Wednesday, May 25, 2011

http://drosol.blogspot.com

Salam Bloggers,

Saya ingin memaklumkan bahawa, blogspot ini akan berpindah ke website lain. Sahaba-sahabat sekalian boleh melayari di http://www.drosol.com. Namun, website tersebut masih dalam proses penyelenggaran. Diharapkan, selepas ini layari di link baru itu.

Terima kasih.

Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Salam bloggers. Dikesempatan yang mulia ini, tidak terlambat lagi untuk saya mengambil kesempatan untuk mengucap "Selamat Hari Guru" kepada guru-guru di Malaysia amnya dan khususnya kepada warga pendidik di Terengganu Darul Iman. Teristimewa buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dari tidak kenal huruf sehingga terpilih mewakili rakyat. Ianya bermula dari seorang cikgu yang tabah, sabah dan jujur mendidik.

Tanpa cikgu, saya mungkin tidak mengecapi apa nikmat yang saya perolehi sehingga ke hari ini. Terima kasih cikgu. Maaflah, bukan saya tidak mahu sebut satu persatu nama-nama cikgu yang pernah ngajar saya, tp terlalu banyak. Bagi menggelak ada cikgu-cikgu tersinggung, elok rasanya saya ucapkan secara umum.

Saya ucap terima kasih pada cikgu, walaupun hukuman rotan dan denda itu menjadi perkara biasa sewaktu dibangku sekolah. Tapi hukuman itu memberi pengajaran yang berguna kepada saya. Hukuman bukanlah menandakan cikgu itu benci dan tidak suka kepada pelajar, hukuman adalah memberi pengajaran agar di masa depan perkara yang salah tidak diulangi lagi.

Saya juga mendapat ucapan "selamat hari guru" dari bekas pelajar-pelajar saya dan rakan-rakan. Saya pun berasal dari seorang guru sebelum menceburi diri dalam dunia politik. Guru dan politik adalah sinonim bagi saya. Guru pun melibat masyarakat dan politik juga melibat masyarakat. Pada awal penglibatan saya dalam dunia politik 1999, saya tidaklah berasa kekok dan kaku dengan jawatan sebagai YB. Walaupun ketika itu, saya pertama kali dicalonkan. Difikiran saya, saya akan membawa isu-isu rakyat di kawasan Ajil ke pihak Kerajaan. Namun, Allah swt maha mengetahui dan maha mengatur di atas apa yang berlaku. Saya menang dan negeri tumbang kepada pembangkang iaitu PAS.

Itulah kenangan yang tidak dapat saya lupakan dalam hidup saya. Perit dan pedih apabila menjadi YB pembangkang. Segala luahan rakyat dan masalah rakyat sukar untuk dibawa ke tengah. Lebih-lebih lagi perbezaan idealogi dan fahaman politik. Tapi, diatas sokongan rakan-rakan dan rakyat di kawasan saya, saya dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan kemampuan sebagai YB pembangkang. Terima kasih juga kepada Y.Bhg Dato'Bakar, Dato'Rashid Ngah dan YBM Dato'Tg Putera. Kami berempat menjadi YB yang mewakili UMNO Terengganu sewaktu Terengganu mengalami zaman gerhana.

Berbalik kepada profesion guru. Kini, Profesion perguruan mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Saya diberitahu rakan yang berkerja di Kementerian Pelajaran Malaysia, bilangan guru untuk diisi bagi program kursus lepasan ijazah (KPLI) hanya 2000 tempat sahaja setahun, namun bilangan yang memohon berjumlah 60 000. Itu jumlah yang luar biasa. Bermakna profesion sebagai cikgu adalah profesion yang orang terengganu kata " high class". Namun sejauh manakah, profesion guru hari ini memiliki jati diri seperti guru yang zaman-zaman dahulu. Sanggup berkorban jiwa dan raga demi menjunjung satu prinsip "ibarat sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain".

Sekiranya, guru hari sanggup menjunjung prinsip tersebut. Pihak KPM tidak pening kepala untuk melayani karenah segelintir cikgu-cikgu yang tidak sanggup ditempatkan di kawasan pendalaman Sabah & Sarawak dan juga kawasan hulu-hulu. Namun, pihak kerajaan menyediakan elaun yg setimpal dengan kawasan. Saya difahamkan elaunnya RM1500,RM1000 dan RM500 berdasarkan kepada kawasan.

Tetapi, saya nasihatkan kepada bakal-bakal guru. Junjunglah prinsip tersebut. Jangan kita berebut-rebut untuk menjadi cikgu disebabkan kerja guru orang kata, kerja sekerap hari. Cuti banyak dan gaji boleh tahan. Itu bukan yang kita inginkan. Biarlah lahir dalam diri sikap jujur, ikhlas dan amanah untuk mendidik anak bangsa. Ingat, profesion guru adalah mulia disisi Islam.

Pohon nyior tegak berdiri
Ditanam mari tepi rumah
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan.

Tenkiu cikgu.

Friday, May 20, 2011

Ulangtahun ke 3

Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kekuatan oleh Allah swt untuk mengupdate blog saya ini. Apa yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan laman sesawan blogspot ini. Sedar tidak sedar, blog saya ini sudah berusia 3 tahun pada 6 April 2011 yang lalu. Terharu dan terkilan, kerana masih lagi berjalan seperti biasa. Kadang-kadang orang terengganu kata "dok dan" nak update. Tapi, boleh dikatakan boleh bertahan lagi. Insya-Allah.

Blog inilah yang menjadi penghubung diantara saya dengan rakyat kalian. Walaupun, saya manusia biasa hanya diberi amanah oleh rakyat mewakili kawasan Ajil. Namun, ianya tidak terhad kepada kawasan Ajil. Malah, ribuan pelawat bukan datang dari kawasan Ajil sahaja. Malah dari dalam dan luar negara. Terima kasih daun kelati saya ucapkan.

