Monday, April 20, 2009

Klon dan Takdir

Salam bloggers...sekali lagi terima kasih kerana masih setia dengan blog saya. Sekarang isu saya dan rakan-rakan tidak hadir ke sidang DUN masih hangat dan panas diperkatakan. Saya tidak menyalahkan rakan-rakan back bencher...mereka setia dengan saya dan rakan-rakan yang diugut melalui sms. Saya masih menunggu keputusan siasatan polis punca sebenarnya sms tersebut. Saya difahamkan bahawa polis masih menyiasat...cuma ada kabar angin mengatakan bahawa sms tersebut dari sim card yang diklon. Kalau betul amat malang pihak kami bertiga kerana sms daripada sms kad klon. Dan inilah kali pertama saya dengar sim kad telefon diklon. Saya biasa dengar kredit kad dan IC diklon. Wallahu Alam...

Sekarang sibuk di pejabat mb...orang yang disyakki...dikatakan menghilang. Ada yang mengatakan telah ditukar...ada yang kata di beri cuti. Cuti sakit atau cuti rehat...Mana satu yang betul...tunggu dan lihat...Dan berbagai-bagai versi...Ada yang royat beliau ke Bukit Takal Kemaman...Walau bagaimanapun saya dan rakan-rakan mendoakan kesejahteraan kepada beliau sekeluarga. Moga beliau dirahmati dunia dan akhirat... Amin...

Rakan-rakan mungkin ingin mengetahui kenapa kemelut di Terengganu tercetus. Saya pun tidak pernah terfikir hal sebegini 'havoc' meletus lagi...Saya telah serik dengan pengalaman lampau yang begitu memeritkan. Pengalaman lama masih 'fresh' dan saya berdoa agar ia tidak berulang lagi kepada saya dan sesiapa sahaja. Saya juga hairan kenapa nama saya sering dikaitkan dengan situasi yang panas... Mungkin telah ditakdirkan di Luh Mahfuz... Saya terima dengan hati yang terbuka. Cuma saya sering berdoa kepada Allah agar menguji saya dengan perkara-perkara yang mampu saya tanggung. Kerana saya seorang hamba yang lemah dan dok rok...

...Orang mukmin tidak akan dipatuk oleh ular dua kali dalam satu lubang...maksud hadis...Fikir-fikirkanlah

3 comments:

Law (LLB) Center said...

fikir fikirkanlah dosa menfitnah orang

Law (LLB) Center said...

mahu tahu perkembangan terkini sms ugut?
sila ke http://www.hambali1.blogspot.com/

p/s : jangan tak approve komen ni

Ex-MPSI said...

Yang menjadi kemusyhkilan semua orang yang mempunyai akal yang waras, KENAPA DR RAMZI YANG MEMPUNYAI TITLE DR. DIDEPAN TU, TIDAK MAHU MENYERAH DIRI KETIKA DI MINTA HADIR MEMBANTU PIHAK POLIS? KENAPA SAMPAI KELUAR WARAN TANGKAP PUN TAK MAU HADIR. SEHINGGA PIHAKPOLIS TERPAKSA CARI DAN TANGKAP??

Pujangga pernah berkata.. BERNAI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.."

Jangan sesekali bermain api, kelak membakar diri...

Jadi.. fikir-fikirkan lah... :d