Salam bloggers... Dua hari lalu Ahli UMNO menyambut Hari Jadi UMNO yang ke 64 tahun. Hari kejayaan orang Melayu menentang Malayan Union. Hari kejayaan orang Melayu keluar dari kepompong kenegerian dan kedaerahan. Keluar dari 'Divide and Rule' Penjajah. Syukur kepada Allah kerana kita di kurniakan Pemimpin-pemimpin yang baik dan berwawasan yang memikirkan nasib anak bangsa agar tidak selamanya tidak terjajah. Pemimpin yang meletakkan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air melebihi segala-galanya. Dan bertambah-tambah lagi syukur kerana pemimpin-peminpin tersebut mempunyai pengikut dan rakyat yang setia dan dengar kata. Siapalah pemimpin dan ketua tanpa pengikut yang setia dan 'loyal'...
Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan rasa syukur dan penghargaan setinggi-tingginya kepada Allah yang memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mendapat nikmat daripada perjuangan UMNO ini. Perjuangan suci dalam memartabatkan Alif, Ba, Ta...Lantaran itu dalam semua tindakan saya InsyaAllah saya tidak pernah mengenepikan asas perjuangan untuk Alif, Ba, Ta...Perjuangan yang mampu meletak Bangsa kita hari ini boleh dibanggakan walaupun masih jauh perjalanan kita dan masih banyak yang perlu dibaiki dan di tambah nilai.
Saya yakin apa yang saya coretkan ini akan dipandang remeh oleh pembangkang. Mereka akan cuba menafikan sejarah. Dan lebih malang lagi mereka akan mereka-reka sejarah agar parti mereka dikaitkan dengan perjuangan ini. Mereka akan menamakan beberapa tokoh mereka yang kononnya adalah pejuang kemerdekaan. Yang ironinya mereka juga berpandangan bahawa perjuangan bangsa adalah Assobiyah...Ada juga pendapat bahawa kita telah dilahirkan Merdeka...jadi tidak perlu lagi berjuang untuk merdeka.... Wallahu Alam...
Kembali kepada umur UMNO... yang telah mencapai 64 Tahun...Sesetengah daripada kita pada peringkat umur ini ada yang telah nyanyuk dan ramai yang telah meninggalkan kita. Pun begitu kita jangan lupa terdapat juga mereka yang berada pada peringkat umur ini masih kuat dan produktif. Saya mengharapkan agar UMNO tergolong dalam kumpulan kedua iaitu kuat dan produktif...Seperti kata orang tua-tua...'Macam keladi, makin tua makin menjadi' dan bertambah berkat...Atau macam ubi, makin lama makin berisi...Kemenjadian dan keberisian ini dapat kita lihat dan nikmat pada hari ini...Syukur setinggi-tinggi kepada Allah dan terima kasih kita kepada manusia dan menjadi wahana kepada semua ini...
Untuk meneruskan kemenjadian dan keberisian ini, adalah wajar orang-orang UMNO termasuk saya bermuhasabah kendiri dan merenung apakah keistimewaan dan kehebatan pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu...Saya dapat rasakan kehebatan mereka terletak kepada keikhlasan dan kebijaksanaan.. Kerana keikhlasan perjuangan mereka maka Allah anugerahkan kebijaksaaan dalam akal mereka dan keberkatan dalam semua kerja buat mereka. Saya mendoakan agar Allah juga menganugerahkan kebijaksanaan dan keikhlasan dalam perjuangan kepada saya dan pemimpin UMNO sekaliannya..Amin...
...Teringat saya kepada kata-kata seorang sahabat...' Dunia hari ini, ramai orang bijak tetapi sukar untuk mencari yang ikhlas...'Fikir-fikirkanlah
Thursday, May 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dato' layunya orang Melayu sekarang ini disebabkan pemimpinnya. Gagahnya orang melayu suatu ketika dahulu disebabkan pemimpinnya. Oleh itu pemimpin memainkan peranan besar untuk memastikan orang melayu semakin layu ataupun semakin gagah.
Maaf cakap, pemimpin orang melayu sekarang ini ( UMNO, PAS, PKR ) sudah terlalu taksub dengan politik hingga hilang dari diri mereka jati diri dan keikhlasan untuk membantu orang melayu. Perkara ini jelas dapat dilihat di kalangan pemimpin UMNO samada dia pemimpin peringkat kampung ataupun pemimpin peringkat nasional.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengatasi masalah ini kerana budaya politik orang UMNO ini telah meresap jauh ke dalam jiwa para ahlinya samada pemimpin ataupun pengikut.
Post a Comment