Saya akui bahawa, blog saya ini tidaklah sehebat blog chek dek iaitu Y.Bhg Tun Mahathir dan blog Dr Mohd Khir Toyo yang sentiasa menyuarakan isu-isu yang bernas. Namun, perbezaan saya dengan beliau adalah sangat jauh. Pengalaman memimpin negara dan negeri. Namun, saya bersyukur dengan apa yang ada.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada blog mahaguru58. Beliau aalah diantara yang mengucapkan salam tahniah diatas kewujudan blog ini. Atas dasar prihatian beliau, dia telah print screen secara tidak langsung mempromosikan blog saya. Terima kasih mahaguru58.
http://mahaguru58.blogspot.com/2008/05/dato-hj-rosol-wahid-ajil-assemblyman.html.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan rakan-rakan seperjuangan yang memberi sokongan sehingga saya ke tahap sekarang. Kepada penasihat IT saya disebalik takbir juga, saya ucap terima kasih di atas cadangan bagi mewujudkan blog ini. Memang,sebelum ini tidak terlintas difikiran untuk mengadakan blog sendiri. Namun, diatas nasihat dan bantuan beliau, saya mampu menyediakan informasi dan perbicangan yang membina melalui alam maya.

Jika tidak ada ara melintang, blog ini akan bertukar wajah dan informasi yang terkini serta interaktif dari semasa ke semasa. Selaras dengan ulangtahun ke 3, blog saya ini. Akhir kata, salam 1Malaysia buat sahabat-sahabat bloggers yang tidak putus mengunjungi blog ini.

Thursday, May 19, 2011

Mahalkah barangan di Terengganu

Salam bloggers... Baru baru ini saya cuba bawak isu tentang barang-barang yang mahal di Negeri Terengganu. Saya bawa isu ini dalam Face Book saya. Sambutannya agak menggalakkan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyumbang idea dan pandangan terhadap isu ini. Macam-macam cadangan dikemukakan. Kenapa saya mengemukakan ialah ramai kawan-kawan saya yang datang dan melancong ke Terengganu merungut pasal hal tersebut terutamanya barang makanan. Kebetulan pula saya bertemu dengan seorang rakan yang telah berkhidmat di Terengganu dan merungut bahawa dia makan di sebuah restoran untuk lunch. Dengan dua jenis lauk tanpa air harganya RM10.50. Dia agak tersentak dengan harga tersebut kerana katanya di KL tidak semahal itu.

Saya agak terkilan dengan situasi tersebut. Dan saya rasa kesian dengan rakan saya itu dan saya juga rasa bertanggungjawab untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah ini di kalangan rakyat terutama yang miskin dan dhaif di negeri ini. Di Hulu Terengganu kami pihak YB dan pentadbir Daerah mencadangkan dibuka satu pusat borongan barangan terutamanya barang pertanian di Daerah ini. Agar rakyat Hulu khususnya akan dapat manfaat daripada tempat tersebut InsyaAllah...Doalah agar hasrat ini menjadi kenyataan.

Saturday, May 14, 2011

Shukran UMNO...

Salam bloggers... Tahniah Puteri Hulu Terengganu kerana berjaya mengadakan kursus kepada Puteri DUN Ajil dan Manir. Kehadiran sungguh memberangsangkan. Saya nampak keseronokan terpancar di wajah-wajah Puteri yang hadir, seronok dan gembira barangkali. Inilah yang dikatakan keseronokan dalam hidup. Sesekali marah, sesekali geram dan sesekali gembira. Asam garam kehidupan. Barangkali hidup ini tidak indah kalu (kalau) kita seronok sepanjang masa atau kalu kita bersedih setiap detik. Campuran antara seronok, gembira, sedih, marah dan geram menjadikan hidup ini penuh dengan warna-warni.

Begitu juga dengan kesihatan...kalau kita sentiasa sihat kita tidak mungkin merasa nikmat sakit. Terkadang kita merasakan betapa sakit itu satu ujian Ilahi dan jarang kita merasakan dan beranggapan bahawa sihat juga suatu Ujian Allah. Begitu juga dengan kekayaan. Tidak ramai di antara kita merasakan bahawa kekayaan adalah satu ujian... menguji kita sama ada bersyukur atau tidak dengan nikmat kekayaan tersebut. Bersyukur bukan hanya sekadar mengucap Alhamdulillah tetapi yang lebih besar daripada itu ialah menyumbang dan berderma kepada mereka dan makhluk yang memerlukan, berzakat korperat dan berjihad korperat sebagai contoh.

Dalam hal ini kita perlu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Parti Agung Orang Melayu iaitu UMNO, yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke 65 pada 11 Mei yang lalu. Telah 65 tahun UMNO berjuang mengangkat martabat Melayu dan Islam di bumi bertuah ini. Alhamdulillah. Moga usaha murni UMNO ini diberkati dan dipermudahkan Allah. Insya Allah.Dirgahayu UMNO...

Tuesday, May 10, 2011

Malang Pak Kaduk...

Salam bloggers...DUN Negeri sedang bersidang bermula 9 hingga 12hb Mei. Satu perkembangan yang menarik apabila fizikal dewan telah berubah wajah. Setiap YB dibekalkan dengan satu skrin komputer. Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan dewan yang menjadikan dewan lebih selesa dan kondusif. InsyaAllah ia akan menjadi pemangkin kepada perbahasan yang lebih hebat. Sepanjang hari ini, banyak perkara hal-hal rakyat dibawa dan dibincangkan terutama hal-hal pembangunan negeri.

