Tuesday, May 12, 2009

Dirgahayu UMNO...

Salam bloggers...Kelmarin 11 Mei adalah tarikh keramat untuk Melayu kerana detik tersebut adalah detik penubuhan UMNO. Sedar tak sedar umur UMNO mencapai 63 tahun..Dan tarikh tersebut juga bersejarah untuk UMNO dan BN Perak kerana mahkamah memutuskan bahawa YB DS Nizar masih sah selaku MB Perak. Ertinya...Perak ada 2 MB dan 2 pasukan Exco...kelam kabut dibuatnya. Walau bagaimanapun kita kena terima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian tersebut... Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Yang pasti, PR amat gembira dengan keputusan tersebut...kerana beberapa hari sebelum keputusan mahkamah dibuat, ada suara-suara sumbang kedengaran bahawa keputusan mahkamah akan berpihak kepada BN dan kerajaan...tetapi yang muncul sebaliknya...Apa komen pembangkang...pasti mereka memuji keputusan tersebut.



Saya yakin apabila keputusan tidak memihakkan mereka, mereka akan adakan roadshow dan mengutuk keputusan tersebut...mana aci begitu? Saya yakin mahkamah tidak memihak kepada sesiapa...Keputusan mahkamah berdasarkan 'fact and figure'...dan saksi...Jadi serahkan kepada kebijaksaan yang Arif untuk membuat keputusan. Namun saya memuji Dato Dr Zambry yang menerima keadaan yang berlaku dengan hati terbuka. Yakinlah pasti ada sinar dihujung terowong InsyaAllah...



Begitu juga halnya dengan sms ugutan yang saya dan rakan-rakan saya terima. Dato Dr Ramzi dicari oleh pihak polis. Saya menyeru kepada beliau agar tampil memberi keterangan kepada pihak berkuasa...Saya yakin beliau tidak bersalah...Biar polis yang membuat penyiasatan dan percayalah yang benar akan muncul nanti kerana Allah Maha Adil dan Maha Pengasih. Dikatakan kami berpakat atau mempunyai konspirasi dalam hal ini, saya berani menyatakan dengan tegas bahawa saya tidak tahu menahu...saya pada mulanya ingin 'ignore' sahaja sms tersebut tetapi difikirkan bahawa ia agak serius, maka saya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Berang.



Persoalannya kenapa perlunya konspirasi tersebut? Kami tidak mempunyai masalah dengan sesiapapun secara peribadi. Cuma kami dituduh untuk menjatuhkan kepimpinan negeri. Ini satu tuduhan yang tidak berasas. Tuduhan daripada mereka yang takut kepada bayang-bayang...atau paranoid...

8 comments:

Lambo said...

Salam YB Dato;

Demi masa...

Apabila sukan pelaga ayam dihalalkan,

Pasti sentiasa berada dalam kerugian

Insan said...

Persoalan:

1. Kenapa sms terima dari nombor lain tapi kata orang lain buat?

2. Kenapa kata telefon orang tersebut hilang?

3. Kenapa kata telefon orang tersebut diklon?

4. Kenapa menuduh dengan melulu bahawa ini satu konspirasi walaupun polis telah membuat kenyataan mengatakan mereka sedang menyiasat?

Saranan untuk YB Ajil.

1. Terimalah kenyataan.
2. Percayalah kepada polis.

Namun saya memuji YAB Dato' Ahmad bin Said yang bersabar dengan pelbagai kerenah YB Adun Ajil. Yakinlah pasti ada sinar dihujung terowong InsyaAllah...

Sekarang ini sudah terang lagi bersuluh. Siapa sebenarnya yang takut kepada bayang-bayang...atau paranoid... ?

ganergamok said...

Salam YB Dato',semoga dilimpahkan rahmat dan kesejahteraan dalam menghadapi dugaan hidup ini. UMNO sudah berumur 63 tahun lamanya.

Walau apa yang berlaku, tabahlah menghadapi ujianNYA,kerana ALLAH maha Mengetahui lagi Maha Mengahsihi. Jika benar DR Ramzi yang membuat perkara ugutan tersebut, biarlah undang-undang menentukan. Walau ada orang mengatakan ia Konspirasi YB dan rakan-rakan, saya percaya ia tidak benar sama sekali, dan saya percaya kebenaran akan terbongkar jua.

Kepada YB cikgu, saya harap sabar dalam menghadapi cabaran ini kerana saya juga merasai tempiasnya kerana pernah berkhidmat dengan YB cikgu pada masa dahulu.Apapun rintangannya akan dihadapi jua onak dan duri dalam perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu dan juga menjaga rakan-rakan bangsa lain terutama di DUN AJIL......

Wassalam.......

Yanaam said...

