Salam bloggers...terima kasih kerana masih setia dengan blog ini...terima kasih kepada rakan rakan yang tak jemu-jemu menghantar komen dan pandangan. Alhamdulillah semua saya 'publishkan'...sama ada yang negatif atau sebaliknya...semuanya baik untuk saya. Ada komen yang mengatakan saya berhasrat menjadi MB...sebenarnbya tak pernah terdetik dalam hati ini untuk jawatan setinggi itu kerana saya tahu siapa saya. Lagipun amanah sebagai pemimpin negeri cukup besar dan berat tak mampu saya memikulnya. Saya pernah katakan dulu bahawa jawatan yang saya sandang ini sebagai ADUN cukup tinggi. Juga tidak pernah termimpi oleh saya sebagai bekas guru. 'Once you are a teacher , always a teacher...' tetapi semua ini ditakdirkan Allah saya terima dengan dada terbuka.
Saya bukan seorang yang gilakan jawatan. Sebab itu apabila bertukar sahaja kepimpinan UMNO Negeri selepas DS Idris Jusoh, maka saya dengan rela hati meletak jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu. Tidak pernah bertangguh dan tak pernah didesak untuk meletak jawatan. Saya kenal dan tahu siapa saya. Jikalau parti mahukan khidmat bakti saya saya akan berikan juga dengan hati terbuka...Lagipun Nabi saw berpesan agar jawatan jangan direbut atau dilobi. Sebab itu kalau dikatakan saya gilakan jawatan ...itu satu andaian yang silap dan tidak tepat...
Nampaknya melobi jawatan pun telah terjadi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS)...Banyak cerita yang didengar sekarang tentang calon-calon yang bertanding jawatan penting Jun nanti telah berarak ke sana ke mari dengan menghulur duit kopi atau bayaran minyak kereta. Keadaan semakin hangat kerana hari pemilihan semakin dekat. Masing masing merasakan diri mereka terbaik untuk pimpin parti. Walau bagaimanapun...syabas DS Hj Hadi yang telah menang jawatan Presiden tanpa bertanding..walaupun ada suara yang mengatakan cara menang dengan main 'mengilat' atau 'kecek' kata orang Terengganu...atau 'mislead' kata orang putih. Wallahu 'Alam...Dan hasrat PAS Erdogan nampaknya tidak kesampaian...
Sempena Hari guru ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara...Jasa bakti dan budi kalian amat bernilai...di tangan gurulah nasib generasi masa depan bangsa. Sesuai dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa...Saya jugak mengerti bahawa ilmu yang saya miliki hari ini adalah atas titik jerih para guru...Terima kasih Cikgu Embong...Ayahnda Zubir Embong, Cikgu Wahab, Ustaz Mat Yassin (allahyarham...moga rohnya dicucuri rahmat),Cikgu Mat Embong, Cikgu Razak Yaacob... semuanya mengajar saya di SK Bukit Diman, Ustaz Mubin (Allahyarham...moga bersama para solohin), Ustaz Adam, Ustaz Ghazali, Cikgu Hasnah, Cikgu Mat Sidek, Cikgu Ramli,Teacher Latifah...memberi ilmu ketika di Mahmudiah dan Cikgu Khairuddin, Ustazah Fauziah Sani, Cikgu Salmah, Cikgu Kasno, Cikgu Surimin, Ustaz Zainal Abidin semasa di KIK...dan banyak lagi...maaf kerana tak mampu saya untuk menyebut satu persatu...cuma sepatah kata dari murid mu yang nakal ini...maafkan saya cikgu dan terima kasih cikgu , ustaz dan ustazah yang menjadikan saya seorang manusia...Jasa dan budi semua tidak mampu saya membalasnya...hanya doa mampu saya nukilkan agar semua guru-guru diberkati dan sejahtera sentiasa...Amin...
...berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi....Fikir-fikirkanlah...
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Selamat Hari Guru Dato Rosol.....Terima Kasih Dato Rosol..teruskan mendedahkan segala-gala mengenai Ahmad Said....saya akan terus menyokong anda.....
yang ikhlas,
rakyat Terengganu Sejati
http://www.suaragenerasimuda.com
adun dari ajil banyak temberang
Dato,
Cikgu Khairuddin tu kalau tak silap saya mengajar subjek Pengajian Am. Kalau beliau menerangkan sesuatu beliau suka memulakannya dengan perkataan "maksudnya". Lama-lama kelamaan kami memanggilnya cikgu maksud.
Selamat Hari Guru...Terima Kasih Cikgu
Sesungguhnya beruntunglah para guru yang telah berusaha dan berjaya menjadikan pelajarnya sebagai guru. Berbahagialah siapa yang menghormati gurunya, semoga menjadi pelajar sentiasa mentaati para guru yang ikhlas mendidik.
www.jaranganakmelayu1.blogspot.com
Salam YB..
Sekali lagi berkesempatan di sini..
Hanya Jauhari yang mengenal manikam
Selamat Hari Guru untuk semua guru
Saya cukup yakin yang di blog ni ramai guru...
Bersabar adalah lebih baik.
Salam Dato'
Apa nak hairan kalau ada perebutan dalam mana-mana parti-parti politik PR sekarang ini kerana mereka menjangkakan bahawa PRU13 nanti kerajaan akan berpihak kepada mereka. Oleh sebab itulah dari sekarang ini mereka mencari berkedudukan yang selesa dalam parti agar pada PRU13 nanti mereka akan menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan.
Saya sayangkan UMNO. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yg jadi MB mana2 negeri, saya sokong. Tak perlu ada rasa tak suka kerana ianya adalah dari UMNO. Itukan lebih baik dari DAP.. betul tak..
View Profile: Rantong™
slamat hari guru, cikgu... dr org kampung..
Post a Comment