Perkara yang agak hangat dibangkitkan ialah isu PAS Ganti UMNO... Kita tidak dapat melihat peluang kata-kata tersebut dapat direalisasikan kerana PAS bertanding tidak melebihi separuh daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Macam mana negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan yang mana majoriti menjadi kunci kemenangan. Kita beranggapan dalam hal ini kita bimbang kalau-kalau PAS menjadi Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai. Kalau di Pulau Pinang Jagdeep Sigh Deo pernah mencadangkan agar BI dijadikan bahasa rasmi Pulau Pinang. Juga difahamkan kerajaan negeri tersebut mengedarkan senarai nama kontraktor bumi untuk di'black list'...Sejauhmana ini benar tanyalah Melayu Pulau Pinang.

Fikir-fikirkanlah...

Sunday, May 1, 2011

Program Himpunan Belia 1Malaysia Peringkat Dun Ajil 2011

Program himpunan belia 1 Malaysia peringkat dun Ajil 2011 yang bertempat d Tapak Perkelahan Belukar Bukit ( Kg. Betong ) pada 29 april 2011 begitu meriah dengan anggaran peserta berjumlah seramai 1000 org... Pada awal pagi di adakan beberapa aktiviti sukaneka.. antaranya adalah Galah panjang, balingan manja, polo air, tarik tali, sepak raga bulatan dan acara kemuncaknya adalah acara mengejar itik... pada sebelah petangnya program bermula dengan perarakan motosikal dari simpang felda mengkawang sehingga ke tapak perkelahan.. seramai kira-kira 60 buah moto mengiringi YB dato yang terut sama menunggang motosikal.....






Acara Polo Air













Acara Tarik Tali













Acara Balingan Manja







Tuesday, February 15, 2011

Jasa, Janji dan Retorik...

Salam Maulidurrasul S.a.w dan salam bloggers... Terima kasih sdr Zulkifli yang mencadangkan satu pandangan yang agak kreatif dalam tulisan saya yang lalu...Katanya kalau nak kan pembangunan yang segera mesti kena ada pilihanraya kecil. Kerana dengan PRK maka banyak pembangunan segera atau instant akan muncul di kawasan tersebut. Rezeki bergolek.... Saya kurang pasti apakah ini budaya masyarakat kita atau keterpaksaan dalam kerelaan. Saya juga berkira kira sama ada dalam pilihanraya umum atau PRK...kalaulah calon kerajaan tidak berkempen, apakah masih ada peluang untuk menang? Sebagai contoh untuk renungan...Saya sebagai pemimpin kecil di Hulu Terengganu sejak 1999, katakan dalam pilihanraya akan datang saya masih dicalonkan, dan katakan juga sepanjang tempoh berkempen selama 8 hingga 10 hari tersebut, saya tidak berkempen langsung...adakah saya masih berpeluang untuk menang? Rasanya agak sukar...Wallahu Alam...

Kadang-kadang saya terfikir seorang diri walaupun kita telah berkhidmat selama 10 tahun untuk rakyat dan masyarakat tetapi tempoh berkempen sepanjang pilihanrayalah faktor sebenar penentu kemenangan sesuatu pilihanraya. Mungkin pendapat saya ini kurang tepat. Kita tidak memerlukan apa-apa selain sokongan yang tidak berbelah bahagi setiap kali pilihanraya daripada rakyat...setelah kerajaan menyumbang begitu banyak untuk rakyat. Kadang-kadang rasanya kurang adil apabila pembangkang yang hanya muncul selama beberapa hari berkempen dan menjaja janji-janji dan beretorik mampu meraih kemenangan dalam PRK atau pilihanraya umum. Cuma saya berharap agar pilihanraya akan datang rakyat Malaysia akan menjadi pemilih yang bijaksana. Tahu memilih antara batu dan kaca.

Bijaksana adalah sesuatu yang abstrak dan relatif. Sekarang dunia memperkatakan bahawa rakyat Tunisia dan Mesir amat bijaksana setelah mampu menjatuhkan pemimpin otokrasi mereka setelah berkuasa begitu lama. Pengajaran daripada keadaan tersebut ialah jangan terlalu lama memegang kuasa. Dan berundurkan ketika berada di puncak. Pasti kita akan diingati selama lamanya...Dalam hal ini saya amat kagum dengan negarawan kita Tun Dr Mahathir. Saya yakin tidak ramai yang mampu berbuat demikian...Dan alhamdulillah sampai sekarang Tun sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kita. Mari kita doakan agar beliau dan Tun Hasmah dipanjangkan usia dan diberkati...Amin...

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Kerdau dan keluarga Menteri Pertahanan kita yang bonda mentuanya telah mengadap Ilahi... Moga roh mereka bersama para salihin dan anbiyaa...

...kematian adalah satu kepastian...dan ia adalah ujian...Fikir-fikirkanlah...

Monday, January 24, 2011

PRK oh PRK

Salam bloggers...pilihan raya kecil (PRK) ke 14 akan berlangsung di Tenang Labis Johor 30hb nanti. Dan selepas ini akan diikuti oleh Melaka...Selepas itu...Wallahualam... Harap-harap tiada lagi selepas itu. Dan harap harap juga Merlimau adalah yang terakhir... Kenapa? Alasannya terlalu banyak untuk dilakarkan di sini. antaranya...Kesian PM dan TPM, sejak 2008 terlalu banyak (embeng; pinjam kata orang Terengganu) PRK. Kalau tidak silap saya zaman dan era DS Najib dan TS Muhyiddin ni lah zaman paling meriah pilihanraya kecil sejak kita mencapai kemerdekaan.

