Monday, March 9, 2009

Maulid dan PPSMI

Salam Maulidur Rasul....moga sambutan kedatangan ulangtahun kelahiran Baginda Rasulullah saw kali ini akan menhadirkan sinar dan harapan baru dalam kehidupan kita di bumi bertuah Malaysia ini. Ramai umat Islam di seluruh dunia berarak dan bersalawat memuji kehebatan junjungan besar Nabi saw...Begitu juga kita di Malaysia dan khususnya di Terengganu Darul Iman. Orang tua, kanak-kanak, lelaki dan perempuan hadir untuk memeriahkan suasana.

Pelbagai tema direka dan dibuat untuk mendidik dan mengajar umat...Tetapi persoalannya, telah banyak kali kita berarak, benyak kali kita bersalawat dan banyak tema telah dicipta...Apakah wujud perubahan positif terhadap bangsa dan agama kita ke arah kecemerlangan? Apakah bangsa kita hari ini sehebat bangsa lain dalam ekonomi, moral dan lain-lain? Persoalan yang perlu dijawab dengan penuh keinsafan dan kejujuran.

Dalam suasana kita menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar kita, kita dikejutkan dengan perarakan anti PPSMI...Saya nampak pembangkang yang menjadi juara. Mereka menangguk di air keruh. Yang peliknya mereka yang dikatakan pejuang bahasa...itupun berbahasa pun tidak betul. Nak jadi pejuang bahasa konon...Memang adat pembangkang...sentiasa membangkang...kalu tidak bangkang..dok segor tuboh...kata orang Terengganu.

Dalam hal ini kita tidak boleh emosional...Sebagai umat Nabi saw...kita mesti rasional. Saya yakin adalah tidak berdosa jika kita meneruskan PPSMI. Lagipun adakah kita tidak berbangga jika anak-anak kita mampu menguasai banyak bahasa...boleh berbahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Arab? Masyarakat di Eropah dapat menguasai 5 hingga 7 bahasa bahasa adalah perkara normal...Mereka boleh berbahasa Peranchis, Jerman, Swiss, Itali disamping Bahasa Inggeris. Apakah dengan PPSMI ini menunjukkan kita anti Bahasa Melayu?

Kata Hukama'...ajarilah anakmu untuk zaman mereka bukan untuk zaman kamu...Fikir-fikirkanlah.

9 comments:

awang kata said...

Dato', ada ke orang kita yang halang bangsa kita kuasai banyak bahasa. Setahu saya PPSMI ditentang kerana menafikan upaya bahasa bangsa kita.

bnkterengganu said...

-YB orang umno malas baca, dia suka cari pitis mudah nak isi perut le je-"moyyok" je yb tadi..tak sihat ke?

Jalalsmile said...

Assalamualaikum Dato', Selamat menyambut Maulidur Rasul.
Hok dak patut blaku doh jadi. PAS dan pengikut tototnya kohor gong dan sombong. PPSMI sebenornya baik untuk anok melayu kite, tapi PAS dak pernoh reti base. Tapi mike tu doh jenis katok...melompat sokmo cari mana ada air untuk bertelor. Satu bende lagi dak kan lah kalu doh 6 tahun berlalu, UPSR kohor naik (MT/SN dan BI) dak kan dok molek langsung. Wahai org PAS yang gong,...sedorlah bahawa kita bertanggungjawab untuk beri generasi kite, pendidikan untuk zamannya...bukannya mengikut hok ilmu zaman kite. Jangan Pandang Belakang.

afiqsyahmir said...

Salam bloggers...

Anak bangsa Melayu sendiri gagal berbahasa Melayu dengan sempurna! Itulah hakikat yang sebenarnya. Buatlah statistik tentang berapa peratus anak Melayu yang mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam SPM? Seseorang pelajar yang hebat dalam Matematik tidak semestinya juga hebat dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, mungkinkah Adik Adi Putra akan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu jika beliau menduduki BM dalam SPM sekarang?

Sebenarnya, Bahasa Melayu sendiri pun anak Melayu masih tunggang langang inikan pula nak mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Buatlah tinjauan di kawasan pedalaman, jangan ambil kira pandangan anak-anak kakitangan kerajaan dan swasta. Jika anak-anak golongan terpelajar diambil kira, tentulah statistik tidak benar. Kerana anak-anak golongan terpelajar akan diasuh dari rumah lagi. Buatlah statistik, dalam hal ini saya rasa Kementerian Pelajaran mempunyai maklumat dan data yang lengkap. Usah la mempolitikkan demi bangsa Melayu.

Berkata benar lah biarpun pahit.

afiqsyahmir said...

YB Datuk,

Apa cerita sebenar mengenai UDM ni? Benar ke atau karut je? Kalau karut saya pohon YB Datuk syorkan TDC UDM buat laporan Polis. Diam bermakna benar. Report je...Untuk menjaga maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan UDM sendiri. Heret mereka ke mahkamah!!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

KENAPA PPSMI PENTINGKAN BAHASA MELAYU/MALAYSIA SEDANGKAN PAKATAN MAHU HAPUS KETUANAN MELAYU?

