. Moga Allah selamatkan UMNO negeri drp pemimpin sebegini.
Saat-saat akhir dr ramzi di balai polis http://www.youtube.com/watch?v=TI0pEMqgRd4
Ahmad Ramzi ditahan
12/05/2009 1:48pm
KUALA TERENGGANU 12 Mei – Polis Terengganu hari ini menahan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada pertengahan April lalu.
Ahmad Ramzi ditahan pada pukul 8.30 pagi ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil yang mengesahkan penangkapan itu berkata, polis mempunyai bukti bahawa Ahmad Ramzi terlibat dalam penghantaran SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu. – Utusan
Post a Comment