Alasan kedua ialah kewangan. Saya tidak mempunyai 'figure' yang tepat berapa kos sesuatu PRK. tetapi saya yakin ia mencecah jutaan ringgit. Itu belanja yang rasmi iaitu kos cetak kertas undi, biayai makan minum pasukan keselamatan, lojistik dan macam-macam lagi. Ini mungkin tidak termasuk projek-projek segera yang diluluskan dan dilaksanakan di kawasan yang terlibat; Projek turap jalan, projek baiki parit, subsidi basikal dan lain-lain lagi. Semuanya ini....pitis kata orangTerengganu. Ini tidak termasuk pitis dan peruntukan persendirian yang di bawa oleh mereka yang datang membantu berkempen daripada parti-parti yang bertanding.

Selain itu ialah alasan masa. Masa yang sepatutnya ditumpukan pada perkara-perkara lain untuk kepentingan rakyat dan negara dihabiskan untuk PRK. Walaupun tempoh kempen hanya 10hari sahaja...(itupun pembangkang mohon perbanyakkan lagi)...tetapi perlu diingat bahawa persiapan PRK telah bermula sejak saat kematian seseorang YB. Ertinya paling-paling koman pun sebulan atau 30 hari.

Faktor keempat ialah tenaga dan usaha... banyak tenaga dan usaha ditumpu untuk mempastikan calon yang bertanding itu menang. Kerana seluruh jentera parti yang bertanding akan bertumpu di kawasan PRK. Ia akan bertambah banyak lagi sekiranya kawasan yang dipertandingkan itu kawasan 50 50...maka seluruh tenaga akan dikerah untuk mempastikan kemenangan dipihak mereka. Pada hal tenaga tenaga tersebut boleh dicurahkan di kawasan masing-masing.

Sebenarnya banyak lagi alasan yang boleh diutarakan...walau bagaimanapun kita mesti akur dengan sistem demokrasi kita. Cuma ia mesti ditambah baik dari semasa ke semasa agar pengalaman sessi 2008-2012 ini tidak berulang. Persoalannya bagaimana cara untuk mengatasi masalah dan beban ini...

Ada cadangan agar setiap calon pilihanraya akan datang mesti melalui ujian tahap kesihatan,kecergasan dan kecerdasan... walaupun ada kematian YB disebabkan kemalangan tetapi jumlahnya kecil. InsyaAllah saya yakin jika ini dapat diimplementasikan untuk pilihanraya akan datang PRK akibat kematian akan dapat dikurangkan. walaupun kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan

Ada juga cadangan agar PRK tidak perlu diadakan. Dan YB yang meninggal hanya dipilih oleh parti yang memerintah. Sebaliknya ada juga pandangan agar calon yang kalah dalam pilihanraya kawasan tersebut secara otomatis diangkat menjadi YB yang baru...

Walau apapun pandangan dan cara penyelesaian...saya yakin semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin kita sedang mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kita doakan agar mereka diberi petunjuk untuk kebaikan negara tercinta ini. Wallahu 'Alam..

"Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia..."maksud ayat...Fikir-fikirkan...

Friday, December 31, 2010

Tahun baru 2011,Syukur dan Sawit

Salam bloggers...Lama sungguhnya rasanya saya tidak menulis dan mencoretkan sesuatu di laman maya ini. Maaf setinggi-tingginya kepada rakan dan taulan yang saya rasa amat kecewa kerana setiap kali menrjah masuk ke laman ini tetapi ianya tidak di 'update' maaf banyak-banyak. Semuanya ini kerana ketiadaan masa yang sesuai ditambah pula ketiadaan isu atau perkara yang boleh dibangkitkan. Bermula dengan tahun baru 2011 ini InsyaAllah saya akan cuba mengupdate sekerap mungkin...orang Terengganu sebut 'kerek'...InsyaAllah.

Tidak lama lagi kita akan sambut tahun baru 2011. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk terus berbakti di alam fana ini. Syukur kita kepada Allah dan terima kasih kita kepada manusia-manusia yang telah banyak berbudi sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada kita. Syukur kita yang paling mulia ialah kepada pencipta dan pemberi segalanya kepada kita iaitu Allah Swt. DIA memberi segalanya kepada kita dengan percuma tanpa meminya bayaran walaupun satu sen.Cuma apa yang diperintahkan ialah amar makruf dan nahi mungkar. Itu sahaja.

Syukur kita seterusnya ialah kepada manusia yang berbudi dan berjasa kepada kita iaitu ibu bapa kita, guru-guru kita, jiran tetangga kita dan semua yang budiman kepada kita. Kerana tanpa mereka siapalah kita. Tidak lupa juga kepada pemerintah yang menjadikan negara kita ini aman, makmur dan sejahtera sehingga kita mampu mencari rezeki secara aman di bumi bertuah ini. Ditambah pula kehebatan dan kepintaran pemimpin kita yang diberi idea dan inayah oleh Allah untuk menjadikan bumi Malaysia ini bagai permata di Nusantara. Tidak hairanlah berpusu-pusu rakyat negara jiran datang sama secara sah atau sebaliknya ke sini. Alhamdulillah.

Syukur juga kita kerana harga sawit dan getah melambung tinggi. Anak buah saya di Felda Bukit Bading, Felda Mengkawang, Felda Tersat dan Felda Jerangau Barat serta pekebun kecil getah dan sawit hari ini beritahun (royat) kepada saya bahawa mereka tidak pernah mengimpikan harga komoditi setinggi hari ini. Jawapan saya hanyalah bersyukur dengan segala kurniaan ini dan jangan lupa untuk sedekahkan alfatihah kepada pemimpin yang membawa mengusahakan sawit dan getah untuk dijadikan tanaman utama negara, kerana tanpa usaha dan idea mereka saya yakin rakyat Malaysia tidak kenal sawit atau getah sementelah pula untuk dijadikan pendapatan utama. Fatihah untuk mereka...Moga mereka terus diberkati. Saya berkata demikian kerana getah berasal dari Brazil dan Sawit pula dari Afrika...

Akhir sekali syukur kerana Pasukan Bola Malaysia Johan Piala AFF Suzuki... Malaysia Hebat, Malaysia Boleh dan kita semua boleh...

