Salam bloggers...Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang diumumkan kelmarin. Alhamdulillah Terengganu masih tidak koman dalam hal ini. Saya difahamkan anak-anak dan adik adik kita yang lulus semua matapelajaran meningkat 0.25%. Hari ini 11161 orang pelajar lulus semua matapelajaran berbanding 10171. Terima kasih cikgu. Tahniah ibu bapa dan tahniah kepada semua warga pendidik yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan pencapaian ini.
Saya cukup bangga dengan pencapaian Hulu Terengganu. Pencapaian yang boleh dibanggakan sama ada dalam SPM atau STPM. Dalam STPM seorang pelajar kita dari Hulu Terengganu mendapat 4 flat...Kesemua yang mendapat pencapaian ini seluruh negeri ialah 5 orang dan salah seorang daripada Hulu Terengganu. Tahniah Siti Nabila Huda bt Abd Rashid...Anda membuktikan bahawa Hulu Terengganu hebat. Dan Tahniah SMK Tengku Ampuan Intan.
Begitu juga halnya dengan SPM...Hulu Terengganu mendapat tempat ketiga antara Daerah... selepas Besut dan Kuala Terengganu. 24 orang pelajar kita mendapat semua A...Dan saya amat berbangga apabila seorang pelajar dari SMK Menerong yang jauh dipedalaman masih mampu membuktikan kecemerlangan mereka. Tahniah...
Nampaknya hasrat kami orang politik di Hulu Terengganu yang kebanyakannya bekas Cikgu untuk menzahirkan Hulu Terengganu hebat dan Hulubalang Terengganu seolah-olah diperkenankan olehNYA. Semua ini akan tercapai dengan kerjasama semua pihak. Perjuangan ini perlku diteruskan..dan saya merasakan Hulu Terengganu boleh duduk sebaris dengan daerah elit seperti Besut dan Kuala Terengganu...InsyaAllah...
...Kata pujangga...'Usaha yang luar biasa pasti hasilnya luarbiasa...' Fikir-fikirkanlah
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
saya masih ingat ingat kata2 tokoh motivasi- dr fadhilah kamsan.
tak dapat banyak A tak bererti kita tak berkualiti....yg penting apa sumbangan kita lakukan pada 'esok hari'...
anwar ibrahim pun dapat ijazah Am aje masa belajar Universiti Malaya dulu..boleh jadi TPM pun datuk... MCE (SPM) dia mana ada A...
Salam Cikgu',
Tahniah buat semua terutamanya kpd ibu bapa atas kejayaan anak mereka. Tahniah buat Cikgu2 yang berkerja keras membantu pelajar2.. Tahniah kpd pemimpin2 @ wakil rakyat HULU menjaga kebajikan pelajar dan semoga kebajikan yang dicurahkan akan diredhai dan dirahmatiNYA. Amin.
Cikgu,
Baru ni saya balik kg.. Bangga sgt tengok pembangunan kat K.Berang le ni.. Walaupun pembangunan agak lambat nk dibandingkan dgn daerah lain, tapi sekurang-kurangnya wakil rakyat yang ada pada hari ini terus berjuang untuk memastikan K.Berang membangun seperti kawasan-kawasan lain.
Buat cikgu & rakan seperjuangan, teruskan berjuang. "Jadilah seperti pepohon di tepi jalan, walaup dibaling, tetap dibalas dgn buah yang lebat."
Semoga cikgu terus ikhlas dlm berjuang!!
Betul kata Dato' tu...
Kejayaan luar biasa hanya ada pada usaha luar biasa..
Saya juga bekas SMK Menerong...
Tahniah di atas kejayaan pelajar2 dan guru2...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TERIMAKASIH DIUCAPKAN KPD DATO RASUL DIATAS KEPERIHATINAN BELIAU PADA PELAJAR PELAJAR SERTA MENJALANKAN TANGUNGJAWAB DENGAN SEMPURNA
dato'
Satu yang agak mengecewakan bila bekas pendidik di Hulu Terengganu gagal mempetahankan keputusan Kerajaan memindahkan Politeknik Hulu Trg di Kuala Jeneris.Walaupun telah dipecahtanah oleh PM sebelum PRU 12 dulu dan sebahagian tanah diratakan namum yang pastinya Politeknik Hulu Terengganu sudah tidak wujud lagi sekarang sepertimana hilangnya UiTM di Bukit Besi...Dato' silap siapakah ini?-bukan salah ibu mengandung-
Post a Comment