Salam bloggers... Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Puasa belum mula lagi, dentuman mercun sudah kedengaran. Harap-harap tahun ini, tiada lagi peristiwa ngeri akibat main mercun...terutama di Negeri Darul Iman. InsyaAllah...Saya tidak tahu kenapa main mercun ini seakan akan satu budaya perayaan kita sejak dahulu, sekarang dan mungkin akan datang. walau pun banyak mercun dan bunga api telah dirampas oleh pihak berkuasa...Dalam hal ini peranan ibu bapa amat penting.
Apabila dikaitkan dengan ibu bapa, saya isu hangat sekarang ialah kahwin muda dan sekolah untuk pelajar hamil. Ini satu isu baru. Saya secara peribadi menyokong hasrat kerajaan Melaka memberi insentif kepada remaja yang mahu berkahwin. Ini sekurang-kurangnya akan menyelesaikan masalah sosial di kalangan remaja kita. Tetapi mereka yang ingin melangkah ke alam tersebut mestilah telah bersedia dari segi emosi, material, dan iman dan tahu tanggungjawab. Ertinya perkahwinan bukan semata-mata untuk keseronokan tetapi untuk menambah ummah nabi yang berkualiti dan mengamalkan sunnah Rasul saw dan tuntutan agama.
Berkaitan dengan agama, beberapa hari yang lalu saya dan ahli Parlimen Hulu Terengganu dijemput oleh MAIDAM Hulu Terengganu untuk sama-sama mengihkan zakat kepada Fakir dan miskin DUN Ajil. sebanyak RM250,ooo.00 diagihkan. Seorang penerima mandapat RM350.00 seorang. Kalau tahun lepas agihannya RM250.00 sahaja...Yang ironinya ialah beberapa jam selepas pengagihan tersebut, saya mendapat banyak penggilan telefon mempersoalkan kenapa ibu atau ayah mereka tidak tersenarai mereka yang layak. Sukar untuk saya memberi jawapan kerana yang mengadu itu saya kenal. Rata-rata penjawat awam bergaji lebih RM2000.00. Saya kurang pasti aduan tersebut disebabkan oleh desakan si ibu atau ayah mereka atau atas kehendak mereka.Wallahu 'Alam...
Saya juga merasa terharu kerana ada segelintir daripada penerima yang tersenarai datang berjumpa saya dan pegawai MAIDAM, memohon agar nama mereka dikeluarkan daripada penerima list zakat kerana mereka telah terkeluar dari asnaf Fakir dan Miskin. Syabas... Walaupun golongan ini tidak ramai tetapi kita doakan agar ia akan bertambah dari semasa ke semasa.
...Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah...Sampai bila kita akan menjadi bangsa yang suka meminta-minta....Fikir-fikirkanlah...
Friday, August 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
UMNO Terengganu masih belum melepasi sempadan. Sekarang ini sudah riuh di sana sini ancaman-ancaman yang bakal dihadapi oleh UMNO termasuk dari dalam dan luar, tetapi UMNO Terengganu masih bersikap untuk memperbetulkan perkara yang telah berlaku sekian lama. Mereka masih belum merapatkan saf untuk menghadapi PRU 13.
Saya pun semakin tidak faham dengan UMNO ini, adakah betul mereka berjuang untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu ataupun mereka berjuang untuk kuasa peribadi masing-masing.
Datuk, bukan nak puji, selain blog Datuk, saya tak jumpa blog pemimpin lain dari Hulu Terengganu. Tak tahu samada mereka malas, tak ada masa, tak reti, tak membawa hasil, tak berani, atau tak apa lagi.
Lagi satu datuk, minta Datuk tolong sampaikan kepada pihak berkenaan samada JKR, Menteri Besar atau sesiapa sahaja supaya menurap baru jalan antara Pasir Nering hingga ke Kampung Dusun. Kg Kuala Por sudah diturap baru. Kalau tak silap saya, semenjak dibuat puluhan tahun dulu, jalan tersebut tidak pernah diturap baru. Batu-batu jalan telah kasar dan akan jatuh pasti luka yang parah. Jangan lah layan penduduk dua buah kampung itu dengan layanan kelas tiga .
Terengganu kini giat menjalankan agihan zakat kepada penerima-penerima yang terpilih.Namun pastinya setiap bantuan daripada kerajaan akan menimbulkan banyak persepsi negatif daripada rakyat khususnya.
Entah mengapa ketelusan pembahagian zakat sering dipertikaikan oleh setiap rakyat.Adakah panel-panel pemilih bukanlah terdiri daripada kalangan yang berkelayakan dan sering kedengaran pihak-pihak tersebut juga mengamalkan prinsip memilih bulu.Pernah tercatat bahawa ibu kepada seorang ADUN pun menerima wang kebajikan masyarakat.Nauzubillah.Teluskah?Teluskah?Teluskah?
Apa yang ingin saya tekankan,kita sebagai orang yang mengaku beragama Islam,janganlah wang zakat juga kita memgkronikannya.Nauzubillah.Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan orang-orang yang kerugian.
p/s:siapa pemilih???
Post a Comment