Kata hukamak...'Jadilah orang yang banyak memberi manfaat bukan mereka yang banyak membawa mudarat'...Fikir-fikirkanlah

Tuesday, October 19, 2010

IDAMAN TERENGGANU...di Pentas Global

Salam bloggers... baru-baru ini saya dan Exco Kerajaan iaitu YB Dato Mat Awang Tera serta rombongan bersama dengan TIDE serta YPU berkesempatan ke Barcelona, Milan dan Paris. Juga bersama-sama kami ialah usahawan batik dan songket Terengganu. Program ini dinamakan IDAMAN TERENGGANU. Di Barcelona kami mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada wartawan fesyen,designer pereka terkenal dan usahawan tempatan. Begitu juga di Milan yang terkenal dengan kota fesyen. Nama-nama seperti Georgio Amani, Prada dan banyak lagi...amat tertarik dengan produk Terengganu kita iaitu songket dan batik. Mereka mengkagumi produk kita walaupun ada beberapa perkara yang perlu ditambah nilai untuk memasuki pasaran Eropah.

Menurut Duta kita di Sepanyol, program IDAMAN TERENGGANU ini adalah satu-satunya program yang seumpamanya dilangsungkan di Eropah. Dengan adanya program ini saya yakin ia merupakan langkah pertama ke arah memperkenalkan batik dan songket kita di persada antara bangsa dan saya amat berharap dan yakin satu masa nanti akan ada batik dan songket kita yang menggunakan jenama besar dan hebat dunia seperti PRADA, LV,ZARA dan Amani pada barangan mereka. InsyaAllah...

Tahniah kepada CEO TIDE iaitu Prof Sulaiman yang berkerja kuat mempastikan program ini berjaya mencapai sasaran juga tak lupa tahniah dan syabas kepada YB Dato Mat Awang Tera yang mencetuskan idea menembusi dan mempromosi produk Terengganu Kite di pentas global...inilah yang dimaksudkan GLOKAL...barang local dipersembahkan di peringkat global...
Tahniah semua...

...Hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam...Fikir-fikirkanlah..

Sunday, October 3, 2010

Malaysia,Syawal dan Galas...

Salam bloggers....Masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...mungkin menjadi pemimpin kecil di kalangan rakan rakan dan rakyat ini ada terkasar bahasa terlanjur kata...kemaafan jua dipinta...Juga keampunan dari Allah jua matlamat akhir sebagai seorang hamba...

Terima kasih kepada seluruh rakyat dan rakan -rakan yang jauh dan dekat yang sudi datang beraya ala kadar ke teratak saya...Sebagai tuan rumah, perkara yang paling seronok apabila mengadakan rumah terbuka ialah semua juadah, lauk pauk dan makanan yang disediakan tidak berbaki dan bersisa...dan kadang-kadang tuan rumah sendiri pun tak dang nak makan...terima kasih...Yang menariknya rumah terbuka saya kali ini ialah kehadirannya amat memberangsangkan...Percubaan saya untuk golek kambing boer En Hamidi nampaknya sesuatu yang istimewa. Walaupun idea golek kambing ini datang secara tidak dirancang...

Itulah sebenarnya sesuatu yang tidak dirancang memberi impak yang baik dan mungkin ianya akan lebih baik kalau dirancang dengan teliti dan baik...Atau tidak mustahil apa yang dibuat secara adhoc memberi kesan yang lebih baik...apakah ini terjadi secara kebetulan...Mungkin kebetulan atau coincidence ini terjadi sebab telah tersurat dan saya selalu kaitkan kebetulan itu dengan keikhlasan dan keberkatan...

Berkaitan dengan keberkatan...alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana sepanjang syawal ini saya tidak putus-putus dijemput untuk sambutan hari raya sama ada di peringkat cawangan, JKKK, jabatan dan orang perseorangan. Terimbau saya 10 lima belas tahun dahulu betapa sukarnya untuk nak adakan sambutan sebegini....Ertinya masyarakat kita hari ini mampu untuk celebrate selama 30 hari...kata mereka oleh kerana puasa 30 hari maka raya pun mestilah 30 hari...maka sukarlah bagi mereka yang kurang rajin puasa enam untuk mencukupkannya. Ramai yang menjadikan alasan rumah terbuka untuk tidak puasa sunat 6 hari ramadan..

Beberapa hari lagi kita terutamanya orang politik akan terlibat dengan pilihanraya kecil Galas. AlFatihah untuk YB yang baru kembali ke rahmatullah. Moga rohnya dikumpulkan bersama mereka yang beriman. Macam macam spekulasi tentang calon di war warkan...Tetapi yang pasti ialah apalah malangnya zaman PM DS Najib ni kerana terlalu banyak... Dan yangbpaling pasti ialah rakyat Galas akan menggalas satu tanggungjawab lagi untuk memilih calon yang terbaik bagi mewakili mereka nanti...

...Hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam...Fikir fikirkanlah...

Apabila disebut hari

Sunday, August 22, 2010

Lapan atau Dua Puluh...

Salam bloggers... dan salam Ramadhan... Bulan Ramadhan menjengah lagi... Alhamdulillah kita panjatkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih sudi meminjamkan kita roh dan jasad untuk kita bersua dengan Ramadhan kali ini...Di kesempatan ini marilah kita bertafakkur sejenak untuk kita bacakan Ummul Kitab tujuan untuk dihadiahkan kepada ibu bapa kita, guru-guru kita, sahabat-sahabat kita, pemimpin-pemimpin kita sama ada mereka masih hidup atau mendahului kita. Kita pasti kita akan mengikuti jejak-jejak mereka nanti. Firman Allah bermaksud... 'Apabila datang ajal kamu sesungguhnya ia tidak akan lewat walau satu saat dan juga tidak akan dipercepatkan walaupun satu saat...'

