Salam bloggers...satu lagi malapetaka yang menimpa PKR...Kali ini di Pulau Mutiara...atau nama sebenarnya Pulau Pinang. Ramai pemerhati politik mengagak perkara ini akan terjadi. Cuma masa dan ketika sahaja yang akan menentukannya. Sekarang apa yang diagak dan dijangka benar-benar terjadi. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang telah confirm letak jawatan. Alasan yang diberikan ialah kerana ingin melanjutkan pelajaran. Tahniah YB...menuntut ilmu bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dan tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China. Tetapi Ketua Menteri ialah seorang Cina. Kenapa tidak tuntut ilmu daripada YAB KM sahaja? Atau ilmu daripada YAB KM terlalu tinggi tahapnya hingga sukar digapai. Wallahu Alam...
Walau bagaimanapun saya yakin alasan yang diberi oleh YB Timbalan KM hanya sekadar alasan. Orang politik katakan. Apa yang tersembunyi disebalik alasan tersebut mungkin sesuatu yang yang tidak mampu dimaklumkan kepada umum. Demi kepentingan parti barangkali. Satu lagi perkara yang menghairankan ialah Pengerusi Perhubungan Negeri tidak tahu hal perletakan jawatan tersebut. Dua persoalan besar iaitu..apakah Pengerusi Perhubungan ada masalah dengan YB Fairuz atau Pengerusi Perhubungan sengaja tidak mahu ambik tahu. Yang pasti sejak PKR dan PR menerajui Pulau Pinang, saya dengar masalah orang Melayu di pinggirkan. Nasib bumi tidak diendahkan. Sepatutnya PAS berusaha mengambil alih Pulau Pinang daripada DAP. Saya agak terkilan kerana Tanah Melayu di urus dan ditadbir oleh bukan Melayu...Saya bukan Ethnocentric...tetapi itulah hakikatnya.
Saya baru sahaja pulang daripada Perak Darul Ridzuan...Saya tersentak apabila MB dalam buangan menampalkan 'sign' di kediaman sewanya...KEDIAMAN MENTERI BESAR...sejauhmana benar cerita tersebut, bolehlah pergi tinjau-tinjau kawasan rumah sewa DS Ahmad Nizar...kalau betul kesian kepada YB kita yang sorang ni...Tapi anggaplah ini ujian daripada Allah...Harap penyakit ini tidak berlarutan bimbang akan terus diingati oleh anak cucu kita nanti. Nauzubillah. Redhalah dengan takdir dan ketetapan Allah dan yakinlah pasti ada hikmah dan kebaikan disebalik semua kejadian.
Kepada semua perwakilan UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi...Selamat Bersidang...Pilihlah mereka yang mampu mengubah nasib bangsa, agama dan negara dan jangan pilih mereka mampu mengubah nasib mereka sendiri sahaja... Fikir-fikirkanlah...
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Mudah-mudahan perbuatan mantan Menteri Besar itu tidak terbawa-bawa sehingga boleh membawa kepada keaiban pada dirinya.Mudah-mudahan yaasin dan qunut nazilah yang sering dibaca untuk kita tidak bertukar bencana buat mereka. Sesungguhnya kita bersaudara, marilah kita mendoakan keselamatan saudara seagama. Mudah-mudahan umat Islam selamat semuanya. Mudah-mudahan perbuatan seseorang tidak menjadi petaka kepada seluruhnya.
Kalau masalah UMNO ramai yang nak bercakap tapi kalau masalah parti pembangkang seperti PAS PKR dan DAP tidak pulak nak bercakap. Dalam masa yang sama makan minum hidup senang selama ini kerana UMNO jugak. Hipokrat betul orang Melayu hari ni. Nama je Islam amalannya macam Yahudi.Ya Allah selamatkanlah UMNO dan peliharakanlah umat Melayu bawah kepimpinan UMNO. Aaaamin
Salam.....
Semoga YB cikgu Rosol berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya.
Saya terdengar cikgu terlibat dalam satu kemalangan baru2 ini, cuma nasihat daripada anak buah cikgu ini agar sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan.
Maaf juga kerana sudah lama tidak menjenguk dan melawat cikgu kerana baru sahaja mendengar berita tersebut tempoh hari.Agak sibuk sikit dengan tugas yang diamanahkan.
Ringkas sahaja tulisan saya pada kali ini, kepada perwakilan semua, pilihlah pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara dan bukan untuk kepentingan sendiri, kerana ia adalah kayu pengukur sejauh mana UMNO Parti Keramat ini boleh berjuang dalam keadaan yang serba mencabar pada hari ini dan hari-hari yang mendatang.Wang ringgit tolak ketepi,kesinambungan Parti harus dikekalkan khususnya demi Masa Depan Orang Melayu.
Wassalam........
emmm....
Dato dok dapat lah jd perwakilan..Kita kena mantapkan lagi jentera kita untuk tumbangkan Dato Ku Tera.
Insyaalah,lihatlah apa yang akan dilakukan oleh generasi muda di menara ganding.
Kami benci kronisme dan napotisme.
kami sudah melihat apa yg telah dilalui ibu-bapa kami yang dipermain oleh tangan-tangan yb yang pesismis dalam erti kata sebenar..
Kami bukan dok ambik cakna(LOGHAT GANU)kami memerhati daripada jauh apa yang dilakukan pemimpin haprak yang mengkayakan ahli kluarga masing2.
Tunggulah pukulan KO daripada kami semua.Gerakan sudah bermula,yunggu masa dan ketika sahaja..
P/S:teruskan perjuangan dan selamat maju jaya Dato.....
YB..Kami nak Idris "Natang"
KM Pulau Pinang dr GERAKAN dulu melayu ke YB? UMNO buat apa masa tu? kenapa nk salahkan PAS? YB mudah lupa...
DATO.. Rasanya buat masa ni dok payahlah sibuk pasal dalam seluar orang. Tengoklah dalam parti umno serndiri. Segala macam masalah dari sebesar besar masalah seperti kes rasuah sehinggalah kepada perebutan nak jadi ajk cawangan. Tak pernah nak selesai. Toksoh nak ambik milelage politik lah Dato kat Pulau Pinang tu. Pakatan Rakyat terlalu besar majority kat sana. Patutnye Dato tulislah banyak banyak sikit pasal rasuah dalam parti karat Dato ni.
Salam,
Parti yg berpenyakit kancer tahap 4 tunggu masa utk berkubur...tak nampak UMNO mahukan perubahan .. lihat saja presiden barunya, seorg yg penuh dgn skandal yg belum dibersihkan, populariti yg jauh lebih rendah drp Pak Lah. Hairan dgn ahli2 UMNO... melaung sana sini inginkan perubahan tapi hakikatnya tiada yg berani memilih pemimpin yg benar2 bersih..lebih malang lagi yg memilih pun 'bahang pitih'..selepas pemilihan nanti org akan bertanya adakah pemimpin2 baru ini menang kerana mempunyai lebih wang utk sogokan...so macam mana nak berubah, tiada apa yg nak diharapkan lagi. UMNO is going from bad to worst under new presiden.. percayalah... memudahkan lagi pembangkang mengambilalih kuasa selepas p/r 13 nanti.
Post a Comment