Tuesday, June 2, 2009

Subjek Sejarah dan 10 subjek...

Salam bloggers...maaf kerana agak lama tidak update blog ini. Walau bagaimanapun terima kasih kerana masih setia. Dalam dua tiga minggu ini banyak perkara terjadi. Isu yang agak besar ialah pengumuman Menteri Pelajaran mengumumkan tentang 10 subjek untuk SPM. Ada yang kata bagus dan tak kurang yang membantah. Masing-masing dengan alasan dan rasional masing-masing. Pada saya, saya mengharapkan agar pihak kementerian berfikir dengan panjang lebar sebelum mengaplikasikan peraturan.

Saya suka mencadangkan agar pelajaran teras jangan diabaikan mata pelajaran Sejarah. Saya bertanya orang Indonesia yang datang ke Malaysia kenapa semangat patriotik mereka terlalu tebal. Jawapan yang diberi ialah mereka diajar sejarah perjuangan bangsa sejak di Tadika lagi sehingga ke peringkat Universiti. Ini katanya salah satu sebab semangat patriotik mereka yang tinggi dan hebat. Sebab itu saya suka mengesyorkan subjek sejarah jangan diabaikan.

Tentang 10 subjek, saya juga suka mengesyorkan kepada kementerian agar dihadkan agar menjadi 12 subjek. Ini akan membuka ruang kepada adik-adik dan anak-anak kita daripada aliran agama. Jika dirigidkan kepada 10 subjek, maka pelajar aliran agama kena korbankan beberapa subjek agama yang mereka ambik. Ini sekadar satu cadangan untuk dipertimbangkan.

...Ilmu adalah lebih baik harta kerana ilmu tidak membebankan pemiliknya...Fikir-fikirkanlah

8 comments:

Insan said...

apa komen datuk mengenai stadium yang runtuh?

OPTOMETRI IDAMAN said...

kekgi pecoh pala ah nok pilih budak masuk U, doh ramai sgt dpt 10A.

Mohd Sobri said...

Salam Dato'
1. Saya sependapat dengan Dato' berkaitan dengan isu ini.
2. Dasar yang dah ada ni masih releven, mengapa perlu ditukarkan.
3. Pelajar kita semakin pandai, jadi kenapa perlu dihadkan. Apakah alasannya sehingga menyebabkan perlu kepada penghadan untuk SPM.
4. Mungkin menjimatkan kos. Sekolah bantuan penuh kerajaan, SPM percuma. Jangan kerana alasan ini, penghadan dikenakan.
5. Saya juga berharap kerajaan mengkaji semula cadangan ini untuk kebaikan semua pihak.. tengok-tengoklah..

putrarahman said...

Asssalamualaikum

Dato'Menteri Pelajaran bukan hadkan berapa subjek kalau nak belajar, tetapi dia hadkan hanya 10subjek sahaja yang perlu diambil dalam SPM. Fakta ini kena betulkan. Kalau nak belajar 12 subjek pun tidak ada sesiapa yang marah. Bukan setakat 12, sebanyak mana sekalipun subjek yang belajar, tiada sesiapa yang marah, tetapi perlu diingat bahawa yang diuji hanya 10 subjek sahaja.10 Subjek tu, kalau diberi tumpuan betul-betuldan diamalkan ilmunya, saya fikir dah boleh jadi genius.

Ambil periksa 20 subjek pun, belum tentu semua ilmu yang dia belajar itu dapat dimanafaatkan.Biasa le, belajar kerana nak lulus periksa. Setiap lepas maghrib pun boleh belajar dimana-mana masjid (kuliah maghrib). Takkan semua semua apa yang kita belajar nak dimasukkan dalam periksa?

Ummu afif said...

Salam..
Saya setuju dengan dato supaya matapelajaran sejarah tidak diabaikan. yang paling penting mata pelajaran agama/moral.. Dibimbangi jk matapelajaran teras dikurangkan akan menyebabkan ada matapelajaran akan dikorbankan..

Kenapa kita perlu menghadkan pengambilan matapelajaran untuk peperiksaan... apa justifikasi dahulu yang digunakan untuk persijilan terbuka... leteh sangat asyik2 bertukar dasar dan polisi.. kesian cikgu2 kita.

Syeikh YB said...

Setiausaha politik bekas Menteri Besar dihadapkan ke Mahkamah:

Boss Dato ada kaitan ker?

Insan said...

guane haji rosol? stadium runtuh tu... nak buat ape lepas ni? he he he

Anonymous said...

saya sokong subject sejarah antara subjek yg patut diberi penekanan. agar org melayu ingat & paham ttg sejarah melayu malaysia.

View Profile: Rantong™