Terima kasih dengan teman setia blog saya...Putrahman... tentang cadangan untuk re premix jalan pasir nering dan Dusun... InsyaAllah akan saya bawa dalam mesyuarat Tindakan Daerah bulan depan. Kesian penduduk-penduduk kampung P Nering dan Dusun... Saya tidak tahu di mana silapnya. Tetapi saya yakin pembangunan dua kampung ini akan menjadi lebih pesat apabila jambatan Dusun dan Tg Baru siap nanti. Saya difahamkan bahawa Dusun juga akan mendapat masjid baru nanti. Cuma harapan saya agar pembangunan ini tidak dicemari dengan masalah sosial seperti dadah dan sebagainya. Kenapa saya berkata demikian kerana setakat yang saya tahu apabila jalan dan laluan dibaiki dan diperelokkan maka mudah untuk 'pusher' masuk dan menjalankan urusniaga... Nauzubillah...

Kadang-kadang saya merasa hairan kerana kampung-kampung yang mempunyai jalan mati... orang Terengganu panggil kampung 'hujung sut sekali'...ertinya tiada lagi kampung selepas kampung tersebut...masalah dadah jugak wujud di sana. Saya lagi terperanjat apabila pihak AADK dan kesihatan melaporkan bahawa di kampung-kampung tersebut ada kes HIV positif...Persoalannya di manakah silapnya.

Sempena hari baik dan bulan baik ini, marilah kita sama-sama ingat-mengingati agar kita dan keluarga kita terhindar daripada masalah nombor satu negara ini. Marilah kita berdoa agar peristiwa anak mengugut ibu untuk dapat duit beli dadah, Suami pukul isteri dan anak untuk dapatkan duit beli dadah...curah asid dan sebagainya yang berlaku baru-baru ini adalah yang terakhir di daerah ini dan di negeri ini. Sekarang bukan masanya menuding jari menyalahkan orang lain. Yang terbaik ialah menuding jari menghisab kelemahan sendiri untuk dibaiki. InsyaAllah jika kita mempunyai niat untuk membaiki diri, saya yakin Allah akan tunjukkan jalanNYA untuk kita... terutama di bulan puasa yang mulia ini.

Apabila disebut bulan puasa ia tidak dapat lari dari Terawih... Cuma saya rasa sesuatu yang agak berlainan apabila saya ke masjid dan surau untuk bertarawih dua suasana berbeza terjadi... Surau dan Masjid yang bertarawih 8 rakaat agak lebih meriah dan 'happening' dengan kanak-kanak dan remaja. Kalau begitulah halnya demi untuk menarik remaja dan anak-naka ke masjid apa salahnya kita laksanakan apa yang menarik untuk mereka...Ini sekadar pandangan peribadi saya...

Rasanya tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat Aidilfitri kepada semua kenalan dan taulan dan kepada peminat blog saya. Di kesempatan ini juga dan san seluruh keluarga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan mungkin sepanjang saya menjadi pemimpin kecil di Hulu ini ada yang terkasar kata tersasul bicara...keampunan jua saya pinta...Saya juga dengan dada terbuka memaafkan apa sahaja terhadap saya...Jika ada kelapangan dijemput ke rumah saya pada Raya Ke-2 InsyaAllah...

'...Bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelombang, kemapunan jua dipohonkan...'

Friday, August 6, 2010

Muliakah Tangan Yang di Bawah

Salam bloggers... Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Puasa belum mula lagi, dentuman mercun sudah kedengaran. Harap-harap tahun ini, tiada lagi peristiwa ngeri akibat main mercun...terutama di Negeri Darul Iman. InsyaAllah...Saya tidak tahu kenapa main mercun ini seakan akan satu budaya perayaan kita sejak dahulu, sekarang dan mungkin akan datang. walau pun banyak mercun dan bunga api telah dirampas oleh pihak berkuasa...Dalam hal ini peranan ibu bapa amat penting.



Apabila dikaitkan dengan ibu bapa, saya isu hangat sekarang ialah kahwin muda dan sekolah untuk pelajar hamil. Ini satu isu baru. Saya secara peribadi menyokong hasrat kerajaan Melaka memberi insentif kepada remaja yang mahu berkahwin. Ini sekurang-kurangnya akan menyelesaikan masalah sosial di kalangan remaja kita. Tetapi mereka yang ingin melangkah ke alam tersebut mestilah telah bersedia dari segi emosi, material, dan iman dan tahu tanggungjawab. Ertinya perkahwinan bukan semata-mata untuk keseronokan tetapi untuk menambah ummah nabi yang berkualiti dan mengamalkan sunnah Rasul saw dan tuntutan agama.



Berkaitan dengan agama, beberapa hari yang lalu saya dan ahli Parlimen Hulu Terengganu dijemput oleh MAIDAM Hulu Terengganu untuk sama-sama mengihkan zakat kepada Fakir dan miskin DUN Ajil. sebanyak RM250,ooo.00 diagihkan. Seorang penerima mandapat RM350.00 seorang. Kalau tahun lepas agihannya RM250.00 sahaja...Yang ironinya ialah beberapa jam selepas pengagihan tersebut, saya mendapat banyak penggilan telefon mempersoalkan kenapa ibu atau ayah mereka tidak tersenarai mereka yang layak. Sukar untuk saya memberi jawapan kerana yang mengadu itu saya kenal. Rata-rata penjawat awam bergaji lebih RM2000.00. Saya kurang pasti aduan tersebut disebabkan oleh desakan si ibu atau ayah mereka atau atas kehendak mereka.Wallahu 'Alam...