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Tulisan ini menyentuh dasar kerajaan khususnya dasar Pendidikan,saya kira sebagai ibubapa yang mempunyai anak murid yang sedang mengikuti pembelajaran PPSMI perlu melahirkan pendirian masing masing,salah satu jalan yang terbaik jika sekiranya PIBG juga turut membincangkan isu ini, jadikan juga suara PIBG turut sama bolih menentukan dasar yang akan dibuat olih Kementerian Pendidikan itu sendiri.Sudah sampai masanya PIBG kena membincangkan dasar pembelajaran mata pelajaran Sains dan Mathematik ini didalam agenda mesyuarat tahunan mereka, kerana dasar ini telah banyak dipersoalkan,mungkin dikampung kampung pendalaman,soal ini para ibubapanya menjadi pak turut sahaja atas alasan semua dasar yang dibuat olih kerajaan kononya untuk kebaikan,ini merupakan satu dahyah yang diperkenalkan olih kerajaan dengan alasan suara selain daripada datang olih kerajaan itu sendiri dianggap hanya suka membangkang secara melulu.

Sebanarnya kalau kita baca maklumat dari wadah rakyak melalui internet misalnya pasti kita dapati kenapa tidak sama dengan apa yang dipaparkan dari kaca televison, Jawapannya ialah kerana apa yang dipaparkan itu semata mata mengikut sebelah kacamata (kerajaan) sahaja dan bukannya memenuhi kehendak dan suara rakyat terbanyak.Jika kerajaan mengambil tanggungjawab memuaskan hati semua pehak,kita pasti tidak akan berlaku perarakan besar besaran baru baru ini untuk menyerah memorandum kepada Duli yang maha mulia Raja yang DiPertuan Agong.Rakyak sudah tiada "flatform" lain selain berarak dijalan raya dan jika ada pun orang politik yang terlibat dalam perarakan tersebut ini bukan bermakna mereka telah dijadikan alat atau ada dalang disebalik isu PPSMI ini.Kehadiran orang politik mungkin sekadar tanda cakna dan turut prihatin serta bersimpati dengan masa depan bahasa melayu yang dilihat dari sehari kesehari kedudukannya semakin terhakis,yang menghakiskan nasib bahasa ini bukan orang asing, bukan bangsa asing tetapi olih satu bangsa yang bernama melayu itu sendiri.Dengan ini isu PPSMI ini tidak bolih dilihat ianya telah dipolitikkan.

Kita bukan ingin sempitkan fikiran,kerana anak anak dizaman ini perlu diberi pendidikan mengikut peredaran masa mereka,akan tetapi persoalannya apakah kita mahu melihat 20 ke 30 tahun akan datang kesemua 26 juta rakyat Malaysia yang mempunyai anak pada hari ini kesemuanya ingin melihat anak mereka menjadi seorang pakar akauntan,menjadi seorang pakar saintis,jika begitu bagaimana dengan kerjaya seorang ahli sastrawan dan wartawan,bagaimana kerjaya seorang ustaz,bagaimana dengan kerjaya seorang wirawan seperti tentera dan polis dan sebagainya.Apakah kita perlu mewajibkan mereka turut sama lulus cemerlang pelajaran sains dan mathematik dalam bahasa inggeris ini.Apakah bahasa inggeris "pertuturan" sahaja tidak mencukupi .Bagaimana dengan kerjaya politikus yang hanya tahu memakan labu kononnya dengan niat untuk membaiki labu tersebut.Ini jelas Isu PPMSI ini diera tahun 60an dulu kita sudah ada dasar pelajaran dua pilihan iaitu satu aliran sastera/agama dan satu lagi aliran Inggeris,olih itu sebabnya kita lihat ada keputusan LCE,MCE dan HSC.Olih yang demikian kita dapati dasar PPSMI ini satu racun yang akan membunuh bahasa melayu secara beransur ansur. percayalah....

Jika kita lihat dari sudut kaca mata agama,ada batasan batasan dalam cara beribadat,sebagai contoh kita lihat seorang muslim/islam ada dalam bidang bidang tertentu seperti pengkhususan dalam bidang ilmu ahli falak,ahli ilmu wahyu,usulluddin,bidang perundangan syariat dan muamalat. Olih yang demikian islam sendiri ada tokoh saintis yang termasur dalam bidang perubatan iaitu Ibnu Sinar,Jadi persoalannya apakah pehak kerajaan tidak mahu selesaikan isu pembelajaran mata pelajaran Sains dan Mathematik ini sebagai fardhu kifayah (memberi pilihan) kepada rakyat yang kurang bersetuju dengan dasar PPSMI ini? kerana hanya inilah sahaja jalan cara penyelesaian yang terbaik memulihkan keyakinan rakyat (yang semakin geram) terhadap isu ini supaya tidak terus berlanjutan...

Artikel seterusnya bolih dibaca dalam http://berkatilah.blogspot.com

Hamdillah said...

salam,kalau buat dalam bahasa arab atau mandarin diaorang dok maroh kut....pakatan jahat ni x kira doh,janji boleh bangkang je...cuba kita ingat di penang guna signboard pelbagai bahasa sampai bahasa melayu disama tarafkan dengan bahasa lain,kenapa x buat demostrasi?betul bahasa melayu perlu di perkasakan..rakyat malaysia perlu menggunakan bahasa melayu,kenapa org bukan melayu jarang menggunakan bahasa melayu?rasa low class bila guna bahasa melayu...bukan bahasa melayu low class tetapi metaliti orang melayu ni low class...cap kedodo tali upih

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

saya nak jawab komen POK SU


yang berlaku ialah rakyat dikencingkan dengan isu2 memualkan dan meloyakan..

pasal PPSMI, saya ingat saudara boleh ke blog saya untuk penjelasan...

ORANG TUA KATA-
NAK SERIBU DAYA DAN TAK NAK SERIBU DALIH.

Anak2 nik aziz pun belajar USA- tak guna BM pun..

anak2 pakar bahasa macam nik safiah karim..cakap inggeris di rumah, kalau cakap kelantan macam keturunannya dianggap ketingagaln zaman...