"Polis mempunyai bukti untuk mempercayai bahawa Ahmad Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS tersebut" - Timbalan Ketua Polis Terengganu

Saya sangkakan Dato tentu gembira dan lega apabila orang yang disyakki telah ditangkap. Setidak-tidaknya, Dato dan rakan-rakan rasa lebih selamat kini. Apapun, siasatan masih berjalan dan pendakwaan belum dibuat.

Namun saya juga percaya, Dato membuat keputusan untuk melaporkan kepada polis bukan sebab ianya serius tetapi sebab Dato begitu yakin, sms tersebut datang daripada pegawai kanan MB.

Jika Dato tiada niat untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada MB, tiada sebab untuk Dato merasa takut.

Unknown said...

Datuk Rasol Wahid,
Sememangnya Datuk Dr Ramzi yang bertanggungjawab atas sms tersebut...Datuk, jikalau Datuk kata nak ingore sahaja kenapa Datuk takut masuk ke sidang Dewan Undangan Negeri..buat malu jer Datuk dan kawan2 budak hitam kena baham oleh awok2 PAS dalam dewan..Datuk..orang lain siap dapat peluru hidup, kelongsong peluru....ini Datuk dapat sms jer..relax la Datuk...adakah Derih tak berjaya dalam percubaan untuk membuat usul undi tidak percaya ke atas Mat Said...
kadang2 kita tak boleh jugak berpegang atas apa yang dijanji oleh ketua kita...Datuk kena ingat kem Mat Said hebat juga..walaupun Mat Said mudah menitiskan air mata namun dia bermati matian akan mempertahanakan jawatan MB Terengganu yang dia sandang sekarang,,,,peluang Datuk jadi MB pasti ada...cuma Datuk kena guna strategi lain...taktik yang dok pakai sekarang ini mmg tak boleh pakai...

Datuk..UMNO walaupun sudah 63 tahun tapi ahli-ahlinya termasuk pemimpin2 kanan dr Terengganu tidak menunjukkan kematangan UMNO itu sendiri...wakil2 rakyat lebih mementingkan kuasa bagi mengaut kekayaan sahaja...minta maaf la Datuk..tapi itu adalah realiti...sape yang hendak hidup susah..tapi percaya la Datuk..jika tiada perubahan dari UMNO itu sendiri maka saya tidak hairan Haji Hadi akan jadi MB terengganu buat kali kedua selepas pilihanraya ke 13 nanti...

Mohd Sobri said...

Salam..
Maaf dah lama tak komen..
Agak sibuk dengan tugasan..

Nak ajar itek berenang rasanya bukan kerja kita..

Nak ajar burung terbang... Rasanya anak burung lebih tahu..

Kalau yang hak dikembalikan kepada yang hak maka yang bathil akan lenyap..

Ruang perbincangan jangan ditutup ianya perlu sentiasa diperbaharui..

Saya baca 5 komen terdahulu sebelum saya mambuat komen ini.. Memang bercakap mudah kerana tak kena atas batang hidung sendiri.. Tak dinafikan siapa nak hidup miskin.. Semua nak kaya dan raya..

Jangan menganggap semua orang tu sama dasar perjuangannya... Apa ingat Hj. Hadi tu baik sangat ker? Jangan keterlaluan dalam memberikan pandangan..Niat biarlah ikhlas... Tengok-tengoklah Dato'

MaMiN said...

Salam Y.B.

Apa benda ni semua Y.B? Konspirasi polis nak kenakan Y.B dan Derih ke? Macam mana Y.B yakin sangat Dr. Ramzi tak bersalah? Memang la bukan Dr. Ramzi yang hantar sebab yang hantar tu adalah orang yang uruskan laman web Ganung Lening tu. Orang tu kan pernah kerja dengan Dr. Ramzi. Dulu ada la website tu, punya la sayang dan asyik puji je Derih.... Takkan la Y.B ingat rakyat ni bodoh sangat...nak percaya je apa yang Y.B cakap...SMS ugutan la konon, lari smbunyi Hotel Felda? Pulaukan sidang DUN? Siapa yang paranoid ni? Cukup la Y.B. Sudahlah...semuanya dah bosan...Y.B nak sangat jadi MB ke? Y.B ingat Y.B layak ke jadi MB dengan sikap busuk hati macam ni? Pergi oversea pun senyap je, sepatah tak cakap bende..tak berani bukak mulut speaking...dah guane "bakal MB" gitu?

Unknown said...

jangan takut dan jangan bimbang atas segala kebuntuan dan persoalan, hanya allah saja yang maha mengetahui apa yang sebenarnya berlaku... pasti akan dihisab dan mesti dijawab di akhirat kelak. taida sesuatu pun yang boleh mengatasinya. allah maha mengetahui
wallahu alam