Saya juga merasa terharu kerana ada segelintir daripada penerima yang tersenarai datang berjumpa saya dan pegawai MAIDAM, memohon agar nama mereka dikeluarkan daripada penerima list zakat kerana mereka telah terkeluar dari asnaf Fakir dan Miskin. Syabas... Walaupun golongan ini tidak ramai tetapi kita doakan agar ia akan bertambah dari semasa ke semasa.



...Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah...Sampai bila kita akan menjadi bangsa yang suka meminta-minta....Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan...Perpaduan...Perpaduan....

Salam bloggers...salam perjuangan...Terima kasih Jusohmatlazim, Kesidang dan Putrahman yang masih setia dengan blog saya yang tidak seberapa ini...Mesyuarat Bahagian di Negeri Darul Iman ini telah selesai. Alhamdulillah. Cuma yang agak memeranjatkan saya ialah peristiwa Setiu.. Maksud saya Bahagian Setiu yang mendapat liputan meluas daripada Media. Saya rasa semua dah tahu peristiwa yang menyentakkan itu. Apabila saya bertanyakan kekawan YB mengapa dan kenapa terjadi begitu... Jawapan yang diberi senada dan seirama...DEMI MENYELAMATKAN UMNO...Apabila diselidiki...rupanya penyakit tersebut dikatakan telah membarah...Dan masa yang paling sesuai tunjuk ialah semasa kehadiran TPM...Dan ramai pemerhati politik mangatakan bahawa ianya satu tindakan yang tepat... Betul atau tidak Wallahu 'Alam...

Isu perpaduan juga hangat...Perpaduan UMNO dan PAS atau dengan kata lain perpaduan orang Melayu... Saya mahu pandangan ikhlas kawan-kawan...

Saturday, July 3, 2010

UMNO dan Perjuangan

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu... DS Hishamuddin datang merasmikannya.Hidup UMNO, Hidup Melayu dan Hidup BN berkumandang dengan hebatnya di Dewan MDHT. Semangat juang arwah Tokkinya Onn Jaafar nampaknya masih membara. Semangatnya disalurksalurkan kepada pejuang dan pemimpin politik HTrg.Beliau berkongsi pengalaman tentantentang UMNO kawasan Negeri yang kalah dengan UMNO di negeri yang menang...Kesimpulannya ialah Bukannya Pembangkang kuat tetapi UMNO yang lemah kerana masalah dalaman. Barah dari dalam perlu diubati segera...Betul atau tidak tanyalah kepada diri sendiri. Wallahu Alam...

Tuesday, May 18, 2010

Cikgu Oh Cikgu...SELAMAT HARI GURU...

Salam bloggers... terima kasih Putrarahman dengan komen yang diberi. Secara jujurnya saya amat -amat bersetuju dengan pandangan tersebut. Sesuai dengan pepatah Inggeris bahawa ' Busuknya ikan bermula dari kepala'... Cuma saya sebagai insan yang lemah hanya mampu mendoakan agar saya tidak menjadi punca kepada 'ikan yang busuk itu'...Amin...

Masih tidak terlambat untuk saya untuk 'wish' selamat Hari Guru kepada semua guru-guru budiman yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa. Khusus ucapan ini kepada rakan-rakan cikgu sama ada di Terengganu atau di luar Terengganu. Pengalaman saya sebagai guru banyak mengajar saya dalam bidang politik ini. Atas zat cikgu Alhamdulillah saya mampu menang dalam percubaan pertama pilihanraya 1999 semasa tengah hebat gelombang reformasi. Saya yakin bahawa ramai rakan-rakan cikgu di Hulu Terengganu banyak membantu saya ketika itu. Pada saya jasa dan budi para guru terhadap saya dan keluarga terlalu agung dan tidak mampu untuk saya membalasnya. Apa yang dapat saya simpulkan bahawa dalam dunia perguruan wujud nilai-nilai murni seperti setiakawan, jujur, dan sanggup berkorban apa sahaja yang mana ciri-ciri ini kurang kedapatan dalam dunia politik. Ertinya betapa murninya jiwa guru...

Sempena dengan sambutan Hari Guru ini saya seperti biasa menghantar sms kepada semua rakan-rakan cikgu yang saya kenal...Alhamdulillah nampaknya rakan-rakan cikgu masih mengingati saya dan membalas sms saya. Saya merasa amat bangga dan terharu dengan ingat dan balasan tersebut... Di bawah ini saya senarai antara balasan sms yang saya terima daripada kawan-kawan dan bekas-bekas pelajar saya yang cukup mengesankan saya.

... Cikgu Safaruddin PPD Hulu Terengganu...'Banyak dapat bunga, Tandanya tugas guru mengharumkan dunia, Dapat Pen...Tanda guru bijak melakar kata, Dapat Pemadam tandanya guru membetulkan yang dusta... Dapat mesej tandanya guru sentiasa diingatan...SELAMAT HARI GURU'

...Cikgu Halizan SMK Seri Berang...(My ex student)...
Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, dalam marahny ada sayang, Dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, Dalam tangannya kita terbina...Selamat Hari Guru...TERIMA KASIH CIKGU

...Cg Idris Bidin (PPD Dungun)...Guru baikan NTV7 kerana Ceria selalu, Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana menjadi Inspirasi Hidupku,Yang pasti guru jua bagaikan TV9 Dekat Di Hati, dan yanmg paling penting guru juga bagaikan Pakage ASTRO kerana Macam macam Ada...Happy Teachers Day...

...Ustaz Ku Apwa (SMUA SZA)...Ilmu dijunjung Guru di Sanjung...Selamat Hari Guru..

...Cikgu Nik Azman (SMK Ajil)...Guru, engkau menyinar ummah dengan sinaran ilmu dan hikmah;engkau memikul amanah membentuk generasi Fatonah; menjadi contoh mithaliah, dengan sifat mulia terserlah; sabar menghadapi mehnah;meskipun selalu terfitnah, tetap utuh jiwa mujahadah kerana menyakini janji ALLAH, setiap amanah yang dilaksana sebaiknya kerana Allah, ganjaran menanti adalah JANNAH..Selamat Hari Guru kepada semua yang berjiwa guru...

