Salam bloggers...salam perjuangan...Terima kasih Jusohmatlazim, Kesidang dan Putrahman yang masih setia dengan blog saya yang tidak seberapa ini...Mesyuarat Bahagian di Negeri Darul Iman ini telah selesai. Alhamdulillah. Cuma yang agak memeranjatkan saya ialah peristiwa Setiu.. Maksud saya Bahagian Setiu yang mendapat liputan meluas daripada Media. Saya rasa semua dah tahu peristiwa yang menyentakkan itu. Apabila saya bertanyakan kekawan YB mengapa dan kenapa terjadi begitu... Jawapan yang diberi senada dan seirama...DEMI MENYELAMATKAN UMNO...Apabila diselidiki...rupanya penyakit tersebut dikatakan telah membarah...Dan masa yang paling sesuai tunjuk ialah semasa kehadiran TPM...Dan ramai pemerhati politik mangatakan bahawa ianya satu tindakan yang tepat... Betul atau tidak Wallahu 'Alam...
Isu perpaduan juga hangat...Perpaduan UMNO dan PAS atau dengan kata lain perpaduan orang Melayu... Saya mahu pandangan ikhlas kawan-kawan...
Wednesday, July 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam yb...
isu perpaduan yang yb tulis berkaitan d bahagian setiu menarik bagi saya untuk memberi komen,,, saya ahli umno bahagian setiu dan memangkah kedua-dua yb sekarang ini baik DUN ayau parlimen dansemangat saya masa kalah membuak-buak untuk memenangkan umno dan calon2 ini. tapi yb besar rasa kecewanya bila yb2 menunjukkan perselisihan faham,tak sehaluan dan macam2 lagi alasan untuk tidak hadir semasa mesyuarat agong tetapi untuk apa kita zahirkan perbalahan kita kepada mata umum,? mungkin yb akan bersetuju dengan semua yb kerana supaya TPM tahu masalah di Setiu tapi tak boleh kah kita sebagai pemimpin menunjukkan tertib dengan TPM untuk memberitahu permasalahan di Setiu dan wajarkah kita yang di pilih oleh perwakilan untuk tidak hadir semasa mesyuarat agong?.
tidakkah wajar kita sebagai tuan rumah meraikan TPM ??.
Sebagai pemimpin kita akan menjadi idola kepada ahli dan pemimpin lah yang akan membimbing ahli. Sekarang pemimpin telah menunjukkan teladan yang pada pandangan saya tak baik dan jika ahli mengikut teladan yang dipamirkan oleh pemimpin macamana pemimpin nak memperbetulkan permasalahan..
yb juga pada saya ada juga permasalahan dengan ketua bahagian yb tetapi yb mengambil pendekatan yang berhemah dalam hal ini tidak sebagaimana di setiu. dan saya rasa banyak bahagian2 yang mengalami masalah yang sama dengan d setiu selepas pemilihan baru2 ini dan semua maklum akan hal ini termasuk TPM dan PM sendiri tetapi pokoknya tak wajar sebagai yb yang medokong dasar kerajaan tidak menghormati orang no2 kerajaan malaysia. dan jika kita di peringkat bawah ini ditanya mereka juga akan melahirkan kekecewaannya ditambah2 dengan pengagihan projek2 bawah yb yang dibolot oleh pa dan kroni2 tapi nak dizahirkan komplen menghormati pemimpin...
pokoknya dalam hal ini dalam kontek setiu tidak wajar kejadian tersebut berlaku kerana menghormati TPM yang datang dan selepas perasmian nak lari pun larilah.... tk
ada ketepatannya di satu pihak, di pihak yang lain mungkin sebaliknya...teringat ruangan dalam bharian tempoh hari. bertajuk Api Dalam Sekam membahayakan UMNO Terengganu...
terengganukuonline.blogspot.com
........ situasi di Setiu dan situasi di Dungun...
Cuba kalian memahami satu perkara ini.
"YB semestinya sudah mengetahui kesan daripada tidak menghadiri Mesyuarat Bahagian, tambahan lagi dihadiri oleh YAB TPM dan sememangnya media massa bakal berkampung di sana. Dalam soal ini, secara logiknya, YB akan kehilangan mandat kerana berdepan dengan "anggapan" tidak menghormati pihak atasan"
Dalam erti kata lain, YB tidak gentar risiko yang bakal dihadapi. Tidak diangkat untuk PRU13 dan sebagainya. Dalam keadaan ini, apakah tuduhan kepada YB kaut duit, kaki pengampu masih boleh diterima lagikah?
Saya rasa kalau betul YB Khazan kaki pengampu, semestinya YB Khazan pergi bertenggek sahaja di depan YAB TPM. Buat muka hipokrit, senyum-senyum kambing dihadapan media. Itu namanya gile kuasa, kaut harta dan PENGAMPU.
Tapi dalam soal ini, YB sendiri mesti sudah tahu akibat daripada asbab yang beliau pilih. Cuma, orang lain je yang menuduh tanpa merasionalisasi balik apa yang terjadi. Yang suka menuduh dan berfikiran pendek, hanya pandai mengeluar kata-kata seperti PENGAMPU, GILA KUASA dan lain2. Semak dahulu..
Seterusnya, soal kenapa tidak bermusyawarah dan berdiplomasi. Saya juga tidak tahu apa yang terjadi. Cuma yang saya faham, hanya Setiu lagi yang kuasa Penyelaras tidak diberikan kepada wakil rakyat. Ini isu penting untuk digariskan sedangkan saya difahamkan semua parlimen lain sudah diberikan kuasa kepada YB2. Kenapa bukan di Setiu?
Dalam hal ini, anda bayangkan bagaimana seorang Jeneral boleh berperang dengan baik kalau askar-askarnya di bawah pilihan pihak lain?
Jadi, Jeneral pun tidak hadir upacara rasmi bersama Raja walaupun mengetahui beliau akan dipancung. Namun, adakah apabila dipancung isu dan masalah akan selesai? tidak bukan? Negara akan kalah dalam peperangan sebab bala tentera masih lagi dipilih oleh tangan2 ghaib bukan oleh jeneral yang mentadbir dan melakukan strategi.
saya rasa dua-dua bodo...baik side mat said, baik side derih..seri belaka...gila kuasa...jahat....suka jatuhkan org lain...sama belaka...
assalamualaikum. datuk, saya kawan kpd aimi. saya just nak tanya, how to add follow?? hope datuk sudi reply message saya. thank you.
Post a Comment