...Ayahnda Ustaz Yahya Chik (Manir)...Guru sekadar lilin, membawa cahaya sinaran kudus...ALLAH...Kekasih...Selamat Hari Guru.

... Ustaz Rozali Mamat (Ex Pengetua MRSM K Berang)...A Teachers achievments is not how many A's or B's he or she produce but how nmany lives seh or he changes and how many hearts she or she touches....

... Ciku Man (SMA Tok Jiring)...Bila murid duduk, cikgu berdiri; Bila murid diseligi cikgu pulak kena gari; Murid datang naik BMW 7 siri, cikgu datang naik motor buruk road tax pun dah mati... Murid pi belajar sampai Ph D, cikgu baru berkira-kira nak sambung degree... Namun begitu... di dunia cikgu berbakti, moga di akhirat syurga kita kekal abadi... selamat Hari Guru..

...Cikgu Zulkifli Jusoh (Kolej Teknologi Bestari...my ex teacher)...Terima kasih atas ingatan. Rahmat bagi guru apabila anak didik mengingati dan mnedoakan guru. Selamat Maju Jaya dan sentiasa di rahmati...

...YB Cg Zawawi (ADUN Kuala Berang)...Kalau hari ini seorang raja naik takhta, Presiden sebuah negara... Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa... Selamat Hari Guru...

Inilah sahaja beberapa nukilan kreatif kawan-kawan cikgu untuk tatapan dan renungan kita bersama yang mampu saya rakamkan dan banyak sekali yang sms kepada saya ...'Once you are a teacher, always a teacher.' Walau bagimanapun terima kasih kerana masih sudi berhubungan dengan saya...

Kata pepatah Arab 'Sesungguhnya hampir seorang guru itu dengan tugas para Rasul'...Fikir-fikirkanlah..

Thursday, May 13, 2010

Macam Ubi atau Keladi... Dirgahayu UMNO

Salam bloggers... Dua hari lalu Ahli UMNO menyambut Hari Jadi UMNO yang ke 64 tahun. Hari kejayaan orang Melayu menentang Malayan Union. Hari kejayaan orang Melayu keluar dari kepompong kenegerian dan kedaerahan. Keluar dari 'Divide and Rule' Penjajah. Syukur kepada Allah kerana kita di kurniakan Pemimpin-pemimpin yang baik dan berwawasan yang memikirkan nasib anak bangsa agar tidak selamanya tidak terjajah. Pemimpin yang meletakkan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air melebihi segala-galanya. Dan bertambah-tambah lagi syukur kerana pemimpin-peminpin tersebut mempunyai pengikut dan rakyat yang setia dan dengar kata. Siapalah pemimpin dan ketua tanpa pengikut yang setia dan 'loyal'...

Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan rasa syukur dan penghargaan setinggi-tingginya kepada Allah yang memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mendapat nikmat daripada perjuangan UMNO ini. Perjuangan suci dalam memartabatkan Alif, Ba, Ta...Lantaran itu dalam semua tindakan saya InsyaAllah saya tidak pernah mengenepikan asas perjuangan untuk Alif, Ba, Ta...Perjuangan yang mampu meletak Bangsa kita hari ini boleh dibanggakan walaupun masih jauh perjalanan kita dan masih banyak yang perlu dibaiki dan di tambah nilai.

Saya yakin apa yang saya coretkan ini akan dipandang remeh oleh pembangkang. Mereka akan cuba menafikan sejarah. Dan lebih malang lagi mereka akan mereka-reka sejarah agar parti mereka dikaitkan dengan perjuangan ini. Mereka akan menamakan beberapa tokoh mereka yang kononnya adalah pejuang kemerdekaan. Yang ironinya mereka juga berpandangan bahawa perjuangan bangsa adalah Assobiyah...Ada juga pendapat bahawa kita telah dilahirkan Merdeka...jadi tidak perlu lagi berjuang untuk merdeka.... Wallahu Alam...

Kembali kepada umur UMNO... yang telah mencapai 64 Tahun...Sesetengah daripada kita pada peringkat umur ini ada yang telah nyanyuk dan ramai yang telah meninggalkan kita. Pun begitu kita jangan lupa terdapat juga mereka yang berada pada peringkat umur ini masih kuat dan produktif. Saya mengharapkan agar UMNO tergolong dalam kumpulan kedua iaitu kuat dan produktif...Seperti kata orang tua-tua...'Macam keladi, makin tua makin menjadi' dan bertambah berkat...Atau macam ubi, makin lama makin berisi...Kemenjadian dan keberisian ini dapat kita lihat dan nikmat pada hari ini...Syukur setinggi-tinggi kepada Allah dan terima kasih kita kepada manusia dan menjadi wahana kepada semua ini...

Untuk meneruskan kemenjadian dan keberisian ini, adalah wajar orang-orang UMNO termasuk saya bermuhasabah kendiri dan merenung apakah keistimewaan dan kehebatan pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu...Saya dapat rasakan kehebatan mereka terletak kepada keikhlasan dan kebijaksanaan.. Kerana keikhlasan perjuangan mereka maka Allah anugerahkan kebijaksaaan dalam akal mereka dan keberkatan dalam semua kerja buat mereka. Saya mendoakan agar Allah juga menganugerahkan kebijaksanaan dan keikhlasan dalam perjuangan kepada saya dan pemimpin UMNO sekaliannya..Amin...

...Teringat saya kepada kata-kata seorang sahabat...' Dunia hari ini, ramai orang bijak tetapi sukar untuk mencari yang ikhlas...'Fikir